Sunday, December 23, 2012

RAINY DAY BUT THERE IS A SUN IN MY HEART

There is a long time not update blog. Seminggu dua tu lamalah for me. Seriuosly busy with work. Almost 3, 4 day buat keje kt stor. Secret job, tu kena buat dalam arkib. Tak sempat nk mengular depan pc. Ahaha

There is a lot of story nak share tapi tak best nak cerita panjang through phone je. Now, naurah nak masuk 5m next week, her current weight now was 7.2kg for 4m. Penat ibu and ayah nak pangku. Hehehe

The rest, will story later. A few pic of her.

Till then.
Tata.


THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, December 17, 2012

Quick update : Our 1st day



Officially, today my little cupcake dah sent kat BS.
She like confuse see her new BS. While, ibu cry a lot along the way to work. 

Akhirnya, hati mampu bertabah sehingga pukul 5. Berdebar-debar to fetch her.

Daddy and tokma pesan jangan called or sms-ing BS. But, ibu cant do that. So, pukul 10.30 called and she said Naurah dah habiskan 2oz ebm and still sleep, she very behave, tengok kartun dengan abang and gelak. Very behave. Lega sikit.

Tapi hati still berdebar-debar. Officemate cakap, jangan terlalu sedih, nanti dia sedih. Jangan terlalu ingat kat dia, nanti dia pun ingatkan kita jugak. Ok. Ibu memang sedang tabahkan hati.


Wait for me yea, Naurah.

6.30am. Ketawa panjang. Dia tak tau, pagi ni tak duk dengan tokma lagi. T_T







K.Bye.
Later, will share about BS.






THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, December 12, 2012

We share the pillow.

Assalamualaikum kawan-kawan ibu..
 
Ini cerita saya dan ibu saya.
Ibu cakap, sempena dengan tarikh yang cantik hari ini, 12.12.12, ibu mintak saya update blog ini. Sebab, ibu cakap tarikh hari ini nothing special pun. Semenjak saya lahir tiap-tiap hari adalah istemewa. ^_^
 
Untuk pertama kali saya menulis, saya tak tau nak menulis apa. Tapi, saya ada jumpa banyak gambar saya dalam telefon ibu. 
 
Maka, 1st entry dari saya, kita main susun gambar ek? Lepas tu, kita main susun perkataan sikit-sikit. 
 

PERTAMA : Saya suka ibu peluk saya dari belakang bila tidur. Saya dapat rasa kehangatan badan ibu. Biasanya kalau tidur waktu petang lepas mandi pukul 2, mesti saya tidur sekejap je. Tapi kalau hari minggu tidur macam ni dengan ibu, saya akan terjaga bila ibu bangun solat Asar. Kadang-kadang ibu tak sampai hati nak bangun. Kalau ayah ada, ayah akan ganti tempat ibu.
 
 



KEDUA : Ibu saya ni, hantu durian. Ibu cakap, sekarang musim durian. Tiap-tiap hari saya tengok ibu makan durian. Saya tak terliur pun. Ibu salah faham dengan saya. Bila ibu makan depan saya, air liur saya meleleh, ibu salah faham, kata saya terliur. Maka, ibu kasi rasa durian sikit. Rupanya sedap durian tu ye. So, tiap kali saya nampak benda kuning tu, haruslah saya nak. Tapi ibu mencebik, marah, ibu cakap saya tak boleh makan lagi. Tapi tokma sayangkan saya. Tokma marah ibu, suruh ibu kasi kat saya sikit.

 
Salah saya ke terliur nak makan durian bila ibu makan depan saya?
Salah saya ke bila saya suka sangat dengan durian bila ibu dah pernah kasi saya makan durian sebelum ni?
Salah saya ke?
Ayah balik nanti, nak ngadu kat ayah. Ibu makan sorang-sorang.



 
 
 KETIGA : Ibu saya ni angau dengan saya. Telefon dan kamera selalu ada kat tangan. Pantang saya posing sikit, mesti nak ambik gambar. Even, saya tidur pun curi-curi ambik gambar. Ingat saya tak perasan bila ibu ambik gambar time tidur? Flash memancar-mancar lah ibu.
 
 
 Bila dah ambik gambar, mesti nak kena hantar kat ayah. Bila ayah cakap saya comel, ibu mesti jeles. Betul. Saya tau!
 
 
 
 KEEMPAT : Sekarang saya dah pandai meniarap, golek-golekkan badan dengan laju. Capai barang pun dah boleh. Bila terpandang sesuatu, mesti saya laju nak masuk mulut. Sebabnya, saya selalu tengok ibu makan. Saya ingatkan semua benda boleh dimakan.
 
 
 
KELIMA : Saya makin gemar minum susu. Susu ibu sedap. Masa saya baru lahir, susu ibu rasa ikan bakar je. Sekarang macam-macam perisa ada. Perisa durian dan tempoyak yang paling saya suka. Kalau dah sedap tu, mesti saya minum lama-lama. Bila minum lama-lama, kaki dan tangan ibu mula kebas. Bila ibu nak baring sama-sama dengan saya, saya tak suka sebab saya kena donggakkan kepala nak pandang ibu. Saya suka minum susu bila dipangku oleh ibu. Tapi saya kesiankan ibu, maka tiap kali nak minum susu bila ibu pangku, mesti saya menjerit kuat-kuat. Mula-mula ibu tak faham. Lama-lama ibu faham jugak. Ibu capai bantal, letak atas pangku ibu dan saya baring atas bantal. Saya sangat suka! saya rasa makin dekat mata saya bertentang mata dengan ibu. Sambil menyusu, tangan saya boleh belai wajah ibu. Ibu saya pandai kan?
 
 
 
 
 
 KEENAM : Ibu selalu pulang lewat dari kerja. Petang-petang saya selalu tunggu ibu. Suatu hari, saya dengar, ibu bagitau tokma dia pulang lambat sebab ada kerja nak buat. Padahal dia update blog. Ibu rasa saya selamat dengan tokma, tu yang ibu lepas tangan je, selamba dia balik lambat. Tunggulah bila BS jaga saya nanti, mesti ibu menggelupur nak balik cepat. Dahlah ibu balik lambat, tak sempat saya nak main-main, ibu dah suruh mandi, bagi minum susu, lepas tu tidur. Saya bosan sangat, rutin sama je tiap hari. Tapi semalam, ibu bawak saya berjalan-jalan pusing taman dengan menaiki kereta. Saya suka sangat. Hari ini bawak lagi eh, ibu?
 
 
 
 
 
 Itu sahaja saya nak berkongsi kali ini. Saya rasa seronok pulak menulis blog ni. Lain kali, kalau ibu busy atau malas nak update blog, saya nak bagitau ibulah, tolong update blog ibu. Nanti saya bercerita pulak pasal ibu dan ayah eh. Saya sangat sayang ibu dan ayah saya.

Sedikit ucapan untuk ibu saya.

Dear ibu,
Thank you for sharing everything with me.
We share the feeling.
We share the love.
We share the life.
We share the man we love.

Latest,
we share the pillow.




THANK YOU, IBU!

12.12.12. 6 a.m.



 
 
LOTS OF LOVE,
NAURAH.
 
 
 
 

THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, December 6, 2012

Early morning story.

Pagi tadi macam mengantuk sangat. Rasa sangat malas nak pergi kerja. Jam bunyi, saje matikan. Sekali dah pukul 6.30, my mum kejutkan. Terlajak sudah tidur. Biasanya tak seliat ni nak bangun pagi.

Ni gara-gara si kecik i, Nur Naurah Rayyani kesayangan sangat-sangat tuuuuuu ajak main pukul 3 PAGI HOKEY!! Puffffffffff
 
Biasanya kalau mandikan dia pukul 6.30 or pukul 7 malam, dia main kejap, bf and tidur around 8 or 8.30 pm, terus tidur sampai esok harinya. Akan bangun pukul 6 pagi.

Tapi sekarang, gaya tidur dia dah berubah. Perasan perubahan ni berlaku start this week. My mum cakap sebab dah masuk 4 bulan, so perangai dia pun dah lain.

Lately, mandikan dia macam biasa. Around 6.30 pm or 7pm. Then dia main kejap je, bf terus tidur. Tapi around 10 or 11 pm mesti akan bangun semula. Mula-mula i thought dia bangun main kejap je, then tidur semula. Tapi tak adanyaaaa. Bila dah terjaga, dia akan tidur semula dalam pukul 12 hingga 1 pagi. *sigh* Dah 2 hari macam tu.

So, tukar plan. Semalam, mandikan dia awal-awal around 5.30pm (her tokma yang mandikan. Ibu balik kerja, tengok dia dah wangi. hehe) supaya dia tidur awal and around 8pm dia terjaga (kononlah!).

Tapiiiiiiiiii, nak dijadikan cerita, bila dah mandikan dia awal semalam, elok je dia tidur. Kami tunggu jugak dia ook ekk ookk eeekk dalam pukul 7. Tapi tak ada ok. Diam je. Tunggu pukul 8 tak sedar-sedar lagi. Pukul 9, dia dah bunyi, tapi mata pejam. So cepat-cepat bf, takut dia terjaga. Pukul 10 dia tidur. Pukul 11 dia tidur. Langsung tak bunyi.

 Legaaaaaaaaa

Suspect, dia memang sah-sah tidur dengan nyenyaknya dah ni. So, ibu pun bukan main tarik bantal slow-slow, sama-sama baring.


Horror-nya, bila tiba pukul 3 pagi! Bunyi baby menangis Ok! Terkejut aku. Dalam mamai and suram cahaya lampu, tengok-tengok si kecik kat sebelah menangis. Ya Allah. Agaknya dah lama kot dia merengek tapi ibu tidur tak sedarkan diri, agaknya naik angin, tu terus high pitch!

Cepat-cepat i bangun and say her name. Terus dia diam. Air mata meleleh kat pipi tapi bibir tersenyum lebar. Boleh??

Sapu air mata, angkat dia untuk bf. Tapi ditolaknya miss B. I bukak mata luas-luas, boleh dia ketawa. Terkekek-kekek ok. Sabar jelah. 

Sah,memang dia bangun nak main ini. Check pampers, tukar pampers, again nak bf, dia tak mau. So, i pun baringkan dia atas tilam. I suruh tidur. Then i pura-pura tidur, pejamkan mata tapi samar-samar nampak muka dia lagi. Dia tidur mengiring sebelah kanan, dongakkan kepala tengok je muka ibu dia yang zalim ni. hahaha 

Almost 15 minute, i biarkan dia layan perasaan awal pagi sorang-sorang. Dia diam je k dalam samar-samar kegelapan malam tu. Kejap dia terlentang. Kejap dia mengiring tengok i. kejap dia masukkan jari dalam mulut. kejap dia buat gimnastik, angkat kaki. 

Hati ibu mana yang tahan tengok anak macam tu kan. Kesian pulak kat dia. Cepat-cepat bangun. Angkatlah dia, konon nak bf kasi dia tidur. Kotlah dah puas mainkan sorang-sorang tadi. Tapi tak nak jugak bf ok.

Dah tu, terpaksalah borak dengan dia. Tanya dia, "tak nak tidur ke?" Boleh bayangkan tak muka ibu dia masa tu? Bercakap macam tak ada perasaan, mata kuyu je tapi boleh budak kecik ni, ketawa besar bila i tanya macam tu? Ya Allah. Memang dia nak main. Padahal tak buat muka lucu pun. Sampaikan tok ma tersedar dengar dia ketawa ok.

Dah tu, tok ma bangun, suruh ibu tidur. So, tok ma lah yang layan borak dengan dia sampai pukul 5.00 pagi. Dia nangis nak susu, tok ma kejutkan ibu. Ibu bf terus dia tidur. 

Pukul 6 pagi, jam dah bunyi. Tapi mata sangat mengantuk. Tutup alarm telefon. Sambung tidur. Tau-tau tok ma kejutkan pukul 6.30. Kalau takkkkkkkkk, memang terlajak tidur, entah tak datang kerja hari ni.

Lepas mandi, solat, bersiap, pukul 7.30 nak pergi kerja, dia nyenyak tidur. Even bukak sliding door, start enjin kereta sekali pun, sedap je dia tidur. Wah-wah, kemain dia. Mengantuk sangat. Tak say goodbye pun kat ibu dia.

Mencabar sungguh! Tapi nikmat sebenarnya.

A few picture for this story.

Pukul 11. Sedap tidur sampai ternganga. :-p


4 pagi. Membutang mata.



7.30 pagi. tak sedar apa dah tidur. Ibu gomol-gomol pipi sebelum pergi kerja, langsung tak gerak. *sigh*



Orang cakap, lain bulan lain perangai baby kan? Makin bijak. What can i say, enjoy the moment jelah. Nanti mesti rindu saat-saat macam ni.


Called tok ma, tanya nak mandikan awal lagi ke?

Tok ma said,

Nak bagi dia sedar pukul 3 pagi atau pukul 11 malam?

Ok,ok. Mandikan je pukul 7.

*Sigh*





Kbye.








THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, December 5, 2012

45 to 62 kg. How it could be happen?


Pernah tak rasa sangat kenyang tapi bila dah terpandang makanan, tiba-tiba jadi lapar semula? Tak pernah?

Owh, memang aku jelah kot yang kuat mentedarah sekarang ni. tsk.

Baru je lepas makan nasi putih+ikan patin berlada+taugeh goreng. Kul 12 tadi beriya cakap tak nak lunch sebabnya rasa kenyang sangat. Walhal makan macam biasa je breakfast tadi. Sebungkus nasi kerabu. Then stok makanan untuk tengah hari pun still berlambak lagi. Donut, extra moist cake and roti goreng kacang (thanks ummi ZD). Tapi, memandangkan kesian kat perut ni kotlah lapar petang karang kan, so menapaklah jugak ke cafe, tapau for lunch. Sekali, terpandang lauk pauk terus jadi lapar gilaaaaaaaaaaaaaa. T_T Sabor jelah.

Tu yang tak menahan. Balik je dari cafe, terus lunch. Selamat dah ikan patin dalam perut. hikhik

Kat rumah pun macam tu tau. Balik kerja petang nanti, mesti singgah gerai jual benda bergoreng, biasanya beli pisang goreng, keledek, karipap, pau atau roti goreng. Main dengan Naurah sambil makan, layan tv, lepas maghrib terus masuk dapur untuk masak for dinner. Owh, jarang sekali my mum masak sebab i tak kasi. Dahlah seharian jaga Naurahkan masa i pergi kerja, so malam tu turn i pulak masak.  Dahlah dinner around 9pm. Sambung main-main dengan Naurah, kejap lagi pukul 10 lebih pi bancuh nescafe cicah biskut (ada dalam 10 keping) hahaha

And, kakak Balqis selalu cakap aku makan banyak. So, aku tanya semula kat dia, "habis, kak ya gemuk ke?", terus dia cakap TAK. hahaha bangga. "Habis tu, boleh kak ya makan banyak?" dia jawab, BOLEH. Hahaha Then aku saje sakat dia, "nanti kakak cakap kak ya makan banyak lagi." :-p dia jawab, "kakak cakap kak ya makan banyak bila nampak kak ya makan je." Wakakaka tiap kali dia nampak aku sentuh makan, belum makan masuk mulut lagi, mesti dia cakap aku makan banyak. Pastu pergi depan Naurah dia cakap, "ibu adik makan banyak dik. Sebab tu adik pun minum susu banyak". HAHAHAHA lawak budak ni. (im gonna miss her later. T_T)

Ok, back to the topic. Memang aku makan banyakkkkkkkk. Memang berat aku makin naik. Sebelum preggy around 56kg, preggy 69kg, deliver 45kg, lepas pantang around 50 kg and NOW 62.1kg. Pergh! terkejut oooiii. Tapi makan tetap makan. nan-hado insafnya. hahaha

Aku malas nak fikir tang diet sekarang sebab satu je aku niat bila makan, semuanya untuk Naurah. Sebabnya bila kita bf baby, kita kerap rasa lapar. Macam bela jin dalam badan, asyik nak makan je. 

Tapi, selepas diamati, berkongsi pengalaman dengan others mommy, rupa-rupanya ia bukanlah perkara pelik. Bukan aku sorang macam tu. Others mommy pun rasa benda yang sama. Ibu yang menyusu badan memang cepat berasa lapar dan dahaga.

Pernah sekali tu, aku macam nak diet konon, tak lunch tau. Bila dah pukul 4, tiba-tiba rasa miss b tak berdenyut macam biasa. Diam je. :-p Biasanya kalau lunch aroun 2pm, nak dekat kul 4 tu miss dah rasa keras and berdenyut-denyut dah. So, bila berdenyut tu aku macam alert sikit time untuk pump and milk dah tak sabar-sabar nak keluar. :-p So, nak dijadikan cerita, miss b cool je that day. Tapi aku tetap buat rutin sama, untuk pump. Tengok hasilnya tak sampai 5oz pun. 

So, daptlah aku simpulkan miss b tak produce milk yang banyak sebab tak cukup karbohidrat, protein and vitamin tengah hari tadi. Start from that day, dah tak ada nak diet-diet dah.  

Then i lagi, i will make sure, setiap kali meal yang aku ambik harus berlemak dan ada sayur. Like kalo makan sayur masak lemak apa-apa, milk akan prodece sangat banyak milk. Macam tu jugak kalo breakfast makan nasi lemak atau nasi minyak. Then lunch mesti ambik sayur dalam kuantiti yang banyak sangat. Malam pulak, dah tak makan makanan berlemak atau sayur masak. Tapi make sure kena ada ulam like daun pegaga, daun selom, ulam raja, kacang botol, tenggek burung etc. (WAJIB MAKAN ULAM EVERY NIGHT!)

So, far tu je kot yang membantu aku memperbanyakkan susu without eat any supplement. Also, to keep maintain our body walaupun makan sangat banyak. Kinda fall in love with bf. Hope, my journey to bf Naurah masih berpanjangan lagi. AMIN.

Dan, sebenarnya nak cakap pasal ulam pegaga tapi tertaip panjang lebar benda lain. Boleh? hahaha

Last Saturday, i went to pasar yang berdekatan dengan taman i. Suka sangat pergi sana. Sebab many type of vegetable yang ada. Daripada sayur yang biasa orang makan sampailah sayur kampung, semua ada. Like daun labu. You know, buah labu kuning yang boleh masak lemak tu kan? Pada yang tak tau, daun dia yang muda gitewww also boleh makan masak lemak kuning. Sangat sedap. Kat pasar tu jugak ada jual daun kaduk. alah, yang dimasukkan dalam masak lemak siput sedut tu. daun tu sangat wangi sekali. Susah nak jumpa tu kat sini.

Paling sangat excited tu kan, terjumpa pegaga besar. Gila best. Lama dah tak jumpa. 




Pegaga besar ni (dah lupa namanya) sangat best buat kerabu and lagi best kalau goreng. Pergh!

The simple recipe:

Kerisik, telur, bawang merah dan putih, cili padi, pegaga.

Goreng kelapa dalam 3 sudu biar jadi garing like kerisik tu. Ketepikan. Tumis bawang and cili padi (yang dah ditumbuk halus), masukkan kerisik, masukkan pegaga yang dah dipotong, pecahkan telur atas pegaga, kacau, biar telur masak melekat atasa daun pegaga and then siap untuk dihidang.


Pedas + crunchy (from kerisik) = DELICIOUS!



Tell you, PEGAGA ALSO BANYAKKAN SUSU selain daripada sayuran seperti lobak putih, seleri, brokoli, peria, jantung pisang dan sawi.





Till then.
TATA.





THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, December 3, 2012

Naurah Progress : 4 Month and her bubbling!


 Assalamualaikum w.b.t and hi!


Baru je balik tapau nasi kat cafe. Masa member office ajak tapau, beriya cakap tak nak. Konon nak diet. Sebabnya berat dah cecah 62kg. *pitam* tapi badan maintain cun. *muntah* wakakaka

Sekali, dia orang baru pergi tak sampai 5 minit, perut memanggil-manggil mintak diisi nasi. Laju capai duit rm5, laju menapak ke cafe. hahahaha Tapi belum makan lagi, nak update blog dulu. Dah beberapa hari tak berblog ni. Ok-ok, tak nak guna alasan busy lagi. Sangat annoy! :-p

Beberapa hari lepas, 28 November genap usia Naurah 4 bulan. Tu pun baru perasan semalam. Boleh? Maafkan diri sendiri sebab banyak sangat benda nak difikirkan and paling kritikal is BS issue. *pufff*

Argh! abaikan dulu BS issue. One fine day, if dah hantar Naurah kat BS, baru leh story about BS. Kang cakap lebih-lebih, takut la jadi apa-apakan. Wait and see je. Hati tengah berkompromi dengan otak ni about BS. Hope hati tenang untuk menyetujui otak ini! *stressssssssssssssss*

Ok-ok. My dearie Naurah sekarang dah 4month. What her progress now? Erm.. hari tu masa 3 month, memang dia dah pandai meniarap. Tapi leher masih tak boleh tegap sangat, kejap-kejap sembam muka kat tilam. Sekarang kepala dah tegak. Bila meniarap, dah boleh angkat kepala lama-lama.

Then, sekarang lebih peka kalau panggil nama dia. Walaupun tengah meniarap, dia tunduk ke bawah, bila panggil je nama dia, cepat-cepat angkat kepala, tercari-cari orang yang panggil dia. Bila kita cakap "owh, nama awak Naurah ye?", terus dia gelak. hahahaha Sangat comel anakku. :-p Ok, semua baby comel k bila buat aksi macam ni.


Layan borak, ketawa sakan memang tak boleh cakaplah. kadang-kadang kalau tersedar tengah malam pun, boleh lagi ajak kita borak, gelak-gelak. Seriau bulu roma ibu kadang-kadang. Middle of night, dengar suara baby ketawa. hahaha Bila dah mengantuk, tak daya nak layan, tok ma layan borak dengan dia, ibu sedap tidur. Tak tahan mengantuk, esok kerja. Nanti kalau tokma dah balik kampung, siapa lah nak layan dia macam tu. Sob2. 

 Nah, video dia gelak sakan dengan kakak balqis. (dari hari tu nak upload tapi tak menyempat)



Nanti, kakak dah balik kampung, mesti dia tercari-cari kakak ni. Kalau dengan ibu, setakat buat muka lucu jelah ibu boleh buat dia gelak. Kalau dengan kakak Balqis, bukan setakat buat muka lucu, melompat-lompat sambil nyanyi, joget-joget, sampai dia gelak beriya. Tengok muka kakak je dia ketawa. Takkanlah ibu nak joget kan. Tapi, kalau Naurah tak gelak sakan macam ni bila tokma dengan kakak dah balik kampung, takpe, kita suruh ayah joget. Bolehkan ayah? :-p


Satu lagi kan, dia punya favourite sekaranggggggggggg yang boleh buat ibu nangis gembira campur sedih ialah BUBBLING! Atau bahasa mudahnya main air liuq, menyembur air liur! Pufffffffffffffffff

Habs rambut ibu gugur. *nangesssssss* Belum tahap botak lagi tapi macam kesian gila ok tiap kali mandi, dalam bilik air tu penuh rambut gugur kat simen. Then kalau sikat rambut, segumpal rambut melekat kat sikat. Huarghhhhhhhhhh. 

Tapi dalam stress fikirkan rambut tu, tetap seronok layan dia. 

Video yang sempat dirakam 2 hari lepas.



 Abaikan rumah bersepah dan suara latar tokma and kakak balqis yang khusyuk layan game. hahah Comel tokma main game, pinjam android tab kakak. HAHAHAHA




Macam mana nak buat ni. Bila kita cakap jangan buat macam tu, dia diam je jap. Then buat lagi. Kalau nak bagi dia berhenti bubbling, kena bagi something yang boleh dia sumbat kat mulut. Tapi kalau umpan dengan mainan memang tak jalan. Bagi epal sebijik, baru diam. Duk tonyoh epal kat mulut. hahaha

Lagikan, dia punya minat kat makanan tu makin nampak. Kesian sangat tengok muka dia bila kita makan sesuatu. Telan air liur bersungguh-sungguh. Mata tak berkelip. Then, kakak balqis ni kan notty tau, asal makan coklat, aiskrim, cotton candy and others food, mesti nak tunjuk kat dia. Kami dah larang, jangan buat gitu, macam kesiankan tengok dia. Dah namanya budak, mana nak dengar kata. So, dia buat jugak. Yang naurah ni tau la pulak tu jajan kanak-kanak, beriya terkapai-kapai tangan, konon nak mintaklah kot! Bila dapat pegang, diam.

Cotton candy in her hand. Pegang cotton candy selama 1 jam. Habis kemek cotton candy kakak. *sigh*



This week kena bawak Naurah check up. Regular check up. Tak ada injection for 4month baby. This time tak mau dah pergi KK. This weekend bawak Naurah g private clinic. Tunggu ayah datang. Makin semangat badan dia. Kalau tengah malam nak angkat dia untuk bf, dalam tengah mamai tu, macam tak daya je. Naurah tak suka bf sambil baring. Dia saja tau, suka ibu bangun, duduk untuk bf dia. Lagi syok kot dia bf sambil baring atas pangku ibu. Takpe, ibu tak kisah! Sebab tu kot ibu cepat kurus, banyak pergerakan walaupun tengah-tengah malam. Ahahaha


Dan, alhamdulillah jugak, for 4 month ni, Naurah still fully breastfeed. Walaupun kekerapan pump kat office makin kurang (nak cakap busy lah tu! :-p), still cukup untuk bekalan naurah setiap hari. Dulu kan every day mesti bekalkan atleast 15Oz. Since, Naurah dah makin bijak, bezakan fresh ebm and frozen, so no point nak buat stok banyak-banyak, dia tak akan minum punya. Every day just make sure stok harus 10Oz. In working hours, paling lewat balik pun pukul 6pm, stok ebm untuk Naurah memang cukup. She still need 2oz each session. morning, after bath, afternoon, before take nap and after take nap

11am. 1 shoot pumping. take about 15 minit use my right hand only. Alhamdulillah. Second pump is 4pm to catch 5oz more for tomorrow stock.

Untuk jimatkan masa and dapat 5oz for 1 shoot, i tunggu Miss B betul-betul keras and berdenyut-denyut, baru i pump dengan hanya menggunakan tangan. Just picit two or three time, miss b akan produce milk just like air paip yang non-stop berhenti. Just tadah je botol sambil sebelah tangan lagi scroll down mouse untuk buat apa-apa yang patut. Biasanya for 15 minute i pump ni memang i tak buat kerja, rehatkan minda dengan membaca blog. (:-p mengular depan pc). Mind you! Selalu orang tanya macam mana nak produce milk yang sangat banyak macam tu kat i. So far, the best answer and solution yang i boleh bagi ialah i found someone yang urut miss b sangat-sangat bagus masa pantang hari tu and she teach me how to urut miss b supaya dapat produce milk dengan banyak. Sangat sakit ok dia uli miss b u, boleh menitik air mata, 2 3 hari celah ketiak sakit nak angkat, nak demam pun ye tapi alhamdulillah, sampai sekarang miss b produce milk sangat banyak. Tak payah guna pump, just pump dengan tangan je. So far, i bagi je contact number bidan ni kat my friend and they give the same respond macam i. Sangat berkesan!


 
Tu je kot, progress Naurah for 4month. Nanti update lagi ye. Mau lunch dulu. 

Last but not least, naurah malam tadi. ^_^

  








Till then.
TATA.






THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...