Wednesday, July 10, 2013

Mata baby bengkak macam ni sebab kena gigit semut atau kenapa ya?

Puasa tak hari ni? hihi kita pun puasa *ketawatutupmulut*. Untuk separuh hari, hari pertama di bulan Ramadan, aku dah start practise bangun pukul 4 pagi *padahalbenderamerahtengahberkibar*. Saje praktis awal kan. Tadi pukul 4.30 pagi bangun masak makanan Naurah. pukul 5.15 gitu tidur semula. Pastu bangun semula pukul 6.45 untuk mandi dan bersiap pergi kerja. 

Kerja tak banyak pun, so boleh la chillax sikit-sikit sambil siapkan mana-mana kerja yang masih bersisakan, sambil-sambil melayari internet. Terjumpa satu baju kat FB, cantik, simple, fesyen nowaday, harga murah jugak, kena pulak tu tema biru untuk raya ni. Laju nak PM si penjual online. Laju tangan menaip tanya ready stock ke bla bla... belum sempat tekan ENTER, hati terdetik,

"muat ke dengan aku ni?"


Terus insaf *sigh*. Tak muat derrr... Kau berpuasa selama sebulan pun belum tentu lemak kat peha, vontot gugur ke bumi. Sedih ooooii. Tang perut boleh lagi nak cover pakai bengkung whatever kan, tapi vontot dan peha ni, sangatlah besar. Entah bila lemak berkumpul kat situ pun tak tau. Tengok-tengok seluar jeans saiz 28 dah tak muat, skirt baju kurung pun kadang-kadang ada yang tak dapat zip. sob.






 Itulah baju aku berkenan. Tak silap RM80 je. Ok la kan? Biru tu kena la sedondon dengan baju kosong Naurah dan baju Melayu ayah dia. Agak-agak muat tak? Kalau korang cakap muat, sempat lagi nak beli ni. HAHAHA So far aku takde lagi baju raya. Hari tu balik kampung nak cari kain, boleh tok ma Naurah jahitkan tapi ada kain corak bunga-bunga je. Kain plain warna biru tak menarik. So beli la jugak. Beli 2 meter setengah untuk buat baju je. Kain memang nak cari yang kosong tapi sampai sekarang tak pergi cari lagi. Ada kang nanti pakai baju kurung dengan kain batik. Hahaha


Nantilah pergi cari bila husband tak busy. Tak pun pi cari kat butik peace baju saiz besar, murah-murah sikit kan.

Owh, malam tadi Naurah terhantuk matanya kat bucu sofa. Walaupun sofa, bunyi macam lembut je kan tapi keras tang kayu tu telah menyebabkan kelopak mata kiri Naurah jadi biru lah jugak. Budak-budak tengah membuaskan. Nangis kejap je, kasi nenen, dah pi panjat semula sofa. Sabar jelah. Dah bila ayah dia suruh hantar gambar, tengok mata, mulalah ibu kena. Tapi ayah mana berani marah ibu dalam jarak jauh. Kang ibu merajuk tutup telefon 3, 4 hari kang, ayah mesti susah hati tak dapat contact. Hahaha 

Cuak jugaklah semalam masa Naurah nangis tu. Dahlah mata sebelah kanan bengkak, merah tak tau apa punca. Dah 3 hari tak sembuh-sembuh lagi. Ramai yang cakap kena gigit kat semut. Tapi Naurah takde pulak meragam ke like sakit, cuma kadang-kadang dia pi genyeh mata dia dengan tangan. Gatal mungkin. Tengok dalam minggu ni kalau masih macam tu, kena bawak pergi klinik jugak ni. 

mata kanan katanya kena gigit semut tu.


mata kiri yang terhantuk sofa.





Dahlah mata sedia sepet kan, kelopak mata ala-ala bengkak kan, tambah kena gigit semut, lagi kesian ibu tengok. Naurah ikut mata ayah dia, jenis kelopak mata bengkak. Bulu mata pun ikut ayah. Dulu bulu mata ibu lentik sebab pakai maskara. hahaha


Perlu tak pergi klinik? Tapi masa hari isnin yang pergi KK untuk check up tu, doktor cakap takde apa-apa. tapi masa tu baru kena, macam tak bengkak sangat kot. Nak cakap tapi lagi, (lol), heheeeee Tapikan, Naurah nampak ok je, takde pulak dia macam tak selesa dengan mata dia. Main aktif, tak serik-serik menapak pegang sofa. Kalau dia melalak menangis, cuak la jugak aku. Haruslah kan terkejar ke klinik walau keseorangan. Harap-harap tak ada apa-apalah mata Naurah. AMIN.



"Chill lah ibu. Naurah ok ni haa"



Baiklah Naurah. Naurah kena kuat, ibu kena kuat jugak. Kitakan powerpuff girl. Eh!


Heeeeeeee

Kat rumah ada 2 biji labu, teringin nak masak bingka labu atau puding labu. Kesian kat labu takut rosak. Tapi boleh ke? Kalau malam ni kat IG takde gambar labu tu, faham-faham udahlah ye. GAGAL! hikhik



Till then.
TATA.







THANK YOU FOR READING THIS!

14 comments:

  1. ok dh dtg dh ni.hahahaha.ooooooooo xposerrr ye.berbuka menu sedap lah rini yek.hehehe.hmm baju tu kalau kain lycra myb ternampk kot lemak lemak kita yg gojes tu hana.kalau pakai korset ok kot.xnmpk.ce tanay measurement dye hana.hmm sian naurah.mata bengkak.xde pape kot hana.2 3 hari lg surut lah tu.

    ReplyDelete
  2. Hehe.lama hana x update..sian naurah.cek gi klinik la hana..

    ReplyDelete
  3. alaaaaa kate nk buat.. haahahahahahha

    ReplyDelete
  4. alahai...sumthing gigit tu kot hana

    my kids pun kdg² tetiba ade tompok merah tp x tau ape..

    errr cantek baju..belilah! :)

    geram bile naurah buat muka tunjuk gigi mcm tu!

    ReplyDelete
  5. yeke bengkak mata kena semut tu? Lain macam je..

    ReplyDelete
  6. yeke bengkak mata kena semut tu? Lain macam je..

    ReplyDelete
  7. aiyooo naurah muka awak sgt kiut buat mcm tu tau....

    mata tu mabe kena gigit semut kot.

    ReplyDelete
  8. i tak suka beli baju online sebab tulah takut tak muat haha. tapi u gemuk ke u? kalau tak gemuk beli jela tak muat jualla balik huhu

    ala siannya mata naurah. kene gigit kot u.

    ReplyDelete
  9. alololo...syiannn nya mata dia bengkak..cute nya dia tunjuk gigi..hehe...

    ReplyDelete
  10. i cakap MUAT kalau u DIET...hahahaha kejam tak? :p

    eh mata naurah tu kena gigit semut rasanya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...