Monday, July 30, 2012

Baby In Da House!

Assalamualaikum w.b.t.
 
Finally, priceless moment being a mother....
 
after struggle in contraction sensation..
 
 



 
 
 
 
 Born on 28 Julai 2012 bersamaan 8 Ramadan 1433H, 5.28 pm.
Normal labour.



Terima kasih atas doa yang dititipkan untuk kami.







THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, July 27, 2012

RESEPI : Nasi kerabu Lady Barbella! Mabelessss

Eh, tak bersalin lg? YEEEE... kehkeh 
 
Sekarang ada rasa macam perut memulas sikit-sikit sejak pukul 10.30,then 10.45 perut memulas lagi, diikuti 11.00..... tapi tak bagitau sape-sape pun sebab tak ada keluar apa-apa pun kat Miss V. Nanti salah faham lagi. Entah-entah perut memulas sebab makan banyak berbuka semalam. hahaha Selagi i boleh tahan sakit ni, i akan tahan sehinggalah ada 'hint" lain. Baru betul-betul pasti.
 
Selagi tak bersalin, selagi tulah boleh makan macam-macam. Dapat pulak mak yang baik hati dan pandai memasak, layan je karenah anak dia yang dah besar panjang nak jadi ibu ni. Terasa mak kita manjakan kita lagi walaupun kita dah bersuami. hahaha
 
So, semalam tekak ni rasa nak makan nasi kerabu air tangan mak kita. Rasanya sangat enak, berbeza dengan yang beli kat bazar. Special sangat-sangat. Meh nak share resepi NASI KERABU LADY BARBELLA (lembu punya susu, sapi dapat nama! hahaha) mak punya resepi tapi disebabkan i yang request, so kasi canlah letak nama mak buyung ni. Boleh kan? :-p
 
Penyediaan bahan-bahan nasi kerabu :
 
KERISIK
 
Kelapa parut digoreng dalam kuali dengan menggunakan api yang perlahan. Kacau tanpa henti bagi mengelakkan kelapa hangit. Kacau sehingga kekuningan dan garing.
 
Goreng sehingga kekuningan seperti ini. Then tumbuk kelapa tersebut seperti di atas (tidak terlalu hancur). Ketepikan.
 
Bahan-bahan : Ikan sardin yang sudah dibakar (2 ekor), bawang merah (2 ulas), bawang putih (seulas), halia sedikit, serai, garam dan gula. Masukkan dalam lesung batu, tumbuk sehingga lumat.
Campurkan kedua-kedua bahan di atas tadi, kacau sehingga rata.
 
SAMBAL TUMIS

Sambal tumis udang kali ini. Special sikit, bukan sahaja boleh makan dengan nasi kerabu tapi dijadikan lauk pauk pun boleh.
 
Bahan-bahan : *santan, cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, garam, gula, asam keping, cili besar

Penyediaan :

*Mula-mula kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia

*Masukkan santan dalam periuk. Masak sehingga naik minyak.

*Masukkan bahan yang dikisar. Kacau sehingga sebati.

*Masukkan udang setelah kesemua bahan tadi kelihatan pekat dan diikuti cili. Siap untuk dihidang.
 

AIR LADA, LADA HITAM DAN BUDU

Penyediaan air lada : *cili padi, cuka, garam, gula* - Tumbuk cili sehingga lumat. Masukkan cuka, garam dan gula.

Penyediaan lada hitam : *Biji lada hitam ditumbuk sehingga halus

Penyediaan budu : *Masukkan perahan limau ke dalam budu. 
 
 
 
ULAM-ULAMAN
 
Bahan-bahan : Daun kesum, bunga kantan, daun serai kayu, serai, timun, kacang panjang.

 
Kesemua bahan tadi dihiris dengan halus.
 

SOLOK LADA



Bahan-bahan isi solok : ikan sardin (5 ekor), kelapa parut (yang tidak terlalu tua atau muda), bawang merah (4 ulas), bawang putih seulas, sedikit halia, garam, gula

Penyediaan bahan :

* Asingkan isi ikan dari tulang. Tumbuk sehingga lumat.
 
* Bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk sehingga lumat

* Gaulkan isi ikan, kelapa parut dan kesemua bahan yang ditumbuk tadi sehingga sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa.


Bahan-bahan solok : Cili hijau dan petola

Penyediaan :

* Belah cili hijau dan buang bijinya.

*Buah petola dibelah sedikit.

* Masukkan isi solok ke dalam cili hijau dan petola yang telah dibelah tadi.

Cara penyusunan untuk memasak solok di dalam periuk ialah alaskan solok lada dan petola dengan kacang panjang untuk elakkan solok tersebut hangit.


Setelah siap susun kesemua solok dalam periuk, masukkan sedikit santan dan masak dengan menggunakan api yang perlahan.


IKAN GORENG TEPUNG

Bahan : Ikan sardin, tepung beras, pewarna dan kerisik. Bancuh tepung beras, pewarna dan kerisik.

 AYAM PERCIK

 

TELUR MASIN
 
 

Maka, setelah siap semua bahan di atas, hidangan berbuka puasa semalam seperti ini. (makan tak hengat dunia. ahah)

Muahehe Banyak gila barang nak kena sediakan untuk nasi kerabu. Agak leceh. Tapi makannya 5 minit dah siap. hahaha

NASI KERABU LADY BARBELLA. Mabeles!mabeles!
 
Lagi bestkan, semalam berbuka dengan minuman favourite bulan puasa. AIR TEBUUUUUU. Selama ni takut nak minum sebab orang cakap tajamkan. Then dah nak tunggu bersalin ni, my mum cakap boleh je minum. Hohoho nikmat gila ok berpeluang minum untuk berbuka puasa tahun ni. Ingatkan bulan puasa tahun ni tak berkesempatan nak minum langsung. kehkeh
 

AIR TEBUUUUUUU.. 1 jug RM2, 1 plastik RM1. Maka beli 3 plastik air tebu, sudah cukup memuaskan nafsu berbuka si penggemar air tebu ni. hahaha SILA JANGAN JELES, air tebu kat kampung i masih sama seperti tahun-tahun dulu.

Kesian Teman Penyayang, dia cakap air tebu kat sana RM4, RM6 1 jug. Tu pun jarang jumpa yang manis pure air tebu macam kat kampung. Last week dia kat kampung, after solat Asar je, mesti dia keluar pi cari air tebu dan kuih muih, kadang-kadang sampai 5, 6 bungkus dia beli. Sampai balik solat terawih dia boleh minum lagi. Puas hati dia cakap. We all pencinta tegar air tebu. Tak kira bulan puasa atau tak, pantang nampak air tebu, sure beli punya. Teheeee


Eh, tiba-tiba dah tak rasa sakit perut dah. Ralit tulis blog, tak sempat nak perhatikan berapa kerap contraction berlaku. 

Takpelah, tunggu contraction datang lagi sambil memikirkan nak makan apa lagi berbuka hari ini. Sementara tak bersalin lagi ni bolehlah makan macam-macam.


Till then.
Selamat mencuba resepi nasi kerabu mabeles mak buyung. ^_^

 
 
 
 
 
meow~meow~:
Sorry uolls, bukan niat nak buat uolls terliur tau post gambar makanan best-best tapi just nak berkongsi resepi je. Since i tengok carian blog i ni sejak bulan puasa meningkat ramai yang cari resepi like resepi ikan kukus halia, ikan stim, daging blackpeper etc, rasanya terpanggil nak share resepi nasi kerabu pulak. 
 
 
 
 
 

THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, July 25, 2012

Ramadan, Day 3 dan check bukaan jalan

Baru terperasan, bulan Ramadan kali ni jarang bercerita pasal aktiviti bulan Ramadan (read : PARAM dan makanan best-best). Kalau tengok entry Ramadan last year, hampir setiap hari kot duk post pasal makanan je.

Tapi tahun ni berbeza sekali. Kalau blog orang lain sibuk cerita pasal kisah ramadan mereka, blog ni pulak sibuk cerita pasal pregnancy. hehe What to do, baby tak mau keluar-keluar lagi. So, ramadan kali keutamaan harus diberikan pada si kecik dalam perut ni (walaupun makanan tak nak mengalah, selagi tak bersalin, asyik request mak masak makanan best-best je. hehe)
 
Dua hari lepas pergi check up pregnancy kat klinik kesihatan. Then kena rujk pulak kat HRPZ II untuk buat ctg (heart rate baby) sebab waktu tu dah overdue 5 hari. Doktor kat KK buat surat untuk check up kat labour room HRPZ II. Masa tu siap datang berjubah and bawak handbag bagai. Sekali dah register kat labour room, terus masuk tempat bilik saringan, ramai gila kot bakal ibu yang nak bersalin. Tengok muka sorang-sorang menahan sakit, gerun pulak hati. Masing-masing pakai kain batik, skirt dan t-shirt je. Terasa i lebih vogue saat itu. kahkah

Punyalah ramaikan orang tunggu giliran nak buat test VE (check bukaan jalan), dengan muka excited dan mesra alam, konon nak sembang-sembanglah apa mereka rasa, dah aku yang pergi ni bukan seruan nak bersalin pun tapi disuruh oleh doktor, tapi boo-layan oleh mereka-mereka. Aku tanya sepatah, dijawab sepatah. Kesian aku. HAHAHAHA (Hoi, orang tengah sakit, kau sedap-sedap je nak ajak sembang!) hehe
 
Mula-mula tu nurse suruh ambik urine test dulu. Then baru buat ctg. Lama jugaklah kena baring untuk buat ctg, dalam 1 jam gitu. Memang syok dapat baring atas katil di kala orang lain menunggu atas kerusi. ahaha Dahlah pukul 1 petang pulak tu mata memang layan je mengantuk, tapi tak boleh terlelap pun sebab ada 2 gangguan. 
 
Gangguan pertama : Asyik duk tergelak je, entah apa yang lucu pun tak tau tengok perut aku kena ikat dengan tali.
 
Gangguan ke2 : pakcik ni tunggu aku buat ctg lama kemain, sampai terlelap dia.  Kesian pulak, lepas sahur tak tidur-tidur pun.
 
Nasib baiklah ada Balqis duk layan sembang dan camwhoring. Nak tunggu sehelai result paper ctg keluar tu pun makan masa dalam 15 minit. Bayangkan nak menunggu 7, 8 helai. sakit pinggang duk baring. Dah tu baby asyik mengeras je, agaknya dia pun tak selesa asyik terlentang je.


 
Dah siap buat ctg, doktor datang baca result dan bagitau heart rate baby was good. Nothing to worried walaupun dah overdue 5 hari. Doktor suruh lagi alert pantau pergerakan baby. Then kena ambik darah pulak. Doktor suruh tunggu kat luar bilik saringan pulak. Nurse datang bagitau if tak ada tanda-tanda bersalin dalam masa 9 hari after due date, kena admit hari Sabtu this week. Nurse buat surat segala untuk datang hospital Sabtu nanti. Ingatkan dah settle semua, sekali doktor datang bagitau nak buat VE (check bukaan jalan).
 
Seriously, unexpected gila time tu. Rasa seram sejuk je. Tiba-tiba nak kena seluk. Doktor cakap kena buat VE sebab dari bacaan ctg tu, ada tanda-tanda contraction, which is baby mengeras 15 minit sekali. Eh? tak perasaan pulak aku. haha Ok, pasrah buat VE. 
 
Takut buat VE bukan apa sebab asyik terbaca dan dengar orang bercerita sakit gila bila kena seluk. Mau tak cuak aku. Tapi nekad. Masuk bilik rawatan VE. Berdoa agar dapat doktor perempuan sebab tirai sebelah kanan aku tu doktor lelaki. Nurse suruh tanggalkan apa yang patut, then mengangkang tunggu doktor datang. Sekali tersenyum lebar bila nampak doktor yang cantik datang nak buat VE. Very soft spoken, cantik dan islamik pulak tu. Siap bagi salam dan baca apa entah sebelum start buat VE kat aku.

Aku asyik perhati je pergerakan doktor tu, apa yang dicapai, ubat apa dia ambik, cuak punya pasal. hehe Mula-mula dia ambik cotton ball, then tuangkan cecair warna pink kat cotton tu. Dalam kepala aku pedih ke ubat tu. Dia sapu kat Miss V, tak ada rasa apa pun. Then dia buang cotton tu, dia sapu krim kat jari dia, then mulalah dia seluk Miss V. Masa tu tutup mata, konon nak menahan sakitlah masa seluk tu. Tapi bila jari dia masuk kat Miss V, eh, tak rasa apa-apa pun. Biasa je aku rasa. Tak adalah rasa sakit sangat macam aku dengar cerita tu. Adalah dalam 10 minit dia buat VE.

Dah siap semua, aku dah bangkit dari katil, dia suruh tunggu kat bilik saringan. Dalam 5 minit doktor cantik tadi datang bagitau bukaan Miss V dah 2cm. Ya Allah, terkejut aku. Sebab tadi sempatlah tanya M2B yang menahan sakit, doktor dah buat VE kat dia, dia punya bukaan baru 1cm tapi dah sakit sangat aku tengok. Ngeri. Aku yang bukak 2cm ni tak rasa apa-apa pun. Fuhhh, syukur sangat.

So, doktor tanya nak admit ke tak tapi setelah bincang dengan husband and family, aku decide nak balik rumah je. Lagipun aku tak rasa apa-apa pun. Lagi stress aku bila admit, duk menunggu je baby keluar sedangkan keadaan aku and baby ok, nothing untuk dipantau oleh doktor. Better duk rumah, biar tanda-tanda sakit nak bersalin datang dengan sendiri, tengok-tengok dah bukak 5, 6 cm ke tak payah admit lama-lama. Nak mengelupur kesakitan kat hospital pun jap je. (Harapan sungguh!) Tu pun kalau ada tanda-tandalah sampai Jumaat ni. Kalau tak memang kena serah diri hari Sabtu tu.

Dah tak kisah dah, ada tanda ke atau kena serah diri, janji baby selamat. Dah tak sabar nak peluk cium baby. ^_^

Tu je, aktiviti ramadan kali ni. Alhamdulillah, masih larat mengerjakan ibadah puasa dan solat seperti biasa. 

So, today i'm 41 weeks pregnant. 



Till then.
Assalamualaikum w.b.t.
 
 
 
 

THANK YOU FOR READING THIS!

Sunday, July 22, 2012

My 1433H, Ramadan celebration so far.

I thought my 1st Ramadan 1433H was:

* tak boleh berpuasa
* tak boleh makanan best-best waktu berbuka (berpantang)
* had baby to take care.


The real fact about my 1st Ramadan 1433H was:

* i need to fasting. Its was challenging for me in my current condition. Heartburn, dizzy, hungry etc.. all in and out in one shoot.

* my belly quite big. I thought sebab termakan banyak sangat selepas berbuka tapi rupanya masih ada baby yang tak mahu keluar lagi (:p). Suka agaknya dapat makan macam-macam bila berbuka. sampaikan mommy nak solat maghrib pun mencabar sangat (kaki, tangan, siku asyik terbonjol je kat perut, nak rukuk and sujud tu quite pain and make me worry takut baby rasa sakit. Dramatic sungguh mommy! ^_^)

*1st time berpuasa sebagai isteri. Sangat menyeronokkan menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk suami. Terasa sangat solehah di situ. :-p


* sahur yang "unexpected". Makan nasi sampai bertambah-tambah di pagi hari. Bangun tidur je terasa sangat lapar, semua lauk nampak menyelerakan (daging bakar, air asam, serunding daging, sayur campur, sambal tempoyak etc looks very fantastic and delicious pada pukul 4.30 pagi) Hahaha Sahur tahun lepas, nak telan nasi agak susah, kadang-kadang minum milo atau susu je secawan. Now, lain sungguh. Mungkin berselera sebab ada suami di sebelah atau pun makan untuk baby jugak. :-p




Kisah malam tadi (SEMBANG-SEMBANG PERTAMA) :



Sewaktu menunggu solat Isyak, while Teman Penyayang pergi surau, 2 orang anak makcik tergolek atas katil dengan i sambil duk usap my belly.


Balqis : Kak ya, bila baby nak keluar ni? Kata bila puasa, baby dah ada.


Me : Entah. Suruhlah baby keluar cepat.


Balqis : *Sambil usap perut* Baby, cepatlah keluar, tak sabar nak main ni. Nanti boleh main bunga api. Ni kan bulan puasa, bunga api banyak. Tapi jangan keluar malam ni sebab abang Ejan (husband) nak main bunga api dulu dengan kakak (balqis). Keluar esok eh lepas abang ejan bangun tidur. 


 
HAHAHAHAHA


Geli hati. Yang tak tahan tu, bila si Balqis (4 tahun) usap perut sambil sembang dengan baby, kemain aktif baby bergerak sampai terkentut mommy, terpaksa ambik wuduk semula. hahaahaha (Ok. tak kelakar bab terkentut tu.)






(SEMBANG-SEMBANG KEDUA):



Edy : *Sambil selak baju i untuk tengok pusat* Nak sayang (kiss) sikit pusat Kak Ya.


Me : *dengan muka pasrah membiarkan budak berumur 2 tahun selak baju* kenapa nak sayang?

Edy : Yela. babykan keluar ikut sini. *sambil tunjuk pusat*

Me : Bukan. Baby bukan keluar ikut sini.

Edy : Habis tu keluar ikut mana?

Me : Gulp.. *kelu lidah nak menjawab*


Budak-budak ni banyak betul benda yang nak tau. Baru 2 tahun, dah tanya macam-macam. Malu sendiri nak jawab. Pulak tu pi cakap baby keluar ikut pusat, asal nak usap perut je, main dengan baby, mesti nak selak baju, nak kiss kat pusat (konon rasa close lah kot dengan baby bila kiss kat pusat), asyik cakap baby keluar ikut pusat je. (Kau, jangan main-main budak, aku dah cuak ni. Dahlah overdue, kang tak memasal betul apa kau cakap, baby keluar ikut pusat (read : operate). Kalau boleh nak normal. Berdebarnya.)




Status terkini : 40 weeks 4 days - Still waiting. Besok ada check up lagi. Will see apa kata doktor.






Till then. *hubby dah panggil suruh sambung tidur. EH!) Kahkahkah
TATA.








Meow~meow~:
HAPPY FASTING and SALAM RAMADAN dari iolls, husband and baby. ^_^









THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, July 20, 2012

Jungle tracking for M2B yang tegar

Nooooooooo i'm not deliver yet!! Thank you for asking and caring about my pregnancy. ^_^

Quite stress you know when the 'thing' you wait the most for almost 9 month/40 weeks didnt want to come out. Uhuk. Baby, hurry up! Mommy  and daddy betul-betul tak sabar ni!

Officially, today im 40 weeks 2 days pregnancy and still waiting to be a mother for my little baby. *sigh*

Dont know why baby tak nak keluar-keluar lagi ni. Agaknya seronok duk dalam perut mommy. Boleh makan macam-macam. hehe So far, lauk pauk yang biasa dihidang untuk berbuka puasa, kebanyakannya my mum dah masak awal-awal for me. Takut terliur katanya bila berpantang nanti. Mau tak suka baby dalam perut. Dah rupa pesta perut pun ada. hik hik hik No wonder lah kot baby suka sangat, asal lepas makan je baby aktif semacam, rasa nak tembus perut i bila siku or kakinya terbonjol kat perut. Sakit yang geli. Agaknya tummy dah padat gila. hahaha

Tapi i percaya, apa yang ditentukan oleh Allah s.w.t. was the best planning for us. Ada hikmah di sebalik semua tu. Sebagai hambaNYA, i hanya mampu berdoa supaya dipercepat dan dipermudahkan semua urusan tersebut.

Sebelum bertawakkal tu, kenalah jugak berusahakan. So far, dah macam-macam cara i usahakan. Like bersenam supaya bagi mudah bukak jalan. Tiap-tiap hari bersenam k. Selain bersenam di dalam rumah, tak kira  pagi, petang or malam (:-p), i juga gemar melakukan aktiviti outdoor. 

One of my favourite activity was 'jungle tracking'. ^____^ Dahsyat ok. Jungle tracking hanya boleh dibuat oleh M2B yang tegar je (baby tak mau keluar lagi!). Dah tak main jalan-jalan pusing rumah je, baby tak rasa apa-apa pergerakan pun, dalam rumah pun boleh pusing, bile "ber-jungle tracking" barulah baby rasa ada "WOW-movement" di situ. HAHAHAHA

NONSENSE!!!!! Muahahaha

Actually, the truth is the-so-called-jungle-tracking adalah aktiviti  berjalan-jalan di sawah bendang belakang rumah (we called it BARUH!). Bonding time with hubby sebelum baby keluar. hik hik Selain dapat mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak, dapat jugak release tension menikmati angin yang tahap boleh buat mata terlelap dan dapat makan buah salak free! (see, kerjanya makan je!). haha

Jakun tengok jentera bajak sawah. hehe

Dulu ada titi (jambatan kecil) nak seberang parit tu. Parit tu jugaklah kami tangkap ikan laga. Tapi dulu, parit tu nampak macam cantik je, siap ada pokok bunga teratai, keladi bunting, lumut dan macam-macamlah. Cantik je. Now dah togel macam tu.

Jalan menuju ke rumah. Nampaknya macam dipenuhi semak tapi tempat ni best gila untuk melepak. Dont worry, tak ada pacat atau lintah sebab bukan musim hujan. :-p

Dulu, i satu pokok kelapa yang patah kat situ. Balik dari mengaji Quran, kami suka sangat main enjut-enjut atas pokok kelapa tu. Ingatkan ada lagi, nak ajak Teman Penyayang naik "roller-coaster" versi kampung. Hahahaha

Dulukan tempat ni penuh dengan semak tapi tahap renek punyalah. Now, dipenuhi dengan pokok salak je. Tapi bukan aku yang punya, jirannnn yang punya.

Biasalah bila mak buyung berjalan-jalan, ramai yang pelawa makannya. Tiap-tiap petang pemilik buah salak akan tidur kat pangkin, so dapatlah mak buyung makan buah salak percuma hari-hari. Hahaha motip sangat pergi bendang! Yang hijau tu baby buah kundang. Tak masak lagi. Punnnnn jiran punya. Makan dengan rojak mak bee, best sangat!

Tu aktiviti petang kami sambil menunggu baby keluar. :-p Untuk senaman pagi ni pulak, nak pergi jalan-jalan kat pasar pagi. Besar punya pasar (dengan harapan terbersalin hari ni! LOL).


Sebelum tu nak pi mandi dan breakfast nasi kerabu (nak dapatkan nasi kerabu tiap pagi pun kira senaman jugak. - aktiviti mengejar mak-cik-naik-motor. Kalau tak sedar makcik jual nasi dah lalu depan rumah, kena pi jalan ke rumah jiran lain yang tempat makcik tu berhenti sambil pakai kain batik, perut memboyot, kain tuala atas kepala! OK. tak payah bayangkan! sangat kekampungan. Tapi tulah hakikatnya, rupa diri dah tahap hazab, fikir baby nak keluar je. hehe)


Again, saya belum bersalin lagi. Baby saya tak keluar lagi.^_^
Till then.
 
 
 
 
Meow~meow~:
Doakan saya dipercepat dan dipermudahkan bersalin ye. ^_^





THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, July 13, 2012

Sakit yang ditunggu-tunggu.

14, 15, 16, 17 dan 18hb... lagi 5 hari nak sampai due date. Perasaan? Sangat-sangat mendebarkan, teruja dan takut sikit. Hahaha Dulu cakap tak takutkan? Now, lain cite. Tambah-tambah bila baca blog M2B yang dah bersalin dengan tiba-tiba, di luar jangkaan. 

Ni yang tak best ni, kerjanya duk menunggu je. Kalau masih bekerja ni, pasti dah tak fikir semua ni. Tunggu hint datang je, tau-tau dah kena pi hospital.

Again, since dah bersenang lenang kat kampung ni, hari-hari orang kampung datang, selain dari bersembang petang dengan my family, nak tengok jugak keadaan mak buyung ni. Habis pi teleknya, kaki bengkak tak, perut dah jatuh ke belum bla bla. Caring sungguh.

Then bila rasa something keluar kat Miss V, cepat-cepat pergi check kot-kot ada darah or what. Nan-hado! Kadang-kadang macam mintak je cepat-cepat sebab dah tak sabar, tak tertahan dah sakit kat Miss V, vontot and peha ni. Lenguh sangat-sangat. Siap boleh request lagi, kalau bersalin pada 11 Julai  (11-Seven) macam comel je tarikh seakan-akan sama dengan birthday date daddy, 7 November (7-Eleven).



Bila bagitau Teman Penyayang macam tu, cepat-cepat dia bantah. Tak mau i masuk labour room sorang-sorang. (See, baby. Dalam takut-takut daddy, nak jugak dia temankan mommy. ^_^).

Then request pulak (berdoa!) semoga bersalin di esok hari sebelum due date. Dapatlah daddy pegang baby lama-lama sebelum balik KL. Siap berdoa k, jangan lepas due date, then awal sebelum due date sebab malam ni hubby on the way balik kampung, so bolehlah request baby cepat-cepat keluar before 18 Julai. Hahaha Mental je.



That's why i cakap, this is the only one sakit yang ditunggu-tunggu. Sakit nak bersalin. Sakit lain ada yang mintak? Tak ada k.



Lagi satu tak tahankan (or can i say agak syok jugak) dapat makan macam-macam sebelum bersalin. Semua orang cakap makan puas-puas sebelum berpantang. Nanti taulah macam mana hazab pantangnya, macam-macam tak dapat makan. Dahlah i pantang dalam bulan puasa ni, lauk confirm best-best, plus dengan air tebu bila berbuka. Huwaaaaaaa menguji tempoh berpantang i. 




Speaking about makan macam-macam ni, i perasaan sejak akhir-akhir ni i suka sangat makan benda masam-masam. Awal-awal or pertengahan kehamilan suka yang sweet je, tak pandang langsung benda masam ni. Masa masuk 3rd trimester, sangat-sangatlah terliur dengan buah nenas. Memang kecur liur pandang nenas. Alang-alang dah ada kat kampung ni tanya my mum, boleh tak lepas bersalin makan nenas? Menjeling my mum. Hahaha Marah lah tuuuuu. Hahaha




So, semalam my mum belikan nenas. Dah dapat makan nenas. My mum cakap dah nak sampai hari boleh je makan. Awal-awal takut nak bagi makan, tambah-tambah nenas masam, tajam. Owh, nikmat gila dapat makan. Habis 6 keping nenas i cicah dengan kuah rojak Mak Bee. Terima kasih ma! hehehe *ketawa tutup mulut-malu-malu*




Dah tau selera makan dilayan, sekalu lagi cakap, dah lama tak makan ketam hitam tu. Kalau kat Kuantan, jumpa ketam bunga-bunga je, susah nak jumpa yang paya. Dah tu, siap cakap kalau dapat yang betina best, ada lemak dan telur ketam dalam tu. Hahaha Over! Tiba-tiba hari ni tengok ada sebesen ketam cuba melarikan diri dalam besen. Kahkah *gelak jahat yang menyelerakan*








Yang jantan.


Yang betina. My favourite.


And, without asking me, nak masak macam mana, tengok-tengok terbau sesuatu kat dapur. 



Ketam Masak Berempah. Favourite crab cooking.


Plus dengan...


Kerabu buah Beko.


For kids...


Sotong rebus.



Me : Seafood aje.

My mum : Makan jelah. Dah pantang tak boleh nak makan, gatal-gatal kat jahitan.

(Eh, kita buat urutan tau tiap-tiap hari, kot-kot tak kena jahit.) Muehehehe








Till then.
Jemput lunch uolls. ^______^










THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, July 10, 2012

39 weeks check up. Last pregnancy check up. (KOT!)

Owh, lama gila kot tak makan nasi kerabu ohsem (without taugeh!) since preggy ni. Tadi terlewat sikit pergi check up gara-gara tunggu makcik-naik-motor-jual-nasi-pagi-pagi. haha :-p Berbaloi tunggu, dapat mentedarah 2 bungkus nasi kerabu super ohsem. RM1.50 lagi you kat kampung i, plus ada ikan kembung goreng tepung yang ranggup. Owh, nikmatnya kat kampung. 
So, gara-gara tunggu makcik-naik-motor jugak, agak lewat sedikit sampai kat klinik. Tapi oklah sebab dah cutikan. Tak perlu rush nak masuk office. Agak ramai jugaklah mommies tadi. Plus bawak nenek sekali untuk check up, bukan nenek i pregnant tapi check up kesihatan. T_T Biasalah warga emas, akan ada check up 2 bulan sekali.
Kiranya ni second time i check up selain dari Klinik Kesihatan (KK) biasa i pergi. Sangat berbeza sekali. Walaupun suka nau membebel KK yang biasa i pergi agak lama kena menunggu (biasalahkan KK), tapi KK yang i pergi tadi lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii lama. Gila kematu bontot! 

Dah nak sangat guna sistem nomborkan, buatlah 2 section. 1 di bahagian medical, 1 lagi untuk Klinik Ibu & Anak. Ni tak adanya. Mula-mula kena pergi Kaunter Pesakit Luar, ingatkan main tekan je mesin nak ambik nombor tu. Sekali letak buku pink dalam bakul. Then tunggulah hampir sejam, nama dipanggil, sekali dia kasi kertas nombor. 

Dah tu, kena letak buku pink lagi kat dalam bakul kaunter Ibu&Anak. Tunggu dalam 20 minit, baru jumpa nurse pelatih untuk check BP dan berat. Dah siap, kena pergi makmal, ambik air kencing. Dahlah kena menapak makmal dia kat bahagian medical tu. Bila sampai makmal, angin satu badan, tak ada orang kat kaunter. Menunggu dalam 20 minit lagi, keluar pembantu makmal. Lelaki, botak, dalam 50-an (kot!). Nak marah, kesain pulak. 

Dah siap ambik ujian air kencing, pergi Klinik Ibu&Anak, letak buku pink dalam bakul Bilik Rawatan. Tunggu lagi 20 minit (kot!), nama dipanggil. Nurse check perut, denyut jantung baby je. Then ambik darah. Mula-mula tu relaks je nak ambik darah untuk HB. Sekali tengok dia keluarkan botol kecik dan jarum, terus gelabah. Dah lama sangat tak ambik darah banyak-banyak. Biasa check Hb ambik darah hujung jari je. Hari ni kena ambik 1 botol kau, entah berapa gm pun tak tau. Dah ambik darah, nurse bagi botol tu suruh bawak pergi makmal sekali lagi, then tunggu result keluar.

Kali ni pergi makmal, pembantu makmal ada. Nasib baik. Kalau tak mau angin gua tadi. kahkah Tunggu 10 minit, keluar keputusan. Sekali HB rendah la pulok. 9.6%. Then, dah siap nurse catat kat buku pink, kena bawak buku pink letak kat dalam bakul Bilik Pegawai Perubatan.

BARUuuuuuuulah nama dipanggil dengan menggunakan NOMBOR. Macam tak berbaloi tunggu nombor berjam-jam tadi, MOTIPnya guna untuk jumpa doktor je. WT*!

Then, tak boleh blah tu, bila jumpa doktor dia tak nak scan perut i ke. Alasan, doktor kat KK biasa i pergi dah scan 3 minggu lepas. What?? memang dalam appointment 39 weeks kena scan ok nak tengok condition baby. Geram betul! Dia just tanya pasal alergik kulit i, check jantung i and tanya pasal ada apa-apa tanda tak nak bersalin bla bla. Sungguh tak best! 

LAGI, tak boleh blah, dah siap semua tu, first time k dapat slip bayaran kat KK. Sumpah jakun. Siap i tanya lagi, nak buat apa dengan slip tu. Ingatkan kena bayar ke apa. Doktor cakap awak balik baca je, tanda prihatin kerajaan pada rakyat. HoHOhoHOhO. Rasanya kat negeri i je kot ada slip ni. 

motip sangat. Uolls pernah dapat??

Dah settle semua urusan, pergi cari nenek and makcik. Sekali nenek menunggu depan Makmal untuk ambik keputusan air kencing. Rupanya dah lama gila kot nenek menunggu kat situ tapi Si-pakcik-pembantu-makmal tu nan-HADO! Kesian nenek, dengan laparnya lagi. Masa tu dah pukul 12 tengah hari kot. Rupanya makcik i cakap, dah tunggu depan makmal tu dari pukul 11.15 lagi. Gila argh! kepala dah berasap ni. Kemana aje pakcik-pembantu-makmal tu. Kepala dah mendidih ni, pastu rasa pedih hulu hati, lapar! (walaupun dah mentedarah 2 bungkus nasi! T_T).

Then i pergi kaunter pendaftaran tanya kat nurse, mana pembantu makmal, nurse tu selamba cakap dia ada kerja kot kat belakang. Dah tu, pergilah panggil! kami dah lama tunggu. Kot ye pun ada kerja kat belakang, letaklah loceng kat depan, kami boleh tekan, dapatlah dia dengar. Sumpah, nampak je dia masuk dalam makmal, i terus pergi kat kaunter dia :

Me : Banyak kerja ke? Sorang je eh yang jaga makmal?

Pembantu makmal : Ha'ah, ada kerja kat belakang.

Me : Dah lama nenek saya menunggu.

Pembantu Makmal : Ye ke dah lama? (sambil sengih-sengih)

Me : Ada borang aduan x? meh saya tolong isi, mintak tambah lagi sorang pembantu makmal. Kesian kat pakcik kerja sorang-sorang. Nak jaga kaunter lagi, buat kerja kat belakang lagi. Kesian betul! (Gila tahan marah ni!)

Pembantu Makmal : Doktor pun sorang gak, kena mintak 2 doktor jugak! (Hamboi kau! curah minyak dalam api!)

Me : Doktor sorang takpe sebab dia duk dalam bilik dia je, kita rtau dia ada, buat keje dia, kita kena tunggu je nombor dipanggil.. Yang pakcik tu, dahlah sorang-sorang, selalu hilang. Macam mana pelanggan tak tunggu lama. Sebab tu makmal ni perlukan 2 pembantu.

Pembantu makmal : hehehehe (muka tak bersalah!)

Bila i pusing je nak pergi duduk kat kerusi, i tengok makcik-makcik dan pakcik-pakcik lain senyum dan ketawa kat i. Mungkin bersetuju atau ejek i. Peduli apa! Selagi tak tegur, naik lemak. Orang macam nilah yang buatkan susu rosak sebelangga. Orang mengata KK lembaplah, slowlah, makan gaji butalah. Harus sembur sikit kudis macam ni supaya tak merebak. GERAM!

Dah duduk tu, makcik-makcik tu siap cakap "padan muka!", "sokmo ile" bla bla... :-p Hahaha Kisahnya... tak ada siapa berani tegur. Tapi yang panas hati ramai. Mungkin takut, mungkin kesian. 

Owh, one more thing, tadi timbang berat, sekali terkejut this week berat mencecah 69kg. Last week timbang 67kg, turun 400g. Oh, my! baru duk kat kampung 3 hari, berat dah naik 2kg. Kalau dapat scan tadi mesti dapat tau dah berat baby dah berapa. Kedeeeeee betullah doktor tadi! Kecewa.

Maka, balik dari chcek up tu harus makan lagi. My mum dah siap masak semua for lunch. Then petang tu terasa nak makan kudapan pulak. Tiba-tiba terajin nak buat cucur roti. Dah lama tak buat. Lagipun, saje nak berlagak depan family, ada resepi baru yang sedap. har har har Biasa makan cucur pisang dan ikan bilis je kan? hehe

Sebelum digoreng.

very da-sedap. Licin 2 pinggan makand dengan sos cili MH Mohamad. LOL.

For the recipe, clik HERE.


Then, after maghrib tadi dinner pulak. Sekarang baru lepas supper pulak dengan segelas air teh susu, roti dan pengat pisang, nangka. Siap bertambah.

Mum : Macam mana berat tak naik. Kang nak bersalin nanti besar baby.

Me : Dah, ma yang suruh cuti awal. (lagi nak salahkan orang lain! Padahal, dasar kuat makan) Teheeee

Memang tak boleh tahan nak makan bila masakan ibu tercinta ada depan mata. Semuanya sodap!




Till then.
Selamat malam.







THANK YOU FOR READING THIS!

Maternity leave.

Bangun dari tidur pagi ni sangat berbeza. Biasa bangkit terus mandi, solat, gosok baju, bersiap, lepak depan tv jap, terus gerak pergi kerja. Bezanya weekday mulai hari ni dengan minggu-minggu yang lepas ialah lepas bangun solat Subuh, boleh golek-golek atas katil jap, pergi dapur cari makanan dan kalau rajin seperti hari ni, boleh terus update blog di pagi hari. Nikmat tak? hehe



Kenikmatan ini hanya diperolehi setelah ambik maternity leave. weeeeeee Walaupun belum bersalin, maternity leave tetap boleh diambil awal supaya bakal ibu dapat rehatkan badan mental dan fizikal sebelum bersalin. (motip sangat!) Atau dengan kata lain, berpoya-poya sebelum diri bertukar status selama-lamanya menjadi seorang ibu. (besar tanggungjawab tu). Dan bila belum menjadi ibu, hanya memikirkan diri sendiri, maka marilah kita menikmati masa yang ada ini untuk mentedarah apa sahaja (sebelum berpantang) dan melakukan aktiviti apa sahaja like blogging sesuka hati (sebelum bertukar aktiviti mengadap anak 24 jam - all mommy favourite activity kot! ^_^).

Akhirnya, setelah didesak oleh semua kesayangan (suami dan family), maka terpaksalah ambik cuti awal dari tarikh due date (18 Julai 2012). Asalnya nak ambik cuti minggu dua date tu sebab sayang cuti, nanti boleh spent time lama-lama dengan baby. Remember, setiap masa itu berharga bila dah ada baby. Kalau tak bersalin this week, kiranya macam rugi seminggulah bersahaja di rumah. Pasrah dalam keseronokkan. :-p hehehe
Tu yang tiba-tiba balik kampung without any planning. Husband sampai pukul 3 pagi, Sabtu. Makan jap, tidur, bangun solat, tidur semula, mandi, terus ervis kereta. Then balik servis kereta pukul 2 petang, dia cakap nak balik kampung petang tu jugak sebab hari Isnin tak dapat cuti, kena pergi out station ke Kuantan semula. Argh~ i said why not balik kampung hari Rabu lepas dia habis out station, bolehlah kerja dulu semalam dan hari ni tapi dia tak nak sebab Rabu kena balik KL terus sebab minggu due date i tu, dia akan start bercuti dah. Ok. Fine.


Maka, bertolaklah kami dari Kuantan ke kampung pukul 5 petang, Sabtu then sampai pukul 1.30 pagi, Ahad. Kesian sangat kat Teman Penyayang, nak balik KL pagi tu tak dapat sebab tiket bas dah habis. I tak boleh nak bagi kereta sebab this week still kena check up lagi, need use the car. So, dia naik bas pukul 8 malam, Ahad and sampai KL pukul 6 pagi, Isnin. Balik mandi, bersiap, terus travel ke Pahang. 


Ya Allah, bimbangnya takut dia mengantuk ke apa. Hari Jumaat malam this week baru hubby akan balik kampung semula sambil menunggu our beloved baby keluar. Harap-harap baby cepat keluarlah before due date and after this Friday supaya daddy tak perlu cuti lama-lama. Takut jugak ni terlepas due date. Selalu sembang dengan baby supaya cepat-cepat keluar dan bila daddy ada. So, far macam baby faham kot. :-p


So far bila dah ada kat kampung ni, rutin hariannya sama je. Hari-hari sangat mendebarkan. Bila sakit perut, mulalah suspek baby dah nak keluar ke? :-p Tulah sape suruh makan banyakkan, makan pulak macam-macam, dah satu hal perut memulas-mulas, asyik nak membuang je. Ahahaha Dah salah faham dengan baby. Asyik cakap, jangan keluar lagi, tunggu daddy! *puffffffff :-p


Pagi ni nak pergi klinik for check up. Harap-harap last check uplah ni and baby cepat-cepat keluar minggu depan. ^_^ Dah tak sabar nak tidur sebelah baby atas tilam my mum buat ni. Comel sangat! :-p




comelsssss.

Sebelum dijahit sarung, my mum beli kekabu dengan jiran untuk buat tilam bun. Quite big jugaklah. Tebal pun iya.


Tilam kekabu






Sekian.
Till then.
(lambat pulak makcik jual nasi ni nak lalu depan rumah). :-p




THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...