Monday, April 22, 2013

Kalaulah itu yang berlaku..... #babysitterissue

Macam mana eh, nak mulakan entry ni? Serba salah.  Memang saya tengah sedih sangat-sangat. Mungkin bagi sesetengah orang, ianya perkara biasa. Atau saya terlalu beremosi, mungkin? Bukan niat saya menagih simpati apatah lagi menyalahkan takdir.

Apa yang boleh saya cakap, try to walk in my shoes? You will know how hard to walk on the thorns. Setiap langkah sangat pedih, saya kena mula dari zero.

Cerita yang membebankan hati dan perasaan saya. Yang membuatkan hati saya sangat sakit tapi tidak pun saya simpan sekelumit dendam. Cuma kesal. Khilaf, di mana silapnya. Sayakah yang bersalah? Entahlah.

Saya bercerita dengan cara yang saya fikir paling selesa. 

Ceritanya.........


Minggu lepas hari rabu, macam biasa aku balik agak awal dari biasa untuk ambik Naurah. Sampai je kat rumah bs, aku melangkah masuk. Tapi sebelum tu seorang lagi mak baby dah sampai.


Sebelum tu aku nak jelaskan, selain dari Naurah, BS ada jaga budak lain, lagi kecik dari Naurah. Umur dia 4 bulan. Satu tempat kerja dengan aku mak baby tu. Aku kenal. Aku tak bercerita sebab perkara tu tak menjadi masalah kat aku sebab sebelum ni pun memang aku tau BS Naurah dah cakap, dia nak jaga budak lain jugak. Aku faham. Dia perlu jaga beberapa orang kanak-kanak untuk sara hidup dia selain dari duit pencen arwah suaminya. Aku tak kisah. Cuma mula-mula tu kesal sikitlah sebab baby tu lagi kecik dari Naurah. Sedangkan Naurah pun masih memerlukan pemerhatian 100%, ni kan lagi tambah seorang baby. Dia pernah cakap nak cari baby yang besar dari Naurah, atleast boleh bertatih ke, boleh berkawan dengan Naurah. Tapi lain ceritanya. Aku masih berprasangka baik. As long as dia mampu menjaga keduanya dengan baik. Aku tidak mengharapkan hanya anak aku dijaga dengan baik, malah kedua-duanya. Aku taknak apa-apa berlaku pada baby 4 bulan tu seperti mana aku tak nak apa-apa berlaku pada Naurah. 


Naurah atas pangku BS. Sebaik aku masuk, aku ambik Naurah, peluk cium segala. Tiba-tiba BS cakap,

"Bulan depan akak tak nak jaga Naurah dan baby B lagi ye sebab akak nak cabut gigi kat klinik kerajaan. Banyak gigi akak rosak. Akak kena ulang alik pergi sana tiap minggu kot. Takut mengganggu kerja hana dan ila (bukan nama sebenar mak baby b)."

Aku macam blur dan seboleh-boleh taknak percaya apa yang aku dengar. Lalu aku tanya semula,

"So, akak nak cuti eh bulan depan sebulan?" masih menaruh harapan, agar BS hanya bercuti sebulan, bukan tak nak jaga Naurah dan baby b selama-lamanya.

Dia bingkas bangun, capai bag dan bakul Naurah, serba salah barangkali mengadap muka kami yang blur,

"eh, taklah. trylah cari pengasuh baru. Akak penat, tak nak jaga dah"

Aku tersentap gila. Aku nak menangis. Aku capai bakul di tangan BS, terus meluru keluar dari rumah BS tanpa melakukan kebiasaan seperti

"balik dulu kak... bye-bye mama.. terima kasih kak.."

Aku terlalu terkejut. Malah aku dapat rasa dia pun terkejut dengan tindakan aku. Biasanya dia akan hantar bakul dan beg Naurah ke kereta sambil aku dukung Naurah tapi langkahnya mati di dalam rumah bila lihat aku meluru keluar. Mak baby B membontoti langkah aku. 

Sebaik masuk dalam kereta, hanya satu dalam kepala aku, siapa lagi yang boleh aku harapkan untuk jaga nyawa aku ini? Aku terus drive ke rumah kawan aku di taman yang sama. Menceritakan segala-galanya. Cerita sedikit sahaja dari apa sakit yang aku rasa. Tanpa banyak menyoal, dia suruh je tinggalkan Naurah kat dia untuk sementara waktu.

Ye, hanya dia yang boleh aku harapkan. Sebelum ni pun dia antara calon BS yang aku nak sangat jaga anak aku bila bersalin kelak tapi waktu tu dia ada masalah sikit. Tapi aku pernah je hantar Naurah kat dia waktu BS terpaksa cuti. So, aku agak yakin sedikit.

So, balik dari rumah kawan aku, terus called husband, cerita sampai air mata tak tertanggung rasanya. Husband balik awal. Aku minta pergi rumah BS ambik semua barang Naurah. 

Tindakan aku tidak matang? membabi buta? kurang ajar?

Kenapa hati aku sangat sakit macam ada pisau tajam menoreh-noreh hati aku. Sakitnya hanya tuhan saja yang tahu.

 Aku bukan nak mengungkit segala perkara baik, pertolongan yang aku berikan kepada dia. Tapi aku perlu luahkan. Aku tak tau di mana silapnya. 

Adakah aku terlalu bodoh mudah percayakan orang?

Adakah aku terlalu naif membantu orang membuta tuli?

Aku tak mintak di balas dengan apa-apa pun tapi tolonglah simpan sedikit belas kasihan kat aku. Tolonglah jaga anak aku dengan baik sehingga dia besar seperti mana yang kau janjikan sewaktu kau terima dia yang masih tidak berdaya bergerak tanpa bantuan.


Aku tak mintak kau balas segala kebaikan aku lakukan macam orang gila. Bak kata laki aku, PERLU KE AKU LAKUKAN SEMUA INI UNTUK DIA (BS)?

Gilanya aku...

Aku bersedia bantu apa aje. 24/7. Aku dengar suka duka dia semasa kehilangan arwah suami. Masalah pembelajaran anak. Masalah kewangan. Segala macam masalah. Belum pun satu yang aku tolak. Semuanya aku tolong. Sampai aku tak berdaya, aku libatkan suami aku untuk menolong. Sampaikan suami aku pernah tanya,

"Perlu ke yang, buat semua ni? Kan dia ada anak lelaki?"

"Kesian dia biey. Dah tak ada suami. Kan sayang dah cakap, saya dah anggap dia macam kakak sayang sendiri. So, dia tu kakak ipar bieylah. Biey tolong eh?"


Akurnya suami aku dengan pujukan aku. 


Aku pasti, kalau aku ceritakan semuanya, pasti tak terjangkau dek akal orang dengan apa yang telah aku bantu selama ini. Terlalu baik. Itu yang selalu aku dengar mereka bagitau aku. Baik suami aku, mak aku, kawan aku, rakan sekerja aku. Aku melayan sangat baik. Entahlah. Bodoh. Sebab dah sayang lakukan segalanya.

Aku tak mintak, dia memanjakan anak aku, menjaga 24/7 cuma tolong jaga supaya dia selamat dari apa-apa musibah sepanjang aku berkerja. Tolong curahkan sedikit sahaja kasih sayang seperti embun di pagi hari agar dia tidak merasa kosong ketika aku tinggalkan di siang hari. SEDIKIT SAHAJA AKU MINTA.

Pada masa itu, aku rasa, akulah insan paling beruntung bila berjumpa dengan BS Naurah. Walau dilihat kasar dari tutur kata dan teguran tapi aku yakin, hatinya baik. Dan, aku masih rasa ada sesuatu yang tidak kena. Yang pasti aku tidak tau di mana silapnya.

Sehinggalah pada hari ini, pukul 2 petang, setelah kejadian minggu lepas, dia sms aku semula...

Akak asyik teringat kat Naurah. Akak rindu dia.


Pengakuan dia (aku tak pasti ikhlas atau tidak) telah membuat hati aku rasa sakit sekali lagi. 

Kenapa kau tidak fikir panjang sebelum mengambil keputusan yang kejam minggu lepas? Kenapa kau tidak fikir betapa sakitnya hati aku? Kenapa kau tidak fikir tentang Naurah?


Tiap malam aku menangis bila kenangkan apa yang berlaku. Siapa yang akan jaga separuh nyawa aku ini. Orang yang aku percaya, yang aku sudah sematkan kasih sayang, yang aku anggap seperti keluarga aku, boleh ambik jalan mudah, singkirkan kami macam tu je.


Bulan depan, MEI, hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Sedangkan aku nak jumpa BS yang menyakinkan aku sekurang-kurangnya ambik masa selama 2,3 bulan. Inikan dia bagi masa selama seminggu sahaja untuk cari pengasuh baru. Kalaulah sesenang itu.


Sekarang dia sms aku umpama berkias untuk jaga Naurah semula. Kalaulah semudah tu, perasaan, jiwa, kepercayaan aku boleh dibentuk semula. Aku bukan manusia pendendam. Aku boleh rawat hati aku untuk memaafkan. Tapi tidak untuk memberi kepercayaan dengan menaruhkan nyawa anak aku pada seseorang yang telah menghancurkan kepercayaan aku.

Jadi selama ini, adakah segala kebaikkan yang ditunjukkan adalah ikhlas?

adakah kasih sayang yang diberikan pada Naurah adalah iklhas?


atau semata-mata meraih belas kasihan ibu yang terdesak ini untuk tinggalkan anak dia seketika cuma demi mencari rezeki membantu keluarga?


Dan, bila perkara yang tidak disangka berlaku, mulalah timbul cerita kurang enak di belakang aku (mama baby b yang cerita). Tapi aku malas nak tambah sakit hati aku yang sedia ada dengan apa cerita terbaru sepanjang aku tinggalkan naurah di bawah jagaannya.


Cuma, aku yang terlalu bodoh, naif, mudah percayakan orang, aku lakukan semuanya ini dengan mendengar nasihat dari mak aku...


BUAT BAIK DIBALAS BAIK.

JANGAN BERPRASANGKA BURUK.





Tapi, aku tetap bersyukur. Dalam kesulitan yang aku hadapi atau perkara di luar pengetahuan aku sebelum ni, NAURAH DALAM KEADAAN YANG BAIK, SIHAT, TIADA KECEDERAAN SEDIKIT PUN SAMA ADA EMOSI ATAU JASMANI.

Dan, aku rasa lagi beruntung, bila ada tangan yang sudi menyambut kehadiran Naurah untuk menjaganya seketika cuma.

"Ya Allah, tiada tempat lain untuk aku mengadu dan berharap selain dari-MU. Lindungi dan jagalah anak kecilku seperti mana yang KAU amanahkannya kepada aku sebaik sahaja dia dilahirkan supaya dapat aku menjaganya mengikut ajaran-MU dan membentuknya menjadi insan solehah seperti mana kau utuskannya kepadaku. Lindungilah CAHAYAKU yang kau utuskan dari SYURGAMU."

Nur Naurah Rayyani - CAHAYA DARI SYURGA RAYYAN.



Aku pasti, setiap percaturan ada hikmahnya.


Ya Allah, ikhlaskan hati aku dengan kebaikan aku lakukan selama ini. Aku redha dengan ujian-MU.










THANK YOU FOR READING THIS!

17 comments:

  1. dlu pnh kn skli. skg berjaga2 nk baik sgt dgn org. tp btulla. x berdendam pon. cume, jadikn sbg pgajaran.

    ReplyDelete
  2. Kalau i pun..i ancur hati.hana amik cuti kejap sementara tunggu nak cari bs baru ya.sabar ye.jangan sedih2.ingat naurah..

    ReplyDelete
  3. sedih pulak yatt baca cerita akak.. erm.. sabar ye kak.. Allah uji tu.. tapi bab ank mmg risaukan.. yatt tak pham lgi sbb blum ada ank..tpi dpat rasa apa yg akak rasa.. semoga dipermudahkan sgala urusan akak..

    ReplyDelete
  4. esok ingatkan sye bwk loyang ye... xde kaitan dgn story mory ini..hihihi.. saje nk chill kan.. awak..

    ReplyDelete
  5. Hana, sbr ya? Biasalah, kita bile dah jdk mummy, sifat over protective tu menebal. Tapi, klu sy pun mmg sentaplah Hana. Cara die berckp tu, mcm tak pk perasaan kite pulak. Kenapa ya? Mgkn ade sesuatu ke Hana? Takpelah....sy doakan moga dipermudahkan segalanya ya? Hrp semuanya dlm keadaan baik.

    ReplyDelete
  6. sabar ye hana..anis faham perasaan hana..tapi nape die taknak jaga naurah dah?die dapat keje lain ke ape?

    ReplyDelete
  7. Ya Allah... sebak ok aku baca kisah kau ni.

    ok, aku nanges!

    ReplyDelete
  8. Sedih plak bca...apa2 pun saya doakan akak dpt cri BS untk naurah..insyallah akn dpt y lebh better..

    ReplyDelete
  9. sabar yer ibu naurah...

    anggap ini adalah dugaan yg pasti ada hikmah disebaliknya ;)

    ReplyDelete
  10. complicated nya.. cari je yang baru... nnt dia rasa kita tak boleh klu dia xde.... bia dia rasa susah ke senang nak cari duit tepi2 ni.. uuhuh...

    ReplyDelete
  11. but y???
    alasan cabut gg tu xkukuh lsg
    knape xnk jaga dah?
    knape bg alasan dh penat??
    pastu trhegeh2 plak,
    lsg xkenang budi, sedihnye..
    sabar la weh,
    insyaAllah smeoga dipermudahkan naurah jumpe mama baru dia nanti

    ReplyDelete
  12. Boleh faham yg awak lalui, memang hilang arah kalau takde sapa nak jaga anak kita kalau kita pergi bekerja, hope awak take positive side, mungkin ada hikmah. Insyallah.

    ReplyDelete
  13. kenapa i yg tatau apa2 tp dgn hanya membaca pn rs pedih di hati >_<
    bertabah la Hana. sobss

    ReplyDelete
  14. Jangan sedih.. Setiap berlaku mesti ada sebab musabab.. ada buruk & baik. Takde satu pun yang di jadikan tanpa sebab & manafaatnya. Mungkin dia nak temukan Naurah dengan pengasuh yang lebih baik dari sebelumnya.. cuma Dia uji sikit dengan dugaan yang masih dalam kemampuan kita untuk hadapinya.

    ReplyDelete
  15. hana,sedihnya,knp jd cm tu.tu lah.biasalah tu.manusia bila susah ckp lain.dh senang lain pulak.itu perkara biasa.sbr eh dear.

    ReplyDelete
  16. kalau kite dekat tempat Hana.. kite tak pasti apa agaknya tindakan kite.. apa pun, kite doakan hana segera dapat pengganti BS Naurah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...