Monday, March 11, 2013

It's a perfect weekend, that i called.

Ia adalah hari minggu yang sempurna bila mana dapat spent time together dengan orang yang tersayang walaupun hanya bersantai anak beranak depan tv sahaja, laki order makanan dari dapur rumah, isteri pergi masak cucur, anak selerakkan almari baju, itu semua nikmat sangat!

Minggu lepas, balik kerja hari Jumaat, Naurah dah cam kereta ibu dia. Tak sabar pun ye nak jemput dia sebab hari Khamis tu kan dia boo layan saya. Alih-alih sampai rumah BS hari Jumaat, tengok dia berdiri dalam walker, tunggu kat pintu grill. hahaha

 BS cakap, dia baru bangun tidur, letak dalam walker, duk ulang alik depan pintu je. Comel sungguh. Bila saya sampai di luar pagar rumah BS, saya macam tak caya tengok dia pandang ke arah kereta sambil tangan terlonjak-lonjak gembira. Muka sengih-sengih. Saje kacau dia, saya lepak dalam kereta, bagi dia malu sikit, konon silap kereta. BAHAH! Tapi, dia amat yakin. Lepas dia tengok lama saya tak turun, dia pergi kat BS yang duduk kat sofa, macam nak ngadu ke apa entah, tapi saya bukak cermin kereta, saya dengar BS cakap "ye ke, ibu awak tu Naurah?" Then dia datang semula kat grill. Sekali tengok saya dah bukak cermin kereta, nampak muka saya, terus menangis. HAHAHA



Petang tu lepak agak lama rumah BS. Boring katanya. Mau sembang-sembang. Terlepas cerita Stay with me, my love kat ONEHD Channel. hehe Dalam pukul 7.30 baru balik. Mentang-mentang la laki tak balik kerja lagi, esok pulak hari minggu kan.

Sampai kat rumah, mandikan Naurah, dia bantai tidur. Tapi tak lama. Dalam pukul 9 dah bangun pun. Hari Sabtu esok, memang berdua je dengan Naurah sebab ayah dia kerja, so siapkan apa yang patut. Esok boleh bersantai je golek-golek berdua depan tv. Naurah ni senang je nak umpan dia duk diam-diam. Janganlah nak bagi mainan dia yang berlambak tu. Bagi benda lain, baru dia duk diam. Seperti duit kertas, kotak, botol air dan buku cerita. Padahal softbook ada 4 tapi haram dia nak main. Buku ensiklopedia yang keras tu jugak nak diusungnya. Sabar jelah.

Baju habis kotor sebab makan pisang. Pakailah baju lain. kehkeh


Mentelaah memang kena serius. LOL

Bosan meniarap, baring pulak. :-p



Malam tu, saya basuh baju, esok dah boleh sidai. Then lipat baju. Sapu-sapu apa yang patut. Malam tu, ayah dia layan dia baca buku. Ayah simpan stokin, headband, topi dalam bekas, dia longgokkan semula. hehe 

So, ayah pergi kerja hari Sabtu pagi, kami berdua sehari suntuk, makan, tidur, tengok tv je kerja. Sampailah ayah balik pukul 5, ibu masak, makan malam dan malam tu layan Running Man bertiga. Mata Naurah mampu bertahan sampai pukul 1 pagi. Lepas tu, ibu dan ayah kena tahan gelak dah. Takut dia terjaga. haha

Hari Ahad bangun tetap awal walaupun tidur pukul 3 pagi lepas layan Running Man marathon. kehkeh Now, ayah ketagih Running Man sama. Sebelum ni selalu berebut channel. Ayah nak tengok sport channel, ibu nak tengok One HD. Kadang-kadang ayah ngelat, tak bagi ibu tengok tv, dia cakap lapar, nak makan something yang ringan. So, ibu masuk dapur masak cucur lah, buat buburlah, buat burgerlah (ibu memang rajin bab-bab masuk dapur ni sebab ibu boleh tumpang sekaki makan. haha Mengemas je ibu malas. :-p). Bila dah siap masak, ayah kena tukar channel ONEHD lak sebagai upah ibu masak. Tapi kejap je, nanti ayah mesti cakap Naurah nak bf. Ibu kena bf Naurah, ayah ambik peluang lagi tengok channel sport. Hanya Running Man je yang buat kami tak berebut Channel. Hebatkan? (:

So, hari minggu yang sempurna bermula hari Ahad. Ada ayah, ibu dan Naurah. Pagi tu, saya sediakan Cheese baked french fries (ikut resepi kat blog Hanis Zalikha). Biasanya breakfast nasi goreng, nasi lemak, sekali sekala breakfast benda lain pulak. Yang lawak tu, bahan semua dah siap, sekali nak masak, oven tak berfungsi. Nasib baiklah ada idea. (Kalau part makan, memang banyak idea sungguh! heh). So, saya bakar atas dapur gas, guna pelapik grill pan (dapat hadiah kahwin. Mama Naurah and friends yang kasi. TQ). Memang saya buat lebih, nak bagi pada BS dan Mama Naurah. First time buat, tak sangka menjadi. Lebihan sambal tu saya buat nasi lemak. 





Sadis betul. Lupa nak beli bekas yang nak baked tu, nasib baik boleh baked dalam pinggan kaca di atas pan grill. So, bagilah kat BS dan Mama Naurah dalam pinggan kaca. :p

So, dari pagi kami anak beranak bersantai je depan tv. Kasi peluang kat ayah berehat puas-puas. Ikutkan nak duk rumah je, tak mau pergi mana-mana tapi alang-alang nak keluar hantar cheese baked french fries tu, ayah ajak pergi Teluk Cempedak (TC). Kesian katanya Naurah bosan duk kat rumah sepanjang minggu. Lepas Asar, kami pun keluar. Pergi rumah BS tapi memang kena pass Naurah kat dia dulu. Gomol-gomol dalam 10, 15 minit, gerak ke rumah Mama Naurah. Pun luangkan masa jap, gomol-gomol Naurah, baru gerak ke TC.

This time, ayah nak bawak Naurah main kat pesisir pantai. Selama ni tengok pantai dari jauh. Masa balik kampung hari tu, pergi ke Pantai Irama tapi tak turun pergi pantai pun. Naurah bantai tidur. Agaknya sedap sangat angin pantai yang kuat tu. Boleh tengok la muka Naurah yang macam teruja dan blur jap tengok ombak. Haha Muka macam takut tapi bila tanggalkan kasut, kaki cecah pasir pantai, siap nak duduk lagi, nak pegang air pantai guna tangan. Nasib baik tak boleh jalan lagi. Kalau tak, mau berkejaran lari.

Muka serius memanjang. Tak taulah dia takut ke apa.




Tunggu ombak sampai.





 Begitulah kisahnya. Malam tadi Naurah tidur dengan nyenyaknya. Agaknya seronok main air pantai. Actually, weekend saya nampak je biasa tapi each moment we spent together amat bermakna sekali. Syukur sangat masih berpeluang merasai kehidupan berkeluarga yang sebenar. I mean setiap hari boleh tengok Naurah dan ayahnya. Kalau dulu, weekend je dapat jumpa ayah Naurah. I have a story behind that. Tapi tak mempunya kekuatan untuk berkongsi lagi.

Got to go now. I need to attend budget meeting now. Nasib baik dah install nuffnangX, boleh blogwalking jap lagi. incase bosan la. kikiki


Naurah semalam.

Muka serius. Kecuali tengok layang-layang. Nasib baik dia tak melalak nak layang-layang macam dia buat kat Pantai Irama baru-baru ni. :-)





Till then.
TATA.







THANK YOU FOR READING THIS!

10 comments:

  1. seronok baca entri kali ni..betapa indahnye bersama yang tersayang kan hana..
    sedapnye cheese baked french fries tuh..nanti nak try buat pulak..
    comel sangat naurah dengan dress tuh..terpegun ye tengok laut..

    ReplyDelete
  2. mcm besar buku dr orgnyer jer..hehe
    chumell

    ReplyDelete
  3. I baru je nak tanya sekarang ayah Naurah dah duk sekali ke.. hehe. Happy for you guys dapat duduk sekali, hati mesti seronok kan :)

    ReplyDelete
  4. Naurah, muka awak tu tak de apa-apa reaksi pun. Tapi maintain comel!

    ReplyDelete
  5. suka tengok nourah...comel sangat...

    ReplyDelete
  6. muke serius sokmo awk ni naurah, hahaha
    tp xpe comel, maknye mesti ske even ayahnye xde
    tp naurah ade, sbb muke sbijik, EH?? :p

    ReplyDelete
  7. perfect weekend huh.. cumil Naurah.. itu.. neway.. salam kenal..

    ReplyDelete
  8. comelnya naura... pakai gaun lg comel...

    ReplyDelete
  9. hamboiiii sakan naaa naurah berjalan.. btol la..pasni jgn bg mainan dh kt baby..wat bazir je.. dia lebih suka yg bkn menan.Aniys pun sama.. sabor je la..pepatah yg umi reka..kalau tak lembang-lembang bukan baby namanya...

    ReplyDelete
  10. heee sonoknya g pantai.kalo princess,dye xleh g pantai,dye lemas kalo angin kuat kat pantai tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...