Saturday, September 29, 2012

Happy 2 Month mommy and baby!

Semalam Naurah genap 2 bulan. Time flies so fast! Rasanya macam baharu semalam lahirkan Naurah. Masih teringat kesakitan menahan contraction yang masih mampu ditanggung oleh aku, tak ubah seperti sakit senggugut tapi tahap kuasa tiga. ;-) Masih terngiang-ngiang suasana dalam labour room, riuh rendah dengan suara doktor, nurse and hubby bagi semangat supaya push kuat-kuat. Seronok. Masih terasa jarum yang tak ubah seperti mata kail mencucuk kat kulit Miss V, sakit, pedih dan perit. Ngeri dan fobia. 



Sekaligus memadamkan memori indah preggy and bersalin. Tiada lagi keseronakan. Segala kenangan yang mencabar datang bertimpa-timpa. Cabaran sungguh. Di awalnya hadapi dugaan alahan yang agak teruk. Dah tak sabar tunggu saat bersalin supaya alahan tersebut cepat berlalu. Penutup dalam mendapatkan zuriat pulak, diuji sekali lagi dengan dugaan jahit kat Miss V. Owh, memang tak tertanggung rasa. Permulaan dan penutup yang hebat untuk mendapatkan Naurah. Sumpah, fobia nak bagi adik lagi kat Naurah. Sejuta kali fikir. *_*




Masih ingat "warning" yang aku bisik kat telinga hubby sewaktu jumpa hubby dalam ward, malam selepas lahirkan Naurah.


"Biey, sayang boleh bagi sorang je anak kat biey. Tak nak dah. Sakit!" sambil bergenang air mata


"Takpe. Biey bersyukur sangat sayang and baby selamat. Terima kasih sayang lahirkan anak biey". Hubby balas dengan senyuman dan kucupan di dahi.





Tu kisah 2 bulan lepas.


Tapi sekarang, sekiranya diberi pilihan, aku sangat rindu saat-saat itu dan mahu mengulanginya lagi. I'M DARE TO PREGNANT AGAIN. HAHAHAHA 


Cepat nau lupa ye fobia tu? hehe


Sebenarnya sangat emo waktu tu. Rupanya sakit itu indah. Segala sakit yang dirasai itu sangat bernilai dan berbaloi selepas tengok Naurah. Sekiranya sakit itu 10 kali ganda terasa, aku masih sanggup hadapinya. Kesakitan itu akan berlalu bersama peredaran masa dalam membesarkan baby yang aku nantikan itu. Sangat bahagia perasaan itu.





Buktinya, 2 bulan yang berlalu telah melenyapkan segala negative thinking di awal preggy dan kesakitan jahitan kat Miss V.  Dua bulan yan berlalu juga diisi dengan detik yang menggembirakan. Walaupun orang cakap tempoh berpantang membosankan, namun bagi aku ia sangat menyeronokkan apabila diri dilayan bak puteri dan berkhidmat hanya untuk baby yang dikandung selama ini. Semuanya sangat indah dan sempurna untuk dikenang.


Namun walaupun aku merindui saat itu, tak adalah aku nak bagi adik kat Naurah dalam masa terdekat ni. hewhew Kalau boleh nak bagi Naurah besar sikit, jaga dia elok-elok dulu, bagi sepenuh kasih sayang yang tak berbelah bagi kat Naurah tanpa perlu risau akan kehadiran adiknya nanti.  Itulah aturan hati aku buat masa ini. Kalau dulu takut, sekarang dah lain cerita. :-p (Suka la hubby baca pengakuan ni! nanti kemain dia ejek lepas ni! hehe)


Dua bulan yang berlalu ni penuh dengan perasaan gembira je. Dua bulan yang cukup singkat ni cukup memberi pengertian dan pengorbanan menjadi seorang ibu. Tak adalah aku cakap, aku dah expert gila perihal nak jadi seorang ibu tapi cukuplah aku faham bagaimana perasaan seorang ibu. Perasaan suka, duka, susah hati, bimbang dan beribu perasaan lagi yang dirasai apabila melibatkan zuriat sendiri. 





Orang cakap, nak membesarkan anak, kita akan hadapi macam-macam karenah. Namun, pengalaman membesarkan Naurah dalam tempoh 2 bulan ni sangat mudah. Naurah tak banyak karenah pun. Masih sama seperti sebulan yang lepas. Waktu tidur lebih lama dari berjaga. Aku sudah terbiasa sekiranya perlu bangun 2, 3 kali di tengah malam dan awal pagi. Aku sudah faham apa yang perlu dilakukan sekiranya Naurah masih menangis sekiranya sudah BF.  Sama ada diapers need to change atau perutnya tak selesa. Kadang-kadang badannya tak sihat jugak mengganggu tidurnya. Alhamdulillah, so far Naurah sihat-sihat je walaupun pernah demam sekali tapi dia tak meragam pun. Cool je. ^_^


Nak pantau pergerakan dia pun senang. Aku dah siap-siap buat jadual harian dia. Padahal tak tau lagi ni siapa yang jaga Naurah nanti. Tapi aku berdoa nenek Naurah dapatlah ikut kami nanti. Sebut pasal jadual, sebenarnya mula-mula tu saje buat jadual nak tengok sleeping progress for Naurah. Tapi selepas hampir sebulan pantau, rasanya should be ok kot if aku teruskan jadual tersebut and bagi pada babysitter nanti. Atleast dapat membantu dan memudahkan urusan penjagaan Naurah dan lain-lain aktiviti yang nak dilakukan nanti. 


Glad to share, biasanya kadar tidur yang baik untuk seorang baby ialah 12 jam waktu malam dan 6 jam waktu siang. Tidur yang cukup dapat membantu perkembangan otak bayi. So, dari pengamatan jadual Naurah, so far aku boleh katakan Naurah tidur dengan cukup. Dan setiap kali dia terjaga, pasti dia akan tersenyum dan ketawa terkekeh-kekeh. Langsung tak buat hal. Kecuali kalau ibunya busy (ngadap lappy, menonton tv dan makan!) tak perasan Naurah dah poo poo, baharu Naurah nangis, mintak diaper ditukar. hehehe



Contoh jadual aku buat :

8.00 pagi : Naurah terjaga.   

8.30 pagi : mandi

9.00 pagi : Nenen dan tidur

11.30 pagi : Nenen dan tidur semula (baring depan tv, then terlelap sendiri)

1.00 petang : Nenen dan main.

2.30 petang : Mandi

3.00 petang : Nenen dan take nap. (baring depan tv, then terlelap sendiri)

5.00 petang : Nenen

6.30 petang  : Mandi

8.00 malam : Nenen dan Tidur

12.30 t.malam :Nenen

2.30 pagi : Change diaper dan Nenen

5.00 pagi : Nenen


Jadual yang aku buat sangat simple dan mudah difahami. Aku saje test mak aku sama ada faham tak jadual tersebut. Then mak aku cakap faham dan senang. Contohnya Naurah akan mandi pukul 8.30, so 5 minit sebelum Naurah mandi, kena sediakan air panas. Then kenapa aku asyik mention pasal NENEN je dalam jadual tu sebabnya mudah untuk sesiapa yang jaga Naurah nanti supaya sediakan EBM yang aku tinggalkan sebelum Naurah bangun. Begitu juga dengan corak tidur Naurah, kadang-kadang dia susah tidur walaupun dah masuk waktu tidurnya. So, nak tak nak make sure dia tidur jugak dalam lingkungan tersebut. Kalau tak cukup tidur nanti dia meragam. So, bila dia susah tidur walaupun dalam jadual dah masuk waktu tidur, mesti ada sebabnya. Antaranya dia mintak didodoikan, dah poo poo dalam diapers atau perut tak selesa. Kalau tak ada apa-apa masalah, lepas je nenen, should be ok, dia akan terlelap sendiri.


So far, mak aku faham je. Aku dah start praktik jadual ni 3 minggu yang lepas. So, Naurah dah start minum susu EBM dengan menggunakan botol bermula pukul 7 pagi hingga 6 petang. Sama waktu aku bekerja. Aku dah mula ajar dia, bila time guna botol dan bila dapat BF. Nampaknya Naurah follow the schedule yang diberikan. Alhamdulillah. Hopefully, aku dah masuk kerja nanti, dia still dapat follow macam ni gak. Aku taknak lah mula-mula je dia ikut, kang dah besar sikit usianya makin dia cerdik lak bezakan susu EBM dengan fresh milk punya. Kalau dia memilih nanti, jenuh la aku. Haih!



Then mak aku pun ada mention suruh ajar Naurah minum FM sikit-sikit, takut bila kerja nanti EBM makin kurang, tak cukup bekalan untuk Naurah. Lagi runsing, bila Naurah dapat bezakan FM and breastmilk nanti. Kang langsung dia taknak minum FM. Haish, macam-macam yang difikirkan ni. Risau gak aku. Niat di hati memang la nak bagi exclusive breastmilk kat Naurah, nak campur dengan FM pun tunggulah dia 6 month ke. 


Tapi bila difikirkan, memang ada betul gak apa mak aku cakap tu. Tak naklah aku masuk kerja nanti, jenuh duk bimbang tak tentu pasal kat Naurah, cukup ke bekalan susu nanti, dengan fikir pasal kerja lagi. Makin stress, makin kurang Miss B produce milk. Tapi, dalam duk bimbang tu, sampai sekarang aku duk bagi je fully breastmilk kat dia. hehe cakap tak serupa bikin. Sebenarnya malas nak fikir and rasa sayang pulak breastmilk yang banyak ni. Time  aku free nilah nak bagi fully breastmilk kat dia. Time aku free and bersenang lenang nilah nak bagi EBM kaw-kaw. Kang esok-esok dah kerja, entah milk banyak macam sekarang ke tak. Bila nak pump tu, entah keluar lancar macam ni ke tak. Runsing gak bila perkara macam ni terjadi. Harap-harap niat aku nak fully bagi breastmilk ni tercapailah. AMIN. Bila dah kurang, barulah aku ikhtiar cari FM nanti. Harap-harap tak adalah kalut sangat nak cari FM yang sesuai dengan selera Naurah. 


So far, tu jelah sedikit sebanyak pengalam menjadi ibu kepada Naurah dan gelagat Naurah. Fun and very enjoable. Owh, one more thing, berbaloi-baloi rasa sakit yang dirasai sebelum ni. (hehe tak habis-habis cakap berbaloi-baloi. Macam nak promote kat orang je nak suruh preggy! kahkah). MEMANG PONG!! hikhil 

Well, manalah tau kan, kot-kot ada spesis macam aku yang takut nak beranak. Jenuhlah bopren uolls menunggu uolls yang taknak kahwin-kahwin lagi dan bagi beribu alasan kat bopren uolls gara-gara takut  nak beranak. macam orang tuu. Eeeeee... *tutup muka* Malu iolls, kenangkan perangai camtu dulu kala. hikhik


Sekarang, BERBALOI-BALOI. Eh, sekali lagi! :-p



My 2 month old, Naurah. PEACE YOO!





Till then.
TATA.






THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, September 28, 2012

Dilemma : leaving or NOT?


Dan, bila mana hujan sangat lebat mencurah-curah, semua sedang enak melayan mata, aku keseorangan dengan hati gundah gulana. SANGAT-SANGAT! susah hati, dan RINDU.

Belum pun berjauhan dah nak rindu. Tapi itulah hakikatnya. Dalam dilemma, berkira-kira mahu tinggalkan Naurah kat kampung atau memujuk my mum ikut balik Pahang.

Yes, my maternity leave will end soon. It's next week. Huwaaaaaaaaa!! On 8th October dah masuk office. Need to work. Kalaulah diberi pilihan, for sure all mommy taknak kerja (Kot!) bila dah ada anak. Sanggup jadi fulltime housewife and ngadap muka anak je. What a nice job ever! Tapi nak buat macam mana, need to work untuk dapat extra money for our family. Plus dah ada Naurah, lagilah daddy and mommy need to work hard nak prepare semua keperluan Naurah untuk masa sekarang dan akan datang. 

The idea to leave Naurah kat kampung comes bila i still tak jumpa babysitter yet! Masa preggy memang dah tercari-cari babysitter but tak jumpa-jumpa jugak. Taska banyak je tapi i tak sanggup nak tinggalkan Naurah di bawah jagaan seorang babysitter yang menjaga 3, 4 orang kanak-kanak di bawah jagaannya. Never ever! Naurah still a baby, baru 2 bulan lebih kot and she need more attention from her babysitter nanti. Tulah yang membimbangkan i.

So, bila dah susah hati macam ni, i and hubby cuba pujuk my mum to follow me untuk jaga Naurah sementara waktu. My mum ok je dengan syarat she need to settle semua kerjanya dahulu. My mum pun macam tak sampai hati je nak berpisah dengan cucunya and kesian tengok i nak berjauhan dengan Naurah. My mum cakap takut i demam je bengkak tetek bila berjauhan dengan Naurah. Tapi i rasa, i bukan demam sebab bengkak tetek tapi demam sebab rindukan Naurah nanti! T_T

Tapikan, macam kesian pulak tengok my mum bertungkus lumus siang malam to settle down her job. So, this-worried-mommy again berbincang dengan hubby, macam mana nak buat ni. Either tinggalkan Naurah OR bring my mum and need to push my mum cepat-cepat siapkan kerjanya (kejam i!). Owh, dua-dua tak sanggup! Ditelan mati emak, diluah mati ayah!

So, semua (read : family members, in law family, friends and villagers) duk tanya apa keputusan i, yelah masa makin hampir, minggu depan je lagi my last holiday. Bila i masih blur and don't have any solution yet!, maka ramailah yang suruh i tinggalkan Naurah dengan neneknya kat kampung. Lagipun after 8 oktober masuk kerja, 2 minggu lepas tu akan bercuti lagi untuk Raya Haji. Boleh jumpa Naurah lagi. Maybe lepas tu baru boleh bawak Naurah and my mum follow me to Kuantan. 

Amboi, amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, easy to talk and plan, huh! Tak  sanggup ok! Walaupun sehari. Sedangkan bila keluar ke bandar without bring Naurah pun i dah terfikir-fikir apalah Naurah tengah buat kat rumah ni, menangis ke dia, tidur ke dia, cukup ke bekalan susu i tinggalkan untuk dia?  Tu baru SEHARI. Kalau EMPAT BELAS HARI PLUS-PLUS? Macam mana? Tak ke meroyan i?! no way!


How could i? 


How could i?


How could i?


HOW COULD I LEAVE THIS GIRL?....
 

 she need me when to take a sleep at night. Kena dodoi macam ni.

when she need me to take a nap at afternoon. Sleep on mommy chest di waktu petang yang panas, barulah dia lena sangat-sangat.

when she need me at midnight. Ibu kena bangun, sandarkan dia kat dada sambil tepuk peha, baru dia lena semula.


when she need me to play and laugh. Belum 2 bulan, dah kuat main gelak-gelak. Terkekeh-kekeh ketawa.


when she need me at all night. Ibu sanggup jadi mata panda asalkan dapat jaga Naurah daripada digigit nyamuk and get ready to work (BF) for her.


And, what the most important is WHEN SHE NEED ME TO FEED HER.


Bonding time. Nothing can buy this moment and feeling. Jelingan dan sentuhannya yang menyentuh jiwa. Boleh nangis gembira bila bertentang mata dengan si kecik ni yang tengah nenen. Selalu terfikir, ni ke si kecik yang ada dalam perut selama 9 bulan, yang selalu menendang-nendang perut ibu? macam tak percaya dah ada depan mata.


SO, TELL ME....


How can i leave my little girl without doing any of the normal thing i do for 14 days? T_T


I CAN'T.


I REALLY CAN'T.


I REALLY CAN NOT LEAVING YOU, MY DEAR NAURAH!


T_T




Meow~meow~:

Terima kasih hujan menemani hamba di malam hari. Sama-sama mencurahkan air yang tiada henti. Moga hari esok membawa cahaya yang terang. (Again, menjeling Naurah di sisi yang lena tidur. Sedar tak sedar esok genap usianya 2 BULAN). Time flies so fast!






THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, September 21, 2012

My thought : Baby and Mommy Preparation

Eh, tetiba rajin pulak! Maklumlah ayah Naurah ada ni, terambil kesempatan sikit,ngular depan lappy lama-lama sementara Naurah dijaga ayah. Kasi can lah kat diaorang anak beranak nak bermanja, bukan tiap hari boleh jumpa. Nak kasi can ayah bermanja dengan ibu tak boleh lagi, pantang 100 hari lah katakan. Eh! HARHARHAR

Hari ni kat rumah sunyi je, mak, makcik, anak-anak makcik semuanya pergi rumah jiran. Katanya ada kenduri, sembelih kambing 2 ekor, mak sibuklah tu tolong masak. Malam kang ada aktiviti bbq pulak khabarnya. Wah, kenduri besar. Kita tumpang sekaki, isi perut kasi kenyang. hakhak

While Naurah sedap tidur boleh la ibu lepaking lama-lama. Naurah terjaga, tolong dodoikan lagi ye ayah Naurah. Yabedabeduuuuu!!

Sooooo, di waktu lapang yang sangat bermakna ini, meh la nak menjawab pulak pertanyaan yang diajukan oleh Izzatul Azma lak. Thank you yang mintak pendapat i. Ingatkan nak share question yang i dapat from formspring (pun dah lama bertanya. hehe Sorry!) tapi memandang this question came from M2B, kang dilambatkan jawapan, takut terberanak pulak, dah no point nak menjawab soalan yang diajukan.




Her question:

Ok nak tanya, nak tanya! Hehe eh sebenarnya i nak request.. ke u dah pernah buat ek.. I nak tanya pasal mommy & baby preparation before delivery tu. Tengah buat list nak beli barang apa sebenarnya ni :-)


My thought:

 Actually dear, if you nak tau list apa yang diperlukan, i pernah buat list and up 1 entry for that. CLIK HERE. Simple anwers from me, kan? dah settle your question. LOL.

Hehehe Saje sakat M2B. Dah alang-alang up this entry, i nak kongsi pengalaman i in prepare barang-barang baby and me semasa jadi M2B dulu. AS you feel, jadi M2B ni seronok sangat. Lagi-lagi bila nak shopping barang baby, memang excited. If hubby cakap esok nak g shopping baby stuff, rasanya lepas subuh je nak terpacak depan shopping complex. Pantang dengar ada je baby expo, mulalah kepala ligat fikir nak beli macam-macam. Kan? kan? Memang excited sangat-sangat. Bila dah excited macam tulah, kadang-kadang kita over shopping and bajet. Kadang-kadang bila difikir balik sampai melampau-lampau beli barang baby. Ni kira lesson learn yang i nak share, bukan sahaja untuk u maybe untuk i jugak for 2nd baby nanti. EH! hahaha

Secara random je ni, yang i ingat.

1) BABY OUTFIT

Just beli 5-10 helai baju newborn and the rest baju 6-12 month dalam 10 helai je is enough sebenarnya. In my case, i terbeli (eh, ayah Naurah) yang begitu excited dari i, sakan beli baju untuk Naurah. Sekali shopping, tak sah kalau tak rembat 5 6 pasang baju. Dah tu kalau nak tunggu baby keluar sampai 9 bulan, bayangkan berapa banyak baju Naurah yang ayah dia terbeli? Dahlah dia beli yang cenonet, comel-comel belaka. Ingat anak dia yang bakal lahir kecik comel kot. Sekali dah lahir beratnya 3.45kg. Badan agak semangat. Dah tu dibelinya baju jenis dress yang bawak nak pi jalan. Tak teragak. Tak kan nak pakai kat rumah kan? Then nak tunggu habis pantang baru nak bawak Naurah pi jalan, tengok-tengok bila pakai baju newborn tu dah jadi macam balut nangka lak. Sendat je kat badan Naurah. Sekarang Naurah tak sampai 2 bulan lagi, berat 4.7kg, dah pakai baju saiz 6-12 month dah. 

Then, kenapa i cakap just beli sikit-sikit je? sebabnya, nanti baby u akan dapat present tak kiralah daripada family ke, saudara mara ke and friends also. Rata-rata akan bagi baju. Like Naurah, rasanya baju yang dia dapat masa nak raya hari tu from SIL and BIL cukup sebulan nak raya. Melampau banyak. Bayangkan adik beradik hubby je dah 13 orang, sorang tak adanya bagi sehelai baju, atleast 4 5 pasang. Tu tak termasuk kawan-kawan sekolah i bagi lagi masa datang melawat Naurah kat rumah. Syukur alhamdulillah, murah rezeki Naurah. Tak adalah cakap menyesal beli baju banyak-banyak sebab as her parents memang tanggungjawab we all kan nak belikan pakaian kat Naurah cuma masa di awal kelahiran memang ramai yang bagi hadiah, so baju banyak-banyak yang kami belikan tu rasa macam melampau banyak dan satu pembaziran kot. Pakai sekali dua je, dah tak muat. So, beringatlah lain kali nak beli baju baby. Beli sikit-skit je dulu, then dah tak muat, beli baju lain pulak. 

2) BABY STUFF

Kalau diikutkan memang banyak gila kot baby stuff yang perlu dibeli. Mau melayang hampir 10k if beli sekali harung. Mana taknya baby gear je dah cecah 5k kot. Nursing stuff lagi. Memang pitamlah jap duit kuar mencurah-curah. TU PUN SEKIRANYA BELI SEKALI HARUNG. Macam i, dah buat list baby awal-awal, memang telan air liur gaklah, banyak gila nak kena beli. So, bagi elak pokai esok hari, bila baby dah keluar, we all decide beli apa yang penting dulu. Nak berbelanja ni kena ukur baju di badan sendiri. Tak  boleh nak sama dengan orang. Ada orang cakap nursing items like pump kena beli awal-awal. Same goes with stroller, baby car seat and so on. But for me, ia bukanlah menjadi kepentingan. I ikut cara i. Now, i rasa keputusan yang i buat itu sangat tepat. 

Why i said so? Like pump, nasib baik i tak terjebak beli pump medela, tak silap elektrik punya kot which is kawan i suggestkan masa tu dan harganya makan riban jugak. Sekali bila dah bersalin, i just beli pump murah tapi milk tak keluar banyak pun. So, i salahkan diri sendiri, kedekut sangat nak beli pump yang mahal sebab tu susu tak nak keluar. But then, hampir-hampir nak beli dah ni, bila tengok online shop tapi bernasib baik lagi, my auntie bagi pump medela elektrik punya. So, i pun gunalah. Best memang best, santai je, tak payah penat-penat nak pump guna tangan tapi jumlah susu yang keluar so-so je for me. Susu lagi banyak keluar bila i pump guna tangan. Fuhhh~~ nasib baik tak sempat beli lagi. Now, i rasa tu bukan keperluan buat masa sekarang. Tapi, untuk masa akan datang bila i dah masuk kerja, maybe tak ada masa nak pump susu guna tangan, maybe i akan pertimbangkan semula untuk beli pump tersebut. Kesimpulannya, berbelanja mengikut kepentingan terlebih dahulu. Tak rugi pun.

Then 1 lagi, i agak nyesal adalah excited pilih botol susu. Entah kenapa i macam seronok beli botol for baby. Padahal dalam hati nak BF baby ni. Tiba-tiba bila shopping nampak bottle comel-comel ambik je. Hubby pun diam je tangok i. Agaknya dia pun excited sama kot. Sudahnya, botol yang i beli boleh muat 5oz hingga 12oz susu tersadai macam tu. Baby memanjang BF je. I pun suka je BF Naurah, nanti dah kerja, BF session dah kurangkan. Tapi i tetap ajar jugak Naurah guna teat bottle. Speaking about teat, ni satu lagi lesson learn, semua botol susu i beli jenis round punya, tak ada yang silicon teat like bottle mam. Mula-mula bagi Naurah nips teat biasa tu dia tak suka sangat. Susah nak bagi. So, mulalah pencarian teat untuk Naurah. Macam-macam teat kami beli. Try and error concept is very important for baby. So, beli je satu botol dulu and  2 or 3 types teat untuk pastikan which teat yang baby suka. So, bila i tau Naurah suka teat jenis MAM, after this i akan beli bottle MAM jelah. Macam rugi pulak i dah terbeli 1 set tomme tippe feeding bottle kat Naurah. Dahlah regenya hampir 1k, from oversea lak tu. *Sigh*

Lagi satu kan, like i said beli barang tu just 1 je dulu. Like baby bath, lotion atau apa-apa je produk yang nak dipakaikan kat baby nanti. Sebabnya nantikan dapat hamper, baby bath, lotion, baby wipes etc sangatlah banyak, dah macam stok kedai gayanya bila dilonggokkan. So, no need nak beli dah nanti. Nasib baik jugak items yang pakai buang ni i beli one each items. Cuma lotion je terlebih sudah, sampai 20 botol. HAHAHAHA

3) ANTENATAL CLASS

Owh,man! this is very important for me kot. Ni pun kira persediaan before delivery. I rasa sangat-sangat berbaloi bila dapat join that class. Mana taknya, as a new mommy, i had a lot of experience when joint that class. Paling i suka sangat ni, bila dapat belajar cara pernafasan yang betul masa tengah contraction tu. Cara pernafasan yang betul very useful dan membantu i kurangkan rasa sakit. I dare to pregnant again sebab i rasa seronoklah jugak menahan contraction, CUMA yang i fobia tu alahan di awal pregnancy dan bab jahit menjahit Miss V tu. Pergh~ hehe

4) POSTNATAL CARE

Biasanya, kita tak akan fikir pun pasal tempoh berpantang masa kita tengah preggy. Sebab mindset kita hanya fikir about baby stuff and moment nak bersalin nanti. Tapi menurut pengalaman i, penjagaan lepas bersalin atau dalam tempoh berpantang also important and need to take care. Yang ni, tak perlu u bersusah payah, just told your mum or family about that. What i mean "that" (psotnatal care) was berurut. Trust me, bila sahaja give birth, after our baby safe, mesti in our mind nak BF baby tapi malangnya (almost new mommy kot) Miss B susah nak produce milk. So, bidan mengurut Miss B amat-amat diperlukan. Kalau boleh, 1st day discharge tu, panggil je bidan untuk urut Miss B dulu, then bila baby nips our milk, Insya Allah, baby tak kena jaundice. This is what mommy most afraid of kan bila dah delivery? Macam i dulu, langsung tak terfikir semua ni. Sedih sangat bila Naurah diberi FM and terkena jaundice.


Erm, apa lagi i nak share ye? Rasanya, so far tu je yang i ingat. Nanti if i remember lagi, i tell you through PM, FB jelah eh. hehe Hope pengalaman yang tak seberapa dari i ni dapat membantu u.



Till then.

Naurah picture again. Teheeeee


My dotter with her 3 month dress. Padahal umur baru sebulan lebih, dah pakai baju for 3 month. Tu pun sendat kemain.





TATA.




THANK YOU FOR READING THIS!

Q&A : Pregnant stuff

Agak free malam ni. Naurah dah tidur dan di bawah pengawasan ayahnya. Dah selesai dinner tadi. Other family members tengah layan cerita Waris, episod akhir kata mereka. So, kesempatan yang i ada ni, i just blogwalking je, dah lama tak jalan aktiviti ni. Tapi bila internet slow sangat-sangat, nak tunggu 1 website loading, jadi mengantuk pulak.

Then teringat sejak beberapa bulan yang lepas, i dah jarang nak reply komen atau pertanyaan kat comment box in each entry. Bukan malas tapi tak ada masa. Walaupun komen yang diberikan just say hello! i rasa perlu balas semua tu sebagai tanda terima kasih sebab ada jugak orang sanggup layan blog i ni dan tinggalkan komen. Apatah lagi ada yang bertanya soalan kat entry yang i tulis, lagilah terharu. Like diaorang nak tahu lagi detail dengan apa yang i kongsikan dalam blog ni. Thanks a lot. 

Soooooo, waktu yang teramat free ni, i nak  for this entry, i rasa nak menjawab 1 soalan yang dah lama sangat diajukan tapi as i said, i tak berkesempatan nak jawab. Sorry sangat-sangat. Plus i rasa segan pulak nak jawab soalan, sebab ilmu di dada ni masih kurang, i tulis dalam blog pun apa yang i rasa dan alami sendiri. 

The question came from Angah Chan. First of all, thanks a lot sudi baca blog i and leave a comment. I try my best to answer the question, hope membantu. ^_^


Sorry, the question not so clear. Maaf, saya yang kurang mahir nak copy this!

The question :

 Hi hana, congrats coz u mom to be. I just nak tanya u a few question. U berapa lama kahwin and then preggy? macam mana u mula-mula boleh detect yang u preggy? Mesti bestkan. Apa early simpton yang u dapat before u memang sah preggy? I kahwin 2 bulan tapi tak ada tanda-tanda lagi. Maybe cooming soon. Walaupun still awal lagi tapi i macam dah berharap sangat dah. Especially bila tengok orang lain preggy. Sorry ek sebab tanya u macam u kaunselor ibu mengandung. hehehehe anyway, hope everything goes well =)



Again, thank you Angah. Sorry lambat bagi respon. Now i dah jadi mommy. ^_^ I try my best share pengalaman i semasa jadi M2B. Actually i dah kahwin selama 7 bulan semasa you tanya i this question. Masa tu i am 40 weeks M2B and i pregnant after 1 bulan lebih kahwin. Mula-mula i dapat tahu i pregnant lepas i buat pregnancy test kat rumah. Tu pun sebab hubby paksa buat after my period lewat 2 weeks. Then untuk dapatkan double confirmation, i pergi klinik untuk scan and doktor sahkan that time i memang pregnant. Perasaan? Gembira and takut. ^_^

While my early simpton (masa belum tau dah pregnant) pulak, i kerap demam. Masa tu tak silap i, i bercuti kat rumah mertua, then tiba-tiba je badan tak sihat. Rasa demam, kepala pening yang amat, selsema. All that simpton datang dengan tiba-tiba, padahal mula-mula tu sihat je. Selain tu i rasa my Miss B sakit berdenyut-denyut, ingatkan nak period but then lain pulak citenya. Then seminggu sebelum i make pregnancy test, waktu tu i dah masuk opis selepas demam yang berpanjangan, i rasa badan lemah sangat. Asal balik dari kerja je, rasa nak baring. Malam-malam je badan rasa sejuk panas. Maybe lain orang lain simptonnya. 

Actually, i pun tak sangka akan pregnant seawal ni, plus this 1st year anniversary dah ada baby. Kami tak merancang pun nak baby cepat or lewat. Cuma pernah terdetik dalam hati i before married, kalau boleh nak kahwin setahun dulu baru nak ada baby but then Allah S.W.T bagi kami rezeki awal. So, i terima dengan hati terbuka.

I know all girl yang berkahwin memang nak dapatkan zuriat. Cuma cepat, lambat, senang atau mudah je menjadi persoalan. Semuanya bergantung kepada usaha dan ketentuan dari Allah S.W.T.  Ada yang dah bertahun kahwin tapi still tak dapat anak lagi. Mungkin bukan waktunya lagi tuhan nak bagi rezeki tersebut. I percaya ada hikmah di sebalik semua tu.

Like my cousin, almost 10 years kahwin tapi tak dikurniakan anak. Tapi tahun lepas dia datang beraya ke rumah dengan membawa seorang baby. Terkejut kami sebab dah lama sangat dia tak balik kampung. Rupa-rupanya baby tu anak kandung mereka. Without buat sebarang prosedur perubatan moden  yang memakan belanja yang besar, just berusaha (mengekalkan hubungan mesra dengan suami) dan bertawakal kepada Allah S.W.T. mereka telah dikurniakan anak. Apa yang dapat i simpulkan, sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. I percaya, kenapa tuhan baru bagi anak kat cousin i after 10 years dia kahwin? sebabnya 10 tahun dahulu hidupnya susah. Mereka hanya bekerja sebagai operator kilang. Hidup di KL sangat mencabar sekali dengan gaji yang tak seberapa itu. If ditakdirkan mereka mempunyai anak masa tu, mampukan mereka menjaga ana tersebut dengan keadaan yang sempurna dan baik? Sedangkan diri mereka sendiri terumbang ambing di kota tersebut. Pelbagai masalah yang dihadapi sehingga hampir-hampir mereka berpisah. Tapi berkat kesabaran dan kesungguhan mereka, lama kelamaan mereka dapat hidup senang lenang selepas menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Dan, selepas beberapa tahun mereka menjalankan perniagaan, ada simpanan peribadi, barulah tuhan bagi mereka rezeki yang tidak terhingga iaitu anak, zuriat mereka. See, aturan Allah S.W.T. itu Maha Hebat! Kini, anak itu hadir tepat pada waktunya, hidup dalam kesenangan dan sihat walafiat. Bayangkan kalau mereka dikurniakan anak pada 10 tahun yang lepas, bagaimana keadaan anak itu? Terjagakah anak itu? Apakah dia tetap hidup bersama ayah dan ibnya selepas ayah dan ibunya sendiri mempunyai seribu macam masalah untuk diselesaikan. Adakah ayah dan ibunya mampu menguruskannya dengan baik? 

Percayalah, setiap yang diatur ada hikmahnya. Lagipun you baru kahwin  tak sampai setahun, masih terlalu awal. Apa yang i boleh katakan, teruskan berusaha dan berdoalah kepada Allah S.W.T. Apa yang i boleh bantu, i pernah share one entry untuk kira hari subur wanita. Maybe it's can help you. CLIK HERE.


Harap i dah menjawab persoalan you. I tak pandai sangat nak bagi pendapat ni. Just share apa yang i tau dan terfikir. And, my biggest hope is, harap impian u dah tercapai. (since i lambat sangat respon your question, maybe you dah preggy pun. AMIN).


Till then for now. 
Now, Naurah need me, she start make sound, maybe nak nenen or kena check diapers dia. ^_^

Little angel.


TATA.





Meow~meow~:
Actually, i have a few question lagi yang belum dijawab. Ada yang bertanya through e-mail and ada jugak melalui formspring. Rasa macam best pulak ada sesi Q&A like this. hehe 
I memang suka if dapat bagi nasihat and menjadi pendengar kepada sebarang permasalahan. Selama ni pun ramai je kawan-kawan yang share their masalah dengan i and wanna get my respon on it. I pun tak pasti why they choose me to share their problems tapi apa yang pasti (Insya Allah) i will keep their problem just for myself and try my best untuk legakan kawan-kawan i dengan memberi sedikit nasihat yang sometimes quite santai dan bernas (my friend told me!).





THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, September 18, 2012

Mommy milk is the best!

HELLLOOOOOOO!

While Naurah tidur dengan nyenyaknya, bolehlah ibu update blog laju-laju. A lot af thing wanna share. Maklumlah excited sungguh dengan kehidupan as a mother. So, this blog pun opcoz lah will story mory about Nuarah sekarang. Dah tu je live owner blog sekarang. Ngadap muka Naurah 24-hours and on duty untuk Naurah je. Ngeeee Jangan bosan tau bila singgah blog ni asyik cite perihal keibubapaan (terasa kamus dewan tahap dewa. haha), nanti muka cepat tua. LOL.


blogger tegar lah katakan. HARHARHAR


As i promise, i will share my experience about breasfeeding. An amazing thing that i have done as a mother for my beloved Naurah. Before this just fikir, BF something yang common for mother. But, once dah alami sendiri, i think this is so amazing. The feeling that you are going through bila BF your baby, tak dapat bayangkan. Begitu nikmat, special, teruja dan bahagia. Kalau tak, masakan career mommy today begitu bersungguh take care about BF baby diaorang kan? Sampaikan sanggup berhabis duit beriban semata-mata nak keep giving mommy milk for baby kan, walaupun bekerja 24-hours sekali pun. 

So, here my BF experience so far. 

For 3 days keluar dari wad, i had problem to BF Naurah. Pertama sebab Miss B tak produce milk. Second, BF was a hard task to do! Tell u! Like i share before in my LABOUR ROOM STORY, i memang nak BF Naurah once dia dilahirkan, tambahan pula dengar dia menangis sejak i deliver her kan, so, kesempatan nurse tinggalkan Naurah dalam pangkuan tu, i think i nak try to BF her. Tapi malangnya susu langsung tak keluar and  Naurah bukak mulut dia kecik sangat. I know dia tengah belajar nak menyusu, dengan keadaan i yang penat masa tu, last-last my BF 1st mission tak menjadi waktu tu. I abaikan je, tak try bersungguh-sungguh.

Then, again 1 days balik rumah tu i try lagi nak BF her tapi tak dapat jugak. I try to use pump untuk keluarkan susu, tapi tak ada setitik pun yang keluar. Sedih sangat. Cuak pun ada, takut the 1st milk , known as colustrum tak sempat nak bagi pada Naurah. As i know susu tu sangat penting untuk antibodi baby and most important thing was susu tu dapat elak baby dari terkena jaundice. Malangnya masuk hari ke-3 memang susu tak keluar lagi. Nurse datang check kat rumah, tell me Naurah kena jaundice tapi tak kuat sangat, so no need to go to hospital. Nurse bebel tak bagi minum mommy milk. Geram je i. Bukan tak nak bagi, dah susu tak keluar, what to do! Tapi i tetap pam jugak, last2 keluar setitik susu pekat, warna kuning dan macam bergetah. Happy gila ok masa tu. Cepat-cepat bagi Naurah BF tapi bila dia nak BF je, dia mengamuk sebab milk susah keluar dan tak keluar banyak. hehe So, one of the way i buat ialah picit Miss B dengan tangan, then tadah susu dalam botol. Tak sampai 1oz pun 1st susu yang i dapat. Kecewa but at the same time happy jugaklah atleast Naurah dapat rasa that colustrum.

And, FYI, almost 3 days jugaklah Naurah minum susu formula. Kesian dia. Dahlah nak bagi dia minum susu formula tu satu hal. Mula-mula i beli Enflac A+, dia taknak langsung minum. Then beli S26, lagiiii dia mengamuk, bila teat masuk dalam mulut dia. Puas kami pujuk, langsung tak jalan. Tak sanggup tengok air mata dia mengalir, maybe she hungry, also marah kot kami paksa dia minum susu yang dia tak suka. Dan, nasib baiklah ada sample susu Anmum step 1 tu yang i dapat masa scan 4d kat klinik Wyko, so try bagi, memula Naurah tolak-tolak dengan lidah dia bila teat masuk mulut, lama tu dia hisap jugak. Lega sangat. Kalau tak, mau dalam 1 hari tu pelbagai jenis susu kami kena cari. hehe Ish, pelik dengan Naurah ni, susu mahal tak nak minum, susu Anmum jugak dia tenguknya. Bak kata hubby, maybe dia dah terbiasa kot dengan susu Anmum since dalam perut, i asyik kasi dia Anmum je. hehe Ye la tu biey... :-p

Tapi i betul-betul tak puas hati, dah 3 hari ni bagi susu formula. Sampai bilakan nak biar macam tu. So, my mum carikan bidan untuk urut i. Ikutkan berurut tu nak buat one week lepas bersalin but since Miss B still tak produce milk dengan cemerlangnya (LOL), dan kebetulan jugak bidan tu pandai urut Miss B, maka urusan berurut dipercepatkan. Hari ke-4, tepat pukul 7 pagi, bidan datang ke rumah untuk bertungku and urut i. I ingatkan dia berurut ala-ala spa gitu, boleh kasi i relaks and membuta kejap. Tapi nan-hado ok! Sakittttttt. Dari atas kepala sampailah ke hujung jari kaki, 1 badan dia urut ok. Paling sakit bila dia urut Miss B dan nak naikkan peranakan. Dahlah jenuh nak menahan geli. Sabar jelah. Lama gila pulak tu proses bertungku and berurut, start dari pukul 7 pg hingga pukul 12 tengah hari. Hari pertama badan kena uli, sakit gila.

Yang happynya, hari pertama je dia urut kat Miss B, memancut-mancut milk keluar. Gila excited and terkejut. Dalam hati berdoa supaya proses berurut tu habis cepat, dah tak sabar nak bagi susu kat Naurah ni. hehe Masa tengah berurut tu, bidan tu banyaklah jugak borak, bagi tips perihal BF baby. Yang paling best gila, now i know macam mana caranya nak pump susu dengan menggunakan tangan. Use hand better than alatan pump tu. hehe

Tak caya? TELL YOU.. start from 1st day i berurut till now, i boleh dapat susu sebanyak 20oz lebih (USE MY HAND!) Tekan Miss B dengan tangan is better than use alat mengepam tu. For me lah. Sebabnya, i compare when i use pump manual and elektrik (satu yang murah and satu yang mahal) in 15 minutes, i hanya dapat sekitar 2oz je.

Tapi, bila i picit and urut guna tangan (using bidan method), i boleh dapatkan 5oz dan lebih in 15 minutes. Amazingkan? Why like that? because, bila i guna tangan, i dapat rasa where is ketulan part yang susu tersumbat tak keluar lagi. Bila i dapat rasa that zone, i akan tekan dan urut, suddenly, "POP" susu keluar macam air paip. Non-stop. I tak payah nak tekan Miss B sepanjang masa, just tadah je botol sampailah susu yang keluar "non-stop macam air paip" tu berhenti sendiri. Then if nak banyak milk lagi, keep going tekan Miss B kat zone lain pulak. That's how hand work to get gila banyak susu.

Masa mula-mula susu melimpah ruah keluar, memang kalut nak BF Naurah. Sebabnya susu yang non-stop berhenti jugak memberi masalah pada baby. Boleh buat baby tersedak, sebab susu laju sangat, tak sempat dia nak telan. Kadang-kadang Naurah mengamuk jugak sebab susu keluar banyak. Haish, confius jap, susu tak keluar dia marah, susu keluar banyak dia mengamuk! So, cara nak slowkan aliran susu tu keluar dengan laju adalah bila tengah BF baby, kepit jari kat areola zone. Then bila nak hentikan aliran susu yang keluar non-stop, picit dan gentel nipple for a few second. Memula praktik buat macam tu, rasa macam badan ada suiz ON/OFF je. Kelakar. hehe tapi seronok sangat pengalam BF ni. Nak-nak bila dengar baby menangis, tiba-tiba je susu akan keluar without any warning. Thats why always wear nursing pad, kalau tak mau lecun baju.  

Nah, bukti 5oz lebih for 15 minutes.

macam tak percaya, start form 0 milk, then after berurut turn to 5oz milk in easy!

 Tapi malangnya, 5oz yang dapat malam ni terpaksa disia-siakan begitu sahaja gara-gara keterujaan seekor haiwan bernama kumbang yang terliur dengan susu Naurah. Sabar jelah. Nasib baik senang nak dapat 5oz tu, kalau tak, mau hangin 1 badan.

5oz++. Silakan kumbang!

Then, 1 lagi i perasan untuk dapatkan extra milk adalah cara pemakanan kita. Seriously, sejak pantang memang i amalkan zero ais atau air sejuk. Tiap masa minum air putih. Kadang-kadang lebih 10 gelas sehari, dengan cuaca panas kat kampung, lagilah kena minum air putih banyak-banyak. And i notice, bila minum air putih banyak-banyak, every 10 or 15 minutes mesti rasa Miss B mengeras semacam, then berdenyut-denyut je rasa, tiba-tiba milk meleleh keluar. That's time just have 3 choice, ONE bagi baby, SECOND pump, THIRD let it go! Biasanya bila jadi macam tu i akan ambik option THIRD, let it go! Sebabnya, kalau dah susu mampu keluar in every 15 minutes, takkanlah nak kejutkan baby tengah tidur every 15 minuteskan, tak sanggup! while nak pump pulak, bottle hanya ada 6 saja, so memang terlebih susu dari botol. So, let it go jelah, nanti Miss B will produce extra milk lagi as long as kerap minum air putih! 

Satu lagi, pemakanan yang i amalkan untuk tambahkan susu adalah makan sayur cekuk manis. This is how daun cekuk manis looks like. Masa berpantang almost every day kot my mum masakkan i sayur cekuk manis campur lada hitam. I memang pengemar sayur, so no hallah nak ngadap sayur cekuk manis je, plus makan dengan ikan bakar panas-panas, memang laju je makan. I perasan bila saja lepas makan nasi dengan daun cekuk manis, susu yang keluar akan kekuningan sikit compare dengan susu yang keluar sebab minum air putih banyak, nampak more pure white and cair. So, i buat kesimpulan sendiri, daun cekuk manis banyakkan susu dan buat susu jadi pekat. Boleh? hehe but, trust me, memang sayur cekuk manis membantu banyakkan susu. Ni petua turun temuran nenek moyang i. Sebab tu kat kampung ada je orang tanam pokok cekuk manis, banyak sangat khasiatnya selain dari sedap dimakan masak lemak. :-p


And, so far, i tak makan lagi any jamu atau ubat-ubatan untuk banyakkan susu or what else pasal bersalin. Just use tanamera set untuk rawatan luaran je and for rawatan dalaman, my mum rebus akar kayu untuk sembuh luka dalam and bagi tenaga kat badan. So far memang tak ada kaedah lain untuk banyakkan susu. And i'm glad i dengar cakap my mum untuk urut Miss B, tengoklah hasilnya sekarang. Bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah s.w.t bagi kat Naurah. I harap bila dah masuk kerja nanti, still dapat produce susu macam ni gak. I quite worry jugak ni, takut susu tak dapat banyak macam ni dengan masa yang terhad kat opis, plus Naurah tak ada depan mata. You know what, salah satu sebab buat susu terhasil banyak bila pump adalah bila baby ada depan mata. Rasa ter"motivated" gila kot pump susu depan baby. Plus bila dengar baby crying, lagilah susu terhasil dengan banyak. 

So far, tu jelah kot i nak share pengalaman BF yang i lalui sendiri. I guest this entry need to stop here because..

Sedap landing atas pangku. Macam mana nak menaip. Sila jawab.


Dah nenen kekeyangan punnnnnnn Naurah still tak nak baring atas tilam. Asal letak atas tilam je, kemain dia merengek, berbunyi -bunyit api bila letak atas pangku, diam, siap berdengkur. hehe Itu bermakna, dia mahu ibu baring sama-sama. GTG!

Before that,

Naurah at 47 days/ 1 month 17 days old. 5 days ago.


Naurah today. 52 day.


AND SHE SAID,

"Look at me! Mommy milk is the best!"





KAN??







Meow`meow~:
I think i should write my BF journey as a career women soon. Will see, how Miss B produce the milk and how Naurah react when mommy start working. Till then ya!





THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, September 12, 2012

My Confinement Journey was END!

Today baru sempat nak share pengalaman berpantang. Ini pun disebabkan demam dah kebah sikit tapi batuk still ada. Kesian Naurah, demam sama disebabkan bf dia. Tapi Naurah tak meragam pun. Chill je dia walaupun demam, batuk, selsema dan hidung berair. Tetap maintain ketawa dan layan borak. Kita pulak kesian tengok dia. 

So, today Naurah was 43 days. Bermakna we all dah melepasi waktu pantang. I pantang WAJIB 40 hari je. Some people 44 harikan? Pantang SUNAT pulak 100 hari. ngeee. 

Selama ni duk dengar je orang cite kisah berpantang. Merepek merapu pun ada. Macam beriya-iya pun ada gak. But, bila diri sendiri kena pantang, baru tau macam mana rasa. Tambahan pula, bila berpantang kat kampung yang rumahnya didiami oleh my grandma yang sangat tegas bila bersangkut paut bab-bab pantang ni. Selalu kena pantau. Bila salah langkah sikit, mulalah pot pet pot pet tapi bak kata hubby DEMI KEBAIKAN. Terima kasih tok mek jaga kita (my grandma). 

Kata hubby, kita beruntung tok mek still ada. Tok mek selalu cite dulu masa kita baby, dia jaga mak kita waktu pantang, now jaga kita lak as cucu dia. Dulu berjaga malam sebab jaga cucu (kita lah tu!), now berbakti pulak jaga cicit (Naurah lah tu!). "Ya Allah, syukur dengan limpahan rahmat, memberi kesempatan kepada nenekku dengan memanjangkan umurnya untuk melihat cicit daripada cucu yang selama ini dijaganya sejak dari dalam kandungan ibuku lagi". SOB SOB. T_T Touching pulak. 

Disebabkan itulah kiteww begitu bersemangat sekali untuk berkongsi pengalaman berpantang kiteww di dalam blog kiteww sebagai tanda dan ingatan tulus jasa baik dan kasih sayang suami, nenek, mak dan makcik kiteww yang menjaga dan memanjakan kiteww sepanjang tempoh berpantang ini. TEHEEEEE

So far, berpantang ni tak adalah membosankan pun. I more pada seronok. Seronok dilayan dan dimanja bak puteri. What else you want bila pagi-pagi nak mandi orang sediakan air panas dengan bau yang harum, makan makan dijaga siap dibawa kat tempat tidur lagi, dah tu ada orang berurut belai badan kita segala. Gila heaven kan? Cuma part makan jelah, kena tahan sikit. Biasa perut dijamu dengan pelbagai jenis makanan, so nak ajar nafsu makan tu agak mencabar sikit. Tapi apalah sangat semua tu, nanti dah lepas pantang boleh makan lagi. Yang penting always think positive, berpantang baik untuk kesihatan, untuk diri sendiri jugak. Bak kata orang tua-tua, kalau sayang suami, silalah berpantang. Badan ni bukan guna untuk sehari dua je, nak pakai sampai mati. BAIKLAH! ^_^

I berpantang macam orang lain jugak. Lakukan rutin yang sama like berpilis, bertungku, berbengkung, berparam, berurut, bertangas etc, cuma yang membezakan setiap new mommy adalah praktik ke tak rutin tersebut and how long u praktik. 

For me mudah je, ikutkan hati dan sakit kat Miss V, rasanya bila hilang sakit dan sembuh luka kat Miss V hilanglah segala pantang i. But, hey, jangan ingat semudah itu ya! I diawasi oleh my great grandma and super mom k!

WAJIB  mandi herba for 40 days! (Kadang-kadang ngelat)

WAJIB berpilis for 40 days! (tapi i buat 2 minggu je. :-p)
 
WAJIB bertangas 2 weeks (i follow!)

WAJIB bertungku 40 days (i follow. best what pagi-pagi kena bertungku, gila best membuta lepas tu. wakaka)

WAJIB berurut 20 days (Sempat 1 weeks je sebab bidan kampung busy, ramai yang booked. Sebelum masuk kerja, kena berurut lagi untuk naikkan peranakan. OK!)

WAJIB berbengkung 40 days (i follow. Love to do that!) 

WAJIB mengikat nafsu makan (Gila jaga pemakanan. Berjaya akhirnya! ngeee)


So, almost 40 days i lakukan perkara di atas as a routine in confinement period. See, tak susah sangatkan nak berpantang. Apalah sangat 5 6 perkara yang perlu dilakukan tu after susah payah u nak dapatkan baby. Its valueable thing to do, u know for your baby and husband. Like kena minum air kunyit, teh halia. Ikutkan memang tak boleh nak telan langsung, tak diterima dek tekak. Tapi for my baby, i sanggup minum jugak. 

And, you know what, hasil usaha keras berpantang glad to share my weight now was 50kg. HAHAHAHAHA! Turun berganda k. Sebelum pregnant berat i was 58kg, then last month pregnancy was 69kg, and NOW after deliver a baby turun gila-gila kau. Weeeeee Penangan berpantang dan giving birth. Silakan pregnant kalau mau berat badan gojes. Hehehe

Orang kata salah satu sebab berat badan turun and keep maintain our weight adalah bf baby. So, i begitu bersemangat ni nak keep going bf Naurah. Ekeke Tapi my hubby always spoil me. Like he said, "kejap je tu, nanti lepas pantang tengoklah berat naik berapa". Huh, dengki lah tu! Dia tiap malam main badminton, badan tetap bambam kan? haha (But dont worry biey, bambam-bambam pun i tetap sayang u! hehe)

So far baru 3 hari habis pantang, tak adalah i makan ikut dan je. Masak lemak tu dah start makan tapi kuahnya tak beriya pun, takut Naurah kembung perut je nanti. Makan still beringat lagi. Yang paling i pantang sampai hari ni adalah AIS. Bangga dengan diri sendiri mampu bertahan tak minum ais atau pun air sejuk langsung sejak giving birth. Walhal sebelum bersalin, siang malam duk kejar ais. See, alah bisa tegal biasa. Dah lama sangat tak pekena ais, rasa macam dah biasa je bila pandang family duk minum fresh orange, jus tembikai, teh ais. Nak-nak time raya hari tu, wah, kemain dia orang hidang ais. Dahlah musim panas kat kampung. I ok je. Lagi puas dan hilang dahaga bila minum air putih. Dapat banyakkan susu untuk Naurah pun ye jugak.

And, one more thing i suka berpantang adalah berurut. Glad with myself dapat melepasi tahap "kegelian" berurut. hehe Before this, jangan cakaplah, bukan setakat nak berurut satu badan, nak urut kaki seliuh sikit pun jangan harap. Geli mengalahkan orang geletek. Tak boleh disentuh. Berkat diurut oleh bidan, badan rasa ringan sangat, langsung tak demam dalam tempoh berpantang, badan rasa cergas je. And, what most important thing yang i PALING suka berurut, Miss B produce gila punya banyak milk for Naurah. Also, i dah excellent nak express my milk dengan menggunakan tangan better than pump. I will story later, exclusive my bf experience ya!^_^ 

That's all my confinement journey yang i larat nak share. Kepala rasa berat tiba-tiba.

Before that, enjoy the new picture of Naurah and other's pic belongs to Naurah...

Atas pangku Oyang
TRY AND ERROR. Maaf ye minyak Yu yee and minyak telon bayini, tak jalan bila perut Naurah kembung. Minyak Mestika orang tua jugak ok.
Found new position to sleep. Sangat lena.
Nah, bukti tidur lena. Siap meleleh. hehehe
Fall in love dengan lulur Tanamera.



Till my new entry. BF.
TATA.






THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...