Tuesday, July 9, 2013

Ramadan will come and Naurah to be handle. ALONE.

I feel so far from blogger world. Kalau dulu, blog adalah keutamaan lebih dari FB. But then, bila ada IG, rasa lagilah jadi malas nak update blog. Biasakan, blog ni, aku memang main dengan gambar dan put caption sikit-sikit. So, bila joint IG, memang sangatlah menjadi kegemaran dan kegilaan aku, snap picture dan put little bit caption. Dahlah hujung jari kan. Nak share gambar makanan je pun, boleh aje ambik gambar, bagitaulah apa benda tajuk makan tu. Kalau kat blog, ofcourse la aku kena cerita sikitkan, kat mana makan, takpun share resepi, berapa harga, sedap ke tidak etc. Hah, kan banyak kena tulis tu. Jadinya, i is malas di situ.

Padahal kat phone memang aku dah download bloggeroid but then macam tak mesra alam kot. Sebabnya kena tulis semua cerita, then gambar yang dah upload akan ada kat bawah-bawah, tak boleh letak caption pulak tu. Like tak best gila kan macam tu. 

Kesimpulannya, sebab di atas la, aku jadi malas nak berblog. 

Sempena menyambut ketibaan Ramadan Al-Mubarak, marilah hana (pujuk hana yang malas dalam diri itteewww lol) kita berubah menjadi seorang yang rajin, kuat daya ingatan (serius, pelupa is my middle name now! *sigh*), dan sentiasa berbuat kebaikan (AMIN).

Mula-mula macam nak sedihlah jugak sebabnya semalam got text from hubs, katanya kena out station this month. Maknanya, kau jangan nak berangan balik kerja nak masak for berbuka, sahur sama-sama dengan laki, pergi terawih sama-sama (yang ni aku dah plan, nak pi terawih dan hantar Naurah kat rumah Mama Nabila dia, lepas terawih boleh ambik Naurah. tsk). Hubs cakap out station sampai 27th July, he will be here only on Sunday. Sebal!

Ni adalah kali pertama aku nak berpuasa bersama-sama. Aku kahwin tahun 2011 after Raya. Then last year, 2012, sempat berpuasa beberapa hari sahaja before deliver Naurah. Tapi sempatlah berbuka dan bersahur sama-sama. Tapi juadah berbuka dan sahur bukan aku yang masak. So, tak feeling sangatlah nak prepare semua benda untuk husband. Again, this year tak ada rezeki. Sedih la jugak. Tapi fikir balik, what to do kan, dah hubs kena cari rezeki.

Aku tau dia boleh harapkan aku untuk jaga diri dan paling utama jaga Naurah. Aku dah pernah merasa duduk berdua dengan Naurah sebulan hari tu. Tak silap bulan Mei. Mencabar, penat tu tak payah cakaplah. Sampai kena tekanan darah rendah tapi aku kan memang bercita-cita tinggi nak jadi supermom (ahakss) so, buat-buat cool la. Padahal aku rasa hidup aku tunggang langgang la jugak. I mean keadaan rumahlah bersepah. Dahlah aku ni jenis malas mengemas, memang harapkan laki kan, dah laki takde, boleh bayang tak rupa rumah aku macam mana. So far, hanya Mama Naurah je aku benarkan masuk dalam rumah aku. Why? sebab dia dah tau aku macam mana masa duk satu rumah. Takde la aku segan kan. Ahahaha See, buruk benarkan aku? Macam mana la laki aku boleh sayang aku. KAHKAHKAH Aku ingat 3 benda je, JAGA 3 benda. JAGA MAKAN, JAGA HATI, JAGA TETTTTTT. simple. wakakaka 


Now, aku dah mula terbayangkan keadaan aku dalam bulan Ramadan. Memang horror tapi aku nak tukar benda yang mustahil akan jadi realiti. 

4.00 am. bangun sahur. sediakan makan Naurah. Solat. Kalau sempat tidur, tidur sekejap. kalau tak, terus mandi.

6.50 am. mandi dan bersiap. (in case sempat tidur after sahur)

7.30 am. pergi kerja.

4.30 pm. balik dari kerja, pergi bazar cari juadah berbuka. (walaupun aku gila masak but dont expect aku akan masak kalau berdua dengan Naurah. Nayyyyy)

6.00 pm. Kemas rumah (DOAKAN AKU), iron baju (DOAKAN AKU), kemas bag baju Naurah (DOAKAN AKU), basuh baju in case baju berlonggok (DOAKAN AKU), sidai baju (DOAKAN AKU), lipat kain baju (DOAKAN AKU) -----> semua kerja yang aku malas nak buat dan perlu pertolongan laki aku. sob

7.30 pm. OPTION 1 : berbuka sekenyanganya. mandikan naurah. mandi. solat. bf Naurah. OPTION 2: berbuka ala kadar. mandi. solat.mandikan naurah. bf naurah. makan nasi. SEBAB, naurah kadang-kadanng lepas mandi nak bf, so, kalo aku mandikan dia dulu, dan dia bergayut bf, takut semput-semput aku solat maghrib nanti.

8.30 pm. solat isyak. layan Naurah. layan tv. 

9.30 pm. I WISH Naurah dah tidur waktu ni. So, bolehlah joint sama sampailah bangun esok paginya untuk bersahur.


Phewww... please please please DOAKAN AKU seperti di atas. Kadang-kadang kita selalu bersunggut dengan keadaan kita, suami tak ada di sisi, jauh dari keluarga tapi sebenarnya ada lagi orang yang susah dari kita. Atleast walaupun kami jumpa weekend je nanti, aku masih ada suami dan Naurah masih ada ayah. Walaupun family aku duk jauh, kami dua beranak je, atleast ia mengajar aku jadi berdikari dan lebih tabah. Aku tak sangka, aku boleh buat semua ni berdua dengan Naurah. Kalau asyik merungut je, kadang-kadang ia akan melemahkan kita. Kalau aku diberi pilihan memang aku akan ikut ke mana sahaja suami aku pergi tapi aku bukan SAHM. Kena kerja sama-sama. 

So, again, PLEASE PRAY FOR US. heeee





Cerita Naurah pulak.

Now, dah 11 month. Hujung bulan ni dah nak setahun. Kejap sangat masa berlalu. Rasa dia tendang perut pun tak hilang lagi. Hahaha Semalam jugak, aku pergi KK untuk regular check up. Entah macam mana terlupa appointment 24 Jun. See, dah cakap, lepas bersalin memang tahap lupa adalah kronik. Tolong, macam mana nak rawat daya ingatan ni. Kerja pun banyak terabai sebab lupa. *sigh*

Maka, seperti yang dijangka memang kena bebellah kat nurse. Timbang semalam berat Naurah 8.50kg daripada 7.9kg, last timbang 9 bulan kot. Tapi tinggi tak ukur pun semalam. Boleh? Aku pun tak faham. Lepas check up dengan nurse, pergi jumpa doktor untuk rujuk eczema. So far in control.

Speaking about eczema, now aku consult Naurah dengan susu kambing Karihome Step 2. Sebelum ni kasi susu Enfalac A+ selain dari SI. Katanya susu kambing baik untuk cegah eczema tapi selepas habis 4 tin, aku tengok sama je. Pelik la jugak. So sekarang macam consider nak tukar kepada susu Enfalac semula. Plus, aku rasa susu kambing sangat sedap kot. Baunya harum, aku suka, Naurah lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii suka.

Boleh bayangkan tak 1 tin kecik, berapa entah beratnya hanya untuk seminggu. Padahal dah top up dengan EBM tu. Omaigod. Agaknya sebab sedap, plus manis sikit kan, tu yang Naurah suka sangat. 1 tin dah RM47 something, so RM47 X 4 minggu = RM188. Hubs cakap masih boleh lagi sebabnya Enfalac pun memang guna 2 kotak sebulan. Biasa kami beli kotak berkembar yang harga around RM120 ke RM160 (lupa). So, harga tak beza sangat. Plus, aku berjimat tang diapers. Naurah pakai diaper paling murah. Walaupun ada eczema tapi vontotnya sangat bagus. HAHAA no diaper rash pun. So kami guna diapers fitti je. RM23 untuk 60 keping. So beli 2 pek terus untuk sebulan. Jadinya untuk pampers sahaja RM46. Kalau nak jalan-jalan je guna pampers drypers pant tu. So, total belanja untuk Naurah every month tidak lebih RM250. So far...

Progress Naurah yang lain pulak, almost baby stage umur dia kot yang buat benda sama like pok amai-amai, then kalau cakap pandai mesti tepuk tangan, ajar something simple pun dia tau dan dah faham arahan kita. Cuma, aku perhatikan Naurah ni, dia macam attention seeker kalau aku ada. Dia buat something mesti nak suruh aku menepek, tengok dia buat benda tu. Like, sekarang dah pandai panjat sofa. Tapi memang sofa tinggi, akal dia ialah tarik plastik diapers untuk jadi pelapik kaki. Dalam masa dia buat tu, dia akan pandang aku sambil mulut bising nak suruh aku tengok (masa tu aku tengok tv, buat-buat tak nampak apa dia buat haha). Lepas tu, nak main tu nak aku ada depan mata.

Kalau aku ajar something memang dia tak fokus, ada je benda dia buat. Kadang-kadang aku nak ajar buku, bear, ball etc kan, tiba-tiba dia ketap bibir kasi bibir comel dan buat mulut itik. Ofcourse la aku impress kan sebab comel je anak aku (HAHAHA ya,ya sila cakap anak sendiri comel). Bila aku ketawa and say "pandainya anak ibu buat mulut gitu"... terus tepuk tangan dia laju-laju. 

So, aku rasa dia nak tunjuk skill dia belajar setiap hari kat rumah BS kot. Bila balik kerja, adalah waktu dia tunjuk skill dia dan bukan waktu untuk aku mengajar. Waktu dia belajar adalah di rumah BS. Aku rasalah. Sebabnya hanya TADAH TANGAN UNTUK BACA DOA dan SALAM je dia memang dari awal ikut apa aku ajar. Selain dari itu seperti SHE KNOW WHERE HER EARS, EYES, NOSE, MOUTH, MUKA TAKUT, MUKA TERKEJUT, BIBIR KIUT, ANGKAT TANGAN, etc yang diajar oleh BS. Aku harap Naurah belajar benda yang baik-baik aje kat rumah BS. AMIN.


Fyi juga, Naurah still tak boleh berjalan mahupun berdiri dengan sendiri. Mesti nak kena pegang pada something. Dia macam takut-takut sikit kalo nak bangun atau duduk. So, i guess memang lambat sikit kot kalau nak berjalan. Ada baby yang sebaya dia dah boleh jalan kan? Takpe, aku memang tak push dia. Lain anak, lain porgressnya kan? Yang pasti Naurah ringan mulut rasanya. Dah banyak perkataan keluar dari mulut. Happynya bila perkataan yang disebut tu seakan-akan dia faham tau dengan soalan kita ajukan.

Contoh the word she know is Nakkkk. Kalau makanan dah habis kat tangan then i ask her, "Naurah nak lagi tak buah ni?", she will reply "naaaakkkk" sambil angguk-angguk kepala. Kalau tak nak, dia akan gelengkan kepala. Ada videonya, nantilah upload. Hahaa One more thing yang sweet sangat, bila tanya dia "ayah mana??" terus kelam kabut cari, intai-intai mana ayah. hahah comel. Tapi bila tanya mana ibu, buat dont know je. HAHAHA

Perkataan lain yang selalu dia sebut ialah MAMMAAA, TATATATA, HAHHH, DAAAHHH, AAUUUUMMMM, YAHHHH, NANNNAAAA, BAABAABAA, LAAALAAAAALA etc.

Permainan Naurah pulak more pada benda kasar. She dont like mainan yang betul-betul mainan baby. Apa yang dia suka ialah senduk, sudu, bekas tupperware, botol air mineral, kunci, pinggan, bag solek, jam tangan. So mainan satu kolam renang tu memang tak pandang sangat. Kami pun tak belikan sangat mainan. So far mainan yang aku beli tak lebih dari 5, lain-lain ialah pemberian kawan-kawan. Naurah cepat bosan dengan mainan kanak-kanak. Dia akan main kejap-kejap je. So, better keluarkan satu mainan, then sorok yang lain dari pandangannya. Once dia dah bosan dengan mainan tu, keluarkan mainan baru. TV pulak memang dia tak layan sangat. Even cerita kartun memang tak. Dia suka tengok iklan TV like Iklan ZALORA, IKLAN TV3, IKLAN BANANANA, IKLAN SUSU, IKLAN ASTRO CERIA dan APA JUA IKLAN YANG ADA MUZIK. Paling suka ialah segmen INDAHNYA IMAN kat ASTRO OASIS.

Breastfeed Journey. Still excellent so far. I think SI masih banyak. Cuma sekarang dah tak pump kat office sebab malas. Masih terasa breast bengkak bila nak tunggu pukul 5. Malam and weekend memang fully bf. Bila balik kerja, memang sebelah she will bf, sebelah lagi mencurah-curah keluar, so tadah je bottle untuk stok bawak ke rumah BS esok. Masih dapat 10oz persession. Alhamdulillah. 




So far, tu je nak share kali ni. Sekali sekala tak update, memang pulun habis-habis dalam 1 entry. Panjang lebar. hehe Siapa yang cakap bosan hari tu, i update pendek-pendek. Tak baca ni siaplah! HAHAHA


Gambar sikit. no filter (malas nak letak watermark)

 
see her lips. One of the cute lips yang dia pandai buat. kalau cakap macam mana bibir comel, mesti ketap bibir atau buat mulut itik. ahaha


with her new ride.

nomnom

her 1st guess jeans.

Ada aku kesah?? lol nanti ibu ajar tangan letak kat bahu. HAHAHA

her messy hair.

New one, yesterday. Balik dari klinik.




Salam Ramadan!


KBye!







THANK YOU FOR READING THIS!

9 comments:

  1. Bulu mata tuuu!! Lentik! :))) Naurah minum susu guna cwn ke botol Hana? si Hana ni mmg reject botol dari kecik, punyalah payah nak introduce susu kambing tu. haaaih. Anyway, insyaAllah segalanya dipermudahkan. Selamat Berpuasa! ;)

    ReplyDelete
  2. xpe xberjalan lagi..muhaimin dah setahun sebulan lagi la xde tanda2 nk brjalan...haih...

    ReplyDelete
  3. amin amin amin amin amin amin.. banyakkan amin tun ibu naurah ni... naurah nanti tlg ibu ye..

    ReplyDelete
  4. Naurah comel !!

    Baby memang attention seeker kan? Hahaa nak nak lagi dengan ibu dia. Kasih pun tak bolehlaaa mama dia hilang depan mata T______T

    Selamat berpuasa Hana !!

    ReplyDelete
  5. amboi kene sound spe xbc lol.

    so far bab rncgn tv Hannah and naurah sama.hehe.i kalau nk dia duduk diam ms buatkeje umah mmg kene psg OASIS -_-

    naurah so lucky ade mak rajin bento.i mmg xle aa surrender la awl2.mana smpt je i buat uhuhu

    aku yg ade laki tlg buat keje umah pn umah ttp mcm tongkang pecah.kemas bile mak i dtg je.sbb dia xske tgk sepah2.huhu. i cpt fed up if dh kemas nt sepah balik baik aku xyah kemas.kakakakaka

    slmt puasa la ye mama naurah. kisah aw2 kita kawin,lps tu beranak,pantang n raya tu mcm sama sbb timeline beranakkan dorg ni lebih kurg. hehe. cumaaa i dh xigt sakit beranak/tendang2 perut tu kakakaka.dh xigt apa rasanya lol! sbb tu aku dh ngndung blk kot.kakakakaka

    semoga apa yg u wish tu tlaksana.amin!

    ReplyDelete
  6. amin..anis doakan semua dpermudahkan sepanjang ramadhan ni tau..

    iklan ZALORA!!!oh naurah dah tunjuk minat pada beg, kasut dan baju..sebut dengan nada iklan tu jugak...ekekekkeeke..

    dah makin bijak, pandai dah naurah..mehhh nak kiss..mmuaaaah

    bile ler dpt jumpe hana ngn naurah..emmm

    ReplyDelete
  7. mmg panjang ni,perli aku yer hana.hahaha.aku xtau nk komen mcm mana ni.tak tau nk komen mana 1,pasal hubby kena outstaion tu mmg agak sedih lah kan.sbr eh.bangun kul 4.mmg hebat lah u! kalau i mmg x lah kan.naurah makin comels! makin bijak.eh cantik lah beskal hello kitty dye tu.amboi naurah.gelang emas kiri kanan yek! nk satu bg princess pinjam boleh x?

    ReplyDelete
  8. 1st of all i paling benci yg jenis komen tapi tak baca haha pdhal gambar lain cite lain. sengal :p

    respectla kt korg sume ada anak ni. gigih tau bln puasa. mcm u lg la husband outstation nak uruskan anak lg. kdg i pikir i ni belum ada anak pun kdg menyungut penatla apala huhu tak baik betul kan

    selamat berpuasa u

    ReplyDelete
  9. Aduhh penatnya baca entri ni..hahaha..
    Naurah bulu mata asal comel sgt!! Auntie nak ggit je..bila la dpt jumpa lg si naurah nii..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...