Wednesday, July 17, 2013

8 Ramadan : the date she comes to this world.

Omaigod! Today so special day tapi hampir-hampir terlepas. Mati-mati aku ingat Naurah was born on 10 Ramadan. Tapi bila baca lisa cakap anak dia lahir on 13 Ramadan. Like, Eh? tak mungkin! Sebab Naurah lahir beberapa hari before her baby. Ambik kalendar lama, WHOOAA, WHAT??!!

Oh, Man!!! Blame my middle name "pelupa" TSK.

Menurut kalendar Hijrah, hari ini, 8 Ramadan 1434H adalah hari lahir Naurah. Hari aku bergelar ibu. Hari aku menempuh saat yang aku paling takut sebelum ni, iaitu bersalin. (sebab tu aku reject lamaran hubby selama beberapa tahun sebab takut nak bersalin. Boleh? ahah) Kalau tau berbaloi gila tanggung sakit bersalin, agaknya pada umur sekarang aku dah ada 2 anak. Eh! ahaha

 Actually kalau ikut kalendar masihi, Naurah was born on 28 of July 2012. But then, me and hubs pernah discus nak celebrate befday Naurah pada dua-dua tarikh ikut kalendar masihi dan hijrah. Why? sebabnya bersalin dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan tu sangat special i think. Susah nak describe. Bulan yang penuh keberkatan then kami dikurniakan satu nyawa yang totally change our life. Its we called Ramadan yang penuh keberkatan. *tears*

Aku masih ingat lagi setiap detik dan saat pengalaman bersalin. Tapi aku tak takut atau fobia pun sebab kenangan tu sangat indah untuk aku ingat. Fobia cuma tang alahan teruk awal pregnancy je. Even when i read back my labour room story, masih terasa ngilu tang jahitan miss V sedikit pun aku tak rasa takut to have another baby. *wink* cuma masanya belum sesuai lagi nak tambah another one. Nak handle Naurah sorang pun masih semput plus my hubs selalu out station kan. Waitlah until Naurah boleh berjalan, independent sikit.

Back to Naurah's deliver story, pada saat aku update entry ni at 4.00pm there is one hours to go to deliver Naurah.(ngular depan pc. ahaha). Masih mampu menahan contraction lagi waktu ni. Tapi aku bernafas kuat sangat like sakit gila. Aku dapat rasa lagi bilik tu sangat sejuk tapi peluh aku tak berhenti keluar. Di pandangan aku hanya nampak cahaya lampu je kat atas and nampak curtain hijau. Almost 2 hours in labour room, tapi rasa macam dah malam, rasa duduk berjam-jam dengan menahan sakit yang amat. 5pm i am struggle to deliver Naurah. Kejap je rasanya, tak sampai 15 minute. Bila dia dah keluar, semua sakit dah hilang. All pain was gone.*tears*

Dalam bulan Ramadan ni jugak, aku sangat terharu dengan my mum dan husband yang bersusah payah temankan aku. Walaupun tengah berpuasa, lapar dahaga, penat, mengantuk mungkin, all out jaga aku dengan penuh kasih sayang. 

My mum, semalaman tidur tak sempurna, berbuka ala kadar, sampai tumpah air kelapa kat lobby hospital sambil tunggu aku check bukaan jalan. Berbuka puasa makan kuih je. Lepas Isyak baru dapat makan nasi tu pun dua tiga suap je. Tak tahan agaknya tengok aku tengah mengerang kesakitan. Esoknya ketika aku sedang bertarung dalam labour room, sanggup pergi ke bazar Ramadan seorang diri, lintas jalan yang sibuk, berjalan jauh sedikit beli makanan berbuka untuk husband aku. FYI, my mum ni memang susah kalau nak ke mana sorang-sorang. Kurang confident. Tapi that day dia beranikan diri. Masa dalam labour room time sakit tu sempat lagi aku tanya husband pukul berapa, aku rasa macam dah malam, kesian kat my mum and hubs tak berbuka. Rupanya baru pukul 4 lebih. Bila doktor kata maybe lambat lagi deliver (since at 4pm tak rasa lagi macam nak ter"poo poo") aku suruh dia keluar kejap beli makanan berbuka tapi beli laju-laju sebab at the same time aku rasa takut jugak sorang-sorang dalam labour room. Tapi hubs cakap my mum suruh je masuk dalam temankan aku, dia pergi beli makanan. Risaunya aku time tu bila mak aku kena lintas jalan. *tears*

My husband pulak,  lepas berbuka puasa, dari KL ke Kota Bharu, he drive as fast as possible. Seriuosly, aku hanya pentingkan diri. Aku suruh dia datang cepat macamkan nak bersalin malam tu jugak. Nasib baik nothing happen to him. He safely arrive kat ward before sahur. Then stay back with me until deliver Naurah. Sampai mandi kat hospital and tidur kat surau. *tears*


That is why la i cakap 8 Ramadan is so special for us. But then, ofcourse la 28 Julai pun will remember as Naurah birthday also. But we (hubs and me) comes to this idea which is on 8 Ramadan will celebrate Naurah birthday at first, while 28 July is anniversary we being a parent, also 2nd celebration for Naurah. hahaha Untungkan jadi anak sulung, so special, sambut birthday 2 kali, gara-garam makpak over feeling on 8 Ramadan moment. Ngeeeeeeeeeee

Here, some picture Naurah since born..

Fresh from tummyland. ahaha Tapi lepas tu kena masuk ward kanak-kanak. Tak sempat ibu nak bf malam tu.

2nd day. Before discharge.


18 days


and others month will update later. heee


Last but not least, simple note for Naurah.




Dear Naurah,

 When u face this world, just remember your name. 



NUR NAURAH RAYYANI.



Mean



CAHAYA DARI SYURGA RAYYAN.


Ingat, dari mana kamu datang sayang. Semoga pentas dunia ini kamu lakonkan watak yang baik-baik sahaja untuk kamu kembali ke tempat asal penciptamu. Mudah-mudahan seperti namamu, Rayyani, itulah pintu yang akan kamu lalui menuju ke syurga kelak. AMIN.

*tears*








THANK YOU FOR READING THIS!

10 comments:

  1. muka naurah xberubah kan dr baby sampai skrg.princess muka lain sikit.hehehe.hmm wahhh mmg terduga tu bulan puasa kan.besar pengorbanan ibu.tear jugak.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir nur naurah rayyan. Semoga menjadi anak yg solehah, penyejuk di mata penawar di hati mama ayah.

    ReplyDelete
  3. saat indah kan...
    hepi birthday naurah..

    ReplyDelete
  4. happy birthday naurah... :) semoga sentiasa ceria ye syg..

    ReplyDelete
  5. hai.. berdebor pulak baca cite org bersalin ni. tinggal sebulan je lagi ciknaa nak ke arah itu :)

    ReplyDelete
  6. kalau dkt nak je cium2 bby comel naurah nie..bau bby adalah bau yg wangi kalah minyak wangi yg riban2 tu

    ReplyDelete
  7. oh beza 5 hari ke.br tau kekeke.i ske lak ank lahir bln puasa ni. sbb every ramadhan bole celebrate hehe.. tp seksanye ganti puasa oiii ;p

    happy bday Naurah.muka dia masa baby dgn skrg sama je.hehe.xberubah sgt.tang mata tuuu

    ReplyDelete
  8. sedapnya nama naurah. maksud pun sedap. semoga menjadi anak yang solehah ye naurah :)

    ReplyDelete
  9. Muka Naurah tak berubah. Comel. Sedih ingat pengorbanan mak kite, even kite dh bekawen n dh nak beranak pun, pengorbanan dorang x berubah. Sanggup buat apa saja demi anak n menantu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...