Tuesday, March 12, 2013

Baby food. Menu,6th. Naurah's first teeth.

Hari ini sedikit kecewa. Mungkin bukan rezeki Naurah agaknya. Pagi tadi selepas breakfast sepinggan nasi goreng + rendang daging, rasa Miss B full je. Cepat-cepat pump tapi malangnya both side hanya dapat 3oz. Tak pernah dapat macam ni. Paling excellent each side akan dapat 10oz. Paling merudum sebelum ni pun, both side masih mampu sumbangkan 5oz tapi take time sikit. Tapi pagi tadi dah try pump agak lama dari biasa (almost 20 minute) tapi masih macam tu je.

Persoalannya, kalau bendera merah tengah berkibar, memang susu drop sangat-sangat eh?



Tapi saya tetap berusaha jugak untuk pump. Sad is sad but i Will do the best for Naurah!

Semalam saya rasa penat sangat. Kerja kat office tak banyak. Tapi balik tu badan jadi flat. Masa ambik Naurah tu, BS ajak pergi kedai kejap. Saya memang pasang angan-angan dah malas nak masak malam tadi. Tapi, alang-alang keluar tu, saya ikutkan je. Tambah-tambah BS beriya nak dukung Naurahkan. Saya bawak bakul je. hehe Naurah dah ok dengan BS. Walau ada ibu sama tapi dia boo layan ibu. Mata ligat pandang kiri kanan, banyak barang sekeliling dia. BS pegang botol sos, nak memilih sos, dia sibuk nak capai sos jugak. BS sibuk pilih kangkung, dia sibuk capai sawi. Hampir-hampir nak jadi vegetarian semalam. 

 

Pendek kata, saya penat semalam. Agaknya sebab period kot.



Ok. REVERSE psychology, hana!


Saya gembira sangat kalau bersembang pasal Naurah. Bagi makanan terbaharu Naurah, saya bagi dia buah plum. Hari Jumaat minggu lepas, saya tercari-cari buah prune dan avocado tapi tak jumpa. Ingatkan back to old menu dah tapi hubby pergi kedai berhampiran rumah, ada jual plums. Tapi rupanya plum tu masam-masam manis. Pitty my girl. Nasib baik hari Sabtu tu, ibu rasa dulu makanan dia. So, nak balance rasa masam tu, masukkan 2 biji kurma yang already in stock dalam fridge. But, still boleh rasalah masam-masam plum tu.

Lucky, she is okay with it!


plums + dates + rice




Bekal ke rumah BS.


Stok plums memang cukup sampai hari Jumaat ni. Sekarang, saya tengah ligat fikir menu baharu. Rasa nak bagi protein kat dia. Buat sup ikan/ayam/tofu + brokoli + nasi. Tapi semua tu bergantung sumber protein nanti. Kalau tak ada yang fresh, makan je benda remeh dulu. hehe

Seronok tau sediakan makanan untuk anak ni. Sekarang saya obses dengan bento for kids. Tak sabar yang amat nak tunggu Naurah ada gigi sepenuhnya. 

Oh!Oh! cakap pasal gigi kan, Naurah saya dah tumbuh sebatang gigi. Yippi! Nasib baiklah tak demam dan meragam sebatang gigi nak tumbuh. Dah perasan tau gusi depan yang bahagian bawah tu bengkak. Jangan tak tau, hobi Naurah adalah masukkan jari siapa-siapa je dalam mulut dia dan digigitnya sekuat hati. Jari sendiri tidaklah pulak nak dimakan. So bila dah kerap sangat gigit jari, dapat rasalah gigi tu. Cuma dia tak keluar sepenuhnya lagi.





Officially, first teeth Naurah adalah 7 bulan usianya. So far dia masih behave sewaktu BF. Tak gigit pun mommy. Cuma pantang dapat jari. Memang akan gigit sampai terketar kepala. Walaupun sebatang gigi tapi sakitttt, tambah-tambah kalau terkena bahagian kuku. Menjerit tapi dia bantai gelak. 

Dan, orang yang paling excited pasal gigi sebatang ni adalah ayah dia. Tiap masa mintak Naurah gigit jari. Seronok katanya. *_* Naurah memang tak kasi kalau kelebet mulut dia nak tengok gigi. Dia ketapkan bibir kuat-kuat. Kalau pun bibir berjaya dibuka, dia letak lidah kat gusi bawah. Kalau kita sedaya nganga mulut buat bunyi "AAAARRRR", dia makin luas nganga mulut tapi lidah tetap patuh, melekat kat gusi bawah. Comel sangat, main-mainkan ibu dan ayah.

Owh, sebut ibu dan ayah kan, hubby cakap kalau perihal anak mesti cakap nama ibu dulu kat depan, baru ayah. Sound like jelous kekdahnya! hihi

IBU AYAH
IBU BAPA

Then saya cakap "memang la macam tu. Sebab IBU yang lahirkan anak. Tapi peranan AYAH lagi besar. Ketua kepada keluarga. Sebab tu disebut SUAMI ISTERI."

Lepas tu, senyum bangga. HAHAHA Ayah Naurah ni. 

Pantang Naurah tidurkan, tak padan dengan kiss pipi je, sekarang tambah satu peel, suka kelebet mulut Naurah. Kalau Naurah terjaga, ayah buat muka cuak dia, takut ibu marah. Cepat-cepat bobok Naurah. kehkeh



Sebenarnya saya pun excited gak. :P Kalau Naurah tak mintak jari untuk digigit, memang saya volunteer pelawa jari saya masuk mulut dia. haha 

Masa gusi Naurah bengkak, Naurah menyusu kejap-kejap je. Agaknya sakit gusi kot. Tapi dia tak meragam. Cuma kesian je. Nampak macam dia dahaga tapi tak puas menyusu. Saya memang dah sediakan ubat awal-awal. Oral Aid Gel.




Saya beli kat farmasi. Kalau orang dewasa punya rasa mint, agak berangin pedas macam tu. Untuk baby and kanak-kanak rasa strawberry. Sapu je kat gusi bengkak, cepat melegakan. Baharulah Naurah nak menyusu semula. Biasanya lidah baby kan berkerak dengan susu kalau kita tak gosok, sampai satu tahap akan melepuh, keluar mata ikan, pun boleh sapu gak. Orang dewasa pun boleh guna jugak untuk sakit gigi, mata ikan etc. Selamat untuk digunakan.

Now, tunggu gigi lain pulak tumbuh. Setiap kanak-kanak perkembangannya berlainan. Ada yang cepat jalan, ada yang cepat tumbuh gigi, ada yang cepat bercakap dan macam-macam lagi. Walaupun ada baby seusia Naurah dah boleh merangkak, berdiri dan duduk tanpa sokongan tapi saya tidak pernah push Naurah untuk mencuba lebih dari limit dia. Saya nak biar dia berusaha sendiri. Sekarang saya tengok kemain dia praktis nak merangkak. 




Tangan dah kuat menampung berat badan. Lutut pun dah boleh tegak, cuma kurang keyakinan kot nak maju kehadapan. haha Kalau berjaya buat macam tu, mesti mulut bising, konon nak tarik perhatian ibu and ayah like "look, i can do it!". Biasa ayahlah yang suka layan bagi kata-kata semangat. Kalau ibu kat dapur, jerit-jerit suruh ibu datang depan cepat. Ibu yang excited sama, tinggalkanlah kejap ikan atas dapur. Bila ibu lambat sampai depan, naurah dah meniarap semula, mesti ayah cakap "tengok, lambat la sayang ni." ??? LOL.

Tapi, kalau bergerak dengan guna dada, memang maju cemerlang gemilang. Tak caya?





 Kalau tak cemerlang, macam mana ibu sedar pukul 6 pagi, dia boleh bantai baring atas simen sejuk? Nasib baik jantung ibu tak keluar, sedar-sedar je anak tak ada kat sebelah. Kalau dia baring kat kaki tu consider ok la, tak buas sangat. Lagi buas, pernah terjadi, dia tidur bawah sofa pukul 3 pagi. Kepala je terkeluar. Dahlah kami tidur dalam gelap, lampu samar-samar dari dapur. Ayah sedar nak pergi toilet, jeling-jeling dia tak ada sebelah. Serta merta ayah kejut ibu dia. Bayangkan saya yang tengah tidur lena, terkejut macam jantung berhenti berdegup, punyalah terkejut dikejutkan sedemikan rupa, tambah-tambah anak hilang, tengok betul-betul kat kaki, nampak kepala kat sofa. Sabar jelah. Tu tidur atas toto. Kalau kami bantai tidur atas katil, macam mana gayalah agaknya. Ada Naurah ni bungee jumping hari-hari dari katil ke lantai. Ngeriiiii.






Kbye.

 





THANK YOU FOR READING THIS!

8 comments:

  1. haha..klakar ar naurah..buat ibu terkejut ye..hihi..
    eh baru tau oral aid tu untuk bengkak gusi..
    selalu papa hannah pakai kalau kena ulser..
    tq hana info kat sini ;)

    ReplyDelete
  2. caiyok-caiyok naurah.. xpe..kalau dah merangkak lagi la jantung ibu berhenti..bgn tido tengok xde kt kawasan..merangkak tido kt dapur ke kan..hah... hihihi

    ReplyDelete
  3. Hehehehe...suke lak sy baca perkembangan naurah. Comel je die. Skg dah pndi bersenam tekan tubi eh? hahahaha!

    ReplyDelete
  4. Haha.kelakar la naurah ni..

    ReplyDelete
  5. Hehe..ke simen dah naurah..tq share pasal gel bengkak gusi tu..patut cari 1..

    ReplyDelete
  6. comel sangat naurah...dah tumbuh gigi yer,,,

    ReplyDelete
  7. yeay ada gg.actualy dh baca entry ni mlm td.tp xsempat nk komen.komen kat opis lah.kikiki

    ReplyDelete
  8. wweeee teruja kan tgk anak's first tooth?? me pun sama dulu..lama² nanti kena geget tak suke heheh...

    me paling suke pakaikan kiddos dgn baju lubang² mcm tu :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...