Tuesday, July 30, 2013

Earring for her birthday.

Today bring Naurah to my office. Kisahnya BS dia terpaksa balik kampung weekend Nuzul Quran sebab MIL dia tak sihat. Aku pulak confident kata OK since awal-awal hubs cakap last dia kerja ialah minggu lepas. This week sampailah 14 Ogos dia dah start cuti raya. Tapi, hari Ahad pagi tu, his boss called cakap kena pi out station lagi sampai 31hb Julai ni.

Mau aku tak anginkan. Habis siapa nak jaga Naurah. Dahlah annual leave aku tinggal beberapa hari aje dengan nak cuti raya lagi. Hubs dalam dilema sebenarnya. Dia kesian kat aku sebab dah janji nak jaga Naurah but at the same time kalau tak settlekan collection this month, kang tak dapat pulak bonus. haha *kidding*. Lepas bincang, we end up dengan dia jaga Naurah semalam dan hari khamis serta Jumaat. Malam tadi dia dah bertolak pergi out station. Akan balik hari Rabu petang esok. Nak taknak aku kenalah bawak Naurah datang office today. Tapi aku halfday je sebab nak pi cucuk MMR pukul 2 nanti. 

So, esoknya pulak memang aku kena cuti. Takkan nak bawak datang opis lagikan. Tak buat kerja kang esok. hehe Hari ni pun lucky sebab all staff kat opis kena gotong royong prepare juadah berbuka puasa untuk student. Start from A to Z kami kena sediakan like menyiang bahan mentah, memasak, menghidang time berbuka dan mengemas semua bekas makanan, periuk etc sehingga malam nanti. Tapi biasalah kerja-kerja hardcore kasilah kat budak lelaki. haha Mak-mak akan balik untuk berbuka dengan family. kiki Pendek kata opis tutup hari ini. Tapi aku stay kat opis je, sambil jaga office, sambil teman this girl tidur.

 
Sleep already. Qada' tidur ye Naurah, since bangun sahur dari pukul 4 pagi. sigh


 Hari Ahad baru-baru ni (28 Julai 2013) ialah birthday Naurah mengikut her MyKid. lol Memang takde niat pun nak buat birthday party. Cuma berangan nak buat small celebration between us (ibu, ayah dan Naurah). I came out with the idea konon nak bake sendiri her 1st birthday cake. Ada hatikan nak buat walaupun sepanjang hidup aku tak pernah lagi buat cake.haha Hubs ajak pi beli ice cream cake kat Baskin robbin tapi aku tak nak. Yes, again baskin robbins sebab katanya terliur masa we all makan hari tu masa celebrate birthday Naurah ikut tahun Hijrah hari tuu. haha But i insist nak bake sendiri. Konon special sangatlah kan buat kek untuk anak di hari jadinya kannnnnnnnnnn. hahaha 

Malangya Rainbow cake yang diidamkan tak menjadi. HAHAHAHA Padan muka. Patutnya sebelum tiba birthday Naurah, try la bake sendiri dulu kan. pffttt. Nah, rupa malang kek tu.

mula-mula elok je asing by colour

Dah putus asa nak buat rainbow cake, terus campur semua colour dalam satu loyang tapi tetap tak menjadi. tsk


Hangit! haha

Aku ikut resepi asal martha stewart (gila berlagak kan, nak resepi original. haha) Sama ada aku tak faham arahan dalam Bahasa Inggeris atau memang aku takde kebolehan in baking, maka hasilnya punah ranap. Aku betul-betul ikut arahan dan sukatan yang betul tapi bila dia suruh tuang dalam 6 loyang berasingan (untuk 6 warna), kek tu jadi seciput je. dengan bekas loyang aku yang besar dari isi. So, kek tu jadi leper, tak tebal pun. Maunya tak hangitkan, masak awal dari jangkaan. Dah tu benda dah nipis nak potong cantik-cantik macam mana. Dengan hangit lagi kat bahagian atas. Aku tengok 2 warna macam mintak penampor je, last-last aku campur semua kaler biar terus jadi rainbow cake dan nampak tebal sikit. Punnn tak menjadi. Tak tahu mana silapnya. tsk

So, agak sedih. Her 1st birthday takde cake. Aku sedih teramat. Siap nangis bagai, rasa bersalah sangat. Nak sangat rakam her first birthday moment bertiga. Hubs pujuk, suruh cuba lagi. Kalau dah putus asa beli jelah kek then ambik gambar nanti. Naurah relaks je. Now, hubs confuse birthday siapa sebenarnya ni? HAHAHAHA

While hadiah birthday girl pulak dah kasi awal-awal. Naurah tak mintak hadiah pun tapi ibunya yang mintak dari ayah. HAHA Demand pulak tu, nak yang mahal kan. kahkah So, ayah pun akur jelah lengkapkan jewellery Naurah. Ibu pulak, mula-mula tu nak kasi dia doll Aamina as her gift tapi ibu ni tak penyabar orangnya, dah beli awal-awal. Sampai tarikh birthday lunyai dah baju Aamina. Nak kena basuh tu. Tak best pulak rasa. So, tak tau nak hadiahkan apa, maka tunaikanlah hajat ayahnya. Ayahkan dah tunaikan permintaan ibu, so this time ayah pulak mintak.

Actually, dah lama ayah mintak ibu tindik telinga Naurah tapi i is takutttttt. Terbalik kan kami? Biasa yang aku dengar cerita, ibu atau nenek excited nak tindik telinga anak, while ayah pulak membantah, kesian kat anak diakan. But in my case, aku ni terlampau takut, manakala hubby ni beriya benar. Asyik berzikir kat telinga aku, bilanya nak tindik telinga Naurah.

So, aku mengambil keputusan dan keberanian (hahaha) hari Jumaat lepas pi lah tindik telinga Naurah. Pergh, gila berdebar. Selepas berbuka tu, aku pergi ke Poh Kong. RM30 je sekali dengan subang. Takut tak payah cakaplah kan. Siap menggigil tangan ni. Naurah tu relaks je pegang lolipop. But once dah kena tindik, menangis jugaklah tapi tak menjerit, teresak-esak sikit. Sakit dan terkejut kot. Tapi tak lama pun. Tak sampai limit minit. Bukak plastik lolipop, dia nyonyot terus diam. Dah keluar dari Poh Kong alih perhatian dia kat kanak-kanak yang bermain kat ruang legar tu, terus ambik lolipop dari tangan. Tak maulah ajar makan gula-gula. Dia ok je lepas tu. hehe Tapi aku punya gigil, masih terasa masa pegang stering kereta nak balik ke rumah tu. FYI, ayah Naurah out station. So, aku pergi dengan BS dan husband dia. Yang tukang rakam video masa tindik tu adalah husband BS. BS pi lari jauh-jauh. Takut katanya. haha

video

Beauty is pain. Kan Naurah??


Actually masa nak rakam tu kan, orang kat kedai Poh Kong tak kasi tau. Dia cakap tak boleh ambik gambar kat situ. Then aku cakap lah, bukan nak ambik gambar gambar jewellery pun tapi nak rakam muka anak aku. Aku cakap tak kira nak rakam jugak sebab nak tunjuk kat ayah dia. I pay maaaa.. haha terus dia diam. Tapi ok lah buat kat situ. Elok je dia tindik. 

Cuma nak share sikitlah siapa-siapa yang tindik telinga anak lepas ni especially kat Poh Kong. Aku tak sure tempat lain sama ke tak. Mula-mula tu dia orang cakap tak boleh spray benda alah yang kasi sejuk dan kebas telinga tu kan. Alasan takut lepas spray baby tak fokus, asyik gerakkan kepala je. Tapi aku insist suruh spray jugak. Gila kau, taknak spray awal-awal. Tindik telinga hidup-hidup. Lagilah meraungkan budak tu. Bila dia spray telinga, Naurah relaks je. Takde pulak nak bergerak like dia cakap. Pastu dah spray dia duk lengah-lengah panggil kawan sorang lagi. Sebab aku mintak tindik dua-dua serentak. Dah tu bila lengah-lengah risau pulak aku rasa sejuk tu hilang. Masa dia dah masukkan subang dalam pistol penembak tu, aku suruh spray sekali lagi. Dia tak melawan kali ni. Ikut je apa aku suruh. HAHA So, dia pun spray, then get ready letak pistol kat telinga. Tangan kiri aku peluk Naurah sambil pegang tangan dia. Then tangan kanan, letak atas kepala dia, tak kasi bergerak. Tapi Naurah tetap bergerak nak intai apalah yang menepek kat telinga dia. So, kasilah puaskan hati dia intai pistol dulu barulah dia straight pandang ke depan. Pekerja Poh Kong pun ok, buat kerja dengan berhati-hati. Masa naurah gerakkan kepala, dia tak tarik pun pistol, statik je ikut kepala naurah, takde terus nak tembak ke apa. Once Naurah dah duk diam, dia terus kira, then tembak. Then again spray semula. 

Aku saja tembak sehari sebelum cuti public holiday for Nuzul Quran and weekend, so that aku boleh pantau sendiri telinga Naurah. Aku ikut nasihat Intan dan mak aku. Malam tu balik rumah terus sapu minyak gamat. Then hari pertama tindik, telinga dia tak kasi kena air takut infection. Mandi pun bahagian badan je then basahkan rambut gitu-gitu je. Hari kedua dan seterusnya mandi macam biasa. Cuma makan je aku nak pantang sampai seminggu. Baru confident betul-betul ok. Tapi aku tengok hari ahad tu telinga dia nampak macam ok je. Takde merah, takde bengkak, takde bernanah. Dia pun, takdelah duk sentuh telinga. Relaks je main. Cuma hari pertama tindik tu, dia tersentuh telinga dia dan perasan ada subang. Tapi aku memang pantaulah dia bermain hari pertama tu. naurah ni jenis suka pegang and tarik telinga. So bila dia terpegang tu, aku terus say NO, dengan kepala dan tangan say NO. haha Dia faham. Tapi lawaknya, dia excited ke apa, dah pakai subang, teringin nak pegang tapi kalau pegang dengan tangan ibu tak kasi. So, dia ambik sudu mainan dia, dia pi raba telinga. sambil mata menjeling ke arah aku, takut benda dia buat tu pun  salah. Aku diamkan je. Kadang-kadang dia ambik Aamina, kaki atau tangan aamina tu dia pegang dan bagi sentuh subang. Agaknya dia nak bagitau aamina kot dia dah pakai subang. LOL. HAHA

See.. i had earring now. lol


Hubs balik dari sabtu malam tu, terus excited belek telinga Naurah. Suka sangat. 

Owh, also hubs tanya mana birthday gift Naurah dari i kan, aku selamba cakap earring tulah. Then hubs give a big laugh.tsk

Hubs : Mana aciiiiiii. Hadiah dari ayah beribu. Dari ibu 30hengget je.

Me: Oklah tu. walaupun 30hengget tapi hampir pitam ibu takut tau tak. Hadiah special for her request by someone special. Sooooooo special ok. HAHA

HAHAHAHA bijak tak ibu? modal rm30 aje untuk birthday girl. Tapiii nasib baik ada video. Moment tu penting. MONEY CAN'T BUY OK! mihmih

Last but not least,

Ingatkan dah tindik telinga jadi makin ayu, sopan santun, makin lasak oooiiii. hahaha



Yeay, this weekend dah nak balik kampung.

Till then.
TATA.





THANK YOU FOR READING THIS!

17 comments:

  1. waaahhhh... kte pun sebab takut... tak boleh bayang dak tu nanti melalak.. isk isk isk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang takut memula tu tapi tak tahan tgk budak kecik pakai subang, tu yang beranikan diri. hehe

      Delete
  2. Nak tembak telinga Alya jugak tapi tak sempat lg la plak...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pi tindik cepat. earring for raya.. mesti bergaya alya nanti.. hehe

      Delete
  3. Murah bbenor earing kt pohkong..emas ke hana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan emas rasanya. ala subang yg 1st kita guna utk tembak. nanti dah ok baru tukar emas betul. kalo kat tomei lg murah, rm20.

      Delete
  4. nk tgelak aunt bc naurah oii. mak kau ni kelakar laaaa.
    kalau i awl2 mmg beli kek je.sbb tau xpndai. but its ok mama naurah, ur effort tu yg penting. naurah dh besar nt cite kt dia eh. sure dia terharu..

    i mcm u. pain threshold is not that high. hahaha. takuttt. sbb i msh igt i menjerit satu kedai ms tindik telinga umur 4,5thn kot hahah.
    plus my husband pn mcm ragu2 lg n i pn cuak2 lg, so we'll see later. wpn org kata sng ms kecik dia nangis kjp je kan. haha.
    plus hannah ske tdo pegang telinga n dia ganas.i tkt jgk if dia buat pape kt telinga dia haha. paranoid betul

    i tye mak i dia pulak ckp, xyah la. aikk.sll org tua beria nk cucu pkai earring. weird. haha. nice earring Naurah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni lisa, sbb laki aku yg beriya. tu ada kekuatan sikit. kang kalo telinga budak tu bengkak ke apa, blh aku salahkan dia sbb suruh aku. hahaha ko kena dpt moral support dr husband la br berani.

      Delete
  5. Nsb baik la ku ada ank bjg je baru. Klu x mau ketaq jgk nk p tindik telinga anak. Hoho

    Ape pun yeayyy naurah dh jd gegurl!! Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tunggu ada anak dara, mesti teringin2 je nk tindik telinga.

      Delete
  6. nak gelak bila ayah naurah cakap tk aci adiah rm30 je..hehe..kyra dl tindik satu2..yg ke2 kena stop umpan dgn lipstik..br dia nk tindik lg sebelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yg hana takut. maka suruh tindik dua2.. senang.

      Delete
  7. i nk nagis lak tgk video tu hana.sonok nya.tpi trus jd takut lak nk tindik princess.suami mmg sah sah x bg dh.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut memang tkt ra tp lepas pada tu legaaa...

      Delete
  8. takpe la kek tak jadi pon, nanti buat lagi yer..hihi

    syoknye naurah ada subang emas

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha rasa nak try lagi.. harap2 menjadi..

      Delete
  9. ala kesiannya kek x jd kalau i pun mesti kecewa. knp tak beli je u huhu

    aaaa i plak seriau baca naurah nk kene tindik huhu. nasib dia ok kan xde usik2 sgt tangan tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...