Thursday, July 25, 2013

16 Ramadan so far..

Aku rasa nak marah kat bos husband aku sebab tak kasi cuti. Hahaha Husband aku now out station. Hari tu kami bincang nak pergi KL this week memandangkan esok cuti Nuzul Quran kan. So, hari Sabtu next week dah tak payah pergi KL, boleh balik terus ke kampung daripada Kuantan ni haaa. Nanti kalau bertolak dari KL ke KB next week sure jem punya. Sebab dah nak masuk minggu raya kan. Tup-tup husband bagitau tak boleh cuti. Next week baru dia cuti sampailah 14hb ogos nanti. Gila kecewa hati ni hah. Tapi redha jelah. Kena jugak pergi KL minggu depan untuk melawat kubur arwah MIL and FIL serta berbuka bersama-sama ipar yang lain. Sebab confirm-confirmnya raya ni memang balik kampung aku. Mungkin begitulah raya-raya akan datang memandangkan hubs dah takde mak ayah. Adik beradik pulak pakat ikut suami atau isteri masing-masing beraya kat kampung. Aku? mestilah suka kan, dapat beraya kampung aku sokmo tapi aku tau jauh sudut hati suami aku, mesti dia sedih. Bila mak ayah dah takde, jadi gini kan. Nak buat macam mana, ni semua keputusan yang diambil oleh adik beradiknya.

So, dah esok cutiiiiii then hari Sabtu malam baru hubs balik, kepala aku ligat dah nak buat macam-macam. Aku rasa nak buat biskut raya lah. haha Entah jadi ke tidak tapi bahan-bahan memang dah beli. Antara biskut yang aku dah google siap-siap resepinya ialah biskut Arab, biskut sarang semut, biskut semperit, chocolate chip. Aku pernah buat sarang semut dan semperit tahun lepas. dalam pantang pun, boleh tahanlah rajinnya gentel biskutkan. Harap-harap Naurah duk diam, nanti aku kasi seketul tepung yang siap diuli untuk dia main. haha

Hari ni dah 16 Ramadan. Aku rasa sedih sikit untuk Ramadan kali ni sebab tak macam yang aku harapkan. I mean hidup bekerluarga (hubs and daughter) semasa di bulan Ramadan. Hari-hari aku beli makan kat bazar ramadan. Bukan taknak masak tapi Naurah memang tak kasi aku masuk dapur. Dahlah aku tinggalkan dia beberapa jam pergi kerja kan, dah balik tinggalkan dia lagi sebab nak masak. Dia duk main sorang-sorang, kalau ada ayah dia takpelah jugak. Ronda-ronda naik motor pusing taman ke. Pulak tu, aku rasa macam tak berbaloi nak masak bila duk sorang-sorang. Kadang-kadang lauk sahur, aku makan je apa yang ada. Goreng telur kicap pun jadi. Dah sedap sangat tuuu.  So far, dah hampir pertengahan bulan Ramadan, baru sekali aku masak. Tu pun ahad 2 minggu lepas. Ahad minggu lepas kami iftar kat luar.

 
Rendang hati lembu kering. Favourite hubby


Kerabu taugeh


 Tu menu iftar yang aku masak hari tu. Ramadan kali ni aku tak share gambar makanan yang aku beli bazar sebab takde feel. Tak best langsung. Jeles tengok lauk pauk orang lain masak. Kalau masak, memang best gila. Hari-hari ulang menu sama, nasi kukus ayam, nasi arab, nasi beriani, nasi kerabu etc. Dulu aku rasa aku rajin la jugak share resepi time bulan puasa ni. Tak sabar nak tunggu minggu depan. Jadilah seminggu pun berpuasa sama-sama setiap hari. Minggu depan, tunggulah menu aku masak ye. Hahahaha


Naurah sekarang tengah layan lagu kartun Minions tu. Yang Banananana, potatoooohhh tu kan. Dia pun pandai menyanyi. Tapi bunyinya gini jelah... NANNNAA ... NAANNNA... nak sebut BAAA depan tak pandai. Maka ambik jelah yang hujung. Pun dah comel dah bunyinya. mihmih. Then kalau main doll Aamina, dia paling suka picit button kaki kanan Aamina yang akan keluarkan lagu-lagu. Kalau button lain, belum habis aamina bercakap dia duk tekan-tekan. Cuma picit hidung Aamina belum lagi dia gagah. Tapi bila dia nak dengar Aamina cakap ALHAMDULILLAH, dia pass Aamina kat aku then aku tolong picitkan hidung.. lepas Aamina bersin, dia akan sebut ALHAMDULILLAH. Naurah  pun sebut DAHHHH. hahhaa Jauh beza sangat ALHAMDULILLAH dengan DAHHH tu.


28 Julai (ahad) birthday Naurah ikut kalendar masihi. Aku rasa nak prepare something special. Harap-harap menjadi. Disebabkan dalam IC or apa-apa dokumen kita isytiharkan usia mengikut kalendar masihi, so nak taknak kena la ikut walaupun deep in my heart, aku lagi suka dengan kalendar hijrah yang  jatuh bulan Ramadan tu. So, kenalah celebrate dua-dua kan. Tapi among three of us jelah. Takde bajet dan masa untuk buat big party. 


Semalam, aku rasa sangat down dengan sikap orang yang aku kenali agak rapat. Aku say something tapi dia macam olah benda tu dengan maksud yang lain. End up, timbul salah faham. Mula-mula aku macam tak perasan dengan perubahan sikap dia, sebabnya dia diam je. Kurang bertegur dengan aku seperti sedia kala. Aku pun tak faham kenapa dia sentap bila aku cakap pasal anak orang lain. FYI, aku bukan mengutuk anak orang ye. Cuma aku cakap demi kebaikan semua budak, baby yang kena penyakit yang merebak itu elok tak perlu di bawa ke tempat awam. Aku tak taulah dia faham tak akan bahaya penyakit tersebut. Maybe di pandanganya aku terlalu concern pasal anak atau aku kejam untuk asingkan kanak-kanak tu. Tapi kalau korang tempat aku sure risau gila jugak. Cuma aku ni terlepas cakap. Dan aku jenis percaya kat dia sebab kami agak rapat. Mahu aku tak concern pasal kesihatan anak kan, kalau anak sakit, dahlah aku sorang-sorang kat sini. Siapa yang aku nak harapkan tolong tengokkan anak aku. Dah kalau budak tu menangis nak memerap je, takkan sanggup nak hantar ke rumah BS tambahan pula bulan puasa ni. Penat tau orang nak dukung anak kita je. Cuti aku pulak bukannya banyak sangat. Sebab tu aku concern sangat pasal anak aku. Like dia cakap "kalau benda nak jadi, jadi jugak". Aku setuju 100%. Qada dan Qada' tapi kalau awal-awal kita tau benda tu boleh datangkan musibah ada elok kita jauhkan dirikan, buat apa nak cari penyakitkan? Dah kalau nak kena jugak, kita pi tempat awam, kebetulan ada kanak-kanak bawak virus tu, nak terkena kat anak kita, nak buat macam mana. Sebab kita sendiri pun tak tau kan keadaan kanak-kanak tu. Itu, barulah boleh kau nak cakap " dah benda nak jadi...". Aku hanya harapkan dia balas begini sahaja "kenapa tak bagi dia pergi? bahaya ke penyakit tu?". Kadang-kadang usia tu hanya angka semata-mata. Bukan jaminan untuk kematangan pemikiran. Sebab dah banyak kali aku hadapi benda begini. End up, aku kena mengalah. Takpelah kan, aku akan pegang this quot yang aku nampak dalam IG Fazura,


"Forgive others, 
not because they deserve forgiveness 
but 
because you deserve peace"



 Lesson learn for me.

^__^


last but not least, 


We had a BIG plan today kan? hope going well. Ibu berdebar sangat. ahaha






Till then.









THANK YOU FOR READING THIS!

7 comments:

  1. Ape yang nervous sangatttt tuhhhh hehehe

    ReplyDelete
  2. salam hana
    Lawatan malam tirana aduka

    ReplyDelete
  3. i pun jarang masak.. kalau i share kat IG tu i masak lah tu, kalau tak i beli je.. bila kerja + anak kecik..letih pulak nak masak.tp kadang2 teringin, masak gak.

    bab sentap kalau org tegur anak tu biasa tu hana.tapi yang takleh diterima akal bila kita share benda2 baik kat fb kat wall kita secara general org sentap kata kita obses atau paranoid.. tu lagi sentap.boleh buat putus kawan... kalau kita nak pikir apa pandangan org kat kita mmg takkan settle, baik kita pikir apa pandangan Allah swt pada kita. tenang jiwa...as long as kita mmg takde niat nak sakitkan hati org, kalau org terasa hati.. gasaklah dia.nanti b4 dia tido tu dia pikir lah kot apa salah dia kat org... cheer...

    ReplyDelete
  4. ala kesiannya u suami u kene keje. kalau i ntah cmnela. oh mertua u dua2 dh takde ke? mesti husband u sedih. u dptla beraya umah mak sendiri kan

    ala kalau u berdua je dgn naurah tak pyhla masak u. sian naurah takde org layan dia huhu

    hmm kdg2 org ni kita ckp lain yg dia paham lain. sbb tu i kdg malas masuk campur. baik buat tak tau je. kesian u. sabar ye

    ReplyDelete
  5. Yang sentap tu dia ada anak tak? Heheh sebab hanya seorang mak saja yg akan setuju dengan pemikiran ko beb. I totally agree kalau anak sakit dukla diam2 kat rumah. First kesian anak tu x sihat ko bawak jalan2 kat mall close air circulation dahla immune dia tengah rendah lagila sakit dia nanti. Kedua kesian budak lain yg berjangkit pulak. I dunno ni simple thinking je but some mothers can be selfish too.let's just pray we're not one of them :)

    ReplyDelete
  6. wah lamanya dapat cuti raya....
    saya pun dpt cuti sikit ajer, dan berkemungkinan besar kena kerja raya pertama...=___="
    sy nak ucapkan happy birthday kat naurah...kita kongsi tarikh birthday eh.. :)
    oh, be strong akak...semoga terus sabar...:)

    ReplyDelete
  7. kita pun xmsk langsung bln ramadan cm ne tu? hihihihih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...