Wednesday, October 31, 2012

Raya Aidiladha 1433H



Dah 5 hari sambut Raya Korban, baru nak bercerita. Tak sempat. Ni pun tak sempat nak cerita semua.


Biar gambar ceritakan segalanya with a little bit caption. ^_*



Malam hari Rabu, sibuk bungkus tapai. Sampai jari terluka kena pisau. Wajib buat setiap kali raya. Tapi ioll tak makan, tolong buatkan jeww.


Dah siap bungkus. Tapi tak boleh makan lagi. Kena peram, 2 hari 2 malam, baru manis yang amat. Tapi ioll tak terliur pun. entah kenapa. darling hubby suka bangat ini tapai! ^_^


Ioll tak pandai nak anyam ketupat daun palas. Tolong tengok je. Nenek yang buat. Kuat lagi nenek kerah kudratnya buat 100 biji ketupat. Sayang nenek!

3 of us! This raya Naurah dah besar sikit, dah boleh bergambar, tak ada dah nak tidur sangat lepas sembahyang raya. But, still bad mood kalau bergambar banyak-banyak. Tu yang dia boo layan kami, asyik pandang ke tanah je. hehe

Daddy's girl. Sampai hati hubby belikan baju merah untuk Naurah je. Ibu pakai baju 2 tahun lepas. T_T Sebenarnya Ibu dah beli kain merah tapi tok ma tak sempat nak jahit. hehe


Iolls perasan kan, bila je orang lain ambik gambar iolls bersama-sama Naurah, mesti Naurah susah nak senyum. Cer iolls tukang ambik gambarnya, cepat je senyum meleret. So, ada 2 kesimpulan. PERTAMA : Naurah suka tengok iolls. KEDUA : Iolls sangat bagus untuk jadi kiddo photographer. kuikuikui

Iolls cuba hiasa kepala Naurah dengan headband tu tapi tak sampai 5 minit dia mengamuk. Tak suka benar agaknya. "sila tanggalkan 3 ketul stroberi atas kepala saya!" Agaknya tu yang Naurah nak bagitau.

Darling hubby tengah uruskan bayaran untuk akikah Naurah.

Hubby tolong tumbangkan lembu. This time also got lembu hitam.

This is second time hubby melapah daging lembu. Kali ni, dia macam berlagak sikit lah. Dah faham dia orang sembang. Hahaha

Menu akikah : Sup tulang and daging goreng. Lepas habis majlis, masih ada saki baki seketul tulang lembu. Iolls belasah makan sup gear box ni. Kalau tak buat akikah pun, still jadi menu wajib tiap kali korba. Sup tulang my mum punya style, mablessssssssssss!


Dulu rajin nak bercerita panjang pasal raya. Sekarang, nak bernafas pun tak cukup.



Kisah dulu.





Kbye!





THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, October 30, 2012

Antara sebab lain..

Sekarang musim hujan kan? Nasib baik raya hari tu cuaca elok je. Tapi kalau hujan lebat, banjir sekali pun sanggup aku balik kampung terchenta itu selagi ada laluan balik kampung tak ditenggelam dek banjir.

Ye, memang sebab kampung is the best place in the world. Tambahan pula bila Raya Aidiladha, lagiiiiiiiiiii lah syok sambut raya kat kampung. Meriah sangat-sangat. Bukan Raya Aidilfitri tak meriah tapi aura raya korban ni lain macam sikit. Perut pun meriah jugak, berpesta dengan segala macam bahagian lembu. Ada daging, hati, perut, ekor, lidah, kaki, lemak, limpa bla bla bla semuanya. Syok sesangat. Kira pesta perutlah kalau balik time raya haji. LOL

Satu lagi yang menambahkan kemeriahan pesta perut raya haji baru-baru ini ialah PUTU HALBA. Tell you, PUTU HALBA IS SUCH AMAZING FOOD in Kelantan!



Putu halba ni hanya ada musim hujan je tau atau lebih tepat lagi kalau musim tengkujuh, akhir tahun ni. Sebabnya main ingredient untuk buat putu halba adalah ubi kayu. As you know, kalau dah musim hujan, ubi kayu mana boleh bertahan lama, kan buruk ubi tu ditenggelami air dalam tanah. So, dari elak ubi kayu useless, maka mereka inovasi kan menjadi putu halba. Ting, hebat kan! hahaha

I tak taulah if tempat lain ada ke tak this type of putu halba sebab i belum pernah jumpa lagi. Kalau putu piring, putu buluh tu dah biasa sangat. Mana-mana ada. Rasanya pun tepung beras je.

Tapi this putu halba rasa ubi kayu and rempah halba. Delicious and mabeles k!



Elok je sampai kampung petang rabu tu, tak reti penat, terus keluar pusing pekan cari putu halba. Esok paginya bekpes lagi dengan putu halba, petang tu cari lagi. Hari Jumaat je time raya, peniaga tak meniaga. Hari Sabtu tu cari lagi. Then makcik suruh tempah untuk dia balik KL esok harinya. So, aku pun tempah sama. 50 hengget! Bahagian aku rm20 and makcik rm30. Hambik kau, hadaplah puas-puas 60 keping! hehe

Sebenarnya saje tapau bawak balik Pahang, kot-kot homesick nanti, mengidam putu halba, mana mau cari. Baik tapau awal-awal. Tapi semalam bangun lambat, tak sempat nak kukuskan semula and parut kelapa muda. So, hari ni gigih bangun awal pagi, kukuskan semula putu halba, kasi lembut sikit and parut kelapa muda. 

Heavennya bekpes secawan nescafe and 6 keping putu halba. Mabeles!




Ingat aku sorang je yang over mentedarah putu halba ni, rupanya ramai gila yang booked putu halba untuk bawak balik KL, johor, perak bla bla. Nasib baik aku booked and bagi bekas awal-awal hari Sabtu tu. Masa collect pukul 8 pagi, hari Ahad, ada kakak yang nak balik Penang sempat beli rm7 je sebab dah tak cukup. Dia mintak bahagian aku, tapi tak boleh la kak. RM30 tu untuk makcik and kawan-kawan dia. RM20 pulak untuk aku and darling hubby bawak balik KL. Next year ye kak booked awal-awal. kehkeh


And, one more thing kan, tadi bawak putu halba datang opis, kasilah opismate rasa and one of my opismate cakap after makan putu halba, ebm dia bertambah. And, dia memang cakap halba was good to increase milk. I see, tak tau pun selama ni. Baru tau dari dia pagi tadi. Kalau tau, awal-awal beli putu halba 50 hengget. Hahaha Over! 

Tapi siyes, kalau beli banyak pun boleh lah untuk makan beberapa hati, tak cepat rosak selagi simpan dalam peti ais.  putu halba tu kakak tu buat pagi ahad, then today hari selasa still elok lagi, cuma kena kukuskan semula kasi lembut. kan aku sumbat dalam peti ais, keraslah jadinya. Owh, tiba-tiba terliur putu halba, tiba-tiba keenakan putu halba apabila dikunyah-kunyah. Tapi, dah habis punnn. 

Next year, kita jumpa lagi putu halba. ^_^

Oleh kerana pagi tadi bangun awal untuk sediakan putu halba, maka baju tak sempat nak iron. Kalut dah cari baju nak match dengan tudung. Sekali my mum godek-godek dalam almari (nampak nau rumah bersepah. hehe well, belum dikemas sepenuhnya masa pindah hari tu!) terjumpa baju 2 tahun lepas. Baju ni tak payah iron. So, aku pun semangat nak cuba tadi. Sekali, muat! and bila pakai mengancam dari zaman anak dara. sebabnya bahagian miss b tu sangatlah ketat, bahagian pinggan longgar pulak. maka, hari ni terpaksa pump milk dalam surau, tak dapat nak selak baju kat workplace. 

Kesimpulannya, saya rasa lagi hot dari zaman anak dara. WAKAKAKAKA

My mum lagi best, tengok aku ulang alik kemas beg kerja, beg ebm, plastik putu lagi, cakap cenggini....

"cantiknya ibu hari ni. tak nak bergambar dengan kita ke ibu?" sambil pangku Naurah (konon Naurah yang cakap).

Dah tu, ibunya memang camwhore, capai kamera dalam handbag, kasi kat my mum, terus pergi kerja. Sampai kat opis nak tengok gambar, sekali tengok macam ni rupa gambar tu.









Terima kasih mak, susah payah ambik gambar tadi. T_T

Gegar seribu. hikhik 
Tapi kami rasa kami tetap comel and mak sweet sangat-sangat. hehehe




Kbye.





 

THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, October 29, 2012

........... is GREAT!

What a terrible traffic jam semalam. Bermula pukul 10 pagi bertolak dari home sweet home, then sampai ke Kuantan around 2am. Gila penattttttttttttttt (penat duk membebel, makan-makan dan tidur!) Hahaha



Well, darling husband balik sama-sama dengan i ke Kuantan semalam, so dialah drive kereta. Masa on the way balik kampung rabu yang lepas, only me, my little Naurah, my great mum and sweet lil' sis sahaja. So, i yang drive. Hubby tak boleh cuti awal. Nak taknak terpaksa i drive jugak, nasib baik jalan tak jem. Rugi lah kalau tak bertolak balik kampung on wednesday memandangkan that day adalah cuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang. So, tapau ebm banyak-banyak, then tok ma feed Naurah use bottle bila Naurah lapar. I pulak drive dengan aman. Alhamdulillah, everything going smooth.

Tapi, semalam sangat terrrile and horror k! Kematu vontot duk dalam kete, naik lenguh mulut duk sembang dengan hubby (takut dia mengantuk and bosan!), tired duk mengunyah (perlu, untuk wake up diri sendiri dari tertidur!) and penat jugak beratur kat toilet tiap kali singgah kat petro station. Gila ramai orang. Dah aku makan tak henti dari pagi hingga malam, kau bayangkan berapa kali nak ke tandas je. Hazab ok!

Nasib baiklah Naurah behave well. Tidur je memanjang. Bangun pun untuk nenen and main kejap.

Tapiiiii masa maghrib tu we all berhenti kat masjid kat Dungun, take turn to pray, konon tak nak keluarkan Naurah dari kereta, kan dah malam (orang tua kan pesan tak elok bawak anak kecik keluar malam-malam), so bila turn hubby solat, i and my mum dalam kereta kalut gila sebab Naurah nangis yang amat! Tak pernah k dia nangis, terpekik, melalak macam tu. Kesian sangat-sangat, tersesak-esak dia menangis, dengan air mata meleleh, mata bengkak. Ya Allah, sampai aku menangis sama. Tak sanggup tengok. Dah check pampers, dia tak poo poo pun and wee wee pun tak banyak. Dah pasang ayat Quran dalam kereta, punnnn tak jalan. Bagi nenen, kemain dia tolak "milk machine" ni. Terkejut aku. Then pass her to tok ma, aku pun ebm, dah cukup 4oz, kasi bottle kat tok ma. Terus dia hisap, diam je sambil mata tertutup rapat tapi still ada esakan lagi. Habis 4oz susu, dia tidur sampai ke rumah tapi ada lah sekali dua terjaga, i bagi direct feed, dia dah ok.

 Tak dapat bayangkan macam mana kalau aku sorang-sorang time tu nak handle Naurah dalam kereta di tepi jalan. Huwaaaaaaaaaa Ibu sedih sangat tengok Naurah macam tu semalam.

Now, aku rasa sangat mengantuk. Jalan rasa tak stabil, mata rasa panas, merah, kepala berdenyut-denyut dan tekak rasa loya. Nasib baik ada tinggalkan stok ebm banyak-banyak last week, so sampai rumah awal pagi tadi, terus tidur. Tapi still tak cukup jugak. Naurah nak nenen pukul 3 pagi, then tidur jap, nenen sekali lagi pukul 5, then pukul 6 pagi dah bangun. Mencabarnya jiwa raga saya hari ni!

Bantal pleaseeeeeeee! tak tahan nak tidur. Buat kerja pun macam slow je hari ni.

Tapi dalam mengantuk tu, still rasa lapar lagi. Gtg now, nak tapau nasi kat cafe. Takut sangat student habiskan lauk pauk. Hahaha Student jugak nak disalahkan. Kesian mereka. hikhik

But before that, a few picture of Naurah dalam kereta semalam. Tapi waktu ni siang lagi, so dia pun galak je main-main. 



Orang lain makan, dia hisap jari.

play baba-chak with tok ma

Dah pandai tarik baju masuk dalam mulut. Tok ma cakap, macam ibu. hehe ok. kita comel. hakhak

Dah boring baring, buat muka kesian, minta di angkat. hehe

kiss dari nyamuk kat pipi. Hasil penat lelah ibu usung naurah ke dalam semak masa korban lembu. Sorry sayang. Tapi tetap comel walau ada pimple sebijik! LOL

 
Owh, semalam Naurah turn to 3 month. Happy 3 month old my dear Naurah. Cepatnya awak dah membesar. Ibu tak puas lagi nak timang-timang awak ni. Love you sayang!


Her new 3 month progress. DAH PANDAI TIDUR MENGIRING!! Dalam kereta pulak tu Naurah show her progress kat ibu and ayah. For the first time! ^_^





Kbye!
Perut memanggil-manggil.
Bantal menyorong-nyorong.



Wah! ^0^







THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, October 19, 2012

It's rainy day and bring mata panda to office. TERBAIK!



It’s rainy day today. Awal pagi tadi, 6 kali Naurah terjaga. Biasanya if nak susu hanya 3 kali dia akan terjaga start from 12am, 3am, and 5am. Tapi pagi tadi start from 1am sampailah 6am, every one hour dia merengek. Tak nangis tapi dengar dia hisap tangan dia. Lapar ke? Tengok-tengok nyamuk atas kepala. Aduh, kesiannya. Tidur dia terganggu. Alang-alang dia hisap tangan tu, aku bangunlah jugak nak bf dia tapi bila angkat dia diam je. Mulut tutup rapat. Sah, dia mengantuk, bukan nak bf. Tapi tidur terganggu disebabkan nyamuk. Maka hari ni, dengan hujan di awal pagi, aku bawak mata panda ke opis. Mengantuknyaaaaaaaaaaa. 

Tapi hari ni, nak ambik time-off untuk urusan pindah rumah. Gila nomad dah rasa ni. Pindah lagi. Pindah lagi. Duit habis untuk sewa lori and bukak, pasang astro je. Sabar jelah.

Esok nak mengemas rumah ni, so terfikir macam mana nak kemas rumah dengan meninggalkan Naurah sorang-sorang, tak pasal-pasal jadi makanan nyamuk. So, ingat nak hantar Naurah kat rumah mama dia. Leh tak mama? Hehe

Ayah Naurah tak ada esok untuk tolong kami. Out station kat Sabah. Sedih. Sokmo pindah bila hubby tak ada. Nasib baiklah aku berhati cekal dan bersemangat waja (wah, kekdah masuk bakul angkat sendiri kauuu! HAHAHA), so no big deal lah.

Lagipun bukan aku yang angkat barang nanti, aku dah siap booked lori sekali dengan pekerjanya untuk angkut and susun barang kat rumah baru nanti. Just tunjuk je mana kau nak letak katil, almari, dia orang tolong angkut. Baik pakcik ni, dah 2 kali aku guna perkhidmatan dia. Murah pulak tu. Semalam aku called dia, terkejut dia, aku nak pindah lagi. HAHAHAHA Nak buat macam mana pakcikkkkk, ni semua bukan atas kerelaan saya. Penat saya nak pack barang-barang. Uhuk.

Ikutkan hubby mintak hold dulu pindah, tunggu lepas raya haji, baru dia boleh tolong. Tapi after raya haji mana ada weekend dah, tak maulah sampai bulan 11 duk rumah tu. Lagipun tak tahan dah sangat-sangat dengan nyamuk kat rumah tu. Rasa macam duk dalam perkampungan nyamuk pulak. Sebelum ni mana ada nyamuk, aman je. Maybe sebab musim hujan kot, nyamuk sejuk duk kat luar, pakat berkampung dalam rumah aku. Parah dah rasa. Biarlah aku sorang-sorang, bersusah payah sikit nak kemas barang-barang janji Naurah tak digigit nyamuk lagi. Barulah jadi ibu mithali and isteri solehah kekdahnya. HAHAHAHA

Apa-apa pun still miss Naurah’s daddy. Wish dia ada time nak pindah nanti.  


Apa? Ibu ingat ayah superman?  leh terbang dari Sabah ke Pahang? ------> NAURAH    T_T



Ololololo, padahal awak lah yang suka sangat kalau ayah ada, kan? Berkepit je

dengan ayah, nanti ibu jadi milk machine je bila ayah ada. Nak tidur pun dengan ayah, kan Naurah??  --------> IBU    :-p



DADDY'S GIRL!
 


Add caption
 



Till then.
TATA.







THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, October 18, 2012

Chaotic!!!

Lately kan, Naurah punya peel lain macam sikit. Manja sakan. Asal sikit nak gaduh dengan miss b. Aku kan balik kerja punyalah nak cepat takut dia lapar, tapi bila bagi je miss b dia palingkan muka ke tempat lain. Kalau dipaksa jugak mulalah buat muka kememe dia, nak nangis, pastu tangan siap tolak-tolak miss b lagi. Bila ngadu kat ayah dia, tau cakap ape?

"sayang pegilah mandi dulu, bau busuk kot, tu dia taknak tu. hehehe"

hamboiiiiii. Kerja dalam air-cond je kot, melampau sampai bau busuk. Berpeluh pun tak! Bukan macam u, biey, travel sana sini. huh!

Sentap k! Bukan sentap dengan hubby yang suka mengusik tapi dengan Naurah. hehe Tapi tak sampai hati nak marah tau. Bagi redakan keadaan aku pergi lah solat Asar dulu, then main-main dengan dia. Dah tu main kejap, mulalah tengok dia duk hisap tangan sendiri siap dengan bunyi macam enak sangatlah tangan tu.Again, aku suakan miss b kat mulut dia. Nangisssssssssss.

Bila dia menangis tu macam kesian sangat. Aku tau dia lapar tu tapi saje nak merajuk dengan mak dia. Then my mum pun panaskan EBM isi dalam botol, dia tak nak jugak. Saje lah tu tunjuk protes kat mak dia. Mak aku cakap tadi sebelum aku balik, elok je minum EBM.
 
Pening mak noks! Mak aku cakap ni kes kecik hatilah ni, malam boleh bagi fresh, siang hari bagi yang frozen. kehkeh 

Dah puas memujuk, dah puas dia nangis, agaknya dahaga sangat baru dia nak nenen miss b. Tapi nak tunggu dia minum tu tak sanggup sangat tengok dia menangis.

Lagi best, last week dah keje, then weekend cuti 2 hari, seronoklah dia dapat fully nenen miss b for 2 days. Then isnin kerja semula. Called my mum tanya Naurah buat apa, dengar-dengar dia menangis. My mum cakap dia tak nak minum EBM guna botol. Haish~ agaknya dia konfius kot, dah 2 hari dapat miss b, tetiba hari ni kena guna bottle semula. 

Dah makin cerdik dia. Dah dapat beza dah yang mana asli, yang mana tiruan. (LOL). Macam mana la kalau kena g kursus for 2,3 days mau dia lupa terus nak bf. Sedihnya.

Naurah, Naurah. Janganlah macam ni. Ibu kerja untuk awak tau sayang. Siang-siang awak kena minum susu ibu tinggalkan dengan menggunakan botol. Malam-malam baru boleh bergayut kat miss b, ok? 

Susah hati fikirkan dia. Dah tu kalau susah hati miss b pun slow je nak produce milk. Hari ni baru 10oz dapat. Macam merudum sikit. Dengan aku rasa mood sangat down memikirkan masalah rumah lagi.

Rumah sewa je kot, pening fikir macam rumah sendiri. Err, memanglah kan, rumah sewalah yang selalu pening kepala. kalau rumah sendiri tak adalah jadi macam ni. Tak adalah jumpa dengan tuan rumah yang kes**lan macam ni!! Geram aku! 

So, sebelum tahun 2012 melabuhkan tirai (wah, kemain ayat!) misi kali ni HUNTER A HOUSE! Beli rumah sendiri, yang penting booked dulu, walaupun pemaju tengah bina. Janji boleh duduk tahun depan. Dah tak payah nak jadi nomad kalau tuan rumah buat hal. Daripada bayar bulan-bulan kat tuan rumah, baik bayar kat bank, loan rumah sendiri. Bayar lebih sikit pun apa ada hal, janji rumah sendiri. Kan? Ohohohoho GERAMMMMMMMMMMMMMM!!!!

Tapi yang paling geram sekarang ialah nyamuk. Habis digigitnya Naurah. T_T

Anak Ibu yang comel and cool je walau nyamuk duk atas lengan. Tak rasa gatal ke sayang? T_T





Till then.
^_^ legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. 
Masalah kecik je. Ada lagi masalah besar yang ditanggung sebelum ni, kan?  
will story bila dah bersedia.





TATA.







THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, October 15, 2012

EBM, Burger bakar, nursing pad, increase milk bla bla bla

Bila mood kerja dah datang, sampai tak menang tangan jadinya. Minggu lepas still bermalas-malasan lagi and mood tengah warming up, but today no more monday blues. This monday is chaotic one! heh. But, i really like it. Sampai tak perasan dah pukul 4.30, dah nak hampiri angka 5. My favourite number now! ngeeeeeee

Nasib baiklah seminar kebakaran tadi just for 1 hour, kalau tak mau tak cukup lagi masa. Sampaikan dah masuk waktu rehat pun tak perasan, tengok jam dah kul 1 lebih, makanan tak tapau lagi, mau habiskan student beli. hikhik Dah pergi pukul 1.30, memang dah jangka not many choice pun, just pilih je ayam masak kicap seketul, kacang panjang goreng and nasi banyakkkkkkkkkk.. hahaha

Just randoms thing wanna share :

1) EBM

not-so-meriah. Sorry darling Naurah. T_T

Disebabkan busy melampau, tak sempat nak buat stok EBM untuk Naurah mengikut perjanjian iaitu 5oz/day and kena fill up 4 bottles yang i bawak tapi malangnya hari ni just sempat dapat sikit je, tu pun 1 bottle langsung tak guna. I tak sempat nak penuh 1 botol untuk 5oz, just pump bila miss b rasa berdenyut, then bila dah berhenti berdenyut, i pun berhenti pump gak, padahal susu banyak lagi kuar. Sad. Sorry sayang ibu. Balik karang ibu buat stock lagi.


2) Breakfast. Burger bakar

single. Tapi kenyangsssssssss.


Pagi-pagi dah bekpes burger bakar. Wah, confirm susu 4oz for Naurah rasa burger ni, sukalah dia nanti. ahahaha Actually burger tu beli petang semalam kat gerai budak-budak konvo kat tempat kerja, tapi husband terbeli banyak. Semalam dah bedal yang double punya, then yang single ni kepunyaan budak kecik kat rumah tapi dia tak makan, so simpan dalam peti ais, masik enak di makan pagi ni. Cuma dah tak rasa panas membakar lah, dah jadi burger sejuk. Tapi masih enak! heh, i like daging burger dia, tebal then mayonis super banyak. Selama ni duk hadap je gambar kan, orang ramai pakat duk rasa burger bakar ni, sekali rasa, terus tangkap chentaaaaaa. sedap. berbaloi beli walaupun mahal sikit.


3) Inovasi Nursing pad

Inovasi. 1 set span only rm0.80. Cheap one kan? but berkesan sangat-sangat.


Miss B produce milk sangat banyak. So, need to wear nursing pad. Kalau tak, mau lencun baju sampai meleleh ke kaki. Selama ni pakai nursing pad jenama X (xmau mention sebab ramai je yang pakai) tapi tak berkesan. Pakai tak sampai sejam, pad tu dah lecun, kadang-kadang miss b rasa gatal-gatal sebab milk bertakung and milk boleh kelihatan kat baju. So, fikir punya fikir, found out one solution untuk mencari nursing pad yang tebal. Beli span baju 1 inci, then mintak my mum jahitkan. Settle. Selesa and milk tak meleleh. Tq mum. ^_^ 


3) Increase my milk



Memang begini eh rasa bila fully bf, rasa lapar semacam je? mulut tak boleh berhenti mengunyah mengalahkan orang pregnant. Seriuosly, stok makanan memang tak boleh putus, makan nasi kena 3 kali sehari. Kalau tak rasa macam perut pedih, cacing korek perut. Takutnya jadi bambam. Tapi my mum cakap eloklah makan banyak-banyak, susu jadi banyak. Tak payah ada hati nak diet, nanti susu tak keluar banyak, mula susah hati. Susu tu nanti Naurah minum, badan jadi kurus lah. Ye eh? hehehe Sukaaaaaaaaa.


4) Start beli mainan kat Naurah

Cheap and nice. Gajah sekor + doraemon rm5, gegirl curly hair rm6.

Since ada baby girl kan, asal nampak benda comel je rasa nak beli je. Macam minggu lepas, sempena konvokesyen kat tempat kerja, maka banyaklah gerai yang jual macam-macam jenis barang. Antaranya teddy bear yang murah-murah. So, sempatlah rembat 2 teddy bear untuk Naurah. Sangat murah hokei, rm5-rm6. Sape tak nakkan? Macam-macam jenis teddy bear lak tu. Gerammmm. 


5) Naurah got present from her mama

Mama dia siap bagi pepatung sekor. comel.

Ibu tumpang gantung gajah sekor yang ibu beli kat playgym mama kamu kasi. hehe

Jangan tak tau, masa dalam perut lagi, Naurah ni ada ramai mama. Ibu haruslah sorang tapi mamanya ramai. And one of her mama yang very close with me bagi playgym kat Naurah. Ayah dia dah tengok-tengok dah kat giant ari tu nak beli playgym ni, sekali mama dia belikan dulu. Haruslah bersyukur sangat-sangat, bagai pucuk dicita ulam mendatang. wah2.. hehe Tq deari Nabilah. You are the best mama for Naurah, hope Naurah pandai and bijak macam kamu. ^_^


6) The real juice

This is superb! Cool and juicy.


I love mango juice. First time rasa mango juice from arab, terus jatuh cinta. I beli kat gerai konvo. Saje je beli masa jalan-jalan tawaf gerai (LOL), sekali dahaga terpandang jus yang sejuk tu. Tak cukup setin jus mango, tapau lak jus oren sekali. Masih terasa keenakan jusnya dengan isi mango and oren yang pekat and pure buah. Pergh~ pleaseeeeeeeeeeeeeee tell me kat mana ye jual jus ni, nak beli lagi. Now, konvo dah habis, dah tak tau nak beli kat mana lagi.


7) My booster



1st day masuk opis, the first thing i do was change my dekstop wallpaper. Frame gambar menyusul kemudian, gambar tengah cuci. Cer kira, ada ke mak-mak yang tak letak dekstop wallpaper dengan gambar anak sendiri? Masa preggy boleh lah letak gambar anak siapa-siapa yang berkenan di hati yang gebusssss comel tu, konon nak kenan anak comel gak. heh! 


HAH, puas aku dapat update blog walaupun terpaksa balik lambat sikit. Maaf Naurah, mesti tertunggu-tunggu ibu tuuu. Ibu on the way now!


Till then.
TATA.




 


THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, October 11, 2012

Booster your energy, mommy!

After two days work and back home being a mother, i think LIFE IS SO GREAT, FANTASTIC AND BOMBASTIC!! hahaha what a nice day after struggle dengan tenaga (doing work!) and emosi (miss Naurah!) kat tempat kerja, then balik rumah rasa tenaga tu dicas semula after tengok Naurah. And mind you, kat rumah pun still kena kerja jugak, AGAIN struggle dengan tenaga (doing home work!) and emosi (miss Naurah's daddy).

Thats my life for two days. Tak sabar sangatkan nak rasa being a career women and a motherkan. Nah, hambik kau, memang penat dan tak menang tangan dan otak! hahaha HECTIC and CHAOTIC, yet its still fun.

My new routine,

6am till 7.30am.. wake up, shower, prayer, BF Naurah, bersiap and work. 

8am till 5pm... work, pump, work, breakfast, work, pump, work, lunch, pump, work, pump, work, back home.

5pm till 12am.. kiss and hug Naurah,      simpan stok susu dalam fridge,        BF Naurah,   prayer,    play with Naurah,     shower (lucky, my mum willing untuk mandikan Naurah. lap u!),  siapkan Naurah after shower,      wash Naurah's cloth,     Mahgrib prayer,      BF Naurah,     dodoikan Naurah (lately manjanya, rindu kat ibu lah tuh! hehe),      dinner (beruntung sangat mum dah masak siap-siap. lap u!),     kemas dapur,       sidai baju Naurah,        lipat baju Naurah and me,   susun baju,     iron baju untuk kerja esok,       kemas barang-barang untuk bawak kerja esok (stok makanan sebenarnya. hahaha),      lepaking depan tv with my mum sambil borak-borak and belek-belek Naurah,  SLEEP.

12am till 6am...12am BF Naurah, sleep, 3am BF Naurah, sleep, 5am BF Naurah, sleep. 


Penat? YES.
Sleepy? DEFINITELY YES!


YET, so far, i still enjoy and harap enjoy sampai bila-bila. Bila ada anak ni, i always think positif. If kita penat pun, tak cukup rehat pun semua tu bukan untuk siapa-siapa melainkan untuk anak kita jugak, untuk family kita jugak. Jika bukan kita bersusah payah, jika bukan kita yang buat semua kerja tu, siapa lagi nak buat kan untuk anak kita? kan?

Cuma i agak beruntung buat masa sekarang sebab my mum ada, she help me a lot. Tapi i rasa orang lain pun sama je kot, ada hubby di sisi pun memang membantukan. Kadang-kadang i terfikir macam mana nanti if my mum dah  balik kampung and i still LDR with my hubby. So, i need more energy, i need more spirit more than i rasa sekarang. So, if sekarang i tak kuat, macam mana i nak hadapi hari-hari mendatang without my mum and hubby di sisi?

Sooooooo, from that i'm always THINK POSOTIVE. Ini amanah dari Allah S.W.T. Ini tanggungjawab yang i nantikan untuk menuju ke JANNAH kelak. Yes, i happy with all this, i ikhlas and redha lakukan semua ini. Bila kita redha and ikhlas lakukan untuk keluarga kita, dari situlah kita bersemangat dan bertenaga semula. Naurah menjadi pemangkin semangat i. She boost my energy a lot! ^_^ 

Tapi, tipulah kan, if i saying i tak pernah merasa penat pun walaupun beribu kali i tetap think positive. Even semangat kita tinggi tapi badan kita tak bekerjasama pun, still kita akan rasa penat, kadang-kadang boleh pitam kalau terlebih dari kemampuan badan kita menanggung all that work. 

Mentally dah kuat tapi physically so weak! 

WHAT SHOULD I DO?

 So, bagi elakkan benda tu terjadi, awal-awal i dah sediakan segala-galanya. Ubat untuk mental is always Naurah besides me and moral support from hubby, ubat untuk jasmani always pray that Allah S.W.T. give me strenght and ubat untuk fizikal?

I take this!

Bee Pollen vitamin


Tanpa bau, bahan semulajadi. Sangat senang nak makan untuk yang jenis susah makan ubat macam i.


Actually, i ni jenis yang sangat susah nak makan ubat. Memandangkan my mum and family take this vitamin and they share with me kesan ubat ni, so why not i mencuba. Lagipun after this i kena uruskan Naurah and work, so i need more energy, i gagahkan diri nak mencuba, plus malas dengan family membebel, kena ambik vitamin lah lepas bersalin bagi cantik badan, baiki tenaga, baiki urat saraf tu semula, lepas ni nak bersalin lagi bla bla bla bla bla. hikhik

So, after 2 month i take this, apa yang i dapat simpulkan, BEE POLLEN VITAMIN is GREAT! really boost my energy. Dah 2 days i masuk kerja ni i tak pernah lagi rasa mengantuk yang sangat-sangat mendesak i untuk baring di surau. Compare dengan dulu, since anak dara, kahwin and preggy, asal waktu rehat je mesti rasa nangtuk, laju je pergi surau nak tidur. lagi sanggup tahan lapar, asal dapat tidur. But then, lepas ambik vitamin ni, i tak pernah lagi rasa mengantuk atau penat melampau seperti sebelum ni. Lagi-lagi after take lunch, asal perut kenyang je, kul 3 and 4 tu mesti mata nangtuk.

Padahal kerja semakin banyak and rehat kat rumah memang sah-sah tak cukup. Dengan nak uruskan diri i sendiri, lagi uruskan Naurah. Pastu tak cukup tidurnya lagi, berapa kali kena bangun di awal pagi untuk BF Naurah, seriuosly memang tak cukup rehat. 

Tapi i perasaan perubahan ketara ni lepas makan vitamin bee pollen. Macam sendiri terfikir, Eh, kenapa aku tak pergi surau eh waktu rehat? eh, nape aku tak nangtuk eh lepas makan tengah hari? Boleh pulak tak penat mata duduk mengadap PC lama-lama. Kalau dulu, kejap je bangun dari kerusi, berjalan ke sana ke mari nak hilangkan mengantuk and penat mengadap PC.

Magik kan? So, form zero knowledge about kebaikan bee pollen (kan selama ni terpaksa makan je vitamin ni atas desakan my mum), i pun start google, what so special about bee pollen, apa dia dah buat kat my body. hehe

End of my research, now i know kebaikan bee pollen.  Antaranya:

1) KECANTIKKAN. Bee pollen baik untuk mencantikkan and meremajakan kulit serta baik untuk diet

THE REAL I FEEL. aku perasan je badan aku susut banyak after pregnant, rasa makin kurus dari sebelum pregnant. Bayangkan berat badan sebelum pregnant adalah 59kg, pregnant 69kg and sekarang 48kg. Gila ok! Ramai je orang tegur aku kurus (bukan kurus kering lagi keding ok, ada shape. hehe). Some say, bila BF badan kita akan kurus, so aku yakin badan aku kurus sebab aku BF Naurah tapi rupa-rupanya after tau kebaikan bee pollen ni, aku percaya vitamin ni pun membantu untuk aku kurus. Walhal, aku ni jenis yang makan sangat banyak after bersalin. Aku rasa masa pregnant pun aku tak makan banyak macam ni. Asal sikit je lapar, asal sikit kena makan. Kalau tak, sibuk je bunyi cacing dalam perut aku ni, sampai korek-korek perut, pedih perut. So, kemana semua makanan tu? magik kan?


2) PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN SEL OTAK ANAK. 

Yang ni aku tak tau lagi sebab Naurah still kecik lagi tapi apa yang aku perasan perkembangan Naurah ni, berat badan dia naik seimbang like born 3.35kg, 1 month 4.7kg, 2 month 5.6kg. Macam semangat je badankan tapi dia tak bambam. Semua ingat dia bambam tau tapi bila tengok kat luar, tak macam 5.6kg TAPIIIII bila kau pegang dia, pangku diaaa, ha baru kau tak betapa semangat badan dia. baru kau tau tang mana 5.6kg tu. Badan dia jenis mampat, tak berketul-ketul atau berlemak. Tulang dia pun keras je, leher dia lagilah, tak gaya budak usia sebulan yang masih belum gagah kepala lagi. Ni berdasarkan apa yang orang-orang tua cakap bila datang melawat Naurah. Even kawan-kawan aku pun cakap badan Naurah keras, mampat, kuat. Then, progress dia pun macam cepat je, dalam pantang before 40 hari, dia dah pandai ketawa and kuat ajak borak. Aku tak taulah anak orang lain kan, tapi saudara mara aku cakap kalau baby sebelum 40 hari ni mata pun xkuat lagi,pandangan pun kabur lagi, tapi naurah dah pandai pandang tepat pada mata kita and bila kita senyum je, dia pun senyum. Aku syak, dia minum susu aku then ubat tu mengalir dalam badan dia gak. ^_^

3) MEMBANTU MEMULIHKAN SISTEM PENCERNAAN

After bersalin kan, rata-rata mommy akan hadapi masalah sembelit. Macam tu gak dengan aku. 1 sebab kekurangan zat makanan kot, yelah, dalam pantang asyik hadap ikan bakar, nasi, lada hitam je. Nak makan sayur itu ini tak boleh takut anak kembung perut, nak makan buat tak boleh takut anak kembung perut bla bla bla. Kadang-kadang aku rasa merepek semua tu, walhal sayur and buah tulah yang membantu baik pulih badan kitakan. Tapi dah berpantang, so, dengar jelah nasihat orang tua. Kang jadi apa-apa kena marah lak, mereka jugak susah-susah jaga kita. 

So, nak dipendekkan cerita, bila ambik vitamin ni, tak ada lagi masalah pencernaan tu. Dan paling ketara aku perasan, amat jarang Naurah meragam akibat kembung perut. Lepas je berpantang, aku tibai semua jenis makanan. Orang cakap tak boleh makan sangatkan kuah lemak, buah labu, air gas bla bla bla kan? Tak ada maknanya, aku makan je. Dah rindu sangat. Mula-mula tu aku takut gak, kan kesannya pada Naurah, kesian dia sakit perut, so semua makanan yang aku nak makan tu, aku ambik dalam kuantiti yang sedikit, saje nak test perut Naurah, then tengok Naurah ok je. tak sakit, So, aku makan lagi dalam kuantiti yang banyak, punnnnnnn Naurah still ok. So, selera aku makin hari makin bertambah, aku makan apa je like nenas, air tebu, air gas (semalam baru aku beli setin air coke), Alhamdulillah Naurah ok, tak meragam pun. So, aku yakin, vitamin ni membantu aku and Naurah dalam mencernakan makanan.


4) PENINGKATAN GIZI MAKANAN BAGI WANITA HAMIL DAN MENYUSU

Masa pregnant memang aku tak makan vitamin ni. tak kuasa aku nak tambah koleksi ubat sedangkan ubat wajib like folid acid pun selalu aku ponteng makan, ni nak tambah satu vitamin lagi? HARAM! So, kisah bermula lepas bersalin ye, aku memang perasaan susu aku banyak sangat. Alhamdulillah, rezeki Naurah murah. Kadang-kadang every 10 minit sekali miss B ni berdenyut-denyut and bengkak, seksa gak rasa. Kalau kat rumah tak pelah, aku direct BF je kat Naurah, tak pun picit buang tapi bila kat opis ni, takkan nak pump every 10 minuteskan, kang tak buat kerja lak. SO, aku biarkan je tapi aku pakai la nursing pad (kang aku share pasal inovasi nursing pad! entry lain) tapi nursing pad tu still bocor gak, tak dapat menampung susu kuar banyak. Kadang-kadang aku kena bawak spare nursing pad. Then ramai je yang tanya aku macam mana susu boleh keluar banyakkan? Actually aku pun tak tau sebab apa. nak kata aku kuat minum air putih, tak adalah jugak, bukan jenis aku tu. 

So bila google ni aku tau bee pollen meningkatkan kuantiti susu dan menambahkan gizi pemakanan dalam susu, baharuuuuuulah aku percaya antara penyumbang kepada susu aku yang dah macam non-stop berhenti ni adalah vitamin ni, maka haruslah aku gembira. Tak sia-sia mak aku membebel suruh makan vitamin ni. Rupanya banyak gila khasiat bee pollen.


 Satu lagi produk yang aku ambik ialah minum PRO-DRINK ni:


Pro-drink.

 Yang ni pun aku try gak, campur je dalam minum and minum je, tak rasa apa--apa tapi banyak kebaikan. Yang paling ketara gila-gila bila aku kena cirit-birit tahap gila-gila punya, aku makan sebijik vitamin bee pollen and minum dengan pro-drink ini, baring jap terus hilang cirit-birit dan perut memulas-mulas. 

LAIN-LAIN KEBAIKAN :

-membakar kolestrol dan lemak
-mencuci darah dan sisa toksid dalam badan dll





Aku dah penat nak share kebaikan bee pollen ni, kalau nak tau pi lah google sendiri tak pun tanya je apa-apa kat komen atau email, nanti aku jawab. Kalau nak tau macam mana nak dapatkan vitamin ni, boleh e-mail kat aku ladybarbella@gmail.com.

Aku nak buat kerja lak, waktu rehat dah habis. Next time share. Ini bukan menipu atau aku suka-suka buat bisnes tapi aku rasa terpanggil nak share vitamin yang aku makan ni. Tapi aku percaya, makanlah apa pun, jika tak diizikan oleh Allah S.W.T semua tu tak menjadi. Tapi apa salahnya mencuba, ye dak? Doa tanpa usaha adalah SIA-SIA. ^_^


Tak caya google sendiri.


Anything for you my dear.


my booster.




TATA







THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...