Tuesday, June 4, 2013

Resepi makanan bayi 8, 9 dan 10 bulan

Ada idea mencurah-curah nak share. Take time fikir nak update apa. Fikir punya fikir dah setengah jam berlalu. Kerja berlambak. Hahaa Maka, marilah manfaatkan 30 minit yang masih ada untuk waktu rehat ni, update laju-laju koleksi makanan Naurah untuk 8, 9 dan 10 bulan ini.

Naurah suka sangat makan. Sebab tu saya suka masak. Pernah jugaklah masa selera dia down, tapi saya tetap masak macam-macam jugak. Nak bagi dia berselera semula kan. Pernah masak bubur dengan banyak, boleh makan sampai malam tapi dia hanya makan 2 sudu saja. Sabar jelah. Memang buang macam tu je. Nak bagi anak makan ni, kena banyak bersabar. Lain budak, lain peelnya. Kadang-kadang ambik masa sejam nak makan 1 bekas kecik bubur. Sabar jelah. 

Antara yang saya pernah sediakan untuk Naurah. Simple je.

1) Bubur cous cous dengan labu

Kedua-dua yang belum masak

 Ni antara menu yang paling sempoi dan malas yang saya pernah buat. Kelebihannya cous cous bila dah kembang tak payah lecek dah. Then saya baca info pasal cous cous ni, it is better than rice sebab tak ada kanji. So, amat jarang baby sembelit bila makan cous cous. 

Bahan-bahan :

- cous cous (3 sudu untuk bekalan makanan 4 kali sehari)
- buah labu 

Cara masak :

- masukkan air ke dalam periuk, biarkan mendidih. Masukkan cous cous.

- Setelah kelihatan cous cous mengembang, masukkan labu sehinggalah masak

- Setelah masak, lecek dan siap untuk dimakan.


2) Ala-ala pulut mangga untuk bayi





Kudapan waktu petang. Tapi boleh jugak untuk breakfast atau lunch. Amat mengenyangkan sebab bersama-sama mangga itu adalah nasi sebenarnya. Bukan pulut. Ibu tak kuasa nak kukus pulut. Plus, macam tak confident sangat nak kasi santan kat Naurah. Kalau nak kukus pulutkan memang kena pakai santan. Takut terlebih santan, boleh kembung perut nanti. Tunggulah setahun lebih.


Bahan-bahan:

- Beras
- Mangga manis
-SI / EBM

Cara masak :

- Masak nasi seperti biasa. Biarkan teksturnya lembik.

- Kopek mangga potong bentuk kiub seperti di atas.

- Sediakan untuk dihidangkan di atas pinggan dan disiram dengan SI atau EBM yang telah dipanaskan.


3) Bubur Vegetarian





Sekali sekala ada baiknya bagi anak makan sayuran tanpa sumber protein kan. Makanan vegetarian ni terjadi sebab saya terlupa stok ikan salmon dah habis. Nasib baik ada sayur penyelamat kat rumah iaitu ubi kentang. Pun dah cukup buat anak makan. Maybe sebab rasa lemak manis kentang kot. 


 Bahan-bahan :

- cous cous
- eggplant
-potato
-nutmeg powder
- parsley flakes


Cara masak :

- Masukkan air ke dalam periuk. Setelah mendidih, masukan cous cous. Biarkan seketika sehingga kembang.

- Setelah kembang, masukkan potato. Setelah air kelihatan mulai kering, masukkan eggplant.

- Masukkan parsley flakes dan nutmeg powder. Siap untuk dimakan.


4)  Bihun sup



Bahan-bahan :

- sedikit bihun sup
- bawang merah
- rempah 3 saudara
- pure olive oils
- ayam organik
- tomato
- potato
- parsley flakes
- brokoli
- sawi
- seleri


Cara masak:

- tumiskan pure olive oil dalam periuk. Masukkan 3 rempah saudara. Setelah naik bau, masukkan hirisan bawang merah.
- Setelah kekuningan, masukkan sedikit air. Masukkan ayam yang telah dihiris dengan halus
- setelah ayam kelihatan masak, masukkan potato dan seleri. Masukkan brokoli, sawi, parsley flakes, tomato, nutmeg powder dan bihun yang telah dibasuh.
- setelah masak, siap untuk dihidang. Rasanya sangat sedap macam sup orang dewasa. Bezanya tanpa perisa sahaja. 


5) Fried Spinach



Sesuai untuk snack. Boleh goreng buat stok banyak-banyak. Nak goreng ni ada 2 cara.

CARA PERTAMA

 Bahan-bahan :

- Daun bayam yang telah dipilih dan dibasuh bersih
- tepung beras 
- cheese 
- pure olive oils

cara masak :

- Bancuh tepung beras dan masukkan sedikit cheese
- Daun bayam yang sudah dibasuh, dicelup ke dalam tepung beras tersebut
- setelah pure olive oils panas di dalam kuali, masukkan bayam yang telah dicelup dengan tepung. Goreng dengan api perlahan
- setelah itu, angkat dan toskan. Untuk simpan dalam bekas kedap udara, make sure bayam yang digoreng sejuk terlebih dahulu

CARA KEDUA :

- bayam yang siap dibasuh
- egg yolk
- breadcrump / tepung beras
 - pure olive oils

cara masak :

- celup bayam yang dibersih ke dalam egg yolk. kemudian celup ke dalam terung beras / breadcrump tersebut

- setelah minyak panas, sedia untuk digoreng.


6) Roll on pumpkin with cheese





Bahan-bahan :

- pumpkin
- bega cheese
- pure olive oils
- tepung atta / tepung gandum
- breadcrumb
- eggyolk

cara masak :

- rebus labu terlebih dahulu sehingga masak. lecekkan
- satukan labu yang telah dilecek dengan tepung gandum. Sukatan bergantung kepada jumlah labu yang dimasukkan. Make sure setelah adunan labu dan tepung digaul, adunan menjadi liat supaya senang untuk mengulung. Kalau adunan masih lembik, masukkan sedikit lagi tepung.
- Setelah siap adunan, leperkannya di atas dulang, tabur dengan hirisan cheese dan mulalah menggulungkannya. Sekiranya susah nak gulung, lapik adunan tersebut dengan plastik, then gulung dengan menggunakan plastik tersebut.
- setelah adunan siap digulung, gaulkan ke dalam breadcrumb. Pilihan, sama ada nak gaul dengan egg yolk dahulu atau tanpa egg yolk pun boleh, breadcrumb akan melekat pada adunan tersebut.
- setelah pure olive oils panas dalam kuali, siap untuk digoreng. Pastikan digoreng dengan api perlahan supaya cheese dalam adunan tersebut menjadi cair.
- Setelah breadcrumb kelihatan kuning keemasan, siap untuk diangkat dan toskan. Make sure sebelum diberi kepada bayi, cheese tersebut sudah sejuk.


7) cekodok sayur





bahan-bahan : 

 - tepung gandum / tepung atta
- carrot
- brokoli
- seleri
- parsley
- potato

cara masak :

- Rebus potato terlebih dahulu. Lecek sehingga hancur
- bancuh tepung dalam mangkuk dengan sedikit air.
- masukkan carrot, brokoli, seleri yang telah dipotong halus. Masukkan potato yang telah dilecek. Masukkan parsley
- setelah pure olive oils panas di dalam kuali, masukkan adunan tersebut dengan menggunakan api perlahan-lahan.
- setelah kekuningan, siap diangkat dan ditoskan.




 So far, tu je sempat nak share. Masih ada resepi yang tersimpan dalam koleksi saya.Next time, ya!


Happy cooking to all mommy. Let's make homefood for our baby. Full of love and hygiene!


 
Naurah and with her cekodok sayur. The most peberet kudapan for her.





"taste good tak Naurah, ibu masak?"

"Hurrmmmmm... not badlah"


Seee... she loikeeeee!! AHAHA



 

Till then.
TATA





THANK YOU FOR READING THIS!

28 comments:

  1. Hana..kalau couscous tu nak kena basuh dulu ke x payah eh? I main rebus terus je..boleh ke?

    ReplyDelete
  2. bayam goreng dengan roll pumpkin with cheese tu kelihatan sangat sedappp..nanti nak try kat hannah..tq hana ;)

    ReplyDelete
  3. bagusnye suma hasil air tgn mak.. :)

    ReplyDelete
  4. bila anak jenis pemakan kita mmg semangat nak masak kan..ibu pun kdg2 boleh naikmberat badan

    ReplyDelete
  5. yummy dapnya u. nanti i bg resepi frittata plak eh. senang je sebenarnya u nama je belit haha

    ReplyDelete
  6. thanks for the resepi...muahhh *eh tetiba kan*

    ReplyDelete
  7. Rajinnya. Nak tanya...cous cous tu beli kat mana?

    ReplyDelete
  8. tak pernah bg cous cous kat elman. ermm..sebenarnye xtaupun pasal cous-sous ni.. kurang ilmu rupenye mommy elman ni. huhu

    ReplyDelete
  9. cous cous tu aper ke benda nya hana oi... hehehehe

    ReplyDelete
  10. cous cous to apo bondo ehhh hana oiiiii...dah besar baby ya ;)

    ReplyDelete
  11. good recipe! i tak sabar nak tunggu hamza tau kunyah bolehla buat cekodok, pumpkin cheese and bayam tu nampak sangat sedap

    ReplyDelete
  12. wahh banyaknya menu..menarik untuk dicuba. couscous da ada tapi jarang bagi sebab tak tau nak buat ape.hehe.. and idea fried spinach tu sangat menarik. nak buat jugak untuk snack saif. thanx for this brilliant idea!

    ReplyDelete
  13. hahaha not bad lah ibuu.hehehe.hana pandai pelbagaikan makanan naurah.mcm rara ni asek itu ituuuu je.hehe

    ReplyDelete
  14. Gigih okay ibu naurah ne. Nape bnyk mak2 bg labu eh? Labu good for baby ke?

    I bookmark siap2, when the time comes bole i refer balik

    ReplyDelete
  15. ...kita pun tak tahu gunanya cous-cous tu...hehehe...kena cari nih.... (kepala dah pening nak cari resipi yang mudah dan cepat untuk dimasak...)

    ReplyDelete
  16. Seronok baca resepi2 yg awak buat untuk anak...mesti anak selalu mkn byk..sangat manarok..smpi sy sendiri teringin nk mkn...seriusss...hehe..sy plg suka keropok bayam tu..tak terpikir buat untuk anak..lebin sihat..nnti nk cuba buat lah...thanks for sharing dear..

    Jom tukar2 link:-)
    htpp://sihatmacamyaya.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. untungla baby naurah, mak pandai masak n rajin..sampai comot dia makan..hhehe..nice sharing..boleh cuba later untuk putera tersyg..

    http://vitaminpilihansemua.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. waahh, bestnyaaa.. blh cuba lpas ni..
    jom singgah sini :) http://nabihahnasib.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. waaahh, blh cuba ni.. best2..

    Jom singgah cni :D

    http://nabihahnasib.blogspot.com/

    ReplyDelete
  20. sis guna cheese ape erk??? unsalted cheddar cheese bole x guna?

    ReplyDelete
  21. hana.. naurah da ade gigi??
    mcm my baby 10month lum ade gigi sebatang pn sesuai dak mknn2 mcm ni huhu

    ReplyDelete
  22. bestnya resepi kat sini. boleh try nanti.. thanx for sharing :)

    ReplyDelete
  23. bestnye bby mkn...Bole try ni..Buntu nk cari resepi tuk bby....
    Redakan Demam Bayi

    ReplyDelete
  24. pa benda cous cous pun tak tau...tak nah jupe lar ni...

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum .. salam perkenalan. sheila google resepi untuk anak bawah setahun. keluar blog awak. terus follow sini dan bookmark entri2 resepi baby. hehe terliur tengok gambar makanan Naurah ~~~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...