Thursday, March 14, 2013

Babysitter Naurah

Rezeki langkah kanan semalam. Babysitter (BS) Naurah kasi sebekas mee kari. Boleh makan 4 orang. Konsep nak balas bekas yang saya bagi makanan sebelum ni.



 Saya ni tidaklah rajin masak tapi since dah masak tu saja-saja masak lebih sikit. Biasanya masak hari minggulah yang meriah sikit. Kami berdua je makan serba salah nak masak sekadar 2 3 ketul ayam atau ikan. Alang-alang tu masak dalam 6 7 ketul, so lebih tu hantar rumah BS. Kebetulan rumah BS memang satu taman dan selang beberapa buah rumah je.


It's gonna be a long entry. Pasti. 

Sebelum ni saya pernah berkongsi about BS issue. HERE

Saya tak tahu nak mula dari mana kalau bercakap pasal BS. Banyak sangat yang ingin dikongsi dalam pencarian saya untuk mendapatkan BS untuk Naurah.

I guess, let me start with a mission to looking for BS untuk Naurah. Kalau nak faham misi saya better baca link yang saya sertakan di atas.

Actually, memang ramai calon BS yang saya temui. Among A,B, dan C (read last entry) semuanya saya tak nak. I have my own reason. Calon A dah ada baby lain sebab saya lambat sangat contact dia. Calon B, saya tak sempat jumpa tapi saya macam dah tolak awal-awal sebab dia ada anak kecik lagi. Calon C, saya tak suka sikap dia. Rumah dia depan rumah saya. Ikutkan senang yang amat kalau nak hantar Naurah. Masa pertama kali bersembang, saya risik-risik untuk jadikan dia BS Naurah, dia dah setuju nak jaga Naurah. Tapi yang tak best tu bila dia tanya saya balik kerja pukul berapa? Kalau boleh dia tak nak saya balik lewat. Ok boleh consider lagi. Then dia tanya, "Anak awak meragam tak?" What the hell on the earth! Baby ok. Memang akan ada masa-masa dia ok and meragam. Memang Naurah easy to handle tapi kalau hari tu dia tak sihat, macam mana? Terus tak nak jaga? Memang terus cancel.

Nak dipendekkan cerita, BS Naurah sekarang adalah calon yang ke-6. Calon sebelum ni adalah masalah kesihatan, dah terlalu ramai kanak-kanak (pun ada hati nak ambik baby lagi) and persekitaran kurang memuaskan.

Saya dapat tahu BS sekarang ni daripada kakak yang jual nasi lemak kat taman. Dia bagi nombor telefon. Kebetulan masa tu BS Naurah baru berpindah ke taman tu. So, mula-mula saya called and make appointment nak datang rumah. She said ok. But i have my own trick! Masa tu dalam bulan 11 kot, balik dari kerja sepatutnya saya bawak Naurah pergi berkenalan dengan BS tapi saya cancel tiba-tiba. I said Naurah meragam nak tidur. Then she said ok. Sebenarnya saya nak pergi ke rumah dia dalam keadaan tak bersedia. I mean saya nak tengok situasi sebenar rumahnya. Kot-kotlah mengemas siap-siap semata-mata saya nak datang. I need to do my inspection.


Selang 2 hari after that, saya datang secara mengejut with my mum. Bring Naurah dan Balqis also. Remember, i need to do inspection! She look very suprise tapi still ok. First impression saya tengok she quite friendly. Tapi tak ada gaya pun nak pegang Naurah. Sedihlah jugak macam tu. Like she is not interested with my baby. Tapi her daughter (form 3) laju ambik Naurah lepas hidangkan kami air. My mum yang layan borak, while me perhatikan the way she talk, keadaan rumah dan persekitaran. Untuk menjayakan misi tersebut, awal-awal saya dah pesan kat Balqis, sampai kat sana cakap nak wee wee. So that, saya bawak dia pergi tandas and automatik saya dapat perhatikan kebersihan tandas and keadaan dapur. Semuanya clean dan tersusun je. Lulus. Then tanya how much dia nak sebab saya tak ada pengalaman lagi hantar baby untuk orang jaga. Then she said some amount which is RM280. FYI, rate for BS kat sini still around RM250 tapi saya tak kisah dia mintak lebih sikit janji kerja harus tip top!

Balik rumah saya cakap kat my mum macam tak suka. Then my mum cakap, dia suka. She said memang la saya akan rasa berat hati nak tinggalkan Naurah kat dia sebab saya baru kenal dia. my mum cakap jangan berprasangka buruk. Tak cuba tak tau. Selagi my mum ada, she ask me cuba hantar Naurah for two or three days. If tak sesuai teruskan cari BS lain while my mum boleh jaga Naurah sampailah jumpa yang boleh melapangkan hati saya. So, cubalah hantar selama 4 hari tak silap dalam bulan 11. Seems like ok. BS pandai uruskan Naurah. EBM semua lulus. Tapi sebelum tu memang ada sedikit isu dengan BS ni sebab saya terdengar cerita dari some people tapi berbalik apa yang my mum told me, JANGAN BERPRASANGKA BURUK! Kita baru dengar cerita dari sebelah pihak. 

So far, hampir 3 bulan hantar Naurah kat BS semuanya ok. Saya mula hantar Naurah kat BS pada bulan  Januari this year. Bulan Disember last year, husband jaga sebab tak start kerja lagi.

Apa yang boleh saya katakan selama tempoh 2 bulan 2 minggu ni, saya rasa sangat bersyukur jumpa BS Naurah. Nampak macam garang tapi baik hati. Bila bersembang, memang tak sempat kita nak mencelah. Tang ketawa tu seronok saya dengar. Dia tak berkira sangat kalau saya balik lambat. Anak-anak dia pun suka dengan Naurah. 

Saya selalu dengar nasihat mak saya. Jangan anggap BS sebagai  pekerja yang makan gaji dengan kita. Tapi anggap macam keluarga. Sebab tu saya tak berkira sangat dengan dia. Saya bukanlah nak show off yang saya ni baik ke apa tapi sebagai perkongsian dalam menjalinkan hubungan baik.

Saya percaya kalau kita berbuat baik dengan orang, orang pun akan berbuat baik dengan kita.

Sebagai ibu bapa semestinya kita nak kan yang terbaik untuk anak kita. Tapi dalam masa yang sama kita tak pasti sama ada BS mampu tak berikan yang terbaik kepada anak kita seperti mana kita buat. So saya hanya berpegang kepada DUA PERKARA. Pertama sentiasa bersangka baik. Kedua They are my family!

Ikutkan masa Naurah banyak dihabiskan bersama BS berbanding saya. Oleh itu saya harus pastikan Naurah tidak akan kekurangan kasih sayang dari orang yang berada di sekeliling dia. Maka, untuk dapatkan kasih sayang tersebut, saya harus jalinkan hubungan yang erat dengan BS dan keluarga. Sikap kepercayaan, kasih sayang, tolong menolong, kemesraan dan lain-lain hanya diperolehi daripada keluarga sendiri. Maka, saya didik hati saya dengan mengatakan mereka keluarga saya. Apabila mereka menjadi sebahagian dari keluarga saya, saya akan layan sebagai mana hak sebuah keluarga harus perolehi.

Contohnya, kalau petang balik dari kerja, saya teringin makan pisang goreng, keropok lekor, cucur dan lain-lain, saya harus beli jugak untuk BS. Ikutkan BS memang tak kisah dan tak tau pun saya akan makan kat rumah semua tu tapi bila saya dah didik hati dengan mengatakan mereka adalah keluarga saya, maka sampai hati tak saya makan sedap-sedap kudapan petang yang panas, manakala keluarga lain tak dapat makan. Unfair kan? Maka saya belikan jugak.

Begitu juga bila tiba hari minggu. Kalau bahan basah tu saya beli lebih, saya akan masak dan suami akan hantar ke rumah BS lauk yang sudah saya masak. 

BS Naurah adalah seorang ibu tunggal yang mempunya anak tiga. Maka, saya dan suami lagilah sangat berbesar hati untuk membantu beliau apa yang terdaya oleh kami. Pernah suatu hari, BS nak mintak cuti sebab nak uruskan urusan arwah suaminya. Maka pada hari tersebut, saya perlu bercuti juga. Yang kesiannya, BS terpaksa menaiki bas untuk ke bandar bagi menguruskan urusan tersebut. Tidak tergamak saya mendengarnya. Maka, saya pelawa untuk hantar beliau. So pada hari tersebut saya ambil half day. Pagi Naurah masih di rumah BS. Waktu rehat, saya balik dan membawanya ke bandar.

Naurah sangat manja dengan anak sulung BS


Bila kita layan BS demikian rupa, Insya Allah mereka pun akan berbuat baik dengan kita.

Kalau awal-awal dulu, saya sangat khuatir nak tinggalkan Naurah dengan orang luar kecuali mama nabilah tapi sekarang saya cukup yakin. Apa yang dibalas oleh BS setelah saya berbuat baik dengannya dan keluarga?

Mengambil berat perihal Naurah. My mum pernah berpesan supaya jangan kerap menghubungi BS. Bimbang disalah erti. Bila teringat kat anak sedekahkan Al-fatihah. Semoga anak kita dilindungi oleh-NYA. Balasanya, hati saya yang meronta-ronta nak tau keadaan Naurah tapi terpaksa ditahan kerana khuatir BS merasa terganggu, tertanya berbalas dengan berita gembira. BS akan sms saya bagitahu perkembangan Naurah. 


 

Antara isi kandungan BS sms saya. Saya cukup berdebar kalau terima panggilan atau sms dari BS. Takut terjadi sesuatu pada Naurah. Tapi BS hanya sms untuk bagitau keadaan Naurah. Seingat saya sepanjang 2 bulan beliau jaga Naurah, baru 2,3 kali saya sms tanya keadaan Naurah. Itu pun sewaktu Naurah kurang sihat. Yang lain-lain kebanyakannya BS yang sms saya dahulu.

Satu lagi yang saya amalkan ialah sentiasa BERSANGKA BAIK! Just like i said, kita nak yang terbaik untuk anak kita. So, if anything happen di bawah jagaan BS, jangan cepat melatah. Perkara ni pernah terjadi kat saya. Masa ini kes kulit Naurah keluar bintik merah. Saya tak tuduh melulu apa yang BS bagi kat anak saya makan.

Dialog lebih kurang :

"Akak perasan ada tompok merah kat badan Naurah." - BS

"Ye ke? Dia meragam tak kak? Hana silap bagi ape ye?" - Me. Blame myself first as her mother.

"Tak meragam tapi kesianlah sebab dia tidur tak selesa. Asyik tergaru-garu je". BS

"Takpelah. Kalau melarat malam ni, hana ajak ayah dia pergi jumpa doktor lah." Me. Try as cool as possible.

Actually, tak silap saya BS pernah mention dia bagi Naurah rasa something tau semalam sebelum kejadian. Kek tak silap. Maybe dalam kek tu ada telur. Saya nak tegur takut terasa hati. Kang dicop cerewet. Dan, saya faham keadaan dia. Once dia dah anggap Naurah macam anak sendiri so, she make her own decision nak kasi Naurah makan itu ini. Tambah-tambah kalu BS jenis mak-mak, nak ikut kepala mereka je. Baby besar ni boleh makan itu, boleh makan ini. Tapi at the same time saya tak nak lagi Naurah makan all that thing. Cukup dengan bubur saya bekalkan. So, need to slow talk.

Esok harinya masa nak hantar Naurah :

"Semalam hana dah bawak Naurah pergi klinik kak. Kesian sangat. Balik petang semalam, mandikan lagi naik tompok merah. Doktor cakap silap makan. Mesti Hana silap makan apa-apa. Dahlah hana menyusukan dia. Tak pun ayah dia yang bagi rasa kek coklat sikit malam semalam. Sebelum ni tak ada macam ni. Kesian sangat. Malam tadi tak boleh tidur. Susah hati hana nak tinggalkan kat akak. Takut dia meragam, kesian akak kena jaga dia." Me. Try to slow talk and blame ourself. Kekdah TIPU SUNAT pun memang dipraktikan di sini. BAHAH Atau nak sopan sikit KISAH TAULADAN.

Motifnya, bila kita tak salahkan dia, tak adalah dia rasa down sangat. Next time dia akan lebih berhati-hati nak bagi anak kita makan.

Pendek kata, cakap biar beradap. Tegur secara berhemah. Satu lagi konon kisah teladan lah sangat yang saya cuba sampaikan ialah :

Mula-mula sms her :

"Salam.. kak, hana ambik Naurah lambat sikit hari ni sebab nak pergi HTAA melawat anak kawan Hana kat wad." 

Then, around 6.30pm, saya ambik Naurah. Saya lepak kejap rumah BS. Nak bukak cerita konon melawat anak kawan saya kat HTAA.

"Maaflah kak terpaksa susahkan akak jaga Naurah lama. Tadi pergi melawat anak kawan Hana masuk hospital sebab jatuh bilik katil. Sekarang kritikal jugaklah." Me

"Macam mana boleh jatuh tu?" BS

"Kawan hana hantar anak dia kat pengasuh. Pastu pengasuh pergi dapur jap, tinggalkan baby atas katil. Budak tu dah boleh bergerak, terjatuhlah. Nak jadi cerita, agaknya pengasuh takut bagitau mak budak tu, diamkan je. Malam tu budak tu tak sedarkan diri. Doktor cakap kalau jatuh, terus bawah pergi hospital mungkin tak teruk jadi macam sekarang. Sekarang dah jadi kes polis pulak kalau jadi apa-apa kat budak tu. Patutnya pengasuh tu jangan takut, kena bagitau. jangan sorok-sorok sebab mestilah dia pun tak sengajakan" Me. 

Saya bukan suka-suka hati nak menipu. Seperti yang saya bagitau. Di sini saya lebih suka guna konsep CERITA TAULADAN. Semua orang sayang anak dan kalau boleh tak nak jadi apa-apa kat anak. Tapi kalau saya tak buat-buat cerita macam tu, takkan lah saya nak cakap macam ni "kak, Naurah dah boleh bergerak, akak jaga elok-elok tau. Takut lak hana kalau terjatuh". What do you expect form her? Reaksi dia macam mana? Kalau jenis tak mudah berkecil hati takpelah. Nanti dicop kita cerewat, pastu kalau dah tak yakin dengan dia better tak payah bagi dia jaga kan? So bila saya bercerita macam tu, dia akan fikir sendirilah akibat kalau dia cuai atau sorok something dari saya nanti. Saya percaya kat awak, so awak kena jujur dengan saya. Insya Allah. Harap-harap tak ada benda yang terjadi. Tapi kalau benda dah nak jadi dan memang perancangan tuhan macam tu, terima sahaja dugaan tersebut. Kalau boleh dihalang, dielak dari bersikap cuai lagi baik. ^_^

Saya ni bukanlah pandai sangat cakap dengan orang tua. Tambah-tambah perihal anak. Baru anak sorang. Tapi saya banyak dengar nasihat mak saya. Saya harap apa yang saya kongsi di sini bolehlah dijadikan rujukan untuk ibu-ibu lain dalam menangani masalah dengan BS.

Kebanyakkan masalah dengan BS adalah timbul isu salah faham dan ego. Bagi kita, anak itu adalah anak kita. So, kita tau apa yang terbaik untuk dia. Manakala BS pulak konon orang lama, lagi tau macam mana nak jaga budak. So, mereka tak nak dengar kita arahkan itu, ini. So, bila BS buat cara dia, tak ikut cara kita, mulalah kita melenting. So, timbul masalah. Kena cari BS lain.

Tapi, bagi saya, saya agak bernasib baik jumpa BS yang sangat baik untuk Naurah. Cuma apa yang perlu saya lakukan adalah sentiasa mengekalkan hubungan yang baik dan memberi peluang kepada BS saya untuk membesarkan Naurah dengan cara dia, di samping tidak bertindak melulu tanpa keizinan saya. Dan, dalam masa yang sama BS turut menghormati pendirian dan cara saya dalam membesarkan anak saya itu.

Hubungan yang erat antara ibu bapa dan BS adalah sangat penting kerana bagi saya BS bukanlah pekerja saya tapi keluarga saya yang menjaga nyawa anak saya selama saya bekerja. Memberi makan minum kepada anak saya dikala dia dahaga dan lapar. Menjaga kebersihan anak saya dengan tiada sekelumit perasaan jijik dengan najis yang saban hari semakin busuk itu.

Itu sahaja pengalaman cetek saya yang baharu menjadi ibu selama 7 bulan ini. Nanti saya cerita apa yang saya bekalkan untuk Naurah sepanjang beliau berada di rumah BS.

Got to go now, nak ambik kesayangan. Entah tengah tidur ke apa tu.



Pandangan yang buat hati saya sayu setiap kali ambik beliau di waktu petang. Seolah-olah beliau berkata "lamanya ibu tinggalkan Naurah." Sedih sangat.





Till then.
TATA.







THANK YOU FOR READING THIS!

12 comments:

  1. Phewwwwww...habis mak baca noks. Bestnya dpt BS macam nih.

    YEayyyyy.,..dah bley komen.

    ReplyDelete
  2. Sangat suka entri ni.sy x reti nak buat mcm hana ni.hmm..

    ReplyDelete
  3. Oklah kalau dapat BS yang sayangkan anak ngasuh seperti anak sendiri..

    Dulu My Mum ada amik ngasuh gak, ada yg baby, ada yg 3-4 tahun.. :) Yg penting kita sayang-kira okla ;D

    ReplyDelete
  4. suka baca entry ni.. tqah tgh preggy..mmg plan nk cr bs..atleast awak buka mata tqah cmne nk cr bs yg baik... dl pon bs yang jaga tqah 6 beradik ms mama g keje.. smpai skrg kitaorg still baik ngn die.. since keje ni raya beli baju raya kt die.. n wajib share adik beradik kasi duet raya.. alhamdulillah.. mmg kene pikir cm family sendiri.. br la hubungan baik kite terjaga kan..hope bs awak ok smpai next child.. bayangkanla bs tqah dulu jaga kitaorg 6 beradik.. dr kecik smpai besar..even adik tqah yang num 3 tu kdg2 still pegi lunch kt umah bs tu..hihi.. kitaorg mmg panggil mak n ayah..

    ReplyDelete
  5. BS fifi pon alhamdulillah ok.. baik sangat dan pembersih orangnye.. betul kite kene kekalkan hub baik dgn BS.. fifi pon selalu beli sesuatu untuk bs.. kalau boleh jgn berkire dgn BS... kalau berkire.. lagi BS berkire dgn kite.. nak ambil lambat pon tak boleh kan.. atleast kite tolong die.. die tolong kite..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...dapat bs yang ok.
    lin pon masih riki-riki nak cari bs nie...
    akak jaga memang tip top sampaikan faliqq tak bleh nak renggang..
    pasnie akak kawin,,,,kat opis ada taska tapie risau..takut tak diberi perhatian,
    hope jumpa bs yang ok, tak jaga ramai budak..
    doa-doakan lin yerk hana ;)

    ReplyDelete
  7. salam,

    it's true we should treat BS as a family. Seronok sangat kalau dengar mommy yang dapat BS yang baik dan caring pada anak kita. saya pun rasa bersyukur dapat BS yang baik and saya buat macam yang u buat juga tegas tapi cakap berlapik supaya takde yang terasa hati. Kalau dia ada anak, ambil hati anak2 dia..bawak buah tangan once in a while. Mak saya selalu cakap walaupun cuma goreng pisang 2 ringgit tapi budak2 selalu menghargai pemberian orang and maknya pun akan rasa happy bila kita ni jenis tak berkira sangat. sentiasa bersangka baik tu memang betul dan tawakal pada Allah untuk keselamatan anak kita :)

    ReplyDelete
  8. hana, anis baca entri hana ni masa otw balik kerja semalam..anis baca sebijik2 tau..seronok baca entri hana walaupun panjang coz anis memang suke membaca..bagus cara hana nak cakap/tegur bs tuh..boleh jadi panduan pada anis yang mungkin satu hari nanti akan hantar anak pada bs jugak..

    setuju dengan konsep jangan cepat berprasangka buruk dan anggap bs macam family..kalau kita jadi bs pun mesti nak perkara yang sama kan.. ;)

    ReplyDelete
  9. Phew habis pun baca. Heheee. Hana ni mcm Izza ckp memanglah, panjang akalnya !!

    Rezeki Naurah nak jumpa BS yang baik kan. Mcm Kasih pulak, takde rezeki dengan BS hari tu sebab BS macam merungut ambil lambat first day kemudian cakap dia pun nak solat, mandi semua. Hati dah tak best. Jadinya rezeki Kasih ke nursery, harapnya baik juga :)

    Tapi memang kalau boleh nak jaga anak sendiri kan, syioknya kalau waktu waktu gini dapat ngulit anak kat rumah huhuh

    ReplyDelete
  10. best kan dapat BS yg baik. kite nak hantar anak pun senang hati. kat opis nak buat kerja pun tenang je rase..

    Alhamdulillah, moga allah beri yg terbaik untuk anak2 kite. In shaa Allah.. amin :)

    ReplyDelete
  11. berdoa hari-hari dipermudahkan dapat BS yang best kat area Putrajaya nih..

    ReplyDelete
  12. seronok dpt bs cm ni.kalo kat KL jarang nk ada dh hana.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...