Wednesday, May 29, 2013

10 month already.

28 Mei, Naurah dah 10 bulan. 2 month more nak setahun. kejap je masa berlalu. Rasa fobia jahit miss V pun tak hilang lagi, eh, tetiba dah nak besar dah baby girl daku ni. Dah boleh jadi kak long. EH! hahaha 

Semalam tak sempat nak update. Selain dari sibuk, seperti biasa. MALAS. *sigh* 

For her 10mo old, here Naurah punya milestone from 9 till 10 month. Actually terlalu banyak, kinda excited nak ceritakan. Tak tau nak mulakan dari mana. Ni, apa yang saya ingat jelah.

Kuat makan.

Well, ibu kan suka makan dan masak. So, ibu suka perhatikan cara makan Naurah. Naurah ni jenis yang boleh makan apa aje. Kalau kasi apa-apa dia makan. Lagi best perut tak meragam. Makin seronoklah ibu masak. Kalau ibu makan depan dia like makan nasi, mesti merengek nak jugak. Jarang sekali nak makan bubur lembik-lembik atau moi ni. Tapi kalau makan kat luar, memang habis satu bekas dia makan walaupun kasi moi. haha gitu kekdahnya. Suka makan sambil sibuk perhatikan gelagat orang. Persoalannya, haruskah ibu mintak ayah beli kerusi batu dan parking di luar rumah, di sebelah kereta ibu? 

Comot makan betik.

Dah big girl sangat. Tak sudi guna food feeder dah. Bila kasi betik dalam food feeder mesti dia penyek-penyekkan betik sampai meleleh kat tangan, baru dia makan betik dari tangan dia. Comel sangat. 

Then suka makan apa aje. Saya tak nak strict sangat dengan Naurah as long as makanan tu tak memudaratkannya. Sekali sekali tu bagi je dia rasa aiskrim, coklat. So far saya bagi, memang dia tak adalah alahan atau sembelit. Saya ikut cara mak saya, kata tokmanya bagi rasa sikit-sikit nanti tak adalah perut dia terkejut bila terima makanan baru bila dia besar nanti. Perut dah pandai hadam benda yang lain selain dari susu dan bubur nasi. baiklah.


Makan cekodok.

 Kalau saya kasi seketul cekodok atau sepotong epal atau pear dan sebagainya, Insya Allah she will eat properly. Tak ada tercekik. Dia akan gigit sikit-sikit sambi; mengunyah dengan mengguna gusi atau gigi depan, dah macam nenek-nenek tengok tapi comel. hehe 


Gigi pun baru ada 2 batang sejak tumbuh masa umur dia 7 bulan. Lepas pada tu, tak ada dah gigi lain yang tumbuh. So far, masa BF tak ada lagi adengan gigit mengigit ni. Tapi kalau dia tengok ibu tengah syok layan tv, diam-diam dia datang gigit kaki, tangan, peha ibu. Makin cakap geli, makin seronok dia kenakan kita. Wah, dah besar tiba-tiba, faham dah nak main gurau-gurau ni. Gurau kasar pulak dia ni. hehe

Still merangkak. Tapi dah laju. Dia suka sangat kalau dia tengah merangkak, kita buat-buat nak kejar dia. Makin laju oii dia bergerak. Gaya nak berlari. Dapat bayangkan tak? Berdiri sendiri pun tapi kena pegang pada something lah. Pastu menjenket-jenket ke satu tempat ke satu tempat. Pernah satu malam tu, dia teman saya kat dapur. Saya tengah basuh botol susu dia, dia cuba bangun agaknya, tiba-tiba terjatuh dan kepala terhantuk kat pintu peti ais. Gila takut saya masa tu. Dahlah ayah dia out station kan. Dia nangis tak bunyi suara, macam selok sangat. Dahi terhantuk tu jadi biru. Tapi dia nangis tak lama. Tak sampai 5 minit pun. Saya terus ambik, bawak pi ruang tamu, kasi BF terus sambil tuam dahi dengan kain. Terus diam. Saya rasa Naurah ni jenis kuat semangat. Kadang-kadang terhantuk sedikit atau terjatuh, dia tak nangis. jaranglah dengar dia menangis beriya. Merengek-rengek nak susu tu biasalah.

Dahi biru bengkak.


 Macam saya cakap tadi. Dia pandai bergurau senda. Suka sakat saya ni. Saya duduk diam depan tv, dia akan datang slow-slow gigit peha saya sebabnya dia tau kelemahan saya tang peha, kaki dan perut. Geli yang amat. Lagi satu, kalau saya tak sanggul rambut, dia akan datang, tarik-tarik rambut saya. Bila saya cakap sakit, dia lepaskan pastu buat muka tak bersalah. 

Juga pandai tiru apa orang buat. Like tekan remote Astro. Baru ni tukar kepada Astro Beyond tapi remote Astro lama yang warna hitam tu masih ada. Baby kan suka kat remote. Saya kasi remote hitam tapi tak ada hendaknya. Sebab dia asyik perhati saya pegang remote putih tu, yang tulah dia nak capai. Pernah saya kasi remote hitam, dia campak pastu dia tadah tangan mintak remote putih. hahaha

Kalau remote Astro kat tangan dia, dipicitkan remote sambil remote dihala ke tv okeh! like ibu buatlah kekdahnya. Sekali bila tv tertukar siaran atau mati, cepat-cepat keluarkan suara .. "hah.hah..hah.." saya memang sakat dia kalau siaran tertukar sebab dia mesti saya cakap gini, "aiyoookkk.. tak tau... siapa buat... aiyoookkk.. hah.. hah.hah.." buat muka takut. Sekali dia ikut. Sendiri tukar channel, pastu nak takut-takutkan orang pulak. Hahaha

Paling best, baru-baru ni dia dah belajar sikat rambut. Kan selalu lepas mandi, saya sikat rambut dia yang tak berapa nak ada tu. Dah siap sikat rambut dia, dia tadah tangan mintak sikat. So, saya kasi je, ingatkan dia nak gigit-gigit. Sekali dicapaikan doll yang curly hair tu, disikatnya rambut. Hahaha Rasa nak cium-cium lambung-lambung anak ibu masa tu. Happy sangat-sangat, rasa anak daku bijak gila. Kecik-kecik dah pandai buat gitu. Bangga ok, budak yang meragam masa aku kandungkan dulu punyalah terseksa, sebegini bijak rupanya. Sayang sangat-sangat.

Beginilah dia sikat rambut member dia.


 Dah pandai buat muka. Ni rasanya almost baby kot yang suka buat ekspresi muka like busyuk-busyuk ni. Naurah akan buat muka macam tu bila saya nak ambik gambar dia. Dah tak suka camwhore sangat. Asal saya hala je kamera mesti muka tunduk ke bawah, pura-pura busy. Paling tak tahan bila buat muka hodoh, macamkan tak nak kasi ibu ambik gambar. Tapi, muka "hodoh" yang dia buat tulah, lagi ibu geram sangat-sangat. Comel tau tak! hahaha

Comelkan. Rasanya almost baby suka buat muka macam ni kan?


Ni muka marah ni. haha


What more ya? Hurm...

Haaa.. panjang akal sangat. Dari dulu sampai sekarang hobi dia memang mencari apa aje yang ada atas lantai. Kalau terjumpa seekor semut, rambut sure masuk mulutnya apatah lagi kalau terjumpa serpihan kertas atau tisu. Dah ada port rahsia k kalau nak buat benda yang ibu akan marah. Dia akan kutip kertas yang dia aim nak masuk mulut, perlahan-lahan dia merangkak pergi kat tepi sofa dekat pintu grill, tempat tu berlindung sikit dari pandangan. Tulah tempat dia nak mengunyah kertas. hahaa

Can see what in her mouth? Tengah best chewing paper tu, sekali terkantoi bila nak snap gambar, dia pi buat muka macam tu. ahaha


Makan serpihan cat simen yang dia kopek kat dinding. Mengamuk bila korek-korek dalam mulut. Sabar jelah


Pool pun, dia dah pandai mengelongsor keluar dan masuk. So untuk lebih selamat, saya keluarkan 2 tier angin, tinggallah satu pelampung yang isi angin saja. Dia akan keluar masuk sendiri dalam pool tu. Kalau dia dah bosan main permainan dalam pool, mulalah keluar cari-cari benda yang ada atas simen pulak. hehe Dah senang sikit nak masak, pergi mandi, solat. Biarkan je dia main dalam pool. Boleh tahan lama lah jugak dia main. Akan cari ibu pun bila nak BF atau tidur.


Err... actually banyak lagi nak cerita tapi dah nak balik. Next time ya. Nak upload video dari Keek pun tak sempat. 

Will share later, pandai bye-bye, kiss pipi, shake hand, pok amai-amai, pura-pura baca buku dengan kuat. HAHAHAHA


later ya. 


latest picture for 10 month old. yesterday from IG. ngeee







KBYE!!








THANK YOU FOR READING THIS!

15 comments:

  1. hahha....pandai dah kan..makin besar makin bijak,..tak sabar rasanya nak balik rumah golek2 ngan anak depan tv kan,,
    meh sinie naurah, nak cyiommm n say happy 10month sayangg..muahhh!!!

    ReplyDelete
  2. Bijaknya naurah ni...eee...rasa nak cabut gigi 2 batang tu.geram!

    ReplyDelete
  3. comel bby naurah...now pegnent jgk...seram rasenye nk jhit 2...heeeee...

    rajin2 jngah la...=)
    http://ctamanaqim.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. cerdik dan bijak naurah ni. bagusnya dah tak makan blend..i try jugak nak bagi texture kasar sikit kat hamza tapi dia macam buat gaya tercekik terus i takut...so masih blend lagi ni...

    baby memang suka sangat remote kan? now i perasan baby ni dia nak benda yang kita pegang. kalau toys dia langsung buat tak kisah..tapi remote, hangphone, dvd dia nak..haha.pasal kutip tu pun i dah merasa ni..sekali tu i tengok apa la si kecik ni menonggeng dengan tangan kuis2 lantai..rupanya tengah nak ambik semut halus...ya Allah sabar jelahhh

    ReplyDelete
  5. I suka tengok naurah buat muka busuk tu..kakaka..comel okeh..anak i still makan blend/tapis..kakaka..i takut dia tercekik..i ada bli yg BAsilic cooking tools cam u dapat tu..tapi kan i p masukkan dalam sterilizer dia nye mangkuk..kakaka..terus herot berot..nak hygiene sangat..LOL

    ReplyDelete
  6. hahaha comel naurah buat muka...
    tang remote tu sama dgn ayish...pandai dah buak aircond & kipas sendiri...budak2 memang suka meniru kan? hehe

    ReplyDelete
  7. Kejap jer yer. Sama mcm qhalif...mengutip. Tak menahan tgk muka duck face tu ☺☺

    ReplyDelete
  8. happy 10mo Naurah. Hannah menyusul sebentar lagi ya hehe

    ReplyDelete
  9. geramla nengok naurah ni...comey sangat...buat muka sedih pun homey...gerammm...

    ReplyDelete
  10. Naurah bijak !!! Nanti I pun nak beli pool tulah hehe.

    Pegi kuantan hari tu tak sempat nak jumpa naurah dgn ibu.. harap ada masa lain bolehla jumpa nanti :)

    ReplyDelete
  11. pandai naurah..comel lak tuh..bab tarik rambut tu sama la dengan hannah..haih..

    ReplyDelete
  12. cerita dengan permainan kata yang menarik,saya suka

    ReplyDelete
  13. makan kertas ehhh...
    btw, suka rambut naurah..

    ReplyDelete
  14. hehehe tu lah anak kan.pengubat duka lara.geram betul tgk naurah buat muka busuk.princess x pandai ag buat muka busuk.tp suka sengeih meleborr.geram je rasa.hehehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...