Friday, October 4, 2013

Sambungan Episod Duka Rumah Sewa

Akhirnya setelah semalam, seharian aku stress, peningkan kepala, melantak makanan banyak-banyak, aku dah jumpa pun rumah sewa baharu. Menyesal makan banyak-banyak semalam. Mesti timbangan naik 5kg ni. hahaha Aku memang, kalo stress jenis nafsu nak makan je. Stok perut tak kenyang-kenyang kalau masuk apa jenis makanan pun. Hahaha Buruk perangai. Nasib baik husband kasi duit poket lebih. Dia tau dah, bini dia ni kalo laki takde kat rumah, namanya dapur nak berasap memang haremmmmmm. Tapau aje lah senang. kiki

Berbalik cerita bakal rumah sewa baharu tu...

Balik dari kerja semalam, kepala aku berdenyut gila. Semacam ada binatang dalam kepala duk korek-korek kepala ni hah. Kalau ditarik-tariknya rambut memang best gila. Sakit kepala stress kah begitu? Sampaikan aku rasa nak aje balik rumah dulu, dapat lelap sejam dua ke, then after maghrib baharu ambik Naurah. Tapikan macam kesian pulak kat Naurah. Mesti dia tertunggu-tunggu aku balik tu kan.

So gagahkan diri jugak pergi ambik dia. Berbaloi gila tahan sakit bila Naurah tunggu aku jemput dia. 

video

 Kan, kemain suka dia tengok aku dah sampai. Terkedek-kedek jalan.


Aku cerita kat BS pasal rumah tu. Terus dia panggil suami dia. Nak dijadikan cerita, yang aku panggil hikmah disebalik semua ini ialah rupa-rupanya jiran sebelah rumah BS nak pindah hujung bulan ini. Maknanyaaaaaa aku bolehlah menyewa rumah di sebelah rumah BS.

Whooaaaaa!! Nak lompat bintang rasa! Hahaha Alhamdulillah, lepas ni hantar Naurah, aku pass je atas pagar. Wakakaa Dah senang dah. Rumah tu berdepan dengan rumah yang aku tinggalkan masa aku pregnantkan Naurah dulu. Berhadapan dengan rumah yang aku pernah cerita tuuuuuuu.... yang tuan rumah, suami isteri baik gileee itu, now aku kembali ke situ semula. Bezanya rumah lain cuma kawasan kejiranan dan lorong yang sama. Rumah  tu dah ada pembeli baharu. Sekarang penyewanya geng-geng bujang TUDM.

Aku terus happy. Itu yang rasa menyesal makan banyak semalam tu. Kahkah Btw, rumah tu rumah kos rendah. Tapi tetap ada 3 bilik, bilik air 1, bilik mandi 1. Harga sewa pun murah berbanding rumah aku duduk sekarang. Tapi takpelah yang penting, aku dah jumpa rumah sewa, dekat dengan BS Naurah, bayaran sewa murah dan aku nak duduk pun tak lama. Harap-harap urusan nak beli rumah sendiri cepat settle. So, lepas ni dah boleh duk rumah sendiri. AMIN.


Itulah kisah rumah sewa aku. Harap-harap itulah rumah sewa last yang aku diami sebelum duduk rumah sendiri. Harap-harap sewa untuk 2, 3 bulan je. Dah tak sabar nak masuk rumah sendiri. Btw, rumah sewa ni murah dari rumah aku duduk sekarang, bolehlah menabung sikit untuk beli kipas ke lampu seketul dua. HAHAHA 


Kan aku cakap semalam, tuhan dah tetapkan bahagian masing-masing, yang pasti ada hikmah di hujungnya. Sekarang aku tau dah ganjaran aku dapat disebalik kisah semalam. Syukur padaMU Ya, Allah! AMIN.


Mood happy turn on. Bolehlah share sambungan resepi Naurah jap lagi. ekekeke


Till then.
TATA!






THANK YOU FOR READING THIS!

19 comments:

  1. hahahahhahahahahahaha... dh timbang lom??

    ReplyDelete
  2. see.. hikmah sungguh.... dapat tempat paling best lagi tu... =D

    ReplyDelete
  3. Yeay! Bestla pasni senang jer rumah dekat dengan bs naurah.tp leceh nak pindah2 kan hana...

    ReplyDelete
  4. Yeay! Bestla pasni senang jer rumah dekat dengan bs naurah.tp leceh nak pindah2 kan hana...

    ReplyDelete
  5. Haa kan dh ckp.. Perancgn allah terbaik kan... Lompat bintang jugakkk..hehhehe

    ReplyDelete
  6. wow dapat something better selang sehari je..hahaha...nice jugak kan dapat rumah sebelah umah bs...apa2 hal senang. nak hantar pun senang. semoga semuanya dipermudahkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pet. I ni duk stress tak tentu hala. Tup2 ptg tu dah jumpa rumah jugak..

      Delete
  7. alhmdulillah, senang hati perot klu tuan dia bermasalah. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha aku tetap susah hati mikirkan nak kemas brg2 ni..

      Delete
  8. Allah sentiasa rancang yang terbaik untuk hamba ye.
    syok la naurah lepas ni. ibu sebelah umah jee..

    kite plak tuan rumah naik kan sewa. tapi tiba-tiba dapat offer gov plak. tapi tak tau posting kat mana. doakan ea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Tahniah Dhiera. Hana doakan Dhiera dpt posting tempat yg best.

      Delete
  9. Alhamdulillah selesai gak mslh ra..xsbr nk tgk rmh ra nt..kt area situ2 gak ke

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah selesai gak mslh ra..xsbr nk tgk rmh ra nt..kt area situ2 gak ke

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...