Friday, June 7, 2013

2nd BENTO FOR NAURAH

Mentang-mentang barang bento dah lengkap, rajin pulak nak update blog kan? hehe Sebab stok tengah banyak, haruslah promote kan. Kang esok lusa barang dah tak ada, tunggu next batch sampai, diamlah aku gamaknya. hahah macma hari tu. Sampai customer cakap aku macam chipsmore. Kejap ada kejap tak ada. kahkah maafkan aku. First time meniaga, tak ada pengalaman langsung. Nak promote pun tak pandai. Apatah lagi urusan jual beli. Sampai kena tipu pun ada. Hahaha takpe, rezeki tu Allah dah tentukan, kan? Aku jual barang bento ni pun saje suka-suka. Alang-alang nak kumpul barang bento untuk Naurah. Sebabnya aku kan suka masak. So aku memang excited la dengan benda macam ni. Cuba kasi benda lain, like kena kemas-kemas ke, sure aku tak pandang langsung. 

Macam cloth diapers lah. Kawan aku promote murah-murah, jimat duit tapi dah namanya perlukan kerajinan aku untuk mencuci, maka aku tak ambik port pun. Cuma sekarang rasa terpanggil nak try CD sebab aku tengok kemain mudah Wawa handle CD anak dia. ahaha

Ok, balik pada bento. Ni hari kedua aku try buat. Ye, korang mesti fikir, beriya benar kan nak hiasa bagai kat anak macam tu. Memang la Naurah tak reti nak nilai hasil seni tu. Tapi ia sekadar self-motivated kat aku untuk sediakan and more creative dalam menyediakan makanan kat Naurah. Tu je. Kalau dia dah sekolah, lagi seronoklah sediakan bekal. Tak payah beli kat kantin. Tu impian aku la. hehehe Kan, aku dah cakap, aku suka masak! 

 
couscous with pumpkin + mashed potato with dates gravy + strawberry


 Semalam, aku bekalkan Naurah dengan nasi 2 ketul tapi malangnya Cik Nor dia cakap tak makan. Aku tak tau kenapa. Mungkin sebaba aku asyik kasi couscous ke ape? Dulu dah taknak makan benda lembik like bubur, moi segala. So, buat nasi ketul-ketul, kadang-kadang aku masak sup je. Cik Nor yang masak nasi kat rumah dia. Sekarang nak makan benda lembik semula. Pelik aku dengan selera Naurah ni. hikhik

So, agak memudahkan jugaklah aku masak couscous compare dengan nasi. Sebab nasi kang aku kena jerang segala. Kalau couscous ni, aku campak je dengan labu. Kecilkan api, tau-tau, dua-dua dah kembang. Settle.


couscous and pumpkin


Couscous ni aku cadangkan kat Cik Nor dia, untuk makan lunch dan petang.


Mashed potato


Mashed potato pulak aku cadangkan makan pagi atau tea time. Tengok selera dia la.




 Strawberry bila-bila masa nak makan pun takpe. Semalam tak ada buah. So, malam tadi ayah dia balik kerja, sementara tunggu aku goreng nasi, ayah dia pergi Tunas Mart jap untuk beli buah strawberry. Aku tak pernah kasi naurah buah strawberry. Saje suka-suka beli. Katanya buah ni boleh dimakan once dah 10 bulan ke atas kan. Tak sangka, Naurah suka walaupun  masam-masam manis. hehe




 Now, mehlah nak iklankan bisnes sikit ye. haha

Ni, antara barang bento yang aku guna hari ini dan memang aku jual. Korang kalau nak, boleh kumpul sikit-sikit macam aku, beli sikit-sikit, lama-lama jadi banyak, seronok gila nak masak untuk anak. 


ABC FOOD PICKS. RM15.


LITTLE PAILS. RM15


Duckling Family Picks. RM15


 
SEAWEED SHOE PUNCHER. RM39. more than 15 smiley icon can make.


 
HELLO KITTY AND FRIEND RICE MOULD. RM12.

SAUSAGE CUTTER. RM25



 Untuk barang lain, bolehlah tengok kat FB PAGE BENTO di AWESOME BENTO BY HANA SOFFELIA 



Aku harap Naurah makan dengan apa yang aku sediakan hari ni.






KBYE!

*ada meeting pukul 3 petang.








THANK YOU FOR READING THIS!

5 comments:

  1. rajin ok. amal ni malas tul masak2. apatah lg nak hias2 bagai ahaha. bertuah naurah :)

    ReplyDelete
  2. sangat lah cute bento naurah...:D

    ReplyDelete
  3. heee best nya.rara pon nk bli sikit2 lah.hehehe

    ReplyDelete
  4. kenapa rajin sgt ibu naurah ni masak! Jeles i tau!!

    ReplyDelete
  5. hana i nakkkk...... i teruja tgk wawa buat bento.i pun suka masak untuk fam n aisya. suka2...

    nanti i like page u ek... tq hana

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...