Wednesday, May 8, 2013

Not so happy.

I am not happy to write here lately. Tak tau apa sudah jadi. All negative in and out side me. Sisa kecewa dengan BS masih ada. Sampai agak fobia nak cari pengasuh baru. Lucky, kawan saya sudi jaga Naurah. Saya biasakan dia dengan panggilan Cik Nor untuk Naurah. Sampai sekarang Naurah masih di bawah jagaannya. Terima kasih pada yang bertanya pasal Naurah and concern about her.

Semalam Hari Hol Pahang. Hari ni baru masuk office selepas bercuti lama balik bermula 1 Mei. Saja cuti awal untuk mengundi. Bolehlah luangkan masa dengan family. Cuti kali ni lain sedikit dari kebiasaan. Suasana kat kampung sangat panas. Bukan sahaja panas dengan cuaca tapi keadaan sekeliling. 

Pilihanraya Umum 13, semakin dewasa, semakin banyak isu yang perlu di ambil tahu. Kecik-kecik dulu, hanya gembira tengok perang bendara, malam-malam ikut mak keluar melawat post atau bilik gerakan yang terdapat di sekitar kampung. Makan-makan, bermain-main waktu malam dengan rakan sebaya. Bukan senang mak nak lepas keluar malam waktu kecik. Bila ada pilihanraya lah boleh keluar malam, ikut mak.

Sekarang suasana berbeza, pemahaman berbeza. Sesuai dengan usia dewasa. Tiada keseronokkan lagi. Suasana panas sebab dipenuhi dengan unsur negatif. Tuduh menuduh, fitnah, caci mencaci, sifat marah, khianat dan pelbagai lagi. Rasa lemas tiba-tiba bila jadi dewasa. Bukak FB, wall dipenuhi dengan post politik lagi. Tak ada lagi post jelek dulu kala yang rindu merindu, sedih tak habis-habis. Dalam jelek-jelek pun, saya tetap enjoy baca post kawan-kawan yang dulu. Rindu post mereka.

Bertambah serabut bila Naurah kena demam campak. Kesian tengok dia tergaru-garu sebab gatal mungkin. Maklumlah cuaca panas. Makan makin berkurang. Berat pun susut. Merap memanjang. Kesian tokma dan keluarga lain, tak dapat sangat pegang. Pantang nampak ibu, terus menangis. Tak nak dekat orang lain. 

Lagi tak best, semua pakat cakap saya pregnant. Siap tanya berapa bulan dah. Tahap buncit serius sebab nenek-nenek rabun pergi mengundi guna tongkat dan wheelchair pun boleh tegur, mengandung lagi ke? TSK. Saya nak berdiet tapi saya tak cekal. 

Itu je nak cakap kali ini.

 KBYE!!



THANK YOU FOR READING THIS!

11 comments:

  1. Hana..ammar pn merap skg ni..xtau la knapa..taknak ngan org lain..bila anta umah BS ke org lain jaga dia xmo minum susu..xmo letak..adoi la..

    ReplyDelete
  2. part yg last tu mmg stress ok,
    bertabah la, huhu kite segeng! xbrape nk kuat iman dlm berdiet ni, heh!

    owh naurah dh kne campak?
    ksiannye, get well soon ok?

    ReplyDelete
  3. aah kan hana.zaman dulu mengundi kita seronok.tp bila dh besar ni,kita bagaikan diajar untuk membenci org lain.ahhh xsuka.benci.

    hmm anak rara pn batuk.sakit.kesian.pasal preyy tu.marilah kita sama sama diet! hehehe

    ReplyDelete
  4. alaaaa...mama naurah dah majuk dah... sorry dear... :)

    comel ok ade baby bump. hik3 :)

    ReplyDelete
  5. nak back to zaman kecik, rindu..dulu-dulu xdapun mcm skrg..skrg bdk dh xmcm dulu, sgt brsosial dn brpolitik..xsuka dan rimass..
    kesian naurah, moga cpt sembuh yee..

    ReplyDelete
  6. cian naurah... tak pe hana... hafidh dlu before sethun da kena campak... tp orang kata nanti antibodi dia kuat. tak thu la betul ker tak... but dont wory... sapu je cream dan pkaikan bju lubang2... biar berangin.

    ReplyDelete
  7. skg ni malas betul tgk news feed fb..huhu..

    ReplyDelete
  8. hua,,masalah kita sama...stress mak tau!!

    ReplyDelete
  9. Sama la adelia pun merap ja smggu dkt kampung... mayb sbb panas... semoga naurah sehat .amin

    ReplyDelete
  10. Hana!!! Memang panas suasana pru. Hmmn, im happy lps deactivate fb. Kurang sket negatif vibes. Walopun xleh nk shopping kt fb in the mean time. Haha

    Moga Naurah cpt sihat. Waaa, suka nama Naurah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...