Monday, November 19, 2012

A Happy House

It's called.. A HAPPY HOUSE bila mana ada ayah, ibu and Naurah can play, eat, sleep and do anything together-"gether". :-p

Can't wait to see December. ^_^

But, for a while, this is our weekend.

Ibu bertungkus lumus menumbuk pencicah jantung pisang kat dapur,





while my jantung hati(s) kat ruang tamu, tengah bergurau senda, ketawa terkekek-kekek. 




Jeles ibu. Nasib baik tok ma ada. Boleh curi-curi keluar pergi ruang tamu. Kalau tak, mau nasi tak masak, ikan goreng hangit. LOL.


 Bila dah siap masak, jantung hati(s) dah terlelap. *sigh*

penat bermain agaknya. ?


So, ibu pun golek sama-sama. Maka, lunch semalam adalah pukul 3 petang. :-p

Bila dah petang, ayah dah kena balik KL. Muka dah lain macam dah. Sedih sangat. Ibu laaaaaaaaaa. Naurah tak, sengih-sengih comel je bila ayah kiss pipi dia. T_T

Malam tu pulak, ligat ketawa dengan Balqis. 



Seriously, i want my happy house forever, not just for weekend only. Cepatlah Disember!

But, at the same time, tak happy gak untuk menantikan kehadiran Disember. Tok ma akan balik kampung. T_T


Why tok ma? Stay lah with us. The more the merrier. Ada ayah, ibu, Naurah, kakak Balqis and tok ma. 

More more more more become A HAPPY HOUSE! tsk

T_T
 


My happy family together SOON! Insyaallah.





Till then.
 TATA.





 
THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, November 16, 2012

Serba tak kena.

Entah kenapa hari ni, rasa serba tak kena. Bibir tersenyum tapi hati mencari-cari sesuatu.

Nak kata mengantuk, tapi tidur cukup. Walaupun melayan gelagat Naurah semalam sampai pukul 11 malam, tapi mata segar je. 

Semalam, dia sangat comel. Aksi dia..

 Nyonyot bantal ibu.


zoom dekat lagi.

Sampai berpeluh-peluh!



Nyonyot lah Naurah, bantal ibu tu. Habis lecun bantal ibu.


Perasan terlalu banyak flash, terus tutup muka. Malu lah tuh! LOL


Nak kata penat, kerja dah makin kurang. Cuma penat menunggu sikit kot. Menunggu kerja orang. Sigh!


Nak kata tak bahagia, hati penuh bunga cinta. Dapat tengok Naurah membesar depan mata. Dapat makan masakan mak yang best-best. Malam ni ayah naurah balik. Hurm..

Ibu bahagia tengok gelagat awak. Sejak pandai meniarap, ni lah position yang dia paling syok sekali untuk tidur.


Sambil tangan di kepala. Kalah menteri fikirkan masalah. :-p



Nak kata lapar, stok makanan tak hengat dunia!. 
Pagi makan nasi lemak, stok kunyah-kunyah kuih bakar 4 jenis, black forest cake 1 bekas, durian crepe 3 pack. Apa lagi??


Kesian anak ibu terliur tengok makanan tu semua. :-p


So, apa lagi??

Tadi rehat yang panjang, bermula 12.15 hingga 2.45, dah balik rumah. pekena sepinggan (eh, 2 pinggan!) nasi putih, asam pedas ikan tenggiri, ulam daun gajus, sambal belacan dan ikan masin kat rumah. Nikmatnya.

Dapat golek-golek dengan naurah kejap. Bf dia kejap.




Apa lagi??




Baliklah!







TATA.







THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, November 14, 2012

(VIDEO) 3 month progress : Naurah meniarap



This morning happy sangat-sangat sebabnya i sempat rakam video Naurah meniarap secara proper. I mean dia meniarap dengan kedua belah tangan dah tak duduk bawah dada, sambil dongak kepala. Sebelum ni memang dah beberapa kali dia meniarap tapi dalam proses belajar lagi. Mesti miss one hand below her chest.

Tadi macam biasa, tengah bersiap tu saje layan borak dengan Naurah. Then dah siap semua, saje keluar rumah lambat sikit. Tengah layan borak dengan dia, tengok macam dia nak mengiring je. Cepat-cepat capai handphone rakam gelagat dia. But, today is my lucky day kot, tengah rakam tu, dia berjaya keluarkan kedua-kedua tangan dia dan give a smile for me. Seronok gila ok! 

Well, u will know one day how i feel bila anak yang selama ni berada di dalam perut u, tiba-tiba dah boleh meniarap. You will feel betapa cepatnya progress dia. Rasa macam baru semalam dia kick our bump, push her out, pangku dia and today, dia dah suka baring atas tilam and meniarap sendiri. Soon, akan merangkak, berjalan, berlari, berkawan, kahwin. Huwaaaaaaaa Suka tapi sedih lak tiba-tiba. hehe mengadakan?! :-p

So, here the video i sempat rakam tadi. T_T



Abaikan suara ibu naurah yang terlebih excited tu. :-p

See, she totally all out untuk meniarap this morning. Yang best tu lepas je berjaya keluarkan tangan dia, terus pandang kamera and smiling, agak Naurah cakap "look ibu. Finally, i can do it, yeay!!" hehe Comel dia. Rasa tak nak g kerja tadi. nak lepak, golek-golek atas tilam je dengan dia. HAHAHA Ok. OVER SANGAT! T_T

Actually progress ni depend pada kanak-kanak kan. Ada yang cepat, ada yang lambat as long as our baby sihat. Like my friend, baby dia dah pandai meniarap since 2 month+ lagi. Seronok sangat tengok. Bila Naurah dah masuk 3 month, sokmo la duk cakap dengan Naurah, cepat-cepat meniarap, tak sabat nak tengok gelagat dia. hehe Betul kawan i cakap, baby ni bila dia mula-mula belajar meniarap, macam-macam gaya boleh tengok. Geli hati. Like my Naurah, muka dia merah sangat bila nak meniarap, then suara kemain bising macam nak poo poo pun ada. Hahaha 

I perasan, Naurah rajin meniarap bila waktu pagi after dia bangun tidur. Kalau waktu petang tu, i balik kerja, saje baringkan dia depan tv, nak tengok dia meniarap tapi sorry k. She said, "I'm tired, Ibu!" hahaha So, pagi-pagi before pergi kerja, sangguplah i bersiap awal and main-main dengan dia dulu. pagi-pagi galak jugak dia layan borak and ketawa, otak masih freshkan, mood pun baik je sebab cukup tidur.  Bila malam pulak nak tunggu dia meniarap lepas dia tidur untuk sejam dua like lepas dia mandia around 6.30 or 7 pm, dia akan terjaga semula around 8.30pm. So, waktu tulah dia akan ada mood nak main-main, golek-golek, meniarap, ketawa, watching tv together (suka tengok master chef ni!) and akan tidur semula around 10 or paling lewat pun 11pm. 

Dah tak macam dulu lagi, after mandi je, tidur sampai pagi. Terjaga pun sebab nak nenen je but still mata tertutup rapat. So, from now, dah kena catat balik schedule naurah. Senang nak bagi kat bs nanti. 

Here, a few photo of Naurah in progress nak meniarap.

Monday morning. Ibu tengah bersiap, Naurah tengah bermalasan nak meniarap. just pandang uncang make up ibu je. teheee


Dah lama sangat tunggu ibu mekap, sampai tertidur dia. Bila nak pergi kerja, kiss sekuat mungkin kat pipi dia, still tak nak bangun. just keluarkan suara merengek je. Agaknya "ish, ibu ni, pergi jelah kerja, naurah nak tidur la." hehe Syok sangat kot tidur macam tu.


Yesterday morning. Ibu ni nak tidur lepas solat Subuh, dahlah hari cutikan tapi jangan haraplah bila dah ada baby. Dia dah biasa terjaga waktu kita nak pergi kerja, makanya nak tak nak kenalah layan dia. Tapi seronokkkkkkk, boleh rakam aksi dia. ^_^


Dah pandai sangat tengok kamera. Asal lampu flash menyala, sengih kemain.

Then posing mengiring pulak.


Penat. Cuba meniarap tak dapat. Dah puas golek diri sendiri, tak dapat jugak. Berhenti rehat dulu. :-p


Gigit jari. Siapa suruh badan tu berat sangat. Sendiri gigit jari tak dapat angkat sebelah tangan. HAHAHA






So far, tu je her new progress right now. I will update every progress here. Dah kata ni blog ibu dia kan? haruslah cerita naurah je yang keluar. hehehe



Till then.
TATA.






THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, November 12, 2012

Our hero's birthday

Setiap kali nak update blog, mesti nak cakap "busynyaaaaaaaaa". hahaha

Tapi yang sebenarnya, itulah hakikatnya. Tak sempat nak update lunch hour tadi. Taip sikit-sikit, lama-lama jadi satu entry. :-p

Banyak ni nak story lebih-lebih lagi about our TWC kat one of the resort kat Janda Baik. Kesian pada diri sendiri dan kawan-kawan. Nightmare! Will story later yea.

Before that nak cerita dulu sambutan harijadi our hero. Buat untuk kita-kita je and tak sambut beriya pun. Tu pun keluar makan je kat his favourite restaurant. Eh, my favourite! hahahaha



I ingat nak masak malam hari Khamis tu waktu darling hubby sampai tapi letih sangat (read:malasnyaaaaaaa :-p). Barang-barang nak pergi twc tak packing lagi. So, alang-alang dapat rezeki lebih sikit, tekak pun dah lama tak pekena ice coffee yang i suka sangat tuh, maka, again, here we are, Black Canyon! hahaha



Darling hubby pun ikut jelah. Kekdah nak legakan anak tekak bini dia semata-mata, sangguplah breakfast kat tempat macam tu. Padahal pekena nasi lemak lagi best kot for breakfast. Katanya lah. hehe Tiba-tiba tak tau birthday siapa sebenarnya ni. hehe

Dahlah tempat i yang pilih, nak makan pun i yang pilih. Nak buat macam mana, dah Naurah terjaga masa tu. Dalam kereta elok je tidur. Bila masuk je restoran, dia sedar. Padahal sunyi sepi kot masa tu. Pukul 11 pagi, apa ada? Kita orang je. haha



Dah sampai makanan, hubby suruh makan dulu. Dia pegang Naurah. Sekarang tangan Naurah dah tak boleh duk diam, dia dah belajar sikit-sikit nak capai something. Lagi kesiankan, tak sampai hati tengok dia pandang je makanan yang atas meja, sampai air liur meleleh, then siap telan air liur sendiri, pastu masukan ibu jari dalam mulut, hisap kasi bunyi. Kesian gila ok. Ada kang her first solid food daripada black canyon ni. hahaha Baru 3 bulan, gaya nak makan macam 6 bulan tau. Kesiannnnnnnnn.

Then dah siap makan, pi kat Manjaku kejap looking sweater untuk Naurah. Kotlah sejukkan kat Janda Baik dengan musim hujan sekarang. Then rushing pick up cake for darling hubby. Yang best tu kan, konon tak nak sangatlah darling hubby tau kan, nak kasi suprise, so bila dia tanya kek untuk apa pulak tu. So, i cakap office punya. hahaha Dia diam je.




Tapi, bila dah sampai kat parking kereta kat this resort, dia saje tau cakap, tu member office, bagi kek kat dia, banyak barang nak angkat ni, kang terjatuh kek tu. hahaha dia saje tau cakap macam tu, padahal awal-awal dia dah tau. Malas nak layan aku gamaknya. hahahaha

Tapi macam biasa, kata je birthday dia, tapi aku order ikut sedap anak tekak aku. This time also order kek dari Na. Terliur nak rasa DFCC. Devil food chocolate cake eh Na? hehe Sedap!



So, lepas angkut barang masuk bilik, terus suruh hubby potong kek. Hubby ingatkan aku order rainbow cake macam last time aku beli untuk my mum. Dia suka sangat kek tu. hehe Sorrylah biey, sayang nak merasa DFCC pulak. ngeeee

aku kesian sangat bila tengok Naurah pandang makanan. Aksi yang tak pernah miss dia buat bila tengok makanan. tenung lama, meleleh air liur, telan air liur, hisap jari sampai bunyi!

Tapi hadiah for him belum sempat cari. Ingatkan nak pusing dalam ECM after makan kat black canyon tapi tengok jam dah pukul 12 lebih. Semua officemate baik naik kereta sendiri or bus dah bertolak aroung 10,11 am. Memang agak lewat kami sampai kat Janda Baik. What to do, i have a mission need to be compete khenn? :-p

Tu jelah kot. The simple one for darling hubby. And dia happy sangat-sangat bila i kasi this "big present" 

Rompers tu hah. Suka nau dia caption gitew. Legging tu pulak dia beli tau, ada tulis "I LOVE MAMA". tapi tau kat mana?? bertempek kat bontot naurah. T_T Then dia saje usik, daddy kat hati, mummy kat vontot. Sabar jelah. Dah birthday u kan? I layan je. T__T






Tu je. Gelap gelita kat luar. Hujan lebat. Nak balik masak asam pedas ikan tenggiri.

TATA.






THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, November 8, 2012

Spontaneous Thursday : DURIAN CREPE



"Siapa yang tulis tu?" - Darling hubby

"Naurah lah." - Me

"Tak kan lah." - Darling hubby

"Hehehe" - Me


Kisahnya..

Semalam kan birthday hubby, dahlah LDR, tak celebrate, tak ada hadiah dan lewat pulak tu pi wish (tidur tak hengat dunia!). Takut hubby sentap je. hehe Padahal hubby relaks je. Kalau aku, memang ye, sentap. hahaha

So, bangun pagi, fikir lah nak buat apa yang something special, kasi ceria sikit hubby pagi semalam. Rasa bersalah gila, tak wish tepat 12am. After solat subuh, pergi dekat Naurah, tengok Naurah kemain sengih pandang aku. Tiba-tiba tercetus idea, nak wish birthday by Naurah. Mesti dia suka, kecik-kecik lagi anak dia dah pandai wish birthday. hehe

Bayangkan dahlah jam kul 7 pagi, nak jugak mintak Naurah posing comel, nak sent picture kat ayah. Gigih aku and tok ma duk agah dia kasi senyum. Jangan ingat senang tau. Macam-macam shot ada.

Mula-mula bagi, dia pi konyokkan.


Untuk elakkan dia konyok, letak atas perut tapi jenuh tunggu dia grab kertas tu.

Bila dah grab, susah pulak nak bagi senyum.

Agaknya dah bosan layan ibu dia, terus ngap kertas tu. haha

 Susah tau biey, sayang nak pujuk anak biey. hehe 

Adalah dalam 30 keping gambar ada termasuk yang gegar. hahaha Tengok jam dah dekat pukul 7.30, cepat-cepat start kereta. Pasrah dah, kalau gambar tak cantik, hantar je, janji nampak usaha tu. hehe 

And, suprise is walaupun ambik dalam keadaan kelam kabut and banyak yang gegar-gegar (naurah tak duk diam. LOL), still ada yang the best!

The best picture yang i suka sangat-sangat and make her father sebak gila was



 Tq Naurah sayang, layan ibu bergambar semalam dan make our hero happy sangat-sangat semalam. Love both of u!



Tapi berbaloi la bertolak lewat g kerja tapi still sempat nak check in. ^_^ Hubby seronok gila. Dia macam imagine betul-betul naurah yang wish and wrote that wish. Tu dia pi tanya siapa yang tulis. hahaha Kelakar je. Jangankan nak menulis, meniarap betul-betul pun masih tak mampu dibuat oleh Naurah. Cara hubby called after receive that pic tu, "siapa yang tulis?" kemain girang suara. Opcoz la me yang buatkan. Then siap cakap lagi, "rasa macam betul-betul naurah yang wish, siap dia senyum and pandang kamera lagi". Sebak jap bila hubby cakap macam tu.

I am happy if u happy biey. Tu je yang mampu sayang buat. ^_^



Till then.
TATA.





Eh,chop!
Dah tu mananya durian crepe? Kemain kan tajuk entry. BAHAH



3 ketul RM10





Sangat sedap ok. Member office order and i tumpang sama. Serius, sangat sedap. Macam tak cukup makan semalam. As a durian lover, this is sooooo awesome!

We order HERE. La'Min Sweet Craving.

Tq ummi zulaikha, tolong order untuk kita jugak. Masih terasa keenakannya. ^_^





K.bye!






THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, November 7, 2012

Two celebration today! Yippi


Today is 7 November 2012. Atau lagi comel di baca begini 7-Eleven. Macam kedai serbanika 24hours tu, 7 Eleven. Comel kan? Orang pun mudah ingat tarikh sebegini.

Tapi, apa ada pada 7 November? 

HEHEHEHEHEHE *ketawacomeltutupmulut*

Today is my DARLING HUBBY BIRTHDAY!

Tak dapat sambut his birthday today sebab kami ni LDR. So just wish through phone jelah. Tu pun malam tadi makan panadol sebab sakit kepala sangat-sangat dan rasa macam nak demam je. Maybe berjangkit dengan Naurah kot. So, terlupa nak wish his birthday tepat 12am. Every year tak pernah miss pun jadi orang terawal wish. Sorry biey, sayang tertidur. hehe Then bangun pagi, celik je mata, terus capai telefon.

Last year pun tak sambut jugak on his birthday sebab kena hari bekerja. So, bila weekend darling hubby datang, i masak something special. Western gitewwwww, blackpepper beef steak. hehe

So, for this year, masih fikir what i going to do. Tak kan dah ada anak sorang, langsung taknak celebrate dah kan. Baru kahwin setahun, dah hambar. NO.NO.NO! Tak suka gitewwwwww. hehe

Tapi, what to do this weekend tak boleh nak celebrate sebab kena attend TWC kat Janda Baik. Tapi nasib baiklah my office sangat peka dengan ibu-ibu yang menyusu ni, dia orang tolong arrange kan bilik untuk we all but still kena keluarkan duit sendiri untuk bayar bilik. It's oklah as long as tak perlu berpisah dengan Naurah 2,3 hari. She still a baby and fully bf. Maybe next time kalau terpaksa tinggalkan dia for a few days, i terpaksalah kot kuatkan semangat dan waktu tu pun dia dah besar sikit kot and not fully bf. kira macam ok lah. Cuma sekarang je masih tak sampai hati nak tinggalkan.

So, bila dah bawak Naurah and my mum, perlulah jugak bawak drivernya. hehe Nasib baik this week hubby darling tak kena out station, kalau tak, masak i nak drive sorang-sorang panjat bukit kat Janda Baik tu. Tak beraniiiiiiiiiii.

Owh, speaking about celebration kan, still dont have any idea. Camne ek? Nak keluar makan-makan memang taklah, sebab terikat dengan jadual TWC. Kalau this weekend tak ke mana-mana boleh aje masak something special yang dia suka, tambahan dah lama benar kot i tak masak for him. Asyik makan air tangan mil je kan. Ah, will think! THINKKKKKKKKKKKKKK. one day less ok, Hana!

While for present pulak, last year kasi special prize for him. Suka sangatttttttttt dia. hehe Nak tau hadiah apa? KLIK HERE. :-p

Tapi tahun ni, no money to buy an expensive present. Pelbagai musibah melanda hidup kami for a few month ago, i masih tak ada kekuatan nak share kat sini. Nanti dah bersedia baru i share. Tapi i macam tak kisahlah, all our saving terpaksa digunakan as long as he stay with me, plus bila ada Naurah, lagilah i memerlukan dia. Duit boleh simpan semula. Owh, so touching la bila ingat perkara ni. huwaaaaaaaaaa Ok,ok, tak mau cerita dah. Nak happy-happy je today. ^___^


Kepala tengah ligat ni nak buat apa. Tak mau la, anak baru sorang, dah tak hangat hubungan ni, tak ada celebration langsung. Walaupun sambut kecik-kecik je pun jadilah, tanda ingatan.

Think Hana!! ^_^

But, for now, ni je i mampu bagi for him...


NAURAH and her birthday wish!







 So, aci eh dikira sebagai hadiah birthday biey? NGEEEEEEE




THEN, second celebration isssssssssssssssssss



today is my last day for 100 confinement. YEAYYYY!!!!

HAHAHAHA entah apa yang seronoknya pun tak tau. Padahal tak ada pantang apa-apa pun. Semua makanan dah belasah sejak habis pantang 44 hari. Nasib baiklah perut Naurah boleh berkompromi. Cuma pantang ais jelah. tapi malangnya semalam kalah dengan milo ais. ter'order' gak kat cafe. Tak tahan dahaga sangat-sangat.

Lagi satu pantang was pantang dari "TUTTTTTTTTTTTTTTTTTT". hahaha faham-faham jelah yang dah tempuhi married life ye. 

SOOOOOOOOOO, adakah present kali ni boleh hadiahkan something special like "TUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT" 

KAHKAHKAH



Ok, what? *tutupmuka*




:-p





KBYE!!!






Naurah Note:
Uolls perasan tak GAMBAR I CANTIK GILA TODAY? Bukan sebab i ambik gambar guna dslr? no,no,no!! kamera compact je pownnnnnn. T_T

Tapi tetap berseri kan? 
Perasan kan?
cantik kan?

 Sebabnya i guna WATERMARK yang cantikkkk. Dah tak guna dah yang cikai punya. hehehe Baru berseri-seri sikit gambar. LOL.

Thank you tau NIEZA DEARIE!!!!
Cantik sangat-sangat.
Sukaaaaaaa sangat.

Uolls kalau nak dapatkan watermark or doodle or apa-apalah di bawah kepakaran Nieza, pi kat blog dia eh. CLICK HERE!

Nieza ni bagus tau, tau apa yang kita nak. I just cakap sekali je apa i nak on my watermark, then cepat je dia buat design, terus i suka. As i request, ada nama, blog add, bunga tulip, red colour, simple but nice.

TADAAAAAAAA!!





THUMBS UP!




THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, November 6, 2012

Babysitter issue

Sekarang dah musim hujan. Balik kerja, cuba intai-intai warung pisang goreng panas-panas tapi susah benar nak bukak. Kalau dah hujan lebat, gamaknya jangankan nak jumpa pisang goreng panas, kot terbeli pisang goreng lembap je nanti. Dek tempias hujan yang lebat.

Rezeki kot semalam. Akhirnya khemah biru kat taman semalam bukak walaupun hujan turun segan silu. Beli rm5 karipap panas yang sedap, keledek goreng rm3. Malangnya pisang goreng dah habis. Ah, bukan kau sorang yang mengidam pisang goreng panas di waktu sejuk ni! BAIKLAH.

Kebetulan Mama Naurah nak datang malam tadi, tu yang duk cari kudap petang tu. Tapi dia sampai dah malam, maka karipap tu dah tak "hot" seperti biasa. hehe


Panas-panas. Anyone? hehe

 Sekarang suka cari port jual benda bergoreng kat taman, sangat bermotif. Motif memenuhi nafsu makan waktu petang pun ye. Satu lagi, tanya khabar kot lah jumpa bs untuk Naurah.

Alhamdulillah. Berkat hujan renyai semalam, mengidam makan karipap panas, terberhenti kat khemah biru, terjumpa lagi seorang bakal BS Naurah. Wah, bakal BS. Bunyi macam ramai calon je. hehe

Harus. Calon yang terbaik untuk jaga Naurah. Insyaallah. Terpaksa memilih yang terbaik tidak bermakna cerewet. Tak mintak apa-apa pun atau tak ada syarat tertentu pun untuk jadi BS Naurah. Cuma satu je nak, biarlah dia anggap Naurah macam anak sendiri. Tu je.

Calon pertama, kakak A lah ye kita gelarkan. Belum pernah jumpa. Tapi kenal melalui kawan. Satu taman dengan aku sekarang. Cuma lorong ke belakang sikit. Pernah jaga anak orang sebelum ni. Macam nak hantar kat dia sebab kawan perkenalkan. Lagipun Kakak A duk depan rumah kawan. Bolehlah mintak tolong kawan skodeng tiap hari. HAHAHAHA Kata tak cerewet. T_T

Calon kedua, Kakak B. Kenal daripada kakak yang jual ABC kat taman aku. ABC kakak ni sedap. Boleh katakan time pregnant dulu, tiap hari balik kerja, belasah ABC dia. Baru-baru ni singgah, konon nak tanya pasal BS. Dia cakap ada. Satu taman dengan aku and sebelah rumah kakak ABC. Syukur. Tapi Kakak B ada anak umur setahun lebih. Tak pasti lelaki ke perempuan. Macam taknak je. Entah. Tak pergi tengok lagi.

Calon ketiga, Kakak C. Calon nilah baru jumpa petang semalam kat khemah biru. Yang sukanya dia depan rumah aku. Senang nanti nak hantar and pick up Naurah. Tapi kakak C dah jaga anak orang lain, umur 3 tahun, boy. Tapi consider budak tu dah besar, kiranya ok lah kot eh nak jaga Naurah. Plus kakak ni ada 2 orang anak dara, form 3 and 5. Also anak bujang form 1. Muda lagi, nampak cergas. Tapi.. entahlah.

Dalam semua-semua calon, ada sorang yang tidak tercalon tapi aku nak sangat dia jaga Naurah. Kalau boleh nak merayu-rayu mintak di jaga. My own friend yang suggest Kakak A as BS. Sebelum aku pindah ke rumah sekarang, kawan aku ni duk depan rumah sewa lama aku. Dia pernah jaga anak someone also kawan kita orang. Kira dulu dapatlah aku ber"geng" jap kat kawasan perumahan tu. Sebab we all sebaya. Sorang dah ada anak, aku pregnant time tu, and kawan aku ni dah kahwin tapi tak pregnant lagi. 

Nak dipendekkan cerita, aku dah biasa sangat tengok dia jaga anak kawan kami ni. Penuh kasih sayang. Anak kawan kami tu punyalah badan semangat, sanggup dia usung ke hulu ke hilir bila budak tu tak sihat, merenggek-renggek. Tak penat tengok gaya. Aku suka sangat. Sampaikan aku cakap, nak cop dia jugak untuk jaga baby aku nanti. 

Tapi sekarang, dia dah bukak bisnes. Katanya dah tak sempat nak jaga baby. Anak kawan kami pun dia dah bagi orang lain jaga. Aduh. Kecewa aku. Sebab tu dia cari BS untuk aku. Sedih. T_T

Dan, seorang lagi BS yang terbaik dan tak kan ada tukar gantinya ialah my own mum. Naurah's tok ma. Sekarang Naurah di bawah jagaan tok ma. Kata tok ma, nak balik kampung bulan November. Tapi dah masuk November, dia diam je. Aku lagilah buat-buat diam. Kalau boleh, taknak tok ma dia balik. nak jaga Naurah selama-lamanya. hehe

Aku saja sebut pasal BS semalam, kata dah jumpa yang kat depan rumah tapi dia ada jaga anak orang lain gak. Lajuuuuuuuuuuuuu je dia cakap, carilah orang lain sementara ma ada kat sini.

Alasan. Aku tau, dia berat nak tinggalkan Naurah tu. hehehe


Love both of them and mereka serasi dah bersama. 

Their bonding time!

Tok ma mandikan.
Kemain seronok main air bila tok ma mandikan.


Risaunya bila mandikan Naurah. Dia tak duk diam. Harap bakal bs nanti jaga Naurah macam mana her tok ma jaga bila mandi.


Siapkan Naurah pun tok ma yang buat.


"tengoklah saya, happy je dijaga oleh tok ma." Cantik pulak tu dimekap oleh tok ma, dah macam tepung gomak. hehe

Mandi, siapkan, tukar pampers semua tok ma nak buat. Bagi ebm pun ye bila aku mandi atau solat. Dahlah sepanjang hari jaga, bila aku balik kerja, nak take over mandikan and uruskan naurah semuanya tapi tok ma willing to do. Sibuk suruh aku mandi, solat, iron baju, makan. Aku jadi milk machine je. Tal ada pulak nak berkecik hati, malah bersyukur sangat dapat mak macam ni. Takpe lah, aku kasi lah peluang kat tok ma, nanti lepas ni dah balik kampung tak dapat dah macam ni. Biar tok ma uruskan Naurah sementara ada kat sini. Dia pun macam seronok je layan satu-satunya cucu dia. ^_^

 Sayang ma. 



Tiba-tiba aku sedih bila fikir pasal BS. Huwaaaaaaaaaaaa




K.bye!









THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, November 5, 2012

3 month check up. Too BAD!

Hari ni aku masuk office pukul 11 pagi. Bawak Naurah pergi check up kat KK for her 3m check up.

Planning asal after deliver Naurah, nak bawak je dia pergi check up and cucuk kat private clinic sebab aku dah naik muak menunggu lama kat gov.clinic untuk dapat treatment masa preggy dulu. Tapi disebabkan alasan yang tertentu, aku kena rujuk jugak Naurah kat KK sehinggalah dia 1year kelak. 

Bosan, lama menunggu, naik angin, bla bla bla memang aku sudah sedia persiapkan diri untuk ke KK today. Biasalah KK kan?

Tapi, hari ini punya "kelembapan" memang tahap dewa dan menambahkan benggang yang amat! Kalaulah bukan terpaksa, tak ada aku nak menunggu lama kat KK area tempat aku kerja ni. Benci. Klinik desa kat kampung aku dulu, tak adalah lembap cenggini, walhal orang tak ramai, lagi dia cepatkan urusan. This KK, dah tau orang ramai, lagiiiiiiiiiii nak slow melowwwwwwwwwww. Pui! Geram!

Dahlah aku terconggok depan klinik ibu & anak (K.I&A)  pukul 7.30 pagi, konon nak dapat no.1. Nanti nak masuk opis lagi. Tapi, bila dah pukul 8am, still grill K.I&A tak bukak-bukak lagi. Aku dah agak dia orang meeting. Pukul 8.20 one of the nurse yang ada kat situ, panggil aku, that k.I&A bukan kat bangunan tu lagi, bangunan baru dah bukak.

Good and happy for them, today was the 1st day this "new" K.I&A bukak. Maka bergembiralah mereka and glad ucapkan kat aku which is Naurah was the first patient yang register. Pui! But, it's bad for us!

Pertama, kalau dah menggedik sangat nak bukak klinik baru tu today, kenapalah tak guna kepala otak pi gotong royong klinik tu semalam? Hari ni kau nak patient masuk this bangunan dengan berhabuknya, kotor, bau cat and perabut gila punya kuat. Kau nak patient kau mampos?! Bayangkan, we all menunggu kat seat, para nurse ni kelam kabut duk menyapu sampah, sapu meja, perabot yang berhabuk. Dahlah ada a few baby dalam tu, dengan Naurah batuk and selsema yang teruk lagi. Then kat luar hujan renyai-renyai, ke mana aku nak bawak lari Naurah? Bawah air hujan? 

Kedua, dah tau bangunan baru officially guna today, napelah tak pergi tampal kat pintu klinik lama, yang mengatakan klinik sudah berpindah ke bangunan baru! Buatnya tak ada nurse yang panggil kami, entah jenuh aku menunggu kat sana. Aku pulak memang tak adalah nak tanya orang why pukul 8 lebih pintu tak bukak lagi sebabnya pernah sekali masa preggy aku ada appointment hari Isnin pukul 8 pagi. Tapi mereka tak bukak pintu lagi sebab every Monday morning mereka akan meeting till 8.30am. So, aku tak syak apa-apalah pintu tu terkunci. Betul-betul geram ni.

Then, dah masuk bangunan baru, tunggu mereka berkemas segala, borak-borak, gelak-gelak, GEDIK-GEDIK, pukul 9.15am baru panggil nama Naurah. Padahal nombor Naurah 001, bayangkan baby lain yang dah terpekik menangis, bosan menunggu. Kesian gila aku tengok.



Dah masuk dalam bilik rawatan, nurse buat kerja main-mainlah pulak. Dengan peralatan tak lengkap masih ada separuh lagi barang kat bangunan lama. Satu hal nak terkejar pergi ambik barang. Aku sabar lagi menunggu. Waktu ni Naurah dah bangun dari tidur. Nasib baik mood dia ok. Siap ketawa-ketawa lagi bila nurse borak dengan dia. 

Tapi, aku sangat tak gemar cara meraka, kuat borak, mesra alam terlampau. Aku nak cepat, nak masuk opis lagi. Aku bawak Naurah kat klinik untuk dapatkan rawatan, bukan nak cari BS. Duk layan borak dengan Naurah. Sampaikan satu tahap aku cakap,

"Kak, saya nak time sleep ye. Sebab saya kerja ni, nanti bos saya marah pulak masuk lewat." 

"La, keje ke? Ingatkan cuti lagi" - nurse

What? anak aku dah 3 bulan lebih kot, cuti jadahnya. Dah sah-sah aku pakai baju kurung nak pergi keje, kau ingat aku nak pergi kenduri?

Bila aku mintak time sleep, konon-konon nak bagitau supaya buat kerja dengan cepat, PUNNNNNNNNNNNN buat derk je! Tangan entah menulis apa kat buku Naurah, mulut duk pot-pet pot-pet, berhabuklah, kabel telefon tak adalh, pen hilang, bau taik kucing bla bla bla. Argh! tension.

pumpam pumpam!!! Pukul 10.15 baru nak cucuk. Owh, sebelum masuk bilik rawatan, ada nurse kat luar dah timbang, ukur kepala and panjang Naurah siap-siap. Tempat nak timbang and ambik ukuran pun aku tak berkenan. Kotor, berhabuk! Nasib baik bawak changging mat, aku alas guna benda alah tu masa nak tanggalkan pakaian Naurah. Then tempat nak ukur panjang Naurah tu betul-betul tepi meja. Buatnya Naurah dah pandai meniarap, sikit je boleh jatuh kat lantai. Kata bangunan baru, gaya macam dah tak ada tempat sangat dah nak buat prosedur ambik ukuran baby. Kat meja seciput and di sudut menunggu jugak, kasi orang lain tengok aku bogelkan anak. Sabar jelah.

Masa nak cucuk Naurah tu, nurse tu layan borak dengan Naurah, konon-konon tak nak bagi Naurah takut kan nak kena cucuk and ajar aku cara pegang. Padahal aku dah tau pun. Dah 2 kali kan kena cucuk. Aku diam je. Then bila Naurah ketawa je dengan nurse tu, dia siap cakap lagi,

"olololo, kemain dia ketawa ye. Nanti taulah jap lagi." - macamlah anak aku takut!

Lor, kau apa hal? siapa suruh borak dengan dia bagi dia ketawa. Aku nak cepat ni, tak perlu nak pujuk anak aku. Dia relaks je. Aku ada. Tugas kau, cucuk dia. Lama gila k, dia duk pujuk Naurah sebelum cucuk tu. Aku tau la anak aku kuat ketawa tapi tolonggggggggggggg la cepat sikit buat kerjaa.

 Bila dia dah cucuk jarum kat peha, Naurah pandang muka aku, aku senyum je, then Naurah senyum je pandang aku. Sikit pun tak nangis. Then nurse cabut jarum, siap cakap lagi,

"eh, peliknya, tak nangis. Biasa baby nangis. Peliknya dia".

Gila! Perlu ke semua budak nangis? Dah dia tak rasa sakit, biarlah. Nape, kau suka sangat eh tengok budak nangis? Pastu, siap panggil kawan-kawan dia, cakap Naurah tak nangis. Argh!!!!!!!!!!!!!!!! stress aku! Ok, bagi cool down, aku fikir, dia nak cakap anak aku bagus tu. Sebab tu dia bagitau kawan-kawan dia. TAK PERLU! SAYA NAK CEPAT OK!

Aku pun lemparlah senyum kambing. ^_^ 

Aku ingatkan dah settle semua, nak kena jumpa doktor pulak. Aku memang request pun nak jumpa doktor sebab Naurah batuk and selsema yang agak teruk. Plus ada seorang doktor yang entah mana dapat kelulusan and gila ke apa, sesuka hati bagi ubat batuk kat Naurah, padahal ubat tu not recommeded below 2 years old! Aku pulak yang cetak pengetahuan tentang ubatan ni and sangatlah percaya pada doktor ni, bagi je ubat tu kat Naurah. Kesannya, Naurah terkena alahan. Naik tompok merah kat dada, leher, telinga dia. Aku rasa tompok merah tu gatal, sebab tu kot Naurah asyik menangis je and reject to bf her for 3 days. So, start hari Khamis malam sampai hari Ahad semalam, aku bagi ebm kat Naurah. Lagi tension!

Khamis malam. 1st tompok, berbintak. Ingatkan dia kena gigit dengan apa-apa.


Jumaat its become worse. Kesian sangat.

Aku ingatkan tok ma dia bagi makan apa-apa. (Dah, aku suspek mak aku sendiri. Jahatnya aku!). Sebabnya mak aku sokmo la duk cakap, Naurah lapar ye, bila Naurah asyik hisap tangan sendiri, pastu bila dia tengok orang makan je, mesti air liur dia meleleh, pastu telan air liur. That's why kot mak aku syak Naurah lapar. hehe Tapi mak aku tak bagi dia makan apa-apa pun. Jenuh aku duk fikir kenapalah dia jadi macam tu.

Tiba-tiba teringat kat ubat batuk dia makan. Before this tak ada pulak macam ni. So, aku ambik ubat tu, tilik punya tilik, aku koyakkan sticker kat botol tu, yang klinik tu tampal untuk nyatakan berapa dos sekali makan. Rupa-rupanya..

2 years above! Ya, Allah. Nasib baik tak jadi apa-apa kat dia.

Sorry sayang. I'm a bad mother. T_T

Dah lepas cucuk, kena tunggu kat luar lagi, nak ambik buku rawatan. Tengah tunggu buku, Naurah poo poo. Ingatkan nak cuci kat rumah pulak, tapi macam kesian je, takut nak jumpa doktor nanti take long time, buatnya dia meragam, susah nanti. So, pergi toilet, cuci poo poo, kat ruang menunggu tu ada sofa, alas guna changging mat, tukarkan pampers. Adalah dalam 15 minit. Ingatkan nama aku dah dipanggil, punnnnnnnnnn TIDAK! Sempat basuh and tukar pampers ok! kemain lama nak dapatkan buku rawatan tu. Entah apa yang ditulis pun aku tak tau!

Dah dapat buku tu, terus pergi bangunan lain. Punyalah ramai orang. Today is monday special kes untuk diabetes. Tapi nasib baiklah doktor panggil Naurah dulu after nurse collect buku rawatan yang aku letak dalam bakul. Bagus doktor tu. Aku suka sejak preggy lagi. Cepat jugaklah dia buat kerja. (Tiba-tiba suka, bila nama panggil cepat. HAHAHA). Betullllllll, doktor tu baik, dulu pun aku dah suka dia. Dia perempuan k. hikhik

GOSIP JAP. Masa tunggu jumpa doktor, ada sepasang kembar perempuan. Comel sangat. Yang kakak, ayah pegang, adik lak ibu dia pegang. This couple duk depan aku. Tiba-tiba ayah kembar ni bangun and pass this kakak kat wife dia and said "nak pergi merokok jap, lama sangat tunggu". What? Terlopong jap aku. Atas pangku isteri ada 2 baby kembar. Dalam 5 minit, this kembar dah meragam. Kau bayangkan macam mana kakak ni nak handle anak dia. Aku pass Naurah kat mak aku. Then aku bangun ambik si kembar tu, kakak. Elok je dia atas pangku aku.

Budak ni comel sangat tapi kena sensor gambar kerana ia menjadi bahan gosip aku diatas kesalahan ayahnya itu. Sellfish! ---> Anak makcik aku sibuk ambik gambar bila aku pangku budak ni. Tq Balqis tolong sertakan bukti bergambar untuk jadi bahan gosip Kak Ya. T_T

Wahai, ayah! Kenapalah kau tak tergamak buat begini. tak boleh ke tahan sikit dari merokok. Bulan puasa boleh tahan merokok sepanjang hari, ni kan untuk beberapa minit sahaja. Kesian aku tengok.


 SAMBUNG CERITA KLINIK...

Then doktor bagi rawatan, pergi ambik ubat kat farmasi. 


Legaaaaaaaaaaa. Dah settle. Cepat-cepat pergi parking.

MALANGNYA, ada kereta lain park belakang kereta aku. Gggrrrrrrrrrrr. 

Nasib baik ada kakak cleaner masa tu. Dia nampak aku donggak-donggakkan kepala, konon intai-intailah kot-kot ada somebody kat situ, nak tanya kereta milik siapaKAH itu. Then kakak tu datang, cakap kerete nurse. Then kakak yang baik hati tu, pergi panggil nurse. 5 minit lepas tu, nurse tu datang dengan melenggang, muka kelat. Ceh, dah kau parking belakang kereta aku. WAJARLAH!

"Ni tempat parking staff. Nasib baik saya tak keluar g nursing hari ni, kalau tak, sampai petanglah awak kena tunggu." 

Amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii,

"Owh, yeke? Saya tak nampak pun signage FOR STUFF ONLY? Dalam klinik bukan main saya tengok label sana sini, buat 5S. Kenapa parking tak label eh?"

Ish, serius, aku benggang gila. Aku datang awal tadi, nampak kotak parking kosong 1, then aku parking lah. Manalah aku tau tu untuk staf sebab tak ada satu inci arahan pun untuk STAFF SAHAJA. Then, siapa suruh dia parking belakang kereta orang, dah tau tak ada jalan keluar dah, lagi nak menempak kat bontot kete aku. Akai ada?? 

"Terima kasih nurse. Jangan lupa buat 5s kat parking gak. Nanti ada lagi yang park kereta kat sini. Susah-susah je nak alihkan kereta." sambil lempar senyuman. PUAS HATI AKU!

Tong sampah kat dalam klinik pun dilabel TEMPAT MEMBUANG SAMPAH. Tak label pun tak apa. Budak umur 5 tahun pun tau, kalau dah ada tong sampah kat situ, memang tempat buang sampah lah. Ni parking sebesar tu, kau tak tulis apa-apa, maka semua orang fikir ia HAK SEMUA. Siapa cepat, dia dapat. Tak kan aku datang awal, tengok ada parking kosong, still bengap aku nak g parking kereta kat semak samun jauh sana. Gila ke apa! HUH.


Dah, tu je untuk check up 3month. Oleh sebab terlalu benggang, lupa dah berapa ukur lilit kepala and panjang Naurah. Yang ingat, berat Naurah for 3month is 6.1kg.

Born : 3.35 kg
10 days : 3.6 kg
19 days : 4.1 kg
1 month : 4.7 kg
2 month : 5.6 kg
3 month : 6.1 kg




"Ma, tengok Kak Ya. Marah-marah klinik, ambik gambar dalam klinik gak." - Balqis, anak makcik aku. 

Agaknya dia bosan dengar aku membebel. HAHAHA

Sekali sekali camwhore, apa salahnya. Hilang sikit bosan. Ye dak? hikhik






K.Bye.








THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...