Wednesday, March 27, 2013

Lawatan ke Nursery tempat kerja

Pagi tadi saya sempat pergi melawat Nursery tempat saya kerja. Tujuan lawatan tu untuk memantau bagi persediaan pihak dari Permata Negara untuk membuat tinjauan ke atas pusat jagaan kanak-kanak. Mereka nak periksa kot sama ada okay ke tak. So, kami pergi awal sikitlah tadi after breakfast. 

Kat tempat kerja saya, ada nursery yang besar jugaklah. Ada 3 bahagian iaitu bahagian untuk infant (umur 1 tahun ke bawah kot), bahagian toddler (umur dalam 2 year ++ dan ke bawah) dan bahagian kids yang dah boleh belajar (around 3 year till 5 year). Nursery kat sini sangat besar, bersih dan kelengkapan macam-macam tersedia. Suasana yang sunyi, jauh sikit dari jalan raya.

A big playground

Dulu, masa saya tercari-cari BS untuk Naurah, saya ada terfikir nak hantar Naurah kat nursery ini. Alasannya mudah sahaja. Dekat dengan tempat kerja, senang nak ulang alik untuk BF. Tapi ayah Naurah tak bagi. Over-protective. Katanya masih baby. Daripada tinggalkan Naurah kat nursery, dia lagi sanggup  tinggalkan Naurah kat tok ma di kampung, sehinggalah kami jumpa BS nanti. Dia suruh pilih antara dua. Tentulah saya tak akan tinggalkan Naurah kat kampung. Nasib baiklah tokma Naurah faham perasaan saya. Sanggup jaga Naurah selama 5 bulan di sini sehingga saya jumpa BS sekarang.

Saya rasa ketegasan suami yang tidak membenarkan saya tinggalkan Naurah kat nursery adalah sangat tepat. Nasib baik saya dengar kata masa tu walaupun hampir-hampir berputus asa nak cari BS Naurah. Sebabnya, tadi selepas lawatan ke nursery, saya rasa agak sedih. 

NO OFFENSE ye. Maybe lain tempat lain penggendalian nursery.

Macam tadi, tumpuan saya lebih pada bahagian infant. Sesuai dengan usia anak saya sekarang. Rumah untuk infant sangat luas, bersih dan terdapat play yard untuk mereka bermain tapi yang buat hati saya tersentuh ialah ada beberapa orang baby kat sana tapi BS hanya 5 orang sahaja. Saya rasa mesti seorang BS akan jaga dalam 4 atau 5 orang baby kot. Tiba-tiba saya terfikir macam mana in one time babies semua menangis, nak minum susu. Sempat ke tak seorang BS nak handle 4 or 5 baby sekaligus. Seriuosly, saya terbayang anak saya yang tengah meniarap bermain permainan seorang diri. Ada yang bermain bola, dah boleh merangkak. Masing-masing very behave and independent. Masing-masing bawak diri. Sambil diperhatikan oleh BS.


Then kat situ ada pulak 2 buah bilik untuk baby tidur. Masa saya pergi, ada beberapa orang baby tengah tidur di atas tilam masing-masing. Keadaan rumah tu sunyi je. Aman for others baby nak tidur. Walaupun ada some babies yang sedang bermain tapi mereka sangat behave, tak bising dan menganggu babies lain yang tengah tidur. Cuma apa yang saya agak sedih (as a working mum), anak yang tidur tu betul-betul tidur dengan aman tanpa gangguan (i mean BS jaga baby yang tak tidur, biarkan je baby lain dalam bilik). 






Maybe sebab kita orang ada tadi kot, that is why mereka lepak dengan kami bercerita di ruang tamu. Saya harap walaupun that babies tengah tidur, i hope BS tetap lepak dalam bilik dan memantau babies yang meraka jaga walaupun that babies tengah tidur. Di mata saya, nampak kurang kasih sayang dan belaian. Tugas mereka hanya jaga babies, tidurkan, bagi susu. Kalau baby tak tidur, mereka letak atas lantai, bagi permainan. Yelah, logiknya kalau sorang BS nak jaga 5 baby memang tak adalah nak memangku semua kan. So, di situ hati saya rasa sayu sangat. There is people around the baby but still look very lonely. Faham tak apa maksud saya? Entahlah, mungkin saya sensitif sangat.


Tidaklah saya kata bila saya tinggalkan anak saya di bawah jagaan BS di rumah yang tidak terdapat ramai kanak-kanak, diberi perhatian dan kasih sayang sepenuhnya. Tetap sama. Sangat berbeza kalau darah daging sendiri yang jaga anak kita. Like if granny or aunty yang jaga mesti a lot of love kan. Plus, saya pernah terbaca baby below than 2 year perlu diberi kasih sayang, belaian sepenuhnya. Bila dah besar sikit beri perhatian, bila dah besar lagi beri tunjuk ajar dan seterusnya.

Cuma, pada pandangan saya apa yang membezakan anak di bawah jagaan BS di rumah dan nursery adalah tumpuan lebih diberi di rumah kot sebab baby tak ramai, then kalau BS masak, mengemas, atleast ada anak BS yang akan bermain dengan baby. Suasana kekeluargaan tu pun akan lebih terasa kalau anak berada di rumah BS.

Entahlah. Ada pro and cont rasanya. Kalau fikir dari sudut positif, baby yang kat nursery more independent dan pandai bergaul kelak sebab dah biasa ditemani dengan rakan sebaya dengan mereka.

Namun apa yang penting, penat macam mana balik kerja, kita mesti repay apa yang kita terlepas selama 8 jam bekerja, tinggalkan anak kita kat orang lain, harus diganti semula. Walau penat macam mana sekali pun selepas pulang ke rumah, mesti kita akan layan anak kita sebaiknya. Sanggup menahan lapar kalau anak nak bermanja, tak bagi kita masak.


Sebagai ibu bekerjaya sekarang memang kita pasrah dan redha. Itulah harga yang perlu kita bayar untuk semua yang pengorbanan kita selama ini.  Walaupun hati tak sanggup nak tinggalkan anak macam tu tapi kita perlu bekerja untuk sama-sama membantu suami menanggung kos sara hidup sekarang. Kita kerja, cari duit pun bukan untuk orang lain, untuk keluarga dan anak kita jugak.




Cuma tadi tulah, hati saya sayu bila tengok anak kecik dilonggok di satu tempat, sewal usia 4 bulan sudah diajar supaya berdikari. Saya berasa sedih tiba-tiba. Saya lihat air muka all the baby, lihat pandangan mata mereka, mereka begitu takut bila orang asing (saya) hampiri, hulurkan tangan untuk memangku dan menimang-nimang sejenak, bagi hilangkan rasa bosan mereka meniarap dan bermain sorang-sorang. Mereka menangis seperti memerlukan perlindungan daripada orang asing yang cuba mengancam mereka. Mereka kelihatan takut. Dan, sebaik-baik perlindungan adalah pelukan seorang ibu. T_T


Sedih. Saya pun terpaksa tinggalkan anak saya sejenak untuk saya mencari sumber pendapatan bagi memenuhi permintaan duniawi. Tabahlah Naurah. Ibu tau, BS jaga awak dengan baik.

Saya faham. Saya pun ibu yang tiada pilihan.



Bye!




Note : Patutnya nak upload video progress Naurah tapi terbawa-bawa dengan perasan yang entah apa-apa dan jadilah entry yang perenggannya bercampur-campur. 





THANK YOU FOR READING THIS!

8 comments:

  1. kan..sedangkan ayu hantar kt BS sebelah rumah je..memang sedih,kalau ada pilihan untuk quit job,memang sanggup..i love being an housewife tp untuk ape belajar if xkerja,nak sediakan keperluan sekarang bukannya murah...

    ReplyDelete
  2. sedih pulak baca entry ni...kat office i pun ada nursery sorang bs jaga 3 baby..now tinggal 2 ja nak jaga 9 baby...baru2 ni i ada pegi tengok nak tanya kalau boleh jaga my baby sehari kalau babysitter ada emergency, pastu tengok bilik untuk baby seawal 3 months tu memang rasa lonely...masing2 tidur senyap je tanpa pengawasan. sedih plak rasa.

    my son pun hantar babysitter so far so good. i should be grateful sbb bs hanya jaga my son sorang je selain anak dia yang umur 2 tahun the youngest.tapi hati ibu ni, tetap rasa emotional sebab terpaksa tinggal anak kat orang kan..hanya mengharapkan yang terbaik semoga anak kita sentiasa dilindungiNya...

    ReplyDelete
  3. sedihnya anak bila kat taska... uhuhuh... rasa better hantar rumah BS kot... uhuhuh

    ReplyDelete
  4. hana,rara sedih gak tgk.mcm tu lah agak nya anak rara kat nursery tu kan.tp nursery yg rara hantar ni xramai babies cm ni.4 org je baby.hana,kalau boleh rara nk anak kat BS,tp xde.hmm hana dh dpt BS ok sgt best.

    ReplyDelete
  5. hana.. sedih kot bace cerite ni.. bergenang air mate.. tengok baby tidur tu yang sedih.. atas lantai even ade tilam.. macam terbiar je..
    :(

    ReplyDelete
  6. sayu sangat tengok bebudak tuh..terbayang-bayang hannah antara bebudak tuh..kesiannye..
    sebak sangat bila hana cakap dorang macam takut tuh..haih..
    syukur sangat hannah opah yang jaga..insyaAllah penuh kasih sayang disitu..
    naurah pun alhamdulillah dapat bs yang baik sangat..moga anak-anak kite sentiasa dalam lindunganNya..aminn..

    ReplyDelete
  7. Huwaaa sedih !! Dahla nak start hantar Kasih ke taska minggu depan. So far campur Kasih, baby ada 4 orang. Pengasuh pun 4 jugak. Harap harap babies ni dapatlah perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya. Rasa serik nak cari BS sebab tu lebih prefer taska tapi apapun mestilah prefer darah daging sendiri jaga (skrg aunties mereka jaga) ataupun dapat jaga sendiri kan..

    Ye, saya juga ibu yang tiada pilihan :(

    ReplyDelete
  8. I baru sempat baca ut post ni.. U made me cry.. Sedih gle kot menitik air mata smbil bygkan anak i cmtu ntah2 kt nursery. I xpenah visit. Masa mula2 dlu pn dgn hubs tgk tmpt tdo etc n since aritu smpia skrg just hntr n amik je. Ish. Sedih gle bila baca ayat u one by one. Rasa mcm kejam gle i tgl hannah kt nursery :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...