Wednesday, February 27, 2013

BABY FOOD. #talk2

Continue from last entry yea!

Memang sangat seronok bila baby dah mula makan. Kalau boleh semua nak kasi makan. haha Tambah-tambah dapat baby macam Naurah yang kuat makan (like mother like daughter. LOL), kasi apa aje, jarang sangat ditolak. Kalau orang tua kat kampung tengok ni, umpama bagi anak burung makan. Pernah tengok? BAHAH! Kat kampung, ada orang pelihara burung. Gaya anak burung makan tu, pantang dihala makanan, laju je ngap, pastu telan cepat-cepat. Bagi cepat-cepat, ditelan lagi. Memang selagi ada orang bagi makanan, selagi tu nganga. Ha, macam tulah Naurah. hahaha 

Kesian, anak ibu. Tapi takpe, ibu tetap sayang. Barulah serasi. Biar ayah beli makanan banyak-banyak, kita makan sambil santai depan tv. Dua-dua badan bambam, barulah sedondon dengan ayah. Tiga beranak bambam! BAHAH!

Ok. Tak lucu.

Back to the topic. Before this, Naurah bergantung 100% pada mommy milk. No worries sangatlah takut dia alergik, sembelit or whatever. Kalau kembung pun jarang sangat. Agaknya perut Naurah jenis belasah terima apa aje just like her mum yang jenis bedal apa yang ada depan mata. Kekdah tong sampah giteww. HAHA

Cuma risau sikit masa kendalikan EBM. Kena pastikan simpan betul-betul, kebersihan botol, cara dipanaskan macam mana. Syukur, alhamdulillah, so far BS mampu uruskan dengan cara yang betul.

But, when come to another thing yang need to feed her, kenalah double berhati-hati. Makanan boleh menjadi punca segala-galanya. Sebelum bagi baby food, kenalah menimba ilmu dulu. Tambah sikit dari ilmu yang diperturun dari family, kawan-kawan, antenatal class and reading, rasa yakin sangat untuk sediakan sendiri makanan kat Naurah.

Before this, BS cakap tak perlu bagi bekal makanan kat Naurah sebab she willing to prepare all that. Tapi, as her mother, i nak jugak buat semua tu walau penat macam mana pun. Seronok ok masak-masak ni. Lebih-lebih lagi, kebersihan makanan anak, kita boleh pantau sendiri and make sure 100% safe for baby. However kadang-kadang ada khilaf jugak, bila baby alergik disebabkan makanan kita bagi. Sedih memang sedih tapi atleast ia tak memudaratkan. Ibu mana yang sanggup bagi racun kat anak kan? Dah kita tak tau baby alergik to that food, so next time tak adalah nak bagi lagi. Lesson learn.

Maybe orang lain, lain caranya. For me, i like to give her the best food that i can make with love. First let's talk about hygiene. Kita tak tau sejauh mana makanan yang kita bagi baby makan tu sihat sepenuhnya, tak beracun dan cukup berkhasiat. For me, i try my best.

Like when i made my decision tu give her chicken. Untuk elakkan Naurah makan ayam yang mengandungi to many "racun", i looking for organic chicken for her. That was the best i can do for her. Then, i keep and clean betul-betul before prepare her food.

Rendam bahan masakan dalam liquid cleanser for food about 30min-1hour. Supaya racun serangga kat brokoli hilang etc.



I use this liquid.





 Then, untuk persediaan makanan pulak, i tak suka nak frozen food Naurah. Kalau boleh setiap hari nak dia makan fresh food. So far, alhamdulillah tiap pagi Naurah makan masakan dari ibu dia. Actually, makanan baby ni senang sahaja. Tak rumit pun. Tak payah kalut nak risau pasal taste sebabnya i tak masukkan garam pun. Just campak je all the ingredients, then pergi mandi, bersiap semua. Ngam-ngam dah siap, terus masukkan makanan dia dalam bekas bekalan kat rumah BS.

Cara mudah yang i buat ialah malam tu before sleep, sediakan semua bahan yang perlu di masak esok pagi. Make sure bersihkan betul-betul and keep clean and safe. Tak adalah pagi-pagi bangun terkalut ke, termamai ke. Sure sempat punya.

Basuhkan bersih-bersih semua bahan. Then letak dalam dalam bekas bertutup dan simpan dalam fridge.


Kalau sumber protein pulak, potong siap-siap kuantiti, bersihkan, simpan dalam bekas yang tertutup bagi elak kuman dalam fridge. Simpan bahagian beku.


Then untuk air rebusan bahan pulak, tadah siap-siap air yang bersih dari penapis air kat rumah tu ke dalam periuk dan tutup periuk tu elok-elok. Esoknya, bangun dari tidur, first thing buat dengan muka yang sememeh, mata sepet-sepet macam tak mau dibukak tu, capai semua bahan dalam fridge, campak je dalam periuk. Biarkan semua bahan tersebut. Pergilah mandi, gosok baju ke, solat, bersiap. Dah siap tu, bubur dah ready. 

Setengah orang, akan blender kan bubur nasi. So bubur yang panas-panas baru masak tu kena tunggu sejuk sikit baru boleh masukkan dalam blender. Tapi saya tak guna blender. Sebab tu saya boleh siapkan makanan Naurah dengan cepat, tak perlu tunggu makanan tu sejuk dahulu. Then, saya dah siapkan makanan, saya masukkan dalam 2 bekas berasingan. Satu untuk lunch, satu untuk dinner. Dua-dua saya bagi kat BS. Kadang-kadang pagi-pagi Naurah dah nak makan, so terpaksa bagi. Satu lagi boleh bagi around 2 or 3 pm. Then malam tu saya tak bagi dah food for her. Kadang-kadang pagi tu dia mengantuk, dia tidur dulu. Around pukul 12pm baru makan. So, satu bekas lagi BS pulangkan kat saya. Then i feed her around 6pm or 7pm.

Bekas tupperware comel yang digunakan isi makanan Naurah.



Insyaallah, nanti i will share, how i prepare all that without blend yea.

Got to go, nak ambik kesayangan ni.



Semalam. Way back from BS's house. Hujan rintik-rintik.




Later.
TATA.





THANK YOU FOR READING THIS!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...