Thursday, March 7, 2013

Spontaneous Thursday : NOTE II sambal kicap.

Dua-dua tak ada kena mengena. Note II adalah satu gajet, jenama telefon keluaran samsung. Sambal kicap pulak adalah sejenis makanan yang saya beli untuk lunch hari ni.

Hati saya panas ni. (kalau hati panas kena cakap saya. tak boleh ber'aku. kang terlajak kata. Dah tak boleh undur.) 


Bukanlah saya nak mengeluh, salahkan ketentuan tuhan. Tapi kitakan manusia biasa. Biasalah tu merungut sekali sekali. Tak payahlah nak cas alim sangat. Sebab saya bukan alim, nak tulis status, "masyaallah, bubur nasi Naurah. Dugaan buat diriku dari Allah s.w.t." atau pun " Ya allah, telefonku. Ujian dari Allah".

Saya tau itu semua ujian tapi reaksi saya selepas lalui semua tu, perkara pertama terfikir opcoz la sedih, kena la meraung huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa dulu kan. Then tepuk dahi sendiri. Then salahkan diri cuai sangat! Barulah sedar, ujian dari Allah semua ni. Hok aloh, semua nak serius ni, kenapa?




Saya sangat cuai hari ini. Cuai tahap KUASA DUA.

Pertama, pagi-pagi bubur nasi Naurah hangit. Sebab lama sangat duk dalam bilik air. Tidaklah mandi hadas ye (HAHAHAH). Jin rajin sampuk hari ni, kemain kau terasa bangun awal pukul 6 pagi, ada hati nak lulur bagai. haha 


beginilah rupa hangit kekeringan air



Pastu, baru je balik dari cafe ni. Nak tapau nasi untuk lunch. Sekali telefon jatuh dalam sambal ayam kicap. Huwaaaaaaaaaaaa Biasanya kepit telefon kat celah ketiak (LOL) sekali hari ni nak jadi cerita gamaknya, kepit kat tangan, sekali nak ambik ayam, laju telefon menyusur masuk dalam bekas ayam masak kicap. Sampai dua budak student gelakkan aku. Sampai hati kau, dik! Sabar jelah. Tapi nasib baiklah telefon ok. Casing kesayangan je melekat minyak, berbau sambal kicap. Nasib baik jugak ada casing spare. Ni, balik kang, suami tengok casing baru, terbeliak mata ni. Dahlah dia alergik dengan casing aku sebelum ni. hahahha 


casing kesayangan warna pink. Dah bau kicap. So, pakai casing royal blue tu. Sedih ni.



Tadikan, pi check UPT. Period tak datang-datang lagi ni. Dah lewat 2 minggu ni. Last period adalah 25 Januari. Haih, berdebar sungguh. Bukanlah tak nak anak dah. Tapi bukan waktunya lagi. Kalau boleh nak besarkan Naurah dulu tanpa perlu fikirkan adik dia lagi. Fokus 100% pada dia. Tapikan kalau dah rezeki dan takdir Allah s.w.t nak bagi Naurah adik awal, kami gembira terimanya. Setiap anak, rezeki berbezakan.

So, pergilah check kat Klinik Kesihatan Pelajar.


Akak makmal suruh check kat situ terus. Ingatkan nak mintak UPT check esok pagi kat rumah. Boleh main teka teki dengan hubby. haha



Keputusannya seperti di bawah.

Alhamdulillah. Kalo double line pun tetap syukur. ^_^



Nampaknya bukan rezeki Naurah nak dapat adik lagi. Aku buat kesimpulan sendiri, maybe period tak datang lagi sebab perubahan hormon kot. 



Itu je nak cakap. Banyak pulak benda spontan hari ini. hehe

Patutnya nak cerita pasal babysitter. Mood dah lari dah. 




Next time.
TATA.






THANK YOU FOR READING THIS!

9 comments:

  1. hohoho..ngeri bab tepon masuk dalam kicap tu..kalau enpon murah takpe la gak kan..kekeke..

    ReplyDelete
  2. suspen tang test last tu.. ihihihi

    ReplyDelete
  3. ala..kesiannya..sabar yer ibu naurah....bubur hangus..casing jatuh..
    tapie bab adik tue..kalau dah rezeki..terima jerkkan....
    kalau period tak datang gak cuba check lagie...mana tau ada adik baby tersembunyi..erkk...hihi

    ReplyDelete
  4. hana nak tau anis bulan ni pun lewat period..dah cuak gile dah..baru nak beli pregnancy test last2 datang jugak..hii
    takpela benda dah nak jadi..biasalah tuh..
    lawa lah casing hp hana..

    ReplyDelete
  5. klu dabel line,jenuhla hana!hehe
    pasni blh bli slow cooker je utk buat bubur naurah.ehehe

    ReplyDelete
  6. Hana, sy yg baca ni pun, tergelak-gelak. Hahahaha...nsb bek ade spare casing kan? Tapi bab nasi hangit tu, adeh...hitam legam jadinya. Hehehehe...apelah hana ni...

    Oh ya...cite psl preggy, kwn sy beranak selang setahun. Skg ni preggy anak ke-3, pun selang setahun.

    Rezeki die. Sy cemburu!

    ReplyDelete
  7. Casing tu comel gilerrr! Hana buat sendiri ke?

    ReplyDelete
  8. Okeyyy kita berkenan casing tuuuuuuuuuuu comelnyaaaa beli mana ? *straight to the point heheee*

    ReplyDelete
  9. Casing pink tu comel bangat! Akak beli mane? hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...