Thursday, February 21, 2013

Rawatan Perubatan Islam for her.

Hi,

Rentetan dari kisah semalam

Petang semalam ambik Naurah dari rumah BS agak lewat. Around pukul 6.30 petang. Pergi bengkel kereta dan pasar malam. Terliur nak makan apam balik. Tapi dah bagitau BS awal-awal, nak ambik lewat. Bila sampai rumah BS, gebang sejenak (memang rutin. Tiap kali ambik Naurah, kena masuk rumah dulu, sembang setengah jam gitu, baru balik rumah. hehe). 

Memula tak perasan tau ada something kat muka Naurah. Maklumlah, dalam rumah macam malap sikit. Then, BS cakap Naurah macam kena campak. So, ambik Naurah yang tengah meniarap, belek-belek kat pintu, mengadap cahaya, memang banyak gila tompok merah kat muka, badan dan belakang. Terkejut ok. Dah perasan tau, malam Selasa tu, belakang leher dan telinga dia bintik-bintik merah. Dia asyik garu je. Ingatkan gatal-gatal biasa je (maafkan ibu, Naurah), rupanya berlarutan. BS cakap, masa nak mandikan Naurah pagi tu dah nampak badan sedikit kemerahan. Tengah hari tu makin banyak. Like usual, BS tak nak called takut ganggu kerja i sebab Naurah ok je. Makan berselera, tak meragam pun. So, BS tunggu i ambik dia suruh bawak pi klinik or jumpa ustaz untuk ambik air tawar.


Tompok merah kat muka.


Kat belakang


kat tangan


kat dagu, tulang pipi


She's look very ok. Tak menggaru pun. Badan pun tak panas. Tapi BS cakap macam kena campak. Then send picture to her tok ma pun sama, cakap kena campak. Plus, poo poo dia still cair and like ada ketulan kecik-kecik warna putih. Macam putih telur yang pecah apabila direbus. Faham? Tak? Abaikan. hehe That was the one of sign bila demam campak. Dalam badan akan panas, that's why poo poo cair sikit. 

No wonderlah hari tu demam panas sangat. Kejap panas, kejap turun suhu. Then ibu asyik kasi ubat je. So, bintik campak ni tak keluar dari badan bila bagi ubat. Orang-orang tua cakaplah. Kalau kanak-kanak or orang dewasa, boleh je kasi minum air kelapa, bagi bintik campak keluar semuanya, baru cepat baik. Tapi baby sebesar Naurah, takkan kot nak kasi minum air kelapa. Kalau pi klinik pun, paling tidak akan bagi lotion calamine untuk sapu kat kulit. Tak taulah kot ada ubat makan ke. Rasanya macam tak ada.

So, called ayah Naurah nak bawak dia pi klinik and jumpa ustaz kat Pusat Rawatan Islam Darul Syifa. Malangnya, malam tadi, ayah dia kerja di luar Kuantan and on his way back to Kuantan, kereta buat hal. Terpaksa hantar ke bengkel kejap. So, sampai rumah pun around 9pm lebih. Klinik panel tutup pukul 10. Memang tak sempat. So, we plan to bring her dapatkan rawatan secara Islam.

Actually, klinik 24 hours ada tapi jauh kat bandar. Boleh je nak bawak pi klinik tapi fikir semula, rawatannya end up doktor akan bagi cream sapu je. Calamine cream memang dah ada sebelum ni. Lagipun hati tergerak sangat nak pi jumpa ustaz sebabnya Naurah asyik menangis je malam-malam sekarang ni.

Aku bukanlah taksub or takutkan benda ghaib yang jahat ni. Tapi bila tengok perubahan Naurah ni, rasa tergerak hati jugaklah untuk ikhtiar cara Islam pulak. Masa hubby cerita pasal rumah kosong tu, aku tak percaya sangat walaupun ada sedikit perasaan takut. hehe Mau tak takut, hubby ni kalau bercerita pasal hantu, dia punya mimik muka sangat bersungguh. Sedaya upaya nak yakinkan aku. haha So, why not pergi jumpa ustaz. Lagipun boleh ambik air penawar untuk mandikan Naurah kalau betul kena campak.

Maka, pukul 10 malam, kami pergi ke pusat rawatan tersebut. Memang dijangka sangat ramai orang. Pusat rawatan ni lokasinya kat sebuah taska. Sebelah malam lepas isyak baru dibuka untuk dapatkan rawatan. Sebelah siang ia adalah taska. Kebiasaannya yang datang untuk dapatkan rawatan, akan datang seawal selepas Maghrib. Walaupun dah tersangat lewat kami sampai sana, dengan ramainya orang, terpaksalah akur. Dapat no.giliran no.18. Pusat rawatan ni aku tau daripada kawan ofis. Ustaz yang kendalikan rawatan ni memang menggunakan sepenuhnya bacaan ayat Quran untuk merawat pesakit. Kita just bawak air mineral sahaja. Air tersebut boleh diminum atau digunakan untuk mandi.

Semasa tunggu giliran kat ruangan menunggu, aku duk belek-belek muka Naurah. Peliknya, tompok merah yang sangat banyak tadi tu, dah beransur hilang. Kalau logiknya, campak takkanlah hilang secepat itu kan. Maybe take time in two or three days kan. Then, hubby mulalah buat teori kena teguran. Aku pulak syak dia alahan dengan makanan or something.

So, sambil menunggu masing-masing keluarkan pendapat. Contoh, kalau terkena alahan pada makanan, aku bagi benda biasa-biasa je dalam bekalan bubur nasi dia. This week, aku perkenalkan menu ketiga iaitu nasi, brokoli, carrot dan ayam (ayam organik lagi ok! ayam without taking jab like ayam daging yang lain. Susah nak cari, akhirnya dapat jugak).Tak kan kot alergik kat ayam. Risau jugakkan. Asal kasi sumber protein je mesti naik tompok. Takkanlah Naurah tak boleh makan langsung ikan, ayam atau daging. Alergik pada sayur? Ada ke eh? Kalau racun serangga pada brokoli tu, aku agak yakin, aku dah cuci bersih-bersih sayur tersebut dengan liquid cleanser for baby food. Then, tanya BS, kotlah ada bagi makan telur or something ke kan. BS cakap, hanya bagi food aku kasi je. Ikutkan 4 days rule, menu ketiga ni, naurah baru makan selama sehari iaitu hari Selasa. Awal-awal buat pada hari Sabtu, ahad and Isnin langsung dia tak makan. Tak berselera demam.

Sementara tunggu turn, Naurah pun macam gosok-gosok mata nak tidur je, aku bawak dia masuk kerata. BF dia dulu sampailah tertidur. Around 11.30, tiba giliran kami. Naurah memang tidur dengan nyenyaknya. Masa masuk bilik ustaz ni, ustaz bacakan bacaan Quran dengan kuat, lena je Naurah tidur. Kalau kat rumah ni, pantang aku and hubby borak sikit, menjerit marah. Konon bising, terganggu dia tidur. Even tengok tv pun sound harus 15 ke bawah. Sabar jelah. Terpaksa tekan button subtittle sebab tak dengan suara tv. Tengok tv bisu. *_*

Dalam 10 minit ustaz tu bacakan ayat quran, sebelum beredar, hubby masukkan duit sedekah dalam bag yang disediakan. Duit tu seikhlas hati kita nak kasi. Ustaz tak tetapkan harga pun. Sebelum tu tanya ustaz kenapa dengan Naurah. Then ustaz cakap, normallah baby mudah nampak sesuatu. Tu dia terganggu. Tidur mudah terkejut. Dalam bacaan ayat Quran tadi, aku ada perasan ustaz tu baca ayat surat perjanjian antara jin dengan Nabi Sulaiman seperti mana yang aku tampal kat dinding rumah kami sekarang. 

Pukul 12am kami sampai ke rumah. Elok je sampai rumah, tengok bintik kat muka Naurah dah hilang. Hanya tinggal sikit sahaja kat badan. Satu lagi, kalau betul campak, biasakan bintik tumbuh 1 badan. Tapi tompok merah ni hanya ada dari pinggang ke atas. Kat bahagian kaki tak ada pun. Kalau alergik pun mesti ada kat kaki jugak kan? just like before this yang dia alergik ikan bilis. Pun ada tompok kat kaki.

Dah sampai rumah tu, elok je Naurah bermain-main. Agaknya segar mata kot dah tidur dalam kereta. Sementara dia dah terjaga, aku sapukan air bacaan tadi kat seluruh badan dia diiringi selawat. Around pukul 1am lebih, dia dah gosok mata, membebel-bebel nak tidur. Berdebar jugak ni nak bf her, takut menangis-nangis menjerit lagi. Syukur, Alhamdulillah. This time, baringkan dia, terus bf dan tidur. Pagi tadi dia tidur dengan nyenyaknya. Bangun sekali je pukul 5 lebih untuk bf.

 Bawah ni, gambar yang diambil awal pagi tadi selepas balik dari pusat rawatan. Tompok merah dah makin hilang.


Ibu and ayah kelaparan. Maka supperlah kami dengan apam yang ibu beli kat pasar malam. Dia sibuk duk tengok kami makan apa. Kami acah kasi kat dia pegang apam, terus masuk mulut. haha tak sempat gigit pun, cepat-cepat ambik. nasib baik dia tak nangis, mainkan perasaan dia. hehehe


Pagi tadi. heading to BS house. tompok merah dah hilang.


 So, bawak air bacaan semalam ke rumah BS. Mintak tolong mandikan dan sapu dengan air tersebut. BS cakap tompok kat muka dah tak ada. Kat badan dah berkurang. Hari ni, ibu masak lagi menu yang sama. Kalau ada tompok lagi, memang sahlah Naurah tak boleh makan ayam atau carrot atau brokoli. Will see nanti. Maybe kena jugak bawak jumpa doctor. Nak tau apa pendapat doktor pulak kalau makin memudaratkan.

Maka, hari ni, datang opis pun sedikit awal. Walaupun aku tidur lewat malam tadi tapi dapat tidur selama 5 hingga 4 jam yang berkualiti pun dah cukup. Kalau tidur awal pukul 11 pun tapi kejap-kejap Naurah menangis terjaga, no point jugak. Buat sakit kepala lagi adalah. 


Itu je cerita semalam. 



Till then.
Tata.








THANK YOU FOR READING THIS!

10 comments:

  1. alhamdulillah.. naseb baik xteruk kan..

    ReplyDelete
  2. wow. .sangat mujarap... share la kat mn tempat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kuantan ni lin. Hana rasa kat area kl lg bnyk kot perubatan darul syifa ni. like asharaf muslim buat tu.

      Delete
  3. beb,ktne darul shifa tu?
    kt prmatang bdk ade gakd arul shifa, tp suram je tgk, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Sungai Isap na. Lorong yg ada gim tu. Every night ramai orang.

      Delete
  4. kesiannye naurah..ish takut jugak ye benda2 camtu..harap takde pape lagi lah lepas ni..risau kan kat baby kalau pape...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah....mestie lena naurah tido..ibu pon tak risau dah :)

    ReplyDelete
  6. just nk share info yg tompok2 merah tu mayb viral rashes je coz die kuar lps dmm n at d same time bdn bb xpns pn.. lgpn tompok tu pinggang ke atas..it happened to my baby also memule bajet campak dgn hrpn leh dpt MC hehe rupenye doc kate ruam lps dmm je tu.. then bile gugel mmg btol tanda2 tu xsame ngan campak huhuhu so pasrah je la n mmg tompok ni ilang kejap je lps kuar seharian..

    its ok x publish mykomen ni just nk share info pn lgpn sy xleh nk login gmail n terpaksa komen as anon coz ofc block gmail/blogger :(
    slmt berkenalan n best bc ur blog

    ~ ummiQAMA ~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...