Friday, March 8, 2013

Naurah is my clever girl.

Semalam balik kerja agak awal. Biasanya pukul 6 atau 6 lebih baru sampai rumah BS. Kadang-kadang suka-suka hati balik lambat. Haha Kadang-kadang singgah kedai runcit untuk beli barang basah untuk masak malam. Kadang-kadang singgah gerai yang jual benda bergoreng. haha Mentang-mentanglah BS ok kan, saje tau. kehkeh

Sebenarnya saya jadi serba salah nak balik awal sangat. Kadang-kadang balik tepat pukul 5 petang, sampai rumah BS pukul 5.15 atau 5.30, Naurah sedang tidur. kadang-kadang baru tidur. Kesian nak angkat. Mesti terjaga. BS pun cakap, ambik je nanti. Ish, tak mau lah kan ambik nanti. Kadang-kadang saya lepak kat rumah BS dulu, sembang-sembang sampai Naurah bangun pukul 6 lebih. Kalau dia tak tidur, saya suka sangat tengok reaksi dia yang nampak saya muncul kat grill pintu rumah BS. Masa sebelum hantar walker ke rumah BS, laju dia tarik dada, bergerak menuju ke arah saya sambil tangan kaki, kepala bergetar-getar (tak tau nak jelaskan macam mana). Sekarang dah letak walker kat rumah BS. Laju amat dia kayuh walker. Berdesub macam ferari ingin melanggar saya. hahaha terlonjak-lonjak minta didukung. 

Best gila perasaan bila anak excited sambut kita pulang dari kerja. Like, nobody can change mommy hug. Cepat-cepat minta di kiss and hug. haha

Tapikan, yesterday Naurah tak excited pun sambut saya. Agak terkejutlah jugak. 

Ceritanya begini, semalam sampai rumah BS pukul 5.30 petang. Memang dah agak dia tidur. Sampai je tengok atas pangku BS. BS tengah bagi susu. Saya tercegat kat muka pintu. Pintu grill terkunci, sliding door je terbuka. Agak dalam 5 minit saya berdiri, BS letak Naurah atas tilam dan capai kunci untuk bukak pintu.



Elok je ibu melangkah masuk, dia bukak mata tapi buat derk je dengan ibu. Mata ala-ala layu mengantuk gitu. Pegang botol susu sendiri.





Then borak dengan BS jap. BS cerita Naurah buat apa hari ni, poo poo ke tidak, makan etc. 10 minit lepas tu, Naurah dah bangun. Saya excited ni nak ambik tapi dia buat tak reti je tau. So, BS pun bagi semula botol susu yang dia hisap tu. Kotlah dia nak susu untuk tidur semula. Kami sambung borak. Elok je dia menyusu sambil sambil pandang ibu dia. Botol susu BS yang pegang.




Masa dia minum tu, saya main babachak dengan dia. Saje, tak nak kasi dia tidur. haha Kurang sikit rasa bersalah, nak angkat bawak balik rumah. kehkeh Tapi dia boo layan saya. Dia tepis botol susu. BS angkat lah dia. Saya pulak tukang kutip botol susu yang dia tepis tu. haha Lawak.



Bila BS angkat, elok je duduk atas riba, kepala sandar kat dada. Then, saya pun hulur tangan acah-acah nak ambik, dia buat muka cam tak ada perasaan ok! Selamba buat derk. I called her name, dia senyum. Then berdiri atas riba BS, tangan pegang leher ok. Bila saya nak ambik, dia alih pandangan tengok tv. Huwaaaaaaaaaa

Sedih tiba-tiba. BS pun terkejut. Pastu BS cakap, dia mamai kot, mengantuk lagi. Dari pukul 1 petang dia bangun,tak tidur pun. Duk main je dari tadi. So, BS suruh saya balik rumah dulu, mandi ke, masak ke, lepas maghrib baru datang ambik.

Oh, NO! NO! NO WAY! 

HAHAHA

Saya terpaksa tipu sunat (ada ke?) cakap nak pergi rumah kawan yang baru lepas bersalin. Wakakaka Bodoh punya alasan. So, ambiklah jugak Naurah dari tangan BS. Nasib baik Naurah tak nangis masa saya ambik. Bila dalam pelukan saya, dia ok je, tangan pegang leher saya, menyandar manja kat dada. So, kami pun baliklah ker rumah kami. hehe Dalam kereta tu dia masam je. Snap sekeping dua keping gambar, baru nak senyum. Ceh!








Sampai rumah je, BF her, terus tidur. Bangun semula pukul 8 malam. Then ayah dia mandikan, dia bantai tidur semula. Boleh? Then bangun semula pukul 10.30 malam. Dia bangun sebab terhidu kami menikmati kek adalah tak dapat dikenalpasti. Tapi bukti yang kami ada, sebaik sahaja dia bukak mata, tengok ibu dia makan kat sofa, dia bergerak menuju ke sofa. I thought, dia nak i ambik dia or nak BF. So, we all saje main-mainkan dia. 

Naurah masih belum dapat merangkak tau. So, dia bergerak menggunakan dada dia. Dengan menarik dada untuk maju ke depan atau u-turn. hehe Sometimes nampaklah usaha dia untuk merangkak. Always angkat bontot dan guna siku untuk menongkak badan tapi tak berjaya. We keep give her support. Dah jadi pompom girl dah. haha Walaupun bergerak dengan dada, laju ooii..

Elok je sampai kat kaki ibu, laju je tangan nak capai kek kat atas sofa dan pandang muka ibu. Like "i want this mum, not your milk"..




Dah diminta kan, ayah dia apa lagi, kasilah rasa sikit. Yang lawaknya, bayangkan muka baru bangun tidur, dengan mata bengkak, bagi rasa coklat. The new thing in her mouth. Muka macam terkejut. haha

taste it.


What do you think Naurah?


"Hmmmmmm"




BAHAH!

sapu mulut dengan tisu. Belum sempat baringkan atas riba ibu, mulut dah ternganga mintak susu. hahha

Petang tadi boo layan ibu kan? Malam ni nak sangat makan coklat kan? Cari milk ibu jugak.


HAHA


KBYE!



 


THANK YOU FOR READING THIS!

10 comments:

  1. Comel lah naurahni...saje kacau mama die...tp mmg happy kan klu kitr na dtg amek, terkejar2 die datang kat kite...plg best bile dah dukung, terus die babai kat sume org...ekekeke...:)

    ReplyDelete
  2. Comelnya. Mst awak excited kan.? Bley nmpk dr cara awk menulis. Hehehe...naurah x byk ragam ni. Suke bs die nak jg naurah lame2. Haha!

    ReplyDelete
  3. anis pun akan pastikan hannah bile malam mesti ade kat rumah sendiri..taknak siang malam kat rumah opah takut manja..huhu..
    sentap woo anak manja dengan orang lain..HAAHAHA..
    bijak naurah mintak ibu kek coklat..semalam hannah rampas roti canai kat tangan papa..haih..

    ReplyDelete
  4. Heheee.. So sweet... Naurah yg sgt comel...

    ReplyDelete
  5. naurah ada mulut kecil yang sangat comel! selalu aunty tengok gambar naurah kt fb. memang somel sesomel-somelnya ok!

    ReplyDelete
  6. sama la dgn papa shahadah..bg coklat..hehe..betul..mlm cari maknye jugak..hehe

    ReplyDelete
  7. Dah bagi lemon belum? sure muka naurah lagi comelll nanti... Hahhaa...

    ReplyDelete
  8. hahaha macam2 naurah ni...dia merajuk dgn ibu la tu :p

    ReplyDelete
  9. hehehe naurah2,mamai2 eh,boo layan ibuu.mlm nk nepek jugak.tu lah anak kan.heee.

    ReplyDelete
  10. Comelnyaaa Naurahhhhh haaha tapi macam lawak tengok muka dia yang macam terkebil kebil taste coklat tu hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...