Wednesday, April 10, 2013

4 days rule. try and error. mum know best.


Tarikh mengundi dah ditetapkan pada 5 Mei 2013.
Hoooo-yeah!! 



7 Mei cuti for Hol day of Pahang. 
Yabedabeduuuuuuuuuuuuuuuuu!!! Cuti lama balik kampung.


 .............................................................................................................

CERITA KASAR SIKIT.


Hari ni tak ada mood nak share resepi. Sebabnya saya agak kecewa bila saya share baby food kat seseorang (tell you, dia yang mintak dan rujuk baby food dengan saya. Bukan saya yang terhegeh-hegeh nak consult free makanan apa baby dia patut makan) dan bila that food tak sesuai untuk anak dia like anak dia tercirit birit, kembung perut, sembelit, alahan etc, she come to me again mengadu yadayadaya! Then saya bantu lagi untuk cari jalan penyelesaian kepada anak dia. End up, dia pi kecoh kat orang cakap saya lah yang suruh anak dia makan itu ini. Me? OMAIGOD! Rasa nak mencarut kat dia. What the $&#@#@$@#%$#%#$%#$%#$%!!!!

Seriously, saya ni tak ada kepakaran atau pengetahuan dalam pemakanan kanak-kanak. Cuma bila ada anak sendiri dan anak saya perlu makanan, saya belajar sikit-sikit. Belajar dari rakan-rakan terdekat, baca blog mommies, baca buku etc. So, apa makanan yang saya dah kasi kat anak saya, saya share kat sini. Untuk rujukan saya (maybe for next child) and other mommy. Dan juga, dia kagum agaknya saya masak that food, so tanya pendapat saya. Saya ni beriya la layan kan. Bila jadi macam ni, pi cakap belakang saya bukan-bukan. Walhal, saya dah terangkan secara detail. 

There is an answer between WHY (which i dont do that) and REASON (why i do that!).

Contoh yang pernah saya share dengan dia :

Kenapa aku tak bagi anak nestum cerealac? (actually bagi awal-awal tapi tak sempat habis satu tin)

Sebab tu makanan segera. Bila anak aku suka je makan couscous, so aku continue with that plus campur ebm, banana and other fruit.

Dan, banyak lagi kenapa-kenapa-kenapa-kenapa-kenapa dan sebabnya-sebabnya-sebabnya!!


Kalau kau tak nak ikut apa aku share, ok fine! But dont blame me if anything goes wrong with your baby!! Which is i think that is your fault sebab tak follow betul-betul apa yang orang buat. Aku rasa hampir 99% mommies yang bagi anak makan labu tapi kau, baru bagi sehari dua, dah stop sebab anak kembung perut. Bila aku tanya teruk ke kembung? Menangis beriya ke malam tu? TAK ADA. TAk ada Hokei! Cuma merengek sikit-sikit! Weh, biasalah tu weh, perut anak kau tengah terima benda baru. Sebab tu aku suruh ikut peraturan 4 hari. After that tengok keadaan dia.


TAK ADA MAK YANG NAK BAGI RACUN KAT ANAK SENDIRILAH WEI!!!  Dah anak kau tak boleh terima makanan tu, so let move to another la. Kau kena faham bila start bagi makan kat anak, ada 3 konsep penting kat sini iaitu : 


4 DAYS RULE

TRY AND ERROR

MUM KNOW BEST


4 DAYS RULE. Kenapa bagi makanan yang sama berturut-turut? Sebab nak tengok penerimaan makanan tu kat anak kau. Perut dia boleh terima ke tak? usus dia boleh proses makanan tu ke tak? kulit dia ada keluar alergik ke tak? IN 4 DAYS, kau boleh tengok kesannya. Ni tak, kau asyik ulang KESIAN ANAK BAGI MAKANAN SAMA 4 HARI. NANTI ANAK BOSAN.

TRY AND ERROR. Anak kau sepanjang lahir sampai 5 bulan minum susu. Bila dah besar dia lapar nak makan. Kau kenalah cuba macam-macam makanan kat dia tengok makanan apa yang sesuai atau tidak dengan dia. Punyalah banyak makanan atas dunia ni yang sesuai dengan usia anak kau, boleh pulak kau buat-buat banggang tak tau nak masak apa? Kenapa kau cakap buntu nak bagi anak kau makan? Sebab kau cakap anak kau bosan kan makan benda sama? Kau cakap, padahal anak kau relaks je kan? Bila kau masak berlainan makanan tiap hari, so genap seminggu confirm2lah kau akan rasa nak capai usia 8 bulan tu makanan sama je dalam tempoh 2 bulan kau kasi anak kau makan. Padahal kalau kau ikut peraturan 4 days rule, satu minggu hanya guna 2 resepi dan berlambak lagi benda lain kau boleh guna lepas ni.


MUM KNOW BEST. Percayalah, hanya kau je yang faham anak kau. Hanya kau je tau apa yang terbaik untuk anak kau. Hanya kau je yang boleh kasi anak kau makan apa. Hanya kau je yang nak ke tak nak masak untuk anak kau. Melainkan kau bagi 1001 alasan tak sempat masak, kekeringan idea, anak ko bosan makan bubur, makan puree, susah cari bahan yang segar, maka kau teruslah kasi dia makan NESTUM CEREALAC. Hanya NESTUM CEREALAC jelah makanan terbaik untuk anak kau!


Pendek kata, aku sakit hati memikirkan masa aku yang terluang dihabiskan dengan melayan karenah kau!


 

I'M SICK WITH THIS PEOPLE!!!







Yours truly,
New mum. Ibu anak satu baharu. Ibu yang dalam proses belajar. Ibu yang mempunyai impian untuk sediakan makanan anak dia sendiri.



xoxo








THANK YOU FOR READING THIS!

15 comments:

  1. sabar ye dear.manusia memang gitu..

    ReplyDelete
  2. alamak..anis baca pulak jadi bengang..ish tak baik betul lah buat macam tu..kite dah buat baik kat die, tikam belakang pulak..ayoyoyoyo orang macam ni ade jugak ke???
    nape die nak rumitkan pasal makanan anak ekk??anis pun baru anak sorang..belajar macam-macam jugak..try n error..ni nak salahkan orang jer payahlah..
    sabar ekk hana..takyah layan dah orang camtu...haih..

    ReplyDelete
  3. Perut dan keinginan setiap anak-anak berbeza. Its ok to follows other mommy's recipe, kalau dah buntu sangat tak tau nak bagi makan apa. Jika apa yg di suggest tu OK, thats goodlah, tapi kalau tak OK, tak perlu salahkan orang kan?
    Pernah kita beriya masak bagai untuk anak, but anak tak nak, so stop kejap dan cuma lagi next time

    ReplyDelete
  4. Biasalah, manusia ni macam2 ragamkan dear.. Sabar je ye...

    ReplyDelete
  5. kita nak mendidik anak ni, bila orang sekeliling pertikaikan, rasa down kan... tak pe la. Yang penting family support kita. Lin memula pun cmtu. Orang menjeling je tgk apa lin bg anak mkn. Tapi, bila dia tgk anak kita kurang sakit, diam la dia. Lagi pun diaorang patut tahu, fruit dan vege kat berkhasiat.

    ReplyDelete
  6. bersabarlah. I think dia pun tau niat u ikhlas nak share experience. Tapi she should understand yang setiap anak itu lain, berbeza, unik...kalau anak u boleh makan semua tak semestinya anak dia pun boleh juga...

    It's true tentang pemakanan anak ni kita sometimes kena by the book and sometimes ikut instinct. Tapi instinct pun kena la ada common sense tak boleh main belasah je. I ni memang kaki google and stalk blog orang bila i nak tau sesuatu perkara tu...mana yang baik i ambik, mana yang doubtful tu we leave it as that :)

    ReplyDelete
  7. lempang je org jenis yadayada tuh...mcm kellll j ckp eh...dh mtk, dh msk..apa2 jd tangung r sndiri...ni tuduh2 org plak..ayo...huhu

    ReplyDelete
  8. i pun ikut apa yg org suggest tapi bila anak i xkena makan apa yg i ikut tu xde la i nak marah org lain plak..da kalau kita tak try mana nk tau ok ke x ngan anak kita..org bg pendapat je..try klo nak kalo xok stop je la kan..ish..ta xsuke tol org camni..

    ReplyDelete
  9. yatt tak pham lgi bab bagi ank makn ni.. mklum la bujang..hehe

    ReplyDelete
  10. Laaaa sbr jelaaa. Ade ke blame org.. Tak ptt.. Ank sndri sndri la ptt tau xsemestinye ank org elok ank kite pn akn sama. Baby lain2 la..

    ReplyDelete
  11. sabar ye hana. mentaliti dia dah memang gitu. ubah cane pun, aih.. payah. menyampah dengan yg suke ckp belakang~ tp cerita menda xbetul pulak tu~

    ReplyDelete
  12. sabar ye kak hana..
    Allah bersama org2 yg benar, jadi sabar ye...

    erm..sy mase baby dulu mak sy ckp tak makan bubur / nestum sebab cirit birit..
    bila dah umur setahun setengah terus jer makan nasi lauk asam pedas & sayur..!
    lain budak lain perutnya, lain org lain seleranya.. ehehhee..:)

    ReplyDelete
  13. sabar k u...manusia ni mmg macam2 hal...i sendiri pernah ada pengalaman lebih kurang camni...i share resepi masak2 i tapi bila org tu buat tak jadi, dia blame i cakap i bg resepi salah...huhu sabo je la...xyah layan sgt

    ReplyDelete
  14. hana.lepas ni xyah consult ngan org cm tu.dh mintak pendapat nk marah org lak.huh teruknya! ntah pape je.sbr hana,jgn stress sbb org cm ni.

    ReplyDelete
  15. die yang tak cukup ilmu.. malas bace cari ilmu.. nak orang suap je.. bile prob salahkan orang? what the what the!! jangan layan~~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...