Wednesday, June 20, 2012

4 WEEKS TO GO, MOMMY!

Through phone conversation....

Husband : Syg berdebar-debar tak? Dah masuk 9 bulan ni..

Wife : Sikit.. tapi tak sabar nak jumpa baby.

Husband : Tak takut?

Wife : Ish, biey ni. Janganlah tanya takut ke tak.

Husband : hehe ok2. Biey kena baca balik nih nota kelas antenatal hari tu.

Wife : Kenapa?

Husband : Kot terlupa apa perlu biey buat masa syg nak bersalin nanti.

Wife : Contoh?

Husband : Erm.. cara urutan nak kurangkan sakit bersalin, cara tenangkan isteri masa dalam labour room, erm... apa lagi eh?

Wife : Hahaha baru berapa bulan dah lupa. Kang masa syg skt perut nanti, langsung tak ingat.

Husband : Xpe, biey study semula, xpun bawak nota nanti.

Wife : Apalah, macam nak jawab exam je. Biey berdebar eh?

Husband : Mestilah berdebar-debar syg. Nak tunggu baby keluar, nak tenangkan syg yg tgh sakit. Ish, macam-macamlah.

Wife : Ye ke? Biey, agak-agak hospital gomen bagi bawak tak masuk kamera dalam labour room?

Husband : Nak buat ape?? - suara dah lain macam. ahaha

Wife : Nak ambik gambarlah untuk kenangan.

Husband : Ish, tak payahlah. Biarlah biey duk kat kepala syg, bagi semangat kat syg. Lagipun biey rasa tak boleh tu. Bukan macam private.

Wife : Hehehe ye ke? Kalau tanya doktor, doktor bagi ambik gambar, biey bawak masuk kamera eh?

Husband : Tengoklah nanti.


HAHAHAHAHAHAHA........... 
macam-macam alasan dia kasi.


Stress tau. Selalu dia tanya, tak takut ke? tak berdebar ke? Semalam saje nak kenakan dia. And, i knew it! Dia lagi takut dari i kot. Sebabnya, my darling husband tidak berapa menggemari untuk melihat DARAH. hehe 

Pernah one day, MIL terkepit jari kat pintu, then terpekik husband panggil i, tolong balut luka MIL. from that day i tau dia memang takut darah. Samalah juga masa nak ambik darah secuit je pun untuk HIV test, kemain lain muka dia. hahaha

Haish, macam manalah agaknya dia nak teman i kat labour room nanti. Jangan pengsan sudah. Sangat mendebarkan ni. Bukan berdebar nak bersalin tapi bimbangkan gelagat husband. 

But, dalam takut-takut dia tu, bersyukur sangat, when i always ask him, he willing to accompany me in labour room. Fuhhhhh~~~ semua harus kuat semangat ni. Mommy, daddy and baby. HARUS!

Insyallah, WE WILL BE A GREAT TEAM!


 9 month's today. FUHH~~




 Meow~meow~:
May Allah S.W.T. bless our journey to be a mother and father.
AMIN.





THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, June 15, 2012

PENANTIAN ITU SATU PENYEKSAAN KAN? BUT WE HAPPY TO WAIT...


I tak ada duit beriban-riban nak terbitkan buku peribadi. 
Kisah hidup orang biasa. 
Kalau ada duit sekali pun, siapalah sudi beli dan baca. 
Bukan artis, ahli politik, jauh sekali orang yang disegani dan dikenali ramai. 

Maka, blog ini sahajalah tempat untuk bukukan cerita-cerita peribadi dan menatap berulang kali tanpa jemu.
 Kalau ada yang sudi, bolehlah tumpang sekaki. 
Bagi yang tak gemari, janganlah datang lagi. 
Jauh sekali nak matikan riwayat blog kerana yang kurang menggemarinya tapi disebabkan tuntutan hidup menyebabkan blog terabai sesekali.

Dan, terima kasih pada yang selalu bertanya dan sudi datang berulang kali untuk menatap blog ini.

Nah, satu entry untuk seminggu. 



Assalamualaikum w.b.t.

Hari Jumaat memang amat digemari. Rehat yang cukup panjang. Tapi hari ni macam terlewat sikit nak update blog sebab kena settlekan kerja dulu. Due date dah makin dekat. Minggu depan dah masuk 9 bulan (Insya Allah). Maka segala kerja kena settlekan cepat-cepat. 

4 hari lepas pergi check 35 weeks pregnancy. Alhamdulillah, everything ok. Baby pun dah makin kerap buat aksi braxton hicks. Perut asyik mengeras je. Doktor cakap dia belajar cara-cara nak mengeraskan badan tu, praktik to be born. Wah, kemain dia. Takut pun ada. Dahlah duk sorang-sorangkan kat rumah. Tapi, since dah tau baby just practise tak adalah takut sangat. Mula-mula je bimbang sebab tak taukan kenapa baby mengeras dengan begitu lama. Now, bila baby mengeras je, just usap perut dan keep telling her "ololo, pandainya anak ibu berlatih. Buat elok-elok, nanti senang ibu nak bersalin. We will be a great team when the real time comes". Hehehe Harap-harap baby faham.

Owh, FYI one of our staff dah selamat bersalin. Before this i ada post gambar three of us bergambar bersama-sama before dia bersalin. CLICK HERE to read. Dah selamat pun semuanya. Ikutkan turn, NEXT adalah giliran i pulak, then baru my boss. Eeee... berdebar-debar, tak sabar pun ye. hehe


Comel gilakan baby dia. Namanya Zulaikha Daaniys.

So, sebagai persediaan nak tunggu baby keluar, i tetap lakukan rutin yang sama. Antaranya :

1) Do and always do - Perineal Massage

Memang nilah kerja i selepas mandi. I akan lakukan tiga kali sehari on weekdays and on weekend pulak tengok kekerapan i mandi. I start to use this technique since my 8 month pregnancy. Kenapa i suka buat selepas mandi? Sebab time tu badan kita bersih and fresh. How i do? errr, nak jelaskan pun susah, silalah google sendiri. Hehe tapi ilmu yang i dapat ni adalah hasil dari kelas antenatal yang i joint. Very useful. What type of oil to use? I guna Cold Press Virgin Coconut Oil dari Tanamera.


Minyak kelapa dara.



I banyak baca pengalaman mommies sebelum ni which is urutan kat perineum zone @ saluran baby keluar tu dengan cara yang betul dapat mengurangkan risiko our perineum kena jahit and memudahkan baby keluar nanti. So, harap-harap betullah step urutan i buat ni and Miss V tak kena jahit nanti after giving birth. Well, kita hanya mampu berusahakan namun Allah s.w.t. yang tentukan nanti. 

2) Practise and always practise - Breathing Techniques

Also learn dari antenatal class. Ada beberapa peringkat dan teknik pernafasan yang boleh digunakan. Teknik pernafasan ni kena belajar dari awal tau, jangan sampai masa nak bersalin baru nak buat kemungkinan tak menjadi sebab masa tu kita dah gabra dengan rasa sakit lagi. So, bila praktis awal-awal, kita dah terbiasa dengan teknik tersebut dan sedikit sebanyak dapat membantu kita fokus pada pernafasan dan mengurangkan emosi kita 100% terfokus pada contraction yang sedang berlaku.

Biasanya bila cara pernafasan kita salah, kita akan jadi sesak nafas dan lemah, so pam oksigen akan diberikan kepada kita. Tapi penggunaan pam oksigen terlalu kerap akan menyebabkan kita menjadi mengantuk dan sedikit sebanyak melemahkan daya kita untuk push bila dah sampai masanya nak bersalin. So,  teknik pernafasan tu agak penting untuk dipelajari. Tapi nak jelaskan secara detail i tak berapa pandai. Boleh google and find out how to practise LAMAZE BREATHING. Tapi if pergi kelas antenatal tu lagi clear and mudah untuk praktiskannya sebab that class u akan buat the real thing and if cara u buat salah, that times jugak midwife akan perbetulkan.


Paling senang nak bagi gambaran was bila menonton drama Melayu yang kes perempuan melayu nak bersalin dan akan buat aksi mulut muncung-muncung sambil bunyi pernafasan mereka konon-konon sakit gila-gila nak bersalin tu. Thats was one of the best way untuk bernafas. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus melalui mulut. Just blow the pain yang kita tanggung tu. Then, ada a few cara lagi. Perhaps i can make a video tutorial on that. Will see. ^_^


3) Reading a lots of mommies experience - kinda helpful


Being a new mom memang kita zero pengalaman. So, banyakkan membaca pengalaman ibu-ibu sebelum ni how they handle bila hadapi saat bersalin, tanda-tanda nak bersalin etc. 




WAITTTTTT!!!




Sebenarnya masih banyak lagi nak share ni tapi semua officemate dah balik macam seram je duk sorang-sorang kat office ni. Nantilah sambung.


Last but not least,
Muka happy tak boleh blah dapat kahwin setelah 5 tahun bercintan-cintun!! GATAL. hahaha
But, now lagiiiiiiiii happy!!!!!!!!!


35 weeks and 5 days to go to reach 9 month.






HAPPY TO WAIT OUR GEMS TO BE BORN...........






Till then.
TATA.





THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, June 6, 2012

Drama queen at 3rd trimester

Today hubby dah balik KL. For a few days he with me, no word can describe my feeling. His kindness, loving, pampered me etc, just cant list one by one. Only me and baby just know and feel. (Im pretty sure baby pun rasa. Baby always kick or can i said "gedik" all over the time since daddy with us for a few days. For a fews day i tersangatlah tak boleh tidur malam, baby super active, tambah-tambah bila daddy put his hand on my tummy.)hehe



What he do for me? 
(mind u: as one of the LDR group, im sure setiap saat husband with us adalah saat yang paling berharga sekali even he came back for one or two days only. Every single thing will be remembered. T_T) :

* Tengah bersiap nak pergi kerja, terpandang secawan susu atas meja. Terharunya, he made for me. Susu anmun yang tawar tu i rasa sangat sedap sekali, macam tak cukup 1 cawan. Minum susu sambil tahan air mata jatuh. Sebak gila. If i duk sorang-sorang, mana pernah sempatnya nak minum pagi before pergi kerja. Always stop kat Petronas beli sekotak susu HL or dutch lady, minum masa memandu.

* Pergi kerja ada orang hantar, balik kerja ada orang ambil. Nikmat gila kot rasa bila husband hantar pergi kerja. Dah tak pasang radio dalam kereta, lagu-lagu semuanya bising! Hanya nak dengar hubby and wife talk. Itu baru dipanggil pagi yang merdu and mendamaikan. hehe Dah sampai kat opis boleh salam tangan suami. What a blessed day!

* Back from work, senang hati, semua penat and bosan at workplace hilang bila lihat husband tersenyum tunggu dalam kereta. Tiba-tiba rasa energetic gila. First question will be ask "Biey lapar tak? nak makan ape, sayang nak masak ni?" And he always answer "Sayang tak penat ke? Kalau penat, kita makan kat luar, sayang berehat je." Too worried, macam husband tak makan je bila pergi kerja. hehe Bila duk sorang, memang malas gila nak masak, almost everyday tapau kat kedai.

* Sampai je kat rumah, gembiranya tengok baju penuh kat ampaian. No need to collect and wash at weekend.

* Too energetic bila sampai rumah. Terus salin baju, mandi, solat and masuk dapur. He too worried when see me like that. So, while im in bathroom, he ask what he need to do like keluarkan ikan, ayam, daging dalam peti ais, kopek bawang, potong sayur? I know he dont like to cook but he willing to help me. Seriously, i tak rasa penat pun to cook for him. Its like a therapy for me. So, i told him just watch tv and do what you want to do. So, while he wait for me to cook, dia angkat baju kat ampaian, lipat semua baju and susun dalam almari. After i finish my cooking, and go to pray, he will make sure all the pot, frying pan ect that i use in cooking, dibasuh and put at the right place. Then i take my turn untuk menghidang for dinner, he go to pray and we eat together. While me with my tummy yang memboyot ini sangat kekenyangan and hampir susah nak bangun dari kerusi, he take all the responsibility to wash all the plate. Me? Time to goyang kaki depan tv. ^_^

Perfect husband for me. Im too lazy to tidy the house but in love to cook, while him not good in cooking but very kind to tidy the house. He just love to do that! I think we are perfect for each other and we are born to match each other. ^_^


* He love to pamper me. While im lying down on the sofa, he always ask me to put my head on his thigh and play with my tummy. Thats time baby 100% energetic i guess, yelah baru diberi makan, i baring elok je, then daddy usap-usap perut, suka sangat agaknya, asyik kick and move je. Sometimes i rasa ada something nak keluar dari perut i, lasak sangat. But i do love what baby and daddy do! ^_^



Today, i cant bear to see he going back to KL. Sedih sangat. Tapi cuba kuatkan semangat. Taknak dia susah hati tengok i menangis. He need to work. Dahlah malam tadi i ber'drama queen' dah. And not again today. hehe Nanti masuk opis orang nampak mata merah. Malu. hikhik

Semalam punya drama queen, i rasa kaki lenguh sikit je tapi menangisnya macam beriya, padahal bukan leg cramp yang pernah i kena tu. Mula-mula just merengek cakap kaki sakit and hubby urutkan, rasa macam sedih gila kot. Pernah je after balik kerja rasa kaki lenguh and i just relaks and baring kat sofa before pergi mandi and solat tapi semalam tu jiwa i sensitif gila kot. Satu lagi tau dahkan husband nak balik hari ni, tu yang sebak semacam je. Macam-macam dah fikir, lepas ni kaki lenguh tak ada orang dah nak urutkan, padahal dah biasa pun sorang-sorang. hehe So, bila menangis beriya, tekak jadi loya, then termun***, kepala jadi pening, after mandi je terus berehat. Dah tak boleh nak masak untuk suami. Nyesal menangis! 

So, he ask me nak makan apa, dia nak tapau kat luar. I betul-betul tak ada selera. Hubby buat secawan susu and i think dia betul-betul lapar kot tapi since i tak nak makan apa-apa, dia masuk dapur, cari apa yang boleh dimasak. I nampak dia pegang sawi and ketuk tin. So, i dapat agak dia akan masak sardin and goreng sayur.

After dah siap semua, dia ajak i makan, again i cakap tak nak, sakit kepala. Tengah dia menghidang tu, i jenguk apa yang dia masak sebab nampak 1 mangkuk je atas meja and kejap gila dia masak, rupa-rupanya...

Sardin goreng sawi. Kau mampu?

Oh,MY! Sure dia betul-betul lapar and the faster menu he can do is 2 in i menu SARDIN GORENG SAWI. Kesian pulak tengok. Dia cakap sedap. ^_^ Dont know what to say. 

Rasa bersalah sangat, again melarikan diri dalam bilik, menangis sorang-sorang. Lepas dia makan, he looking for me, again ME (as drama queen) tengah menangis. He make one joke "nasib baik sayang tak masak hari ni, kalau tak sampai mati biey tak tau sayur sawi yang dimasak bersama sardin sedap rupanya. Jimat masa pun iye. Lagi bagus dari biey makan meggi. Terima kasih sayang rajin masak untuk biey buat biey bersemangat dan kreatif discover a new recipe."


And, gara-gara tersangatlah ber'drama queen" semalam, bangun kul 6 pagi tadi perut lapar gila and siap tanya ada lagi tak lauk sardin semalam, malangnya dia habiskan semuanya semalam and i cepat-cepat bersiap, tapau nasi kat kedai, sampai opis pukul 7.30, terus masuk pantry...maka selamat sudah sebungkus nasi berlauk (nasi lebih sikitttt) + daging goreng + telur dadar + sambal belacan masuk dalam perut i. Baby duk diam-diam je. Tidur kekenyangan ke apa? Hahaha

Hubby cakap, penangan drama queen semalam. hehehe


34 weeks, waiting for check up with beloved hubby. ^_^



Till then.




THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, June 4, 2012

Daddy's baby shopping times!

Memang dah agak, instinct hari Jumaat yang lepas mengatakan 70% mommy and baby tak dapat pergi baby expo kat PWTC tu sebabnya daddy had a lot of work to settle. Ok fine. Pasrah. But, before that, kita dah buat plan. Sediakan payung sebelum hujankan? So, mintak tolong SIL jadi mata, tangan and kaki i untuk shopping kat sana, just bank in duit kat dia and sediakan wishlist nak barang apa.

Antaranya:

1) Tolong survey BREASTPUMP yang best-best dengan harga yang best-best.
2) Tolong survey STROLLER (2-way stroller) and BABY CAR SEAT.
3) Tolong borong PAMPERS MAMY POKO.

Last but not least, TOLONG COLLECT GOODIES BAG UNTUK KITA EH! hahaha

 
Nasib baik kau dapat SIL yang sporting lagi gagah perkasa, sanggup pergi since adik ipar kesayangan (lah sangat!=_=") tengah memboyot and suami pulak terpaksa bekerja. Hehe

SIL cakap dia saje jalan-jalan kat KL hari Jumaat tu, then dia ternampak bunting baby expo terus calling i, tanya tak datang KL ke nak pergi baby expo. Tapi since adik laki dia (my husband) bekerja, maka she willing to go and cuci-cuci mata, manalah tau kot-kot after dia tengok barang baby yang comel gila-gila tu, terbukak hati dia nak tambah koleksi zuriat. kahkah tu dia kata ok, bukan i kata. Hahaha 

But, at the end of her survey and lepaking kat PWTC tu, dia cakap tak banyak choice pun. Tak best sangat pun and harga lebih kurang je. So, semua wishlist i bagi tu tak dapat dipenuhi and she returning back my money WITH 3 rompers, 1 baby dress, 2 set MAM feeding bottle, 3 set mittens and booties, 1 set Pureen toiletries. TQ sil, belanja baby. Dahlah sanggup berpenat nak survey barang untuk baby tapi at the end tak jumpa pun but still belikan baby macam-macam.

Dah 2 kali ni buat wishlist nak ke baby expo tak menjadi. Tak silap yang pertama masa kat Midvalley (punnnn hubby kerja) and second time kat PWTC ni. So, as a M2B, rasa macam tak "hot" gila tak dapat pergi baby expo. Rasanya baby expo adalah tempat wajib M2B, mana yang tak pernah jejak kaki ke sana sangatlah "loser". Lagi sebulan kot nak bersalin ni, mana ada lagi baby exponya. Huwaaaaaaaaa.

But, daddy's baby cuba pujuk mommy.Daddy's baby said "kalau tak sempat pergi baby expo tu, kita pergi cari baju raya kat bandar ye". Macamlah i excitedkan. Baju raya, anytime boleh cari. Ok, fine. Dengar cerita dari SIL pun macam tak berbaloi nak pergi baby expo tu, maka hari Sabtu tu kami pergi Alamoda looking for baju raya.




Tak banyak choice for me. Mati kutu nak cari pink kaler. Daddy's baby tetap nak pink!


Rajin pulak Teman Penyayang ambik gambar. Katanya lama sangat tunggu i pilih kain.
Mana tak lamanya, dahlah dia bagi syarat PINK colour, dah tu semuanya jenis yang tak berkenan di hati. Yang corak and jenis kain i berkenan pulak macam kain yang patung tu pakai, sangat lembut and corak yang simple and menarik tapi malangnya PINK colour out of stock. Last-last mood dah ke laut, dia belikan je kain pink colour yang corak apa entah for me, my mum, auntie and grandma. While for him, awal-awal salesgirl dah gunting kain dia letak kat kaunter.


Kecewa lagi. Muncung mommy dah panjang sedepa. Then, daddy tanya lapar tak?, *geleng kepala*, nak makan ais krim tutti frutti tak? *geleng kepala*, tengok wayang? *geleng kepala*.

"Kat mana ada kedai jual barang baby?" TING! terus tersenyum. Teringat offimate bagitau ada sale kat MANJAKU sebelah Hotel Zenith tu. Haruslah pergi! haha 


Hasilnya, ingatkan i yang terover excited beli barang baby, Teman Penyayang lagi over k! Agaknya dalam kepala daddy ni hanya baju je kot keperluan baby. Pantang nampak baju baby yang comel-comel, ada sales sikit, terus rembat. DAN, tanpa disedari, Teman Penyayang dah memborong baju baby about 20+ pasang. Pengsan i tengok.


Tapi memang murah-murah pun baju. Tu yang sakan dia ambik masuk bakul. 1 bakul i pegang untuk letak barang-barang i ambik dan 1 lagi bakul dia pegang. I cari ke manalah dia, tak ada nampak kat dalam. Padahal MANJAKU bukanlah besar sangat pun, rupanya sibuk dia pi geledah baju dekat khemah kat luar tu. I keluar-keluar je panggil nak bayar kat kaunter, dah penuh baju 1 bakul. OH MY!

8 month baby bump bersama baby stuff.

Kereta punyalah parking jauh, so dia mintak i tunggu kat tepi khemah dengan barang-barang yang berat lain tau. Like pampers, baby wash detergent, baby bath, bottle brush, bottle cleanser, baby wipes, baby feeding bottle, etc. While him, take away kesemua baju-baju baby untuk masukkan dalam kereta. Sanggup k, jalan jauh dengan membawa 3 plastik baju baby. ALASAN, takut baju kotor, jalan raya basah, baru lepas hujan. OH MY!


Here, a few baby cloth (katanyalah, TAK BANYAK PUN!) which he grab. Baru kat MANJAKU, kalau pergi expo, tak taulah berapa banyak baju yang dibelinya.




3rd batch baby cloth yang dibasuh.


Balik malam tu, daddy's baby sangat rajin, dia basuh malam tu jugak then sidai dalam bilik stor.

Sebelum balik kampung hari tu, my mum dah siap basuh kesemua baju baby tanpa pengetahuan i. Balik dari kerja je, nampak baju baby penuh ampaian. Terkejut i. Ingatkan nak mendobi dengan Teman Penyayang time weekend. Nampaknya my mum yang baik hati dah settlekan awal-awal. Hehe Cuma tolong lipat masukkan dalam beg je. But, since Teman Penyayang dah borong baju banyak-banyak, then he said "seronok rupanya cuci baju baby ni, kecik-kecik je, rasa nak gigit". Over k! hehe

Tapi memang seronok pun. Paling suka bau baby laundry detergent, i beli jenama pigeon kat MANJAKU jugak. Bau sabunnya soft je, sangat suka. Dia ada liquid and powder. Dua-dua i beli.


Thats was my weekend activity. Ahad tu pulak temankan daddy's baby pergi Dungun and Kemaman settlekan kerja, so today and for a few days lagi, daddy will be with us. Yeay! Ada hikmahkan kenapa tak dapat pergi baby expo : duit tak habis banyak, daddy can spent time with us. PRICELESS MOMENT! ^_^










Meow~meow~:
Today, celik je mata ada hubby kat sebelah, then dia temankan pergi check up kat klinik,hantar pergi kerja. Balik kerja nanti dia akan jemput, then kena masuk dapur untuk masak, tak boleh dah nak goyang kaki depan tv layan Fish Port Princess. Rasa lain macam je. Dah biasa sorang-sorang on weekdays. Rasa lain macam yang seronok and bahagia. Tapi sampai bila... 
T_T





THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...