Wednesday, April 3, 2013

BENTO

Baru nak pasang niat akan update blog tiap hari. Tapi semalam tak sempat. Ada urusan menarik perlu disegerakan. Sekarang nak kongsi kat blog pulak. Apa yang menarik itewwww? hehe

Sekarang Hana mula menceburi dunia perniagaan online. Bussiness online dek non oii!! heee Saja suka-suka. Hana ni berasal dari Negeri Cik Situ Wan Kembang. So, boleh bayang kan, betapa syoknya kalau orang pergi kelantan membeli belah, bermacam-macam ada dengan harga yang murah. Tambah-tambah kat Rantau Panjang, Pengkalan kubor, Wakaf Che Yeh tu kan? Kawan-kawan opis ni asyik bagi semangat kat Hana suruh meniaga barang dari sana. Yelah, senang dapat, harga pun murah.

Cakap apa yang tak disuruhnya. TUDUNG? ha, ala-ala tudung Fareeda sekarang ni. Kat sana murah sangat. RM35 sehelai. Nak dibandingkan yang dijual kat pasar malam kat sini RM50, RM60. Beza! Walaupun kualiti sama. Apa lagi, KASUT? HANDBAG? Hari tu kan, masa LV tak ori tu keluar, punyalah ramai yang tanya berapa harga kat Pengkalan Kubor. Memang murah lah sangat. Puluh hengget je. Memang macam-macam design. Tapi tidak jugak Hana meniaga. Tolong beli mana yang kirim, siap hana tawar menawar lagi dapat diskaun. hehe Lepas tu, kawan opis suka jugak kirim LULUR RAMBAI. Tau berapa hengget? RM5 jeeeeeeeeee. Yang setengah kilo tu! Pakai setahun baru habis. haha Ni depends pada tukang pakai la. Dahlah tak ada campuran bahan kimiakan. CEr beli lulur yang dalam bekas tu, mau belas-belas hengget kan? Lagiiiiiiiiiiiii, BAJU PEPLUM? SKIRT KEMBANG-KEMBANG? CARDIGAN? Pun murahhhhhhh. Berlambak kat KB Mall tu. Orang Thailand meniaga. Kalau dalam FB adalah orang jual RM50 gitu tapi kat sana boleh dapat RM25 jeeee. SKINNY JEANS pun adooooooooo!! Gila tak murah barang kat kampung Hana? ekeke

Tapi tulah, Hana memang tak minat berniaga sebenarnya. Eh, minatlah sikit sebab berniagakan dapat jana duit. Cuma tak reti je nak mulakan. Plus semua benda yang kawan cadangkan untuk berniaga tu kurang minat sikit. Hana ni nak jual kain baju, kasut, tudung tak kena dengan badan. Diri sendiri tak bergaya, nak jual kat orang. hehe Tak sheshuaiiiiii.

Tapikan, sekarang Hana dah start meniaga online sebab apa tau? Sebab dah jatuh cinta dengan benda kiut miut ni. BENTO!! Comel sangat!

Mulanya begini, tengah survey makanan untuk Naurah. Hana suka masak cuma tang kemas-kemas rumah je malas. Sebab tu rajin je kalau nak masak untuk Naurah. So, alang-alang kumpul koleksi untuk Naurah, why not meniagakan, dapat jugak side income. Dapat beli pampers dan susu untuk Naurah pun jadik lah. hehe

Jom cuci mata barang BENTO.

 
Ni cookies cutter.


Ni PICKS. Tempat cocok makanan, untuk hiasan.


 
Ni egg mould. Baharulah anak suka makan telur kan. Nasi lemak telur kereta. ohsem sangat! hehe

 
Cutter untuk roti. Comel kan?


 
Sausage cutter.

Gambar kat bawah ni, contoh BENTO yang hana buat sendiri tau. Tapi tulah, Naurah kan 8 bulan baru, so macam tak banyak sangat pilihan nak buat BENTO untuk dia. Biasanya BENTO banyak untuk toddler kan. Kids yang nak g kindergarden, school macam tu, seronoklah kalau bekalkan makanan. Tak payah makan, makanan kat kantin sekolah. Kebersihan makanan pun kita boleh pantau kan kalau buat sendiri untuk anak.

1st Bento hana buat HELLO KITTY MASHED POTATO. Mata, misai semua tu adalah kurma.
Punya tak sabarkan nak buat BENTO untuk Naurah. Dapatlah jugak idea. Dah 3 hari bekalkan Hello kitty kat Naurah ni. Terkejut BS tengok makanan Naurah. Kahkah


Breakfast Hana. HELLO KITTY NUTELLA SANDWICH dan POTATO SALAD

 Tu je setakat ni yang Hana buat. Tiba-tiba dapat idea, since Naurah dah tumbuh gigi dan boleh makan finger food, hana nak buat biskutlah hari minggu ni untuk Naurah. Biskut Hello kitty. Then, tak payah lagi beli biskut. Homemade biscuit sure terbaik punya. kikiki

Biskut macam ni,

 
Kalau Hana buat lebih biskut ni, ada tak orang nak beli? Ahahaha


Hana tau, bukan semua suka masak kan, kadang-kadang penat, kekeringan idea. Tambah-tambah nak sediakan makanan comel-comel macam ni. Macam leceh je kan? Tapi bagi Hana, apa salahnya kita sediakan makan untuk anak. Air tangan ibu adalah terbaik dari segi kebersihan dan keberkatan. Besar pahala kita bagi anak, suami makan. hahaha Dah nak masuk mode ustazah lak ni. hehe

Oklah, siapa-siapa yang saje-saje nak cuci mata, berkenan dengan barangan BENTO ni, sudi-sudilah klik like kat PAGE BENTO hana ye. Ada banyak lagi barang-barang lain. 

 NI PAGE BENTO :




Ok. Selamat ber-bento ye untuk semua. Anak suka, ibu pun senang!! hehe


Sebelum tu, gambar anak kesayangan. Ibu rajin BENTO-ing sebab mu sayang!!




 Daaa..






THANK YOU FOR READING THIS!

15 comments:

  1. Like xsabaq nk berbento ni...gud luck maybe sy salah sorg cust kn...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, thanks sgt sbb u jual benda ni. Haha. dlm minggu ni i puas survey mn la nk cari org yg jual benda2 ni. siap plan nk gi beli kt kl sbb susah nk cari kt kuantan ni. ok nk gi tgk fb page u tu.. semangat ni nak buat mknn comel2 kt anak.

    p/s: biskut hello kitty tu comel sesangat! jual la.... tp murah2 la.... hehe

    ReplyDelete
  3. fifi pon suke sangat bento ing.. cumil!~

    fifi da pergi rantau panjang.. tapi xpandai cakap kelantan.. harge mahal jugak..

    ReplyDelete
  4. teruskan berniaga ye hana!!tak payah dah susah2 nak cari barang bento ni sampai ke daiso..dah r tak comel.. ;)

    ReplyDelete
  5. wahh comeiinyer biskut hello kitty;)
    boleh share tak resepi biskut hello kitty neh,
    nak buat jugak utk zahin, b4 neh asek beli jer.huhu

    ReplyDelete
  6. Sukanya tgk biskut hello kitty..comel je..

    Share le resepi..^_^ (hehe ntah rajin buat ke tidak)

    ReplyDelete
  7. comel2nya...
    baru 1st time sy tahu pasal bento nie...
    semoga sentiasa sukses dlm ber business...

    ReplyDelete
  8. wahh.best nye! comel2 blake.. pnt mncari bento ni de jual kt mn..
    x sbr nk bli n buat bskut.. huhu

    ReplyDelete
  9. Mcm mn nk bli bento dgn hana? Try click link tu xdpt pn..

    ReplyDelete
  10. Assalam. Akak baru kenal bento tu apa.. kesian kan.

    Comelsnya anak.. sekarang dah besar kan.

    Jap lagi nak ronda2 blog Hana lagi.

    Kalau nak order macamana ye Hana.

    ReplyDelete
  11. macammana nak beli brg2 bento ni ye hana?

    ReplyDelete
  12. sy nk beli set buat bento tuh....cne ye...leh whatsapp kt 0162580825- farini....tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...