Tuesday, October 1, 2013

Resepi Makanan Bayi : 9 bulan hingga 1 tahun

This two week i will called it an exhausted week. Malas nak cerita sebab boleh mengundang amarah. Arghhhh!!!!! Super tension! Lucky i already have a daughter. My stress medicine. Syukur.

Okay, let me share the recipe. Semua ni bento Naurah yang i prepare since umur dia 9 month till 13 month. Tapi susunannya ingat-ingat lupa gitu. Malas nak rujuk kat IG. haha Cerita hal best-best tak adalah stress kan. :-)

Aku rasa makanan Naurah ni, based nya guna benda sama je. Like nasi, oat, pasta, mee suah. Cuma resepinya sahaja di olah. So, aku akan group kan each food ni.

RESEPI OAT

Apricot Oat





Bahan-bahan:

  •  Organic Oat
  • Apricot (kalau kat Kuantan, boleh beli buah Apricot fresh di Supermarket Pantai Selamat. Apricot kering pun ada, organik lagi)

Penyediaan:
  • Rendam oat about 8 or 10 hours before cook. Please google it, why it is a must! Biasanya kalau nak masak esok, balik kerja petang tu, terus rendam.
  • Then masukkan air dalam periuk dan biarkan air mendidih. Masukkan oat yang sudah direndam tadi. Masukkan jugak apricot yang telah dipotong dadu. Then air kelihatan sedikit kering, masukkan 1 scoop FM.
  • Siap untuk dihidang.

Oat dan Barli







Resepi sama kat atas cuma tambah pelbagai buah-buahan je dalam tu. Seperti kimis, kurma dan strawberry.


 KUMPULAN PASTA


Baked Pasta 




Bahan-bahan:
  • Pasta (Rebus dan toskan terlebih dahulu. ikut suka nak guna pasta jenis macam mana)
  • bawang holland (potong dadu)
  • Ayam (cincang)
  • olive oil
  • parsley
  • Formula Milk (FM)
  • 2 scoop tepung gandum (dibancuh terlebih dahulu)
  • cheddar cheese
  • Mozarella Cheese
 Penyediaan:
  • Panaskan olive oil dalam kuali. Then masukkan bawang holland. Masukkan ayam. Tunggu sehingga masak. 
  • Then masukkan tepung gandum yang telah dibancuh. Masukkan FM. Biarkan ia menggelegak dan kelihatan pekat.
  • Then masukkan pasta dalam bekas, lapiskan dengan cheddar cheese. Then lapiskan dengan krim yang telah masak tadi. Ulangi langkah tersebut sehingga pasta penuhi bekas yang diisi.
  • Akhir sekali, lapiskan mozarella cheese. Masukkan dalam oven. Suhu ni main-main agak je. Sebab oven rumah aku rosak, so, mula-mula untuk 10 minit aku guna haba di bawah sahaja, dengan suhu 170 'c. Then after 10min tukar haba atas pula selama 5min.
  • Siap untuk dihidang


Macaroni Cheese Baked




Resepi sama je di atas. 


Macaroni Cheese





Bahan-bahan:

  •  Animal pasta (sebenarnya nak masak macaroni tapi dah habis. So rebus pasta. Tapi namanya tetap taruk macaroni. Hahaha sengal di situ)
  • Butter
  • Formula Milk (FM)
  • Cheddar Cheese
  • Parsley flakes
  • Ayam (dicincang)
 Penyediaan:
  • Cairkan butter dalam pan. Then masukkan ayam yang dicincang. Goreng sehingga masak. Then masukkan pasta tersebut, masukkan 4 keping cheddar cheese.
  • Setelah keju cheddar kelihatan cair dan pekat, masukkan parsley flakes. Kacau hingga rata. Siap untuk dihidang.


Hello Kitty Pasta Creamy Soup




Bahan-bahan:
  • Pasta (direbus dan ditoskan)
  • Telur (under 1 year, boleh guna egg yolk je)
  • Bawang holland
  • Brokoli
  • Tomato
  • Ayam (dicincang)
  • Tepung jagung (2 sudu)
  • Keju Cheddar
  • Olive Oil

Penyediaannya:
  • Panaskan kuali, masukkan olive oil, masukkan bawang holland setelah minyak panas. Setelah bawang kelihatan garing, masukkan telur, kacau sehingga hancur dan masak sepenuhnya.
  • Then masukkan ayam yang telah dicincang. Masukkan secawan air. 
  • Masukkan brokoli, masukkan tepung gandum yang telah dibancuh. Dan masukkan sekeping keju Cheddar. Setelah kuah kelihatan sedikit pekat, masukkan tomato yang telah dipotong dadu.
  • Siap untuk dihidang. Untuk bekalkan ke rumah BS, aku asingkan kuah dan pasta.

Lasagna



Bahan-bahan:
  • kepingan lasagna (rebus dan toskan)
  • butter
  • bawang holland
  • ayam
  • Formula Milk
  • 2 sudu tepung gandum
  • daun bawang
  • carrot
  • Tomato puri
  • keju cheddar
  • keju mozarella
  • blackpepper

Penyediaannya:
  • Panaskan kuali, cairkan butter. Then masukkan bawang holland. Setelah bawang kekuningan, masukkan ayam yang telah dipotong dadu. Setelah ayam masak, masukkan bancuhan FM serta tomato puri.
  • Then masukkan tepung gandum yang telah dibancuh. Then masukkan carrot. Then masukkan daun bawang. Ketepikan bila sudah masak.
  • Susun kepingan lasagna di dalam bekas untuk dibakar, lapiskan dengan krim yang telah dimasak tadi. then lapiskan dengan keju cheddar. Setelah itu ditutup semula dengan kepingan lasagna yang telah direbus.
  • Ulangi langkah tersebut sehingga lasagna telah habis. Akhir sekali lapiskan dengan keju mozarella. Bakar dengan suhu seperti yang dinyatakan di atas.
  • Siap untuk dihidang.

Pasta Goreng Berlemak




 Rupa pasta ni nan-hado tapi sumpah sedap. Naurah suka sangat.

Bahan-bahan:
  •  Pasta (rebus dan toskan)
  • telur (direbus dan dilecek)
  • bawang merah
  • tomato
  • daun bawang
  • blackepper
  • keju cheddar
  • carrot
  • olive oil

Penyediaanya:
  • Panaskan kuali, masukkan minyak. Setelah minyak panask, masukkan bawang merah yang telah dipotong dadu. Setelah bawang kekuningan, masukkan telur yang telah dilecek, masukkan pasta.
  • Gaul sehingga rata, then masukkan carrot, tomato, blackpeper. Gaul dengan rata untuk seketika.
  • Masukkan pula 2 keping keju cheddar. Gaul dengan rata sehingga keju tersebut cair dan melekat di setiap kepingan pasta.
  • Siap untuk dihidang.

Pasta Goreng Sos Tomato dan Cheesy Broccoli






Bahan-bahan:
  • Pasta (rebus dan toskan)
  • Ayam (dipotong dadu)
  • bawang merah
  • tomato (guna tomato puri)
  • blackepper
  • carrot
  • olive oil
  • sedikit garam

Penyediaanya:
  • Panaskan kuali, masukkan minyak. Setelah minyak panask, masukkan bawang merah yang telah dipotong dadu. Setelah bawang kekuningan, masukkan ayam. Gaul sehingga ayam masak
  • Then masukkan tomato puri, goreng sehingga nampak sedikit kering.  Baharu masukkan pasta dan carrot. Kacau sehingga sebati. Then masukkan blackepper then secubit garam.
  • Siap untuk dihidang.

While untuk cheesy broccoli pulak:

  • Stimkan brokoli tersebut untuk beberapa minit. Then tabur grated cheddar cheese atas brokoli, tabur sikit parlsye flakes dan sedikit blackpper. Then baked dalam oven for 5 minute, nak bagi keju tu cair dan melekat di atas brokoli. Siap untuk dimakan.

 Pasta with clear soup




Bahan-bahan:
  •  Pasta (rebus dan toskan)
  • Ayam (dipotong dadu)
  • Brokoli
  • Carrot
  • Tomato
  • Rempah ratus (kulit kayu manis, bunga cengkih etc)
  • Batang seleri
  • Daun sup dan bawang
  • Bawang merah
  • olive oil

Cara membuat clear soup:
  • Panaskan minyak, then masukkan rempah ratus. Tumis sehingga naik bau. Then masukkan hirisan bawang merah. Tumis sehingga kekuningan.
  • Masukkan ayam. Masukkan air. Rebus sehingga mendidih.
  • Then masukkan carrot, hirisan seleri dan akhir sekali tomato.
  • Siap untuk dimakan bersama-sama pasta yang telah direbus. Tabur juga hirisan daun bawang, daun sup dan sedikit bawang goreng bila menghidang.

Pasta with Creamy Tomato Sauce



Bahan-bahan:
  • Pasta (rebus dan toskan)
  • Tomato puri
  • Ayam
  • Bawang Holland
  • Butter
  • Keju Cheddar
  • Formula Milk (FM)
  • Carrot

Cara penyediaannya:
  • Cairkan butter di dalam kuali. Then masukkan bawang holland yang dipotong dadu. Tumis sehingga kekuningan then masukkan ayam yang dipotong dadu atau dikisar.
  • Masukkan tomato puri setelah ayam kelihatan masak. Kacau seketika, masukkan pula FM dan keju cheddar. Kacau sehingga keju cair then masukkan carrot.
  • Kacau sehingga menjadi pekat.
  • Siap untuk dihidang bersama-sama dengan pasta. 

 Carbonara Pasta




Bahan-bahan:
  • Pasta (rebus dan toskan)
  • Bawang besar dan putih
  • Ayam
  • Udang
  • Keju Cheddar
  • Butter
  • Origano
  • Parsley
  • Formula Milk (FM) atau fresh milk
  • Blackpepper
  • Button Mushroom

 Cara Penyediaannya:
  • Cairkan butter dalam kuali. Then masukkan hirisan bawang yang dipotong dadu. Tumis seketika sehingga garing dan kekuningan. Masukkan hirisan ayam yang telah dicincang halus.
  • Then masukkan bancuhan FM. Biarkan seketika, barulah masukkan keju cheddar. Biarkan keju menjadi cair, masukkan button mushroom. Kacau sehingga sebati.
  • Then masukkan origano, parsley dan blackpepper. Then baharu masukkan udang yang telah dibuang kulit.
  • Siap untuk dihidang dengan pasta yang telah direbus.


While group untuk couscous, rice, mee suah, potato next time ya.


Btw, hari ni naurah tak ada bento sebab i am not fully recover yet. Still pain in some part of my body. *sigh*



Till then.
TATA.


 


THANK YOU FOR READING THIS!

44 comments:

  1. hana,ni makanan western eh.hehehehe.ok pas ni nk try.finally~ update jugak.pheww~

    ReplyDelete
  2. geramnya tengok bento naurah! lawa2 tau, nk mkn pon syg...rajin tau ibu naurah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Nana.. Nana pun rajin masak untuk Ayish, siap deko2 standard cheff gitu tau..

      Delete
  3. thanks for the recipes!! mmg tengah kering idea nak bt bekal for my mikhail! heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome dear.. jom share resepi, blh berkongsi idea kan..

      Delete
  4. waahhh bertuah betul Naurah ade ibu macam Hana nie tau...rajin sungguh & kreatif jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wina pun rajin masak kan. Siap bawak bekal lagi pergi pejabat..

      Delete
  5. Replies
    1. Boleh sangat. Untuk rujukan bersama.. :)))

      Delete
  6. sedapnya makanan naurah. semua kena dengan selera aunty..eh..hahaha..hamza x suka langsung pasta ...aritu buat mac n cheese punya la sedap mcm org dewasa punya tapi satu suap je dia luah..i rasa dia tak suka texture pasta tu...tapi kagumlah naurah makan kiwi..ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamza tak suka pasta? Hamzaaaaa tu makanan favourite mommy daddy awak la.. ekeke

      Naurah suka makan kiwi so far..

      Delete
  7. wah resepi baru. bole cuba nih. best sgt tgk makanan2 ni sume! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah boleh cuba. Senang je nak buatnya.. :)))

      Delete
  8. Nk tggu resipi mee suah juga sbb i selalu sup o goreng jek.. any idea?? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hana pun sama, biasa mee suah buat sup dan goreng jugak. Hehe

      Delete
  9. Best semua resepi..tak sabar la nak tunggu Ammar boleh makan cam tu..boleh buat bento. :) Anw thanks for the recipe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa lepas ni blh la tgk bento Ammar pulak..

      Delete
  10. Thank you ibuuuuu for the recipes. Tapi kan Kasih tak suka lagi makan yang lecek ni. Mesti nak I blend hancur jugak. So konsep makanan Kasih sekarang mmg bubur nasi or barli or pasta je tapi semuanya hancur hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Kasihhhhhh.. Nanti suruh Mama masak sedap2 tau..

      Delete
  11. Hola..thanks sbb update psl menu2 mknn baby ni. i love it.. huhu. Btw, nak tanya mana awak beli cous cous tu? cari di tunas manja, eng hong tak jumpa pun.. tak sabar nak masak for my baby. huhu sebulan lagi cukup 6 bulan. yeah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ur welcome. I beli couscous kat Giant.. :))))

      Delete
  12. aku sbnrnye tgh depress sbb xmsk utk Hannah arini. balik2 benda sama. if aku boring msk benda sama hannah apatah lg. thanks for d recipes especially pasta(cz hannah xmkn oat aku pn xpenah intro lol). mmg copy paste and print tampal kt fridge! time kaseyyyyyyyyyyyyyyyyy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome babe. sharing is loving. :))))

      Delete
  13. wah..sdap2....msk tuk ibu skali pun sdap gakkni..hana slalu beli kus kus katne..akak xpnah cr kat cni..klau balik sban senang jer nak cari..kat cni xpasan plak

    ReplyDelete
  14. Comelnya mknn naurah..

    ReplyDelete
  15. kat mane sis beli pasta hello kitty tue?

    ReplyDelete
  16. comelnye bento2 ni !

    super like!

    beli mane hiasan dia tu sis?

    jemput lawat blog enny juga : www.supermamashoppe.com

    ReplyDelete
  17. thank u for the recipiesss..akan ku coba nanti untuk anakku naurah jugak! sama nama anak kita..hehe

    ReplyDelete
  18. resepi Macaroni Cheese ..

    ada bahan fm .. tp dibahagian penyediaan tidah dinyatakan..

    adakah fm itu tidak diperlukan..

    saya berminat untuk mencuba resepi itu.

    asap.

    ReplyDelete
  19. sorry terlupa. lepas butter cair masukkan ayam then ayam kelihatan sudah msk masukkan sedikit FM. barulaha diikuti dengan pasta dan seterusnya..

    ReplyDelete
  20. Sis....mana beli hiasan yg we♡u tu? Lama mencari..boleh share?

    ReplyDelete
  21. Azleen MN : Beli kat FB Bento Makes Me Happy.

    ReplyDelete
  22. comel2 bento naurah..terima kasih di atas perkongsian ni... nice idea.. :)

    ReplyDelete
  23. Actually blogwalking nak cari resepi-resepi untuk Airis.. sekali terpukau tengok bento anak u ni.. im so jeles! Kalau buat pon Airis bukan teruja sangat nak makan..mak dia yang super teruja + heksaited nanti!

    ReplyDelete
  24. Salam sis, minta kebenaran nak share resipi ni..thank you.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...