Monday, April 1, 2013

Short weekend

Saya masih kurang sihat. Batuk-batuk lagi. Naurah tak selsema dah. Hubs pun masih batuk. Tapi yang penting, kepala tak pening. Hari Jumaat minggu lepas saya MC sebab tidak sihat. Bangun pagi nak mandi, kepala berdenyut-denyut, macam ada burung belatuk dalam kepala. Duk ketuk kepala. Nasib baik hubby tak jadi pergi Melaka malam tu, kesian tengok saya tak sihat. Hari Jumaat petang tu lepas ambik Naurah dari rumah BS, saya terus pergi ke rumah mama Naurah (ex-housemate zaman bujang). So, kami dua beranak bermalamlah kat sana. Balik ke rumah sendiri semalam.

Konon short vacation lah sangat. BAHAH! Padahal kat taman sebelah je pun. Tapi, gaya punggah bawak masuk barang dalam kereta macamkan nak balik kampung sebulan. hehe Maklumlah dah ada anak, memang gitulah gayanya. Macam-macam nak kena bawak barang Naurah. Redha jelah mama Naurah barang-barang bersepah dalam rumah dia.

 
Kan? Penuh seat belakang. Memang gaya long holiday ni. hehe





 Keluar petang tu kepala masih berdenyut-denyut lagi. Tapi taknaklah menyusahkan mama dia datang ambik. Gagahkan diri jugak pergi hantar Naurah, then saya pergi klinik. Ya Allah, sampai klinik tu rupanya ramainya yang demam. Cuaca panas sangat kot. Yang kesian tu, baby ramailah jugak yang demam, batuk-batuk dan tak kurang jugak dedyhrate. kesian sangat. Nasib baiklah Naurah selsema je. Tu pun tak selesa duk dalam carseat. Kena umpan main purse.

Sebenarnya tak adalah takut sangat duk berdua dengan Naurah kat rumah. Saje nak pi menyusahkan mama dia. hehe Saya happy sangat dapat pi tidur sana, mam Naurah masak mee goreng dia yang super lazat. Kata tak pandai masak. Tak usah percaya! Kebanyakan masakan dia yang saya pernah rasa masa zaman bujang dulu sehinggalah saya berkahwin, masih lagi duk hantar makanan, semuanya sedap. Terbaru puding karamel dia buat. Saya ni, belum pernah buat lagi, dia dah hebat gila kan.

Gambar memang berdaya saing dengan rasa. Sangat sedap ni!!! Hot n spicy!!


Petang Sabtu pulak, cuaca panas terik. Tak sedar diri dahlah batukkan, sekali mama Naurah pi order RAINBOW CAKE ICE-CREAM melantaklah hoii, sedap sangat! Padan muka kan, malam tadi nak tidur, punyalah susah, batuk-batuk je, gatal tekak.



Walaupun tak sihat sepenuhnya, gagahkan diri jugak sediakan food untuk Naurah ke rumah BS hari ni. Semalam Hubs sampai petang, so bagi hubs rehat dulu, malam baru pergi Tunas Manja. Memang pergi semata-mata untuk beli bahan makanan Naurah je. Ada kat rumah pun stock ubi kentang sebiji je. hehe


Mula-mula memang blur sangat nak masak apa untuk Naurah. So, main ambik jelah. Antaranya cheese, olive oil, pasta, parsnip etc.



Mula-mula fikir nak masak pasta tapi sumber protein tak ada. So, masak je something yang biasa dan hanya guna ONE NEW thing sahaja. Iaitu CHEESE. Saya dah lupa menu keberapa ni. hehe

So, pagi tadi saya masak bubur nasi dan mashed potato sahaja.

RICE (old) + parsnip (old) + potato (old) + Unsalted Cheese (NEW)

Memandangkan ada perkara NEW so, kena ikut 4 Days Rule baharu boleh perkenalan KACANG PEA nanti. Err, tapi confuse la, bolehkan kasi kacang pea dalam tin? Sebab nak jumpa yang fresh macam tak ada je. hehe Kan??

Bubur nasi dan my first bento.


Cerita lanjut pasal BENTO, saya cerita kemudian ye. Yang pasti, saya dah teruja dan tak sabar gila dengan BENTO FOOD ni. Walaupun makanan untuk Naurah still lembik-lembik tapi dah kumpul koleksi bento sikit-sikit. Sebab tu pagi tadi saje cuba mould Hello Kitty. Maka, jadilah HELLO KITTY MASHED POTATO with DATES GRAVY. 

1st time buat. Nampak Messy je. hehe


Cerita pasal Bento, esok ye. Insya Allah.

Ok. gtg now.

with mosquito bite. Pun boleh lena. hehe




Kbye!





THANK YOU FOR READING THIS!

6 comments:

  1. rajinnya.. lin klu da balik berjalan tu, mmg mls la nak masak lg.. =D

    ReplyDelete
  2. ooo de eh unsalted cheese..slalu dgr unsalted butter je..hehehe..best bila baby dah start mam macam2 ni..tapi poo2 pn bau semerbak la kan..

    ReplyDelete
  3. hana,rara xtau nk bg princess mkn apa dh =(

    ReplyDelete
  4. comel sangat muke naurah yang last tu!~

    ReplyDelete
  5. comel lah budak tecik tu tido ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...