Thursday, June 13, 2013

RESEPI HOMEMADE NUGGET, CARROT AND DATES JELLY

Serius weh, kalau nak update blog mesti permulaan ayat aku nak cakap, tak sempat nak update sebab busy. hahaha Rajin memang rajin, bersemangat lagi kan nak tayang maknenek bento ni tapi tulah, kekangan masa. Kerja office pun berlambak lagi tak siap.

Update jugak sebab ramai yang mintak resepi homemade nugget. Resepi ni aku cari dalam internet, sekali lupa dah nak copy link. Err..sorry, sape punya resepi. Sangat bijak ok. Anda superb sangat! ^_^


Resepi HOMEMADE NUGGET.





Bahan-bahan: 

- Isi ayam (sekeping tapak tangan saje sebab aku memang buat 5, 6 ketul je. malas nak simpan dalam fridge lama-lama)

- oregano

- egg yolk (below 1 year, kalau boleh elakkan telur putih, takut anak alergik. Kalau tak alergik takpe, boleh masukakn sebijik telur)

- tepung gandum/tepung atta

-pure olive oil

- bawang putih (aku masukkan seulas je. takut terlebih bau pulak)

- serbuk nutmeg (masukkan sikit je sebab baby sensitif tang bau. kang bau kuat sangat, tak makan nugget nanti)

- blackpeper

- serbuk roti

- roti sandwich (kembangkan roti dengan air supaya senang nak kisar)

- bahan perasa (aku tak letak sebab anak aku kecik lagi. so, semua makanan anak aku yang dimasak is BIG NO to MSG!)


Cara buatnya:

- Kisar : isi ayam, egg yolk, roti, bawang putih, oregano, nutmeg, blackpepper. Kisar hingga hancur.





- Then, masukkan dalam bekas untuk dikukus. Kukus ni lebih kurang 10 hingga 15 minit.

Dah masak


- Nak tau masak ke tak, tengok bahan tersebut like mengembag sedikit dan merekah. pastu ambik garfu, cucuk. tengok ada tak like tepung meleleh kat garfu. biasanya kalo masak, garfu tu nmpak berminyak je. minyak dari isi ayam barangkali.

- Dah masak, angkat. Gaulkan dengan tepung gandum/tepung atta sehingga adunan senangn dibentuk dan tidak melekat pada tangan.

- setelah adunan siap diuli dengan tepung, mulalah menekap nugget dengan acuan yang digemari. 

- selepas tekap, lumurkan acuan nugget tadi ke dalam breabcrumb. Nak goreng terus pun boleh dan nak simpan peti ais pun boleh.

 
yang belum digoreng



 So, pagi-pagi dalam pukul 6 aku masuk dapur sediakan bekalan Naurah. Termasuklah goreng nugget ni. 

Sekali dengan nugget ni, aku masak bubur macam biasa.

4th set bento untuk Naurah Rayyani


Semalam, masak agar-agar carrot campur kurma untuk dapatkan kemanisan asli tanpa campur gula gitewww.. hahaa




Resepi AGAR-AGAR CARROT DAN KURMA



Bahan-bahan:

- agar-agar

- carrot

-kurma

cara masak:

- kisar carrot dan kurma (campur air sikit)




- panaskan air dalam periuk, masukakn agar-agar. Kacau agar-agar sampai hancur.

- masukkan carrot dan kurma yang telah dikisar.

- nak pastikan agar-agar tu dah betul-betul keras or takut terlembik ke apa, titiskan setitik agar-agar di atas piring dan biarkan selama 2, 3 minit. Boleh tengok perubahan agar-agar pada piring tadi. 

- sementara tu, agar-agar dalam periuk, still kacau.

- Agak-agak agar-agar dah sedia untuk dituang dalam acuan, sediakan acuan terlebih dahulu dan tuang dalam adunan yang anda suka.

 
guna egg mould

 
guna rice mould

 Bekal semalam, bukan hanya ada jelly tapi bubur and pisang jugak. Macam biasa. Kena ada benda untuk breakfast, lunch and tea time.






couscous + carrot + tomato + potato + chicken





Semangat tak bila tengok makanan comel? Aku dulu masak makanan Naurah ala kadar je. Tapi sejak terlibat dalam bento ni, jadi semakin bersemangat pulak. Pengasuh Naurah masak je kalau aku terlewat bangun nak sediakan makanan kat Naurah tapi bagi aku, alang-alang aku tengah sihat, biarlah aku sediakan sendiri makanan Naurah. Aku pun rasa lebih terjamin dari segi zat dan kebersihan. Sedap tu memang taklah sangat sebab tawar je tapi yang penting, Naurah suka. Dia makan habis. Kawan aku pun cakap, dia pun bersemangat nak suapkan Naurah makanan bila tengok makanan comel-comel gini. Heheh Oklah tu kan? 


Hari ni pulak masak Chicken and Vege Stew. Nantilah share resepi.

Nak joint bento macam aku, kenalah ada aksesori bento kan. Meh, usha FB PAGE BENTO aku. Comelllllllll sangat ok. Insyaallah, next week stok baru sampai. Lagi banyak food picks baru. Sangat Aweosme k!






Kbye!





THANK YOU FOR READING THIS!

16 comments:

  1. wahhh..resepi nugget tu macam menarik n senang skit..sebab selalunya kalo sha buat nugget tuk Safiyyah mesti tak baoe nak jadi..either terlembut sgt sampai susah nak bentuk atau keras sgt..**keras xsedap nak makan..pasni nak try resepi hana plak.. :-)

    ReplyDelete
  2. Bapok la rajin weiiiio... tetekan iolls! Haha nugger mcm setapp. Kalo adjust garam bole utk mak sekali.hihi kann?

    ReplyDelete
  3. thanks bg resepi nugget. kalau rajin nak buatla hehe. bestnya naurah nanti nak makan je ada benda comel. mesti semangat dia nak makan huhu

    ReplyDelete
  4. i nak buat nugget balik kang tapi untuk diri sendirik..hahaha

    ReplyDelete
  5. oooo senang je buat nugget tu eh.hehehe

    ReplyDelete
  6. wahh comelnya makanan naurah berselera tgk!

    ReplyDelete
  7. Hana ni rajin betul lah. Klu sy, tak mampu nak sediakan semua ni.

    ReplyDelete
  8. comel2 je..kalau lin pun rase semangat nak mkn..

    ReplyDelete
  9. kreatifnye awak....patut anak berselera nak makan. Thanks sharing the tips :)

    ReplyDelete
  10. jelesssss.mama naurah sgt rajin kreatif. ms i bc smgt gle.tp lps baca alaaaahaaiii apasal kau mls gle lisa. ok ok step 1st cr peralatan.dgn hrpn ku rajin gigih hukhuk

    ReplyDelete
  11. suka saya tengok makanan naurah..
    untung naurah dpt mama pandai masak, rajin masak & kreatif design2 makanan..
    cantik sangat...sy pulak rase macam nak akan jer makanan naurah tue..:)

    btw, thanks sudi share resipi nugget tue..dah lama nak try buat nuggget sendiri..thanks..:)

    ReplyDelete
  12. Tabik spring la mama naurah ne. Gempak rajin gile hoiii

    ReplyDelete
  13. salam sis...page awesome bento dah x available lagi ke? sy klik x dapat.. :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...