Friday, May 31, 2013

Pencapaian di bulan Mei

Hari ni hari terakhir bulan Mei 2013. Bulan yang iolls tunggu sebab 23rd Mei kan my birthday. *senyumcomel* Dan kebetulan bulan ni somi out station 1 month, hanya balik sabtu malam dan ahad malam pergi semula, maka boleh dikatakan rumahtangga di bawah jagaan saya sepenuhnya. HEBAK MUNG NIH,HANA!! 

Hahaha

Meh la kita rekod sikit pencapaian menjadi single parent for 1 month ni. Tak pernah terfikir pun nak uruskan anak sorang-sorang. I tot somi dah pindah sini, no more LDR ke apa kan, rupanya tidaklah gitu. Kerjanya sekarang memang memerlukan somi pergi ke timur, selatan, barat. Takpelah, kang tak kerja tak ada duit pulak. *matabersinarnampakduit* hewhew

Apa yang boleh dikatakan, uruskan rumahtangga sorang-sorang adalah sangat memenatkan. Kalau duk dengan family ok lah jugakkan walaupun somi tak ada. Kalau sorang-sorang terkontang kanting kat rumah 2 beranak je, memang nak pitam rasa. Tu belum kira anak demam sakit lagi. Kalau ibu pun demam, tak sihat, lagi kesian kat anak kan. Kagum siapa yang jadi ibu and masih LDR dengan suami. Hebat gila lah.

Aku yang hanya weekday je tak jumpa ni rasa separuh nyawa hilang. Penat hooiii.. Naurah ni bukan lah hyperaktif ke apa. Tapi sebab being a working mum kan, balik rumah ingatkan dapat berehat tapi tak ada maknanya. Kena beribadah lagi untuk anak. 

Kehidupan orang lain, aku tak pasti la kan. Ni kehidupan aku lalui.

5.30 petang : Baru sampai. Letak Naurah dalam pool atau dalam bilik sementara aku solat Asar. Padahal boleh solat kat opis tapi nak jugak suruh anak tengok aku solat. Sebabnya dia akan tengok aku solat waktu asar n isyak je, kadang-kadang maghrib dia tidur, kadang-kadang tak tidur boleh tengok la. Waktu subuh pulak dia tengah tidur. Aku suka dia tenung muka aku solat. Moga-moga sebaik sahaja boleh bercakap, anak ibu cepat-cepat mengaji quran ye, boleh solat sama-sama. AMIN 

7.00 malam : Mandikan Naurah. Siapkan, BF. Kalau dia penat, dia akan tidur. Kalau tak tidur, dia akan main dalam pool. Aku pergi mandi. Time nak solat dalam bilik, aku angkut dia masuk bilik dengan mainan. Bukan apa, kalo biar dia main kat ruang tamu dalam pool, ada je dia keluar pool, kutip apa-apa, kang ada sampai dapur. So, duk dalam bilik, aku akan kunci pintu bilik. Biar dia pusing dalam bilik je. 

8.30 malam : Solat isyak. Kalau naurah tidur, time ni aku akan makan dulu. Kalau dia tak tidur, aku akan panaskan makanan dia yang aku masak pagi tadi, kasi dia makan kenyang-kenyang. Letak dia dalam pool. Pastu keluar rumah bukak pili air (tangki bilik air bocor, tak panggil orang repair lagi. kalau pili air kat luar tak tutup, tangki dah penuh, air melimpah ruah keluar). So, masa pili air bukak ni, aku kena speed buat kerja. Seperti BASUH PERIUK MASAk MAKANAN DIA TADI, TADAH AIR DARI PENAPIS, SEDIAKAN BAHAN MAKANAN DIA UNTUK MASAK ESOK, BASUH BEKAS MAKANAN, BASUH BOTOL SUSU, LIPAT BAJU ATAU BASUH BAJU & SIDAI BAJU, IRON BAJU, KEMAS BAJU NAURAH MASUK DALAM BAG.

11.30 malam : Baru dapat berehat. Gila penat! Nak layan cerita korea pun curi-curi berlari ke dapur jap, ke ruang tamu jap. Mesti pelik kan lama gila aku nak settle kerja-kerja remeh temeh kat dapur tu. Bukan ape, kalau naurah tu boleh statik dalam pool je takpelah. Boleh cepat-cepat aku settlekan kerja dapur. Ni, bila dia bosan duk dalam pool, dia keluar pi cari apa-apa yang dia nak main. Kain baju yang tak lipat duk atas sofa, memang mainan dia la tu. kadang-kadang dia balut-balut badan dia dengan baju-baju tu semua. Tu belum aku stop buat kerja sebab nak BF dia. Campur dengan dia mintak aku dukung dan teman dia main sorang-sorang. Dah teman dia setengah jam, cepat-cepat angkat vontot pi settle kerja. Kang duk ralit tengok tv, air tangki melimpah pulak.

12.00 tengah malam - 1 pagi : Barulah Naurah nak tidur. Tu pun aku kena slowkan tv langsung tak ada suara. Lampu kena matikan. Naurah suka tidur dalam gelap. Dah besar-besar ni pun dia masih berjaga malam nak BF. Kul 3 pagi kang kena bangun lagi nak BF sampai kul 6 pagi.

5.40 pagi : Bangun. Masuk dapur, jerang air, masak makanan dengan api perlahan. Aku cepat-cepat mandi. Pi solat. kadang-kadang time pagi ni dia ada jugak terjaga nak BF. Dah BF baru bersiap sambil isi makanan dalam bekas, isi air panas dalam termos, masukkan botol susu dan berus gusi (lol) dalam bakul.

7. 20 pagi : Hantar Naurah ke rumah Cik Nor. Terus pergi kerja.

5.00 petang : Balik, lakukan rutin yang sama macam semalam.

Sekian, jadual saya untuk bulan ini as single mummy.

Hectic, yet fun!

Kalau somi ada walaupun dia balik malam, aku masih sempatlah tidur kat ruang tamu after isyak. Sementara Naurah akan main-main dengan ayah dia. Naurah nak tidur kang dalam kul 12 baru somi kejutkan aku nak BF. Kalo somi balik kerja petang lagi best, aku terus masuk dapur masak, kemas semua benda, pukul 8 malam dah dapat rehat.


Begitulah ceritanya pada bulan 5 ini. Walaupun penat, tetap bersyukur mampu handle semua ni (sekali lagi, walaupun terkena tekanan darah rendah). Penat memang penat tapi aku selalu fikir, kalau aku tak mandikan naurah, masakkan makanan dia, menyusu dia, layan dia bermain, siapa lagi nak buat? Yang paling penting, dia sihat walafiat.


Aku berharap somi reward aku 2 kali ganda untuk pencapaian bulan Mei ini. Pertama, hutang birthday aku. Kedua, reward menjadi ibu yang hebat. HAHAHA 


Will see.


 "Ibu, banyaknya baju atas sofa ni. Macam bukit dah. Naurah tolong lipat ye?"




KBYE!










THANK YOU FOR READING THIS!

8 comments:

  1. hihi.samalah kita,
    sbb asben lin bila balik kerja mesti g workshop dulu..kijer kat sana pulak. jam 11.00mlm baru balik.anak pon dah tido.

    ReplyDelete
  2. Baca jadual hana pon letih..tabik la hana!

    ReplyDelete
  3. pergh respectla org ada anak ni u bangun awal rehat pun tak cukup. i yang takde anak lagi ni pun rasa mcm tak cukup je masa. salute :)

    ReplyDelete
  4. ok anis tabik spring..kuat hana..kalau anis sorang2 entah lah..

    hahaha..comel sangat naurah dekat longgokan kain tu..sama macam hannah suka sangat kain belum lipat..dalam bakul laju jer di keluarkan sampai kosong..haih..nak marah ke nak gelak ke nak nangis tah..hahaha lol

    ReplyDelete
  5. dear..sory nak tanya pool tu beli kat mana.& harga berapa?tq

    ReplyDelete
  6. smalam baru slamat lipat suma baju bajan

    ReplyDelete
  7. Waaaa mmg letih! Tapi xpe, nnti jgn lupa tuntut reward drp suami tau! Hehe

    ReplyDelete
  8. hana,berpeluh rara baca.hahaha.rara ni nasib lah ngan mentua.and adik rara jaga,now adik tolong basuhkan baju lipat semua.so ok sket.kalo x sama lah mcm hana.cumanya ada org tlg tgkkan anak.kalo princess,mmg x harap nk main sorg.sbb dye suka memanjat skrg n dia xsuka duk sorg2.kalau ramai ramai dye suka.haih!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...