Wednesday, March 13, 2013

Like 5 month baby bump.

5 month baby bump.





TSK. Pewut ittewwww.



Sekarang dah gini.


iitewwww pagi ni.
 

 HARHARHAR

Ni semua penangan kritikanlah ni. Tidaklah saya kata obses dengan berat badan tapi macam down jugaklah bila baju jalan, baju kurung, baju kurung moden jangan cakaplah, semuanya sendat dengan badan. Gaya balut nangka kekdahnya. Rasa macam tercabar je. Mula-mula habis pantang, kagum gila bawak badan datang opis, kurus dari sebelum pregnant. Berat zaman kampus dulu. Mana nak dapat dik non ooi!

Dah tu duk BF, pump, BF, Pump, memang sangat lapar, makan tak tentu masa. Asal lapar sikit makan. Tak boleh diet. Kalau diet kang, susu merudum. Saya pasrah je. Makin lama badan makin naik sampailah berat badan mencecah 69/70kg. Pitam.

Saya tak rasa mok2 tu hodoh atau memalukan. Cuma saya rasa cepat penat dan sayang kat baju-baju saya yang mana dah tak boleh dipakai lagi. Nak diet sangat memang tak dapatlah kan, wajib makan yang cukup untuk bekalkan susu kat Naurah. See Naurah, ibu sanggup dihina, dikeji demi mu nak, untuk bekalkan setitik dua titik dan berjuta-juta lemon titik susu kepada mu. (biasalah drama queen. heh!).

Pernah suatu hari, rakan office (lelaki) tegur saya, cakap saya gemuk dah sekarang. Siap suruh diet bagai ok. Saya tau nak bergurau je tu tapi saya malu ah. Lelaki kot yang tegur then mesti la dia perasankan tubuh badan kita macam mana. Saya tak simpan dalam hati cuma, terdetik kat hati "gemuk sangat ke aku ni?". Sebabya, suami ku tak menegur pun akan perubahan fizikal ni. Cuma dia pernah bergurau (tu pun lepas saya yang mention perut saya muncit!) "sayang tak period lagi kan? Apa kata pergi check, kot-kot pregnant. Kesian anak biey dalam perut tu, terkepit dengan bengkung."

Tak lawak k, biey! T_T

Saya pun menurut perintahlah, memang risaulah, period tak muncul lagi. Bila check tak ada pun. Ada isi lemak je kat dalam. *_*

Dan-dan, pernah jugak suatu hari, rakan kat tempat kerja tegur (situasi masa tu, saya baru keluar dari lif, dia nak masuk lif, kami bertembung depan pintu lif).

Dialog lebih kurang :

"Hana, pregnant ke?" - sambil tanganya menahan pintu lif.

Serius, tak tau nak kasi respon macam mana. Banggang jap masa ni!

"Ha ah kak." muka saya yang serius nak melawak tahap paling gampang. 

"Ye ke? tahniah tau. Baby sekarang berapa bulan?" sambil tangan usap lelemak di perut. BAHAH

"6 bulan kak." Jawab seyakin mungkin

"Ye ke? takpelah. dah rezeki dapat baby lagikan." tangan dia tak lepas pegang lemakku. T_T

"Kak!! Ni bukan pregnant. Ni perut buncit! huwaaaa" Mengaku dah. Kesian kakak tu percaya bulat-bulat dan saya tak sanggup dah menghina perut sendiri.

"Larrrr, ye ke? hehe Biasalah tu lepas bersalin ambik masa sikit nak turun." Senyum. Agaknya dalam hati terbakar kena luangkan masa tak faedah sembang penipuan aku. 

HAHAHA



Kan? sampai orang perasan muncit perut ni sebab pembawakan budak ni. Masa ni I is stress jugak campur malu. Dah tu nekad nak diet ni. Hubby senyum je bila cakap nak diet. Sebabnya kita ni diet kat mulut tapi malam-malam nasi bertambah 2 pinggan. Sepinggan untuk ibu, sepinggan untuk Naurah kekdahnya. Hahahah


Macam mana tu?

Solution-nya saya pakai fellina dan bengkung. Till now (hampir 3 minggu kot) saya pakai fellina, saya nampaklah perubahannya. Eh, chop, jangan salah faham. Saya bukan pengedar fellina cuma saya nak kongsi je. Mula-mula saya memang tak nak beli fellina sebab makan tu lagi penting dari pandangan orang tentang perut saya. Saya kurang ambik peduli. Yang boleh buat saya terdorong nak cuba tu sebab masa tu dapat harga promosi. Boleh gitu??? hahahha kedek jugak kan? kehkeh

So, alang-alang beli tu saya cubalah. Malam tak pakai sebab BF Naurah, kang melekat panas tu kat kulit dia. Saya pakai waktu pagi je then pakai bengkung. Mula-mula tak boleh sorok jugaklah muncit perut walau pakai bengkung sekali pun. Lama kelamaan dan sampai hari ini saya rasa macam eh, bila pakai bengkung perut aku flat lah. LoL. Baru perasan. hihi *ketawatutupmuluthidungbiarkembang*

Then, sekarang saya tengah belajar kurang makan dan sedikit tahan lapar supaya saya dapat puasa ganti di tempat kerja. Tahun lepas lahirkan Naurah pada bulan puasa. Seminggu je sempat saya puasa sebelum bersalin. Jenuh aih nak ganti kan.

Kesimpulannya, saya rasa saya tak gemuk cuma badan saya sedikit seksi dan mantap dari normal sebelum pregnant. *mohonmuntahjauhjauh* HAHAHA


Dah bab diet, mok-mok, bambam dan seumpamanya.

Malam tadi saya masak makanan Thai. Namanya KENG SOM. Ni gara-gara terliur tengok Mama Qays yang suka tayang keng som. Haruslah cuba sendirikan. Resepinya sangat mudah.

Bawang merah, bawang putih, serai, belacan dan cili padi dikisar. Masukkan dalam periuk dan masukkan air asam jawa, sedikit air dan rebus. Kekdahnya rebus tanpa guna minyak. Then dah mendidih, masukkan gula melaka, garam, bahan perisa, daun kesum. Masukkan ikan (ikan yang biasa diguna ialah siakap, ikan merah, bawak, ikan pari, ikan tenggirri). Agak-agak ikan dah nak masak. Masukkan kangkung. Pedas, masam dan manis pandai-pandailah main agak. Tapi make sure semuanya just nice. Kalau manis sangat tak lalu jugak nak makan kan?



 Saya masak 3 ketul ikan tapi setiap ketul tu besar. Ada lagi lebihan. Ingatkan nak bawak bekal datang office tapi nak dijadikan cerita, saya tersedar pukul 7.10 pagi. Ya Allah, hubby lak dah bangun kul 6 tapi bantai tidur semula sebab dia masuk kerja pukul 9 pagi. Saya pulak yakin dia akan kejutkan saya pukul 6.30, so sedap tarik selimut. Sekali tersedar dah terlewat. Nasib baik baju dah iron. Cuma makanan Naurah betul-betul tak sempat masak. Saya angkut bahan semua tu bagi kat BS, mintak tolong dia masak. 

Ni semua gara-gara Naurah tidur pukul 1.30 pagi. Bayangkan dia tidur pukul 7.30, then pukul 10.30 baru bangun. Saya ni, kemain usaha bobok dia bila dia bergerak-gerak. Tak mau bagi dia bangun. Kalau dia merengek sikit, cepat-cepat bf. Tapi sebaik dia sedar pukul 10.30 terus bangun golek-golek atas simen sambil tangan teraba-teraba simen cari mainan. Mimpi ke apa entah?

Muka serius cari mainan

Alang-alang dah bangun, memang nilah kerjanya.


Semalam sempat saya rakam video dia sebut "IBU" dan "MAMA". Sound like that la. hehe Nanti saya upload.

Before that aksi makan Naurah yang tak boleh blah. Kelakar ok!




Saya bagi plain bread.

Ibu tanya,
 "sedap tak roti tu? ibu nak sikit"

Terus buat muka macam. Ketawa tutup mata.

SEDAP SANGAT KEKDAHNYA!

Hahaha 








 Till then.
TATA.







THANK YOU FOR READING THIS!

26 comments:

  1. hana pakai bengkung apa.rara pakai cosway je.mmg perut nmpk flat.best je.kalo x asek terjojol je lemak.mencik taw.hehehe.alaaa naurahhh tergelak aunty tgk muka naurah cm tu.omeiii angat!

    ReplyDelete
  2. Amboi Hana. Seksi-mekci tu. Slim. Hahahahaha! Alah, ms memula bersalin, badan mmg mcm mengembang sket. biasalah. Lama-lama, dah boleh slim blk. Heheheheh....

    Alahai, Naurah. Comelnya senyum mcm tu. Suka sgt tgk. Arghhh! Geram.

    Keng Som tu mcm ala-ala asam rebus kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam asam rebus tp up sikit dr asam rebus. kehkeh

      Delete
  3. keciannya u... huhuuhhu... tak pe, slow2 ok. bnyk kan baca petua... =D knp si naura wat muka cute tu??? gigit kang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rajin review petua tp nk amalkan, ya ampun.

      Delete
  4. hurmmm urs 5 months bump? mine 7 months kot! :)

    mostly review felline bagus jugak..I nak try beli tapi takut malas nanti sebab for better result kena pakai bengkung kan? itu yg malas tu hehe..

    serious I'm also getting out of shape..next week nak start ganti puasa jugak

    amboi naurah..sengih sampai tutup mata..so cute!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom win. next week ye. this week still red flag. heh

      Delete
  5. yezza.... saya jugak suker kengsom!

    aloh, kiut la dia

    ReplyDelete
  6. HAHAHAHA muka Naurahhhhhhhhh

    Jom diet sama sama. Rasa nak pitam juga ni sluar jeans tak muat !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? peha ni haramkan seluar jeans. dah tak muat langsung.

      Delete
  7. haha..klakar ok bab kat pintu lif tuh..tapi memang geram jugak orang duk cakap kite dah gemok..tension tau..anis pun dah makin berisi jugakk..hana ok lagi bersalin normal..anis ni czer takut lagi nak pakai bengkung...waaaaaaaaaaaaaaaa...

    ok naurah sangat comel..bile dapat ketemu naurah..selalu dalam alam maya ni jer..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kwn hana czer gak tp dah pakai bengkung..

      Delete
  8. adoii ni cabaran ini tuk kuatkan semagat diet dh pakai fellina tanpa skip..hahahah.. yg si naurah ni mmg sgt kelakar ok.. tu bekas pink tu dia tarik sendiri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tarik sendiri bekas pink tu. Tengah meniarap pun jadi.

      Delete
  9. diet..diet..diet..hihi.
    lin ngah usaha nak turunkan 20kilo,,tapie pelan-pelan lah..hope berjayala,
    abie beri semnagat..dia tak kisah lin gemok..tapie kita sendirie segan bila tgk badan kat cermin..huhu..

    alolo..naurah..sedap sangat yerk roti tue..

    ReplyDelete
  10. cute gila pic last tu...cutecutecute!!!

    ReplyDelete
  11. cite cite nak diet pastu ada lak terselit gmbr makanan yer...terbaik hehe..

    comel naurah tawe camtu ihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha diet kat mulut je. kenyang kat perut. ahak

      Delete
  12. macam best je effect fellina tu.. hahaha. mula terhasut

    ReplyDelete
  13. MJ pun dah lali dengan 'usikan' mengatakan gemuk, memang badan dah berisi sesangat, semua mengur termasuk lelaki, tapi MJ buat dek jela, makan hati ofkos, tp gemuk ni penangan ubat hormon..
    My Mum ckp mungkin lepas bersalin, boleh kurangkan, tp sebab sekarang dah 3 tahun kawen masih belum ada baby, badan pun naikkkk jela ;D

    ReplyDelete
  14. ala.. diet fifi tak pernah menjadi.. :( sedihnye.. da biase kene kate gemok.. hahaha.. selamat saye memang gemok.. tggu la.. kot berjaye diet.. kurus saye..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...