Tuesday, October 22, 2013

Raya Aidiladha 2013

It might be very longggggg entry. Malas nak buat part-part. Alang-alang rajin, biar aku pulun sampai habis. Kang esok-esok aku cakap nak buat part I, part II, part III dan lain-lain, mungkin janji kosong je. Aku dalam mood malas berblog sebenarnya. Banyak gila benda nak cerita tapi taipnya malas. Dalam bilik air, tengah masak, tiba-tiba idea datang mencurah-curah, dan-dan tu nak ambik telefon untuk update blog tapi nak melangkah ambik telefon pun malas, macam mana tu? hahaha KEYWORD di sini ialah MALAS. Sekian untuk pengenalan entry ni.

Cerita pasal tajuk kat atas, aku cuti lama gila untuk sambut Raya Aidiladha. Seminggu lah jugak. Aku saje ambik peluang bersenang lenang kat kampung lama-lama. Bukan selalu dapat balik. Tambah dengan kos minyak dah naik, fulus tak meriahlah katakan. tsk.

3 hari sebelum raya, ingatkan nak balik kampung hari sabtu pagi. Sebabnya hubs kerja hari Jumaat tu. So sabtu memang pesan awal-awal kat dia, ambik cuti pleaseee. Hubs dengar kata (hahaha). Tapikan hubs balik kerja hari Jumaat malam tu, kemain excited dia ajak bertolak balik kampung malam tu jugak. Aku dah siap-siap beli roti canai telur sama kuah dhal (gila terperinci penjelasan aku kan? bahah!) nak layan Running Man malam tu. Sekali bunyi macam esok pagi dah ada kat kampung, boleh makan macam-macam, harus aku rajin gilaaaaaaaa mengemas rumah. hahaha 

Tepat pukul 10 malam, kami pun bertolak dalam suasana aman damai. Jalan tak jem, cuaca tak hujan. Sebaik masuk kereta, Naurah terus tidur. Aku pun bermanja-manja dengan hubs, gesel-gesel lengan supaya dia tak mengantuk ketika memandu. HAR HAR HAR

Kami balik ikut jalan jabor, Bandar Al-muktafibillah (betul ke eja?), lebuhraya pantai timur. Sampai kat Bukit besi, hubs berhenti rehat dan makan jap. Masa tu pukul 12 tengah malam. Sebaik sampai, Naurah pun bangun. Ingatkan aku nak keluar makan jugak tapi hujan rintik-rintik pulak, so hubs tapaukan nasi goreng cili api untuk aku santap dalam kereta. While Naurah, duk main sorang-sorang kat seat belakang. Baik aje dia. Yang sedikit ngeri, ketika suami pergi toilet, Naurah ni duk main sambil nyembang ok. Pastu gelak-gelak. Macam kan ada kawan yang duk main dengan dia dalam kereta tu. Adalah perasaan takut masa tu tapi nasi goreng tetap habis aku makan. hahaha


Main dengan Aamina. Masa ni duk tekan-tekan je Aamina tu.
 
Masa nilah dia gelak sakan, siap sembang bagai. Aku stop makan, buat-buat borak dengan dia. Kotlah dia nak borak dengan aku tapi mata duk pandang seat aku duduk.


Dekat pukul 1 pagi baru bertolak semula. Then berhenti tidur di Shell besut kot. Yang mengantuknya bukan driver tapi co-pilot. Macam mana tu? haha tapi aku tak harap hubs drive sementara aku tidur. Dia cepat bosan. Memang mulut aku pot pet pot pet kalau teman dia drive. Kadang-kadang aku rasa aku jadi hyper sebab mengantuk gila-gila. Sampaikan suami aku tegur, apa yang aku bebelkan tu? hahhaa tergelak dia. Aku pun dah lupa aku cerita apa kat dia. Tapi dia layan je aku. kikiki Kami sampai kat kampung pukul 7 pagi. Terlajak tidur lama. hahaha

Petang Sabtu, kami pergi Tesco untuk beli sedikit barang untuk buat kek, dan masak-masak makanan hari raya. Aku teringin nak buat cheese cake ke, tiramisu ke tapi cream cheese laku benar. Takde stok dah. So, buat jelah kek biasa-biasa aje. 

Masa cari barang tu kan, aku letak Naurah dalam troli. Tapi dia taknak. Duduk 5 minit saje. Nak jalan-jalan k. Capai-capai barang. Mengah jugaklah aku kejar dia sejak badan makin comel ni (;p). Agaknya berat aku susut 2,3 kg kot dalam tesco tu. Hahaha



Lepas beli barang-barang, bawak budak-budak ni main mainan mesin kat bahagian foodcourt pulak.


Dia tak kisah kalau tak dapat pegang stereng kereta pun. Janji kereta tu bergerak-gerak. Layan je duk belakang sorang-sorang. :))


Hari Ahad pulak just lepak-lepak je rumah. Hari Isnin pagi pergi pasar untuk beli ayam serta bahan-bahan masak esok harinya. 

Hari Selasa tu tibalah Raya Aidiladha. Untuk raya kali ni, aku tak ambik apa-apa bahagian dalam korban pun. Insya Allah, ada rezeki tahun depan, boleh korban lagi.

Cerita pasal Raya Aidiladha kat kat kampung aku atau lebih tepat lagi kat Kelantan, aku tak tau nak gambarkan meriahnya macam mana. Ramai yang kata raya haji kat Kelantan meriah. Aku rasa biasa je. Cuma untuk aku and family serta orang kampung aku dan saudara mara, kami tetap buat persiapan sama macam kami sambut raya puasa. Cuma kurangnya dari segi kuih muih je tak beriya sediakan. Yelah, biasa raya korban orang duk terkam nak makan daging korbankan, mesti tak laku biskut segala tu. Kami just beli kerepek-kerepek je untuk kudapan orang bertandang ke rumah.

Aku cerita serba sedikit macam mana yang orang duk kata meriah raya kat Kelantan tu. 

Petang raya tu kami siap sedia juadah untuk esok pagi. Boleh nampak la suasana jiran-jiran duk rebus ketupat kat belakang rumah. Kan ketupat rebusnya lama. So kami lebih suka guna kayu api, guna batu besar-besar as pelapik periuk. Lauk pauk like rendang, gulai-gulai je guna dapur gas. Macam kami tahun ni makcik kat Bangi tak balik kampung, so kami tumpang 4 5 ketul ketupat nasi dalam periuk jiran sebelah rumah. Malas nak hidupkan kayu api kan? hahaha Ni amalan biasa kami dalam hidup berjiran tau. So, sedang tunggu nasi impit masak, mak aku kukus pulut untuk buat tapai. Ada jiran tu tengah bakar pulut. So suasana pekik-pekik panggil anak tengokkan api nasi impit dan lain-lagi lagi quite meriah lah.

Malam tu jugak siap-siap gosok baju raya. Tahun ni aku punya baju raya lagi banyak dari Naurah. hehe Mak aku jahitkan 4 pasang baju kurung. Ala, kain sedia ada yang belum dijahit lagi. Baju kurung Naurah ada satu je. Tapi aku lebihkan beli dress lah untuk dia. 

Tema kami tahun ni warna pink gitu. Baju Melayu hubs recycle dari Raya Aidilfitri tahun lepas. hahaha Tapi sayangkan tak sempat ambik gambar keluarga yang sempurna. Masing-masing sibuk nak pergi tengok orang korban lembu. tsk. Cuma gambar Naurah je yang banyak sikit. Anak dara tu dah berjalan, so boleh la snap gambar aksi-aksi dia. 

Lepas solat raya pagi tu, kami makan-makan dulu, around pukul 9 lebih pergi tempat korban. Tempat korbannya kat belakang rumah aku je pun. Belakang rumah ada sawah padi. Tempat tu redup dan angin pun best je. So sangat sesuai nak dijadikan tempat korban. Tak silap ada 5 atau 6 ekor lembu untuk dikorbankan.

Lets the picture tell the story ya.

 Sebelum pergi tempat korban, aku kaw-kaw ambik gambar Naurah pakai baju kurung. hehhee


Anak daraku. :))

Dah macam berkawat pun ada ibu tengok. hehe
Dah pandai posing dah. Ibu cakap jangan bergerak, dia statik je. hahaha
 
macam-macam gaya dia pose. Mesti kecik hati kalau ibu tak share dalam blog ni. HAHAHA
 
Kadang-kadang boo layan ibu ambik gambar. Kadang terover pulak. bahah! Tunggu awak faham betapa bestnya dapat camwhore, mesti seronokkan kita camwhore sama-sama. ekekeke
 
Naik buaian tokma buat. hehe comel aje. Tokma ikat kat dahan pokok mangga. haha
 
Gemuknyaaa ibu. hahaha Walaupun gambar ni awak lindungi muka ibu tapi tetap nak tunjuk jugak sebab baju kita samaaaaaaaaa. haha

 
Kalau bergambar dengan ayah, mesti elok je jadinya.

 Lepas puas ambik gambar kat sekitar rumah, kami pun pergi ke tempat korban lembu.

Inilah jalan ke sawah padi. Beginilah suasana belakang rumah aku. redup dengan pokok-pokok tinggi. Suasan menghijau. Angin sepoi-sepoi. Best sangat. Kalau lepak sini lepas perut kenyang sure mengantuk gila. kehkeh

 
Naurah takut bunyi nafas lembu yang kuat lepas dikorban. hehe Tapi tetap nak tengok.



 
Sekitar tempat tersebut
Masa ni hubs dah salin baju. Rimas katanya pakai baju melayu. haha Kalau ada bahagian kami untuk korban kali ni, mesti hubs siap-siap bawak parang kat tangan dengan berseluar track suit untuk melapah daging.

Kambing ni bukan untuk dikorbankan tapi memang dia berkeliaran kat kawasan tu. Sekali Naurah nampak, terus meronta nak turun. Kemain suka tengok kambing.

Nak pergi tangkap kambing ok. Makin dia dekat, makin kambing tu undur. Tak sudi berkawan. hahaha
 
Dalam pada tu, nampak la skill bersosial dia. Nampak aje kakak-kakak atau abang-abang, dia pi dekat-dekat, pegang tangan orang tu. Nak berkawan gitu. Tapi kalau jenis baya dia, memang dia boo layan. hahaha Nak-nak hari tu, pandai pulak cari kawan satu geng. Geng curly. kehkeh
Satu habit Naurah bila nak susu ialah dengan masukkan jari dalam mulut. So, bila ditanya nak susu, baru dia merengek-rengek. Kalau kita buat tak reti je tengok dia masuk jari atau ibu jari dalam mulut, memang dia akan nyonyot jari dia tu. Kesian pun ada tengok. hehehe

so, marilah kita pulang ke rumah bila anakand dah nak susu. Maka berakhirlah raya pertama kami dengan gambar beserta captionnya. :-p


Untuk hari raya kedua pulak lebih kepada kunjung mengunjung ke rumah saudara mara. Maklumlah, raya pertama kan semua sibuk dengan urusan korban. Biasanya tengah hari baru siap daging dilapah. Masing-masing punya daging, akan dibawa pulang ke rumah untuk dibahagi-bahagikan kepada orang ramai. So, tunggu jelah kat rumah, nanti adalah yang akan bagi salam hulur daging. Walaupun siapa-siapa yang tidak berkorban, peti ais tetap penuh dengan daging. hehehe 

So hari kedua baru dapat peluang berjalan sambil memenuhi undangan dari saudara mara dan jiran tetangga. Like ada yang buat akikah, kenduri kesyukuran dengan daging korban tu. Sangat pesta perutlah katakan. Baru lepas susut berat badan kejar Naurah kat tesco. Dah naik berganda. hahaha Antara menu yang biasa dibuat dengan daging korban ialah goreng, sup, singgang, rendang, rebus air asam, kerabu, kurma, gulai kawah dan pelbagai lagi. Biasanya bahagian yang rare tu yang best. Like this year, jiran kami korban seekor lembu yang dikongsi dengan adik beradik dia, so bahagian daging tu dia sedekahkan kat orang ramai, while benda yang tak disedekahkan tu like perut, lidah, ekor, xxxx (lol), kaki dibahagikan seorang sedikit kepada jiran tetangga. Maka dapatkan makan semua benda rare masak kicap garing-garing. Sedap gilaa.. hahaha Aku ada share kat IG. :-p

OOTD Naurah untuk hari kedua ialah dress. No more baju kurung. Dress ni bukan kami yang beli tapi dapat masa hadiah birthday dia hari tu. 







Raya kedua kami jalan-jalan ke rumah saudara mara yang terdekat sahaja. Raya ketiga baru pergi di luar kawasan daerah. Raya ketiga kami ke Pasir Mas. Selain kunjung mengunjung saudara mara, kami dijamu juga dengan kenduri kesyukuran. Dari hari raya pertama hingga ketiga tak muak-muak makan sup tulang. ngeeee

 
Waktu ni on the way ke Pasir Mas. Sebelum tu Naurah pakai dress raya warna biru putih ada polka dot gitu tapi boleh pulak dia pi berebut air kotak milo dengan anak makcik, habis tertumpah. Nasib baik kat rumah lagi waktu tu.

 Raya keempat kami dah stay kat rumah aje. Sambil menikmati masakan mak. This year baru perasan tak ambik gambar masakan special daging korban. hehe Tak sempat nak snap, asal hidang je atas meja, laju je duduk. Tambah-tambah Naurah dah dapat kaki, pandai-pandai la dia bawak diri duk main dengan anak-anak makcik. kehkeh


Itu sahaja kenangan Raya Aidiladha untuk tahun ni. Begitulah jugak raya ini disambut pada tahun-tahun yang lepas. Rasanya sama je dengan negeri lain. Cuma hubby cakap raya haji kat kampung meriah ialah tang makanan dan suasana korban itu. Hubs adalah orang paling excited setiap kali nak beraya kat kampung. Siap buat wishlist lagi makanan yang dia mintak mak aku masak hasil dari daging korban tu. hahaha Dia tau binik dia malas masak bila balik kampung, plus air tangan ibu, mana boleh lawankan walaupun guna resepi yang sama. Tetap rasa lain.


Lain-lain aktiviti untuk hari-hari seterusnya di kampung sebelum tamat cuti seminggu raya haji, will continue later ya!


Till then.

TATA!





THANK YOU FOR READING THIS!

11 comments:

  1. fuhhh...
    panjang entry... =D

    Bab dalam kereta tu macam seram je... borak ngn sape la naurah tu ye.

    Lin tak berani tgk lembu kena sembelih.. apatah lg nak bawak anak g tgk. huhuhu

    lastly...
    amboi naurah... emas bling2 gitu... kikiki

    ReplyDelete
  2. Naurah dah pandai bergayalah depan kamera :)

    ReplyDelete
  3. bestnye kampung hana..tenang jer fikiran tgk kehijauan..

    hana, cakap pasal naurah sembang sorang2 tuh..hannah pun sama..!!!
    malam tadi die baring sambil peluk bantal..lepas tu gelak mengekek sambil cakap bahasa jepun die tu..macam sembang dengan seseorang..masa ku tgh solat..makaihhhh seremmm nye..huhuhu

    ReplyDelete
  4. oittt tak boleh panjang lagi ke? hahahaha jenuh ku baca!

    u ok la tu kalau mengantuk blh bebel2 lagi, i ni baru 15min masuk kereta dah krohhh krohhh...bangun je tengok2 dah nk sampai destinasi...sian kan laki i dpt bini mcm ni? hahaha

    ootd naurah semua cute & comel2!!

    ReplyDelete
  5. bestnya,,memang meriah,,
    arie tue pon lin balik kg puas gak makan daging korban..
    abg ipar tolong korban lembu..abie tlg basuh perot lembu,,
    siap kaki lembu, kepala lembu bawak balik..hahhaha.

    bestkan anak dah pandai jalan..arai tue pantang lepa..ilang saja..tak takut org plak tue...naurah comel tau sambil usap2 'perot'..hihihi

    ReplyDelete
  6. cantik cantik baju naurah.suka tgk =)

    ReplyDelete
  7. aik,i sbnrnye tgh pelik. Kuantan ke Kelantan jauh jugak eh? i igt dh dkt sgt dh hahaha..

    panjangnye wei.jenuh baca jenuh cuci mata tgk gmbr. i pn igt kltn meriah raya haji(sbb sll dgr org ckp je haha) xpenah g kelantan pn hahaha

    ReplyDelete
  8. Seronok baca raya awak...and the captions mmg buat saya tergelak lah...naurah comel cerdik :)

    ReplyDelete
  9. salam:)
    comelnyeeeeee baby girl hehe:)
    nnt free singgahlah ke blog noly ye
    www.nolyanna.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Berani naurah tgk lembu kena sembelih yer.

    Tak nampak gemuk son sis ☺☺

    ReplyDelete
  11. naurah omel!
    laa.. upe ye baju raya pertama sedondon dgn mak pak.

    adakah naurah sorang je ada habit masuk jari dalam mulut tanda nak susu? ke semua budak pun macam tu hana?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...