Friday, October 4, 2013

(PART II) Resepi Makanan Bayi : 9 bulan hingga 1 Tahun

Hari ni tak ada bento untuk Naurah. Pagi tadi aku dah kunci jam pukul 5.30 pagi tapi kepala berdenyut sangat-sangat, aku tidur semula. hehe Tak daya nak bangun. Nasib baik dapat gagahkan diri jugak datang office. Tapi aku tetap bagi bekal roti. Sebenarnya boleh je hias roti tu macam bento yang selalu aku buat. Sekadar cucuk-cucuk food pick tu je. Bento kan bekal makanan dari rumah so tak kisahlah kita bekalkan apa, walaupun cekodok ikan bilis semata-mata kan. But, i is malassss. Kalau boleh biarlah bento Naurah tu adalah sesuatu yang aku masak sendiri. Macam aku cakap tadi, walaupun cekodok semata-mata. Malangnya, nak buat cekodok pun tak daya tadi. Just jerang air panas je bekal untuk buat susu dia.

So, a few more recipe yang aku nak share. Padahal biasa-biasa aje ni tapi bolehlah dijadikan rujukan untuk yang tak reti masak makanan anak macam aku mula-mula dulu. Terkial-kial nak masak untuk Naurah. Tapi sebab minat memasak punya pasal, aku cari macam-macam resepi untuk dijadikan koleksi. Manalah tau kot-kot terlupa boleh aku rujuk semula kat sini untuk anak No.2, 3, 4, 5, 6 dan seterusnya kelak. :p


Ni group Couscous pulak.

 Couscous with Rosemary Chicken




Bahan-bahan untuk masak couscous:
  • Couscous
  • carrot
  • Formula Milk (FM)

Cara penyediaan couscous:
  • Rebus couscous dengan sedikit air. Masukkan terus carrot yang dipotong dadu atau bula-bulat.
  • Rebus sehingga couscous kelihatan sedikit kembang then masukkan bancuhan FM. kacau dengan rata, matikan api. Ketepikan.

Bahan-bahan rosemary chicken:
  • Seketul isi ayam
  • Rosemary (aku guna kepingan rosemary kering dalam botol)
  • tomato
  • blackpepper
  • bawang holland
  • bawang putih
  • lemon
  • sedikit garam
Cara menyediakan rosemary chicken:
  • Bersihkan isi ayam. Then lumur isi ayam dengan rosemary, potongan 4 tomato, potongan bawang holland, blackpepper, secubit garam, perahan jus lemon dan bawang putih yang dicincang halus. Perap selama beberapa jam. Kalau nak masak pagi, perapkan waktu malam then simpan dengan elok2 dalam peti sejuk bahagian beku.
  • Panaskan oven pada suhu 170'C. Bakar selama 15min (bergantung pada suhu oven). Bau semerbak rosemary sangat menyelerakan. Kalau nak ayam tu juicy, jangan bakar terlalu lama sehingga air ayam menjadi kering. 


Tasty Chicken Couscous





 Bahan-bahan untuk couscous:
  • Couscous
  • Ayam
  • Parsnip
  • Tomato Formula Milk (FM)
  • Bawang Holland
  • Butter

Cara penyediaan couscous:
  • Rendam couscous di dalam air yang mendidih selama 10 minit dengan bertutup. Setelah kembang toskan.
  • Panaskan kuali, cairkan butter, masukkan hirisan bawang holland. Goreng sehingga kekuningan. Masukkan hirisan ayam. Kacau sehingga masak. Masukkan parsnip dan couscous yang telah direbus tadi. Akhir sekali masukkan FM tanpa dibancuh dan tomato. Matikan api.
  • Ketepikan seketika

Bahan-bahan creamy cheese untuk topping:
  • 1 sudu tepung gandum
  • 3 atau 4 keping cheese cheddar
  • carrot yang dipotong dadu
  • blackepper
  • Parsley flakes
  • Cheese cheddar toping atau mozarella cheese topping

Cara menyediakan topping:
  • Masukkan bancuhan 1 sudu tepung gandum dalam kuali. Biarkan mendidih, baharulah masukkan 3 atau 4 keping cheese cheddar. Masukkan blackpeper, carrot yang dipotong dadu. Ketepikan setelah cheese menjadi pekat.

Cara menyatukan bahan-bahan:
  • Sediakan bekas untuk dimasukkan dalam oven. Lapisan pertama, masukkan terlebih dahulu krim cheese  yang dimasak tadi. Masukkan sedikit sahaja sehingga permukaan bekas tidak kelihatan.
  • Seterusnya masukkan kesemua couscous yang dimasak tadi.
  • Kemudian, lapis couscous tersebut dengan lebihan krim cheese tadi. Tuang sehingga habis.
  • Akhir sekali untuk topping, tabur cheese cheddar topping atau mozarella. Dan ditabur dengan parsley flakes. 
  • Bakar dalam oven dengan menggunakan api di bawah dahulu selama 15 minit dengan suhu 150'C dan tukar api di atas selama 5 minit. Siap untuk dihidang.


Actually, ada satu lagi resepi couscous yang aku nak share tapi gambar pulak tak jumpa. Insyallah besok aku cuba masak cheesy couscous untuk Naurah, nanti aku snap gambar. 


Selain dari couscous, aku jugak pernah sediakan MEE SUAH untuk Naurah. Dulu Naurah suka sangat mee suah. Tapi lately dia macam tak suka sangat. Tapi aku tetap nak share resepi mee suap yang pernah aku sediakan.

 Mee Suah Goreng dengan Potato Cheese




Bahan-bahan untuk mee suah goreng:
  • Mee Suah (rendam seketika dalam air panas dan toskan)
  • Telur
  • carrot
  • blackpper
  • Tomato
  • Bawang merah dan putih
  • Pure olive oil
Cara memasak:
  • Panaskan olive oil dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga garing. Pecahkan sebiji telur. Kacau bagi hancur dalam masak sepenuhnya. Masukkan carrot yang dipotong dadu.
  • Setelah kesemua bahan kelihatan sedikit garing, masukkan mee suah yang telah ditoskan. Campurkan dengan tomato yang dipotong dadu. Then kacau sehingga sebati. Siap untuk dihidang.

Bahan-bahan untuk Potato Cheese:
  • Sebijik Potato
  • 2 keping cheddar Cheese
  • Parsley
 Cara memasaknya:
  • Kupas kulit potato. Potong kepada 4 bahagian. Rebus sehingga masak. Toskan
  • Letak hirisan potato dalam bekas, lapiskan dengan kepingan cheese. Then ditabur dengan parsley. Bakar selama 5 minit dalam oven sehingga sehingga cair dan kelihatan perang. Siap untuk dihidang.


Itu sahaja sempat share resepi. Next untuk lauk pauk pulak.


Till then.
TATA.




THANK YOU FOR READING THIS!

20 comments:

  1. salam...

    thanks for sharing the recipes....Saya ni anak uda nak masuk umur 3 thn tp xpndai pelbagaikan masakan untuk anak...mungkin sal tu la anak cerewet bab mkn...kena usaha lg ni...niway, thanks again :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. ur welcome. Saya pun tak berapa pandai sgt. Masih belajar nak pelbagai makanan anak. Nanti kalo ada resepi best2 blh la kita share ye..

      Delete
  2. thanks sb share resepi superb awesome ni...
    nanti nak try lah.dok rumah mcm2 boleh masak untuk sikecik

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la syim. Resepinya simpe sgt.. :))))

      Delete
  3. bestnya resepi couscous!!! i jarang masak couscous sbb ayish tak suka sgt...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la Nana. Mana tau lepas ni Ayish suka. Kasih cheese lebih sikit. Silap2 mak2 pun suka ni. ekekeke

      Delete
  4. nampak sedap sangat..tp maknya malas acaner..haha..takpe.kena tiru mama naurah gak la pasni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mama rissa malas pun takpe, sebab nenek rissa tlg jagakan.

      Delete
  5. Bento Naurah slalu comel..dan semestinya sedap... Ibu Sofiyya nk kena blaja ngn ibu Naurah la ginie... Hehehe.. Thanks Hana coz share2 resepi...

    ReplyDelete
  6. Rajinnya Hana. Sy pun tak serajin mcm ni tau. Ish....

    ReplyDelete
  7. salam kenal..:)
    macam best je makanan baby ni..terliur plak..hihi..

    ReplyDelete
  8. ahhh beshnye..pandai u buat makanan tu.. I folo u...nanti kalo i dah ade baby leh buat :)

    ReplyDelete
  9. Rajinnya mak naurah ni masak. Kagum betul lah.

    Tak pernah lagi msk couscous. Nak try lah nnt.

    ReplyDelete
  10. Mana nak cari hiasan bento yg cinel2 tu? Bileh share x?

    ReplyDelete
  11. Sis..mana nak cari hiasan bento yg comel2 tu?

    ReplyDelete
  12. Dulu i ada jual tapi since dah stop, u boleh tengok kat fb bento makes me happy, pastu cari jugak tools kat kedai Mr.DIY, 100Yen, Daiso.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...