Thursday, May 31, 2012

Spontaneous Thursday : Mommy in red

Malam tadi dah gosok dress colour hijau tapi bangun pagi tadi tiba-tiba terpandang blouse merah bunga raya. Instinct kuat mengatakan pakai baju merah hari ini. Plus hari Khamis kan, kena pakai baju batik. Batik nan-hado, so pakai baju bunga raya jelah, feeling kebangsaaan gitewwwwwwwww. haha

Bila dua M2B datang, tengok-tengok pakai baju merah jugak, harus excited terus. Mesti baby-baby pakat janji tuh semalam. Sweet je. Ehehe

Dari kiri : tengah tunggu saat bersalin je tu, yours truly (8 month) and our boss (6 month).

Terasa comel and sweet gila kot. Kami satu unit sama-sama preggy. Hahaha


3 mommy in red. Tak sabar tunggu first baby unit kami nih. hehe

And, another thing yang terperasan today was :

copy from : Mamafc.com

 Ni pun terperasan bila baca status FB Rara, kalau tak memang sampai habis baby expo, i takkan tau. Tersangatlah excited nak pergi. Tapi tak boleh excited sangat nanti tak menjadi. Sebabnya Teman Penyayang out station sekarang, tak tau bila balik. Tengah pujuk Teman Penyayang settlekan kerja cepat-cepat supaya petang besok dah boleh jemput i. Haha

Baca pamplet baby expo ni macam banyak gila benda best-best, lebih 600 buah booth ada. Confirm barang murah-murah. Harus buat checklist ni, takut rambang mata je, rabak pket nanti. Yang paling penting nak aim 3 items ni iaitu breastpump, stroller and baby car seat. Argh~~ berdoa, hubby cepat settlekan kerja.

For more information about this event, do visit this website :




 
 Meow~meow~:
Update checklist baby malam ni. Dengan harapan, bila Teman Penyayang called and ask me tengah buat ape, i will say :

"buat checklist baby, takut rambang mata pergi expo nanti. Baby pun excited nak pergi ni, asyik bergerak je." - mommy

" Ye ke? Kesiannya. OK, biey balik awal esok eh." - daddy

YESSS!!!!!!





Yours truly,

MOMMY-YANG-BERHARAP.
=_=" 

 


THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, May 30, 2012

hotdog OR hamburger??

Last weekend before pergi KL untuk majlis perkahwinan anak saudara Teman Penyayang, we went to Klinik Wyko again untuk scan 4D. Tak sabar nak tengok the real baby progress in tummy land. Dah lama tak jumpa baby, last scan hari tu masa 5 bulan. Now, my pregnancy was about 8 month++. Dah lain sangat rupa baby. Makin bambam macam daddynya. haha

Tapi yang paling penting, daddynya sangatlah excited nak double confirmation either we will get delicious hamburger or hotdog. =_=" LOL.

sumber : google
 OR

sumber : google
 ????


Agaknya baby pun feel the same feeling macam daddy,  masa doc scan peha dia, then doc ask my hubby, "nampak tak?". He said "apa?". Baby dengar agaknya what daddy said, terus baby angkat peha and said "look daddy! now you can buy my cloth!". Seriously, real gila nampak, then doc said "100%".

Keluar aje dari klinik, Teman Penyayang said "Let's go shopping baju raya. Pink colour for this year".

"What? Are you serious? Are you willing to wear baju melayu in pink colour?" - me

Now you know either hamburger or hotdog. Kalau keluar tu not like what we see, tu semua kuasa Allah s.w.t. Just wait and see je. But, what can i said right now, Teman Penyayang punya mood to shopping baby stuff dah turn back macam scan 5 bulan hari tu, all he aims was comel-comel, sweet-sweet aje not for both gender anymore. Sabar jelah.

But, overall g scan tu, baby condition semua ok, umbilical cord in the right position, leg, head, bone, heart.. everything ok just and just match with my 8 month pregnancy. Now, baby weight was 2.4kg. Doc said it's can reach till 3.3kg before deliver. Hurm~ 

Owh, speaking about last scan (or) speaking about daddy feeling (this more right kot! heh), Teman Penyayang always said "betul tak apa biey rasa?" ERK! whatever-lah.

You know what, kenapa he said "betul tak apa biey rasa?" sebabnya since im preggy, he get close with his niece more than his nephew. 

Play a lot with his niece.

Anak saudaranya tu, memang manja gila-gila dengan dia. Sebelum i preggy, i ambik ok je, tapi sekarangggggg, dah tak sudi main-main dengan i. Teman Penyayang cakap his niece jeles dengan baby kita. Apakah??

And, his new hobby adalah suka dodoikan kanak-kanak. Padahal mula-mula bergurau senda, then Teman Penyayang sing a lullaby song, sampai tertidur anak buahnya.

He not only close with his niece but also with my auntie's dotter.



Since she with me for a few weeks, pantang after subuh, pintu bilik terbuka, mesti masuk bilik, nak baring sebelah Teman Penyayang. Spoil je. =_=" Ahaha




Thats why he called-betul-tak-apa-biey-rasa? Boleh pakai ke his instinct? kehkeh

Then, i saje kacau Teman Penyayang tau, i said, baby boy pun suka jugak kat dia. Like my auntie's son, pun suka sangat main dengan Teman Penyayang. Paling dia suka, bila dapat tidur dengan Teman Penyayang, sampaikan Teman Penyayang kena dodoikan dulu bagi terlelap, baru my auntie ambik anak dia.



LIKE THIS .Dodoi sampai dua-dua terlelap. hehe


Then yang paling best tu, pernah i and Teman Penyayang pergi klinik for check up, suddenly ada baby boy yang tengah belajar bertatih datang kat seat kita orang. I kemain excited ok hulur tangan nak ambik dia, tapi dia tak nak. That boy just pegang lutut i untuk bertatih pergi kat Teman Penyayang. Once Teman Penyayang hulurkan tangan, laju je capai mintak didukung. Then bila sampai turn i nak jumpa doktor, Teman Penyayang nak kasi that boy kat nenek dia, terus dia menangis ke. Terkejut i. Hish~ macam mana kanak-kanak boleh suka kat dia ni. Padahal i yang pandai layan budak. LOL. =_="




sama tak muka dia orang? Erm.. im wondering, siapa ayah dia ni. ahaha


Nenek budak tu cakap, cucu dia rindukan ayahnya sebab his mum and dad PJJ, sama pulak dengan  kita orang. Sedih pulak.



Then, bila i tanya Teman Penyayang, "baby boy pun suka kat biey kan? So, instinct biey salah kot."



"Yelah, dia orang suka sebab dia orang tau anak biey nanti girl, saje nak baik-baik dengan ayah baby. Nak anak kenalah bodek ayah." 

Lor. Apa punya lawak la dia ni. Suka nau cakap benda merepek. 


Hahahaha

Will see ye....
Till then.






THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, May 24, 2012

THE LUCKY DAY?

Dah kata rezeki tu, memang tak dapat ditolak kot. Semalam balik kerja, tengah berseksi di rumah (ampun, sejak preggy ni tahap kepanasan yang melampau i rasa), tiba-tiba jiran bagi salam. Terkejut. Rupanya nak bagi kek harijadi. Kek pisang panas-panas, baru angkat dari kukusan katanya.

Tengok tuuu, berwap bekas, panas-panas lagi ni.
Then siap bergurau lagi dengan jiran.
 
Me : Eh, kek pisang. Buat susah-susah je (tersangat drama Melayu, ahah). Macam tau-tau je birthday Hana hari ni, siap Cik Dah bagi kek lagi. hehehe -->muka tak malu.
 
Jiran : Laaaaaaa... ye keeee? Kalau Cik Dah tau birthday Hana, Cik Dah kukus sebijik je bagi Hana, tak payah potong macam ni. Maaf la Na, Cik Dah tak tau.

Me : Ala, Cik Dah ni. Hana gurau jelah. hehe Terima kasih tau bagi kek ni. Susah-susah je. hehe

Jiran : Alah, tak susahnya. Tak cukup, tak payah malu-malu, pergi kat dapur Cik Dah tu.

Bla bla bla bla bla bla bla~~~~~~~~ drama melayu.

Jiran balik je, terus makan. Panas-panas, sedap. Then sms Teman Penyayang (menjadi kebiasaan, semua benda nak bagitau suami. ----> dah kata LDR. Sian kan?)

"Biey, saya dah kenyang. Makan kek pisang panas-panas Cik Dah kasi. Sedappppppp". ----> Motip bagitau cenggitu? Konon Teman Penyayang terliur eh? Haha

He reply:

"Kiranya kek birthday la tu. Nanti weekend ni dah tak payah beli kek lagi. Ada cucuk lilin tak tadi?"

GGGGRRRRRR! TAK KELAKAR OK! 
 
Sebagai hukuman buli i, i akan tuntut ganti rugi perasaan dengan membaham kek ni :

Baskin-Robbins Ice Cream Cake.
Ahahaha dah tertelan air liur ni. Sabar baby, kita tunggu daddy datang this weekend.  =_="
 
That's was my lucky day semalam. 

Then satu lagi hari bertuah i baru-baru ni adalah berpeluang berjumpa face to face dengan our former Prime Minister and his wife at my workplace. Walaupun dia tak adalah perasaan kewujudan i (LOL =_=") tapi enough said, i gembira dapat tengok dia secara live, dekat-dekat pulak tu. Sehari sebelum that event, dah kepochi kat my mum, said tomorrow he will come and my auntie buat lawak tak boleh blah, suruh salam then sapu kat perut, so that baby jadi bijak macam dia. Wakakaka 


Tapi, seriously, i betul-betul buat. KAHKAHKAH Now, siapa yang buat lawak? Macamlah menjadikan? Haha OK. Just for fun je dengan kawan-kawan masa tu. Semua orang nak bergambar and bersalam dengan dia, then kebetulan ada a few mak buyung kat situ, ada yang bergurau, "cepat-cepat salam, nanti baby jadi bijak". Hahaha More to believe that? i think everyone just make fun that time. Include me. Teeheeee


Here a few picture yang our official photographer ambik. I just copy je. Kehkeh


staff at my workplace, Tun M, His Wife, staff at my workplace, my boss, yours truly and officemate.

Tu gambar after event and he ready to go back tapi sebelum tu a sweet memory i guess for me and my baby when our own Chancellor (Tengku Mahkota Pahang) take a short stop in front of me to ask about my pregnancy. ^_^


Yours truly, muka yang tak dapat menahan rasa gugup and excited.


He ask me "dah berapa bulan?"


Then i reply "7 bulan" ---> i think my voice a bit loud that time sebab uncontrol k, nak melawan perasaan gementar kenalah cakap kuat-kuat, sampai i tergelak sendiri. Ahahaha stupid me. Buat malu je.


Again, he said "Owh, dah 7 bulan. Jangan banyak bergerak ye, banyakkan berehat"


Me just senyum and anggukkan kepala. Dalam hati "lor, bukan kena banyak bergerak ke untuk mudah bersalin? hehehe" Nevermind.
 
Excited me.
AGAIN.

More excited, dapat collect fresh flower after that. Believe me. I angkut fresh flower macam tak hengat dunia, dahlah berat-berat, kalau terbersalin that day,tak taulah nak cakap apa. Gila bunga punya pasal. hehe

Sibuk pilih bunga.
 

 Not only fresh flower yang dia orang deco dewan i ambik but also bunga hidup dalam poly bag also i angkut, adalah dalam 10 bag gitu. Menjerit my mum bila i bawak balik kat rumah, tunjuk kat dia. Ingatkan my mum pun over excited tengok bunga-bunga yang cantik tu tapi worry about my condition. Owh, sorry mum. Lupa diri kejap. =_="

Love you Mum. T_T


TATA.
Till then.




Meow~meow~:




Fresh flower yang buat mak i terkejut tu.




 

THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, May 22, 2012

MELENGGANG PERUT

Malam tadi dah start tidur sorang-sorang semula. Sebab family dah dihantar pulang ke kampung. Teman Penyayang cakap dah jadi isteri orang, dah nak jadi ibu, still tidur dengan mak. Mestilah. Dah suami pun jauh. So, kita berkongsi bantal dengan maklah. LOL. =_=" 

Sangat homesick sekarang. T_T

Ikutkan hati taknak bagi mak balik kampung tapi mak kita super duber busy dengan dunia pekerjaannya (read: meraung orang kampung my mum tak ada, banyak tempahan baju tak dapat siapkan, hari-hari ada je orang call tanya bila nak balik.) BAIKLAH. Terpaksa hantar mak pulang ke kampung Jumaat yang lepas. Mak cakap kena siapkan kain-kain yang berlambak sekarang, bulan puasa nak jaga cucu (bakal anak kitalah tuh. ahah), takut tak dapat ambik tempahan baju raya dah.

Selain itu, tujuan balik kampung jugak sebab nak buat acara doa selamat sikit sempena kehamilan ni dan supaya selamat bersalin nanti. Kalau orang dulu-dulu panggil acara untuk orang pregnant ni ialah ACARA MELENGGANG PERUT. Nowaday, rasanya dah tak ada kot orang buat acara tu lagi. Macam khurafat je. So, my mum just panggil orang surau beberapa orang untuk menunaikan solat hajat, semoga perjalanan i untuk menjadi seorang ibu selamat semuanya sehinggalah hari bersalin nanti. Sambil tu mum kukus pulut kuning untuk disedekahkan kepada orang surau dan jiran tetangga.

Acara melenggang perut sudah tidak dipraktikkan lagi. Kita pun sudah lupa bagaimana melenggang perut dijalankan tatkala umur 6 tahun dulu yang mana pernah menyaksikan sekali dalam seumur hidup, seorang wanita hamil dimandikan dengan air kelapa dan dililit dengan kain kuning. ITU JE YANG INGAT.

TAPI, satu JAWAPAN kepada acara melenggang perut ini, i akan ingat sampai bila-bila

Bak kata Cikgu Hashim (cikgu Bahasa Melayu masa sekolah menengah dulu).

Bila seorang kawan i tanya dalam kelas, apa itu melenggang perut?

Tanpa rasa belas kasihan, Cikgu Hashim menjawab dengan lawak paling tak boleh blah di dunia, rasa nak terburai urat perut kami satu kelas ketawa:

"Melenggang perut tu, bila uolls pergi kenduri, dia orang akan hidangkan lauk dulu, then uolls makan, lepas habis lauk pauk, dia orang akan bagi nasi, uolls makan nasi je, diikuti pencuci mulut dan air sirap. Lepas uolls makan semua tu, uolls gelek-gelek and goncang-goncang perut uolls. Tulah namanya lenggang perut".

Wakakaka gila zalim lawak. Dengan muka and gaya Cikgu Hashim tunjuk kat kami depan kelas, sangat tak boleh blah k! Hahahaha

While for me, balik kampung hari Jumaat yang lepas adalah acara melenggang pesta perut yang sangat best sekali.

PULUT DURIAN. Teramat-amat sedap bila my mum buatkan.

Siang malam baham durian sampai kepanasan, tak boleh tidur malam.

Combination untuk disatukan menjadi PULUT DURIAN. Opcoz ada pulut, santan, durian, gula melaka dan gula. Yang satu lagi tu ialah timun betik.

First time Teman Penyayang cuba pulut durian ni and he love its sooooooooooo MUCH! Katanya kalau makan kat tepi pantai ni lagi best. OK. Over tau dia ni! Dah tambah 3 kali baru nak cakap makan tepi pantai best. Kalau makan kat tepi pantai gamaknya 6 kali tambah kot. hehehe


Gila murah kat kampung buah salak ni.

 Ni pun Teman Penyayang first time makan buah yang fresh dari pokok, siap ada duri bagai. Biasanya dia jumpa yang dah jeruk je. Kesian pulak tengok. Sekali dia borong dengan jiran sebelah rumah sampai 4 tandan untuk bawak balik KL. Memang musim buah salak kot sekarang. Kalau kat kampung harganya rm2.50 je sekilo, tapi bila tanya kat sini hari tu masa pergi pasar malam, RM8 hokei sekilo! 


Kat belakang rumah ada je pokok buah salak ni tapi baharu berbunga. My mum cakap nak jaganya sedikit cerewet, kena titikkan debunga jantan atas bunga betina (ala-ala persenyawaan gitewwww) baru menjadi buah salak ni. Owh, giteww..kita tau makan je. =_="

Sebelum balik ke sini semalam, my mum bagi gak kat i bekalan untuk bersalin nanti iaitu BUNGA KACIP FATIMAH dan MINYAK SELUSUH.

Bunga Kacip Fatimah dari Mekah.


Macam ni rupanya bunga kacip fatimah. Tak pernah tau pun, ingatkan apalah my mum simpan kat bekas dalam almari tu. Nantilah i story mory pasal bunga ni and minyak selusuh my mum bagi tu. Dah pregnant ni baru nak ambik tau semua benda ni. Eh, memanglah kan? takkan zaman anak dara nak kepochi pasal benda ni. Tak pernah bercita-cita pun nak jadi bidan. =_="







Meow~meow~:
H
O
M
E
S
I
C
k
--------> Sabar Hana, lagi 9 minggu je, nanti berpantanglah kat kampung puas-puas. BAIKLAH.





THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, May 16, 2012

SO MUCH TO SAY AND SHARE....


Termasuk dengan entry ni, dah 4 kali saya taip entry untuk publish tapi malangnya yang 3 lagi tu terpaksa diperam dalam draf je. Tak cukup masa nak bercerita panjang. Masa "halal" saya gunakan untuk update blog adalah lepas waktu bekerja around pukul 5 hingga 6.30 petang sudah menjadi "makhruh" gara-gara tak sabar balik ke rumah untuk berjumpa family tersayang. Harus hargai masa yang ada ni. 

Maka, hari ini bagi mengelakkan blog ini terus bersawang dan berhabuk, kita kumpulkan cerita dari keempat-empat entry menjadi satu entry yang sangat bermakna (SANGATLAH KAN?). =_="

DAN, oleh kerana saya sangat menggemari hari rabu which is ada segmen Wordless Wednesday, saya membuat keputusan untuk bercerita berdasarkan gambar. Susunan gambar ikut suka hati.

Perkara yang terjadi/alami/terlibat oleh saya sepanjang masa "bertapa" saya dari publish entry selama 2 minggu lebih.

1) SET BERSALIN. TANAMERA POSTNATAL SET.


Jeles dengan M2B yang lain, dapat miliki set ni dengan harga RM90 SAHAJA time promosi. Uhuk Takpe-takpe, alah membeli menang memakai.

Dah lama survey set bersalin. Macam-macam jenama and produk yang ada. Tapi my mum pesan beli yang less eat postnatal set. Just guna untuk luaran je. Jamu, ubat-ubatan my mum suruh cari after 100 hari. WHAT? macam mana i nak kembali gojes nanti. Lama nau pantang. Hahaha ----->muntah.

So, dalam banyak-banyak postnatal set yang i survey, i found TANAMERA SET is the best for me. (Insya Allah). Sebabnya, produk hanya digunakan untuk luaran sahaja, fall in love with TANAMERA abdominal binder@bengkung, yakin after baca testimoni TANAMERA (termasuklah Serina Redzuan).


Ada 11 items. Dah tak sabar nak guna.

All the product memang digunakan untuk postnatal tapi so far, i dah gunakan COLD PRESS VIRGIN COCONUT OIL. Banyak sangat kegunaannya and paling best which is i baca testimoni dia adalah very useful for perineal massage, supaya mudah bersalin. Then minyak ni jugak i sapu kat perut, peha, breast bagi elakkan stretch mark (so far memang tak ada langsung stretch mark), also boleh diminum untuk dijadikan sebagai minyak selusuh (yang ni i tak buat lagi).



 Lagi 10 produk tu i akan ulas after use eh. ^_^


2) REZEKI MOMMY. DAPAT RAINBOW CARAMEL CAKE.


Super duber sedap!


Rezeki ni i dapat dari IBU MIKA. Saje je pi gatal cakap terliur, nak rasa, (EH! bukan betul ke terliur? ahaha) sekali, dia bagi sebijik kat i. Katanya alang-alang buat untuk customer, dia buatkan sekali untuk i, kesian M2B terliur. Baik hati gila Na ni. Padahal kenal dalam blog je pun. So, 4 Mei tempoh hari, tanpa segan silunya i pi tempat keje Na untuk pick up kek tu. Hehe Tq Na. Menangis makan kek tu. Sedap sangat, pastu terharu pulak jumpa new friend yang baik hati macam Na.


3) BABY ABDOMINAL BINDER@BENGKUNG

Bengkung baby ni my mum yang buatkan. Warna plain je, warna putih. Tapi ni i nak share bengkung (also can call apron. =_=") yang makcik i bagi. Tersangatlah special. I dapat 5 Mei hari tu masa makcik i datang dari Kajang untuk bantu i pindah rumah. Gila terkejut tengok bengkung ni tapi tak ada kata apa-apakan. Dah orang bagi. Terima je. 

TAPIIIIIIIII sesungguhnya dalam hati i berkata-kata bengkung ni dah macam apron rupanya. Kahkahkah MOTIP bagi bengkung cenggini? Makcik i cakap bagi anak i rajin tolong i kat dapur kelak. Ouch! Tak terkata. TERIMA KASIH MAKCIK. ^_^


Makcik i tempah 10 bengkung and percuma sekali dengan changing mat.


4) HARI IBU.

Actually tak adalah celebrate beriya pun. Dah alang-alang my mum ada kat sini, tu yang celebrate hari ibu, dahlah masa birthday my mum, tak dapat sambut sama-sama, hanya mampu pos laju hadiah je. Kiranya bagi supriselah kat my mum. Cuma silapnya, i tak sempat nak sediakan hadiah. Hahaha Ingatkan nak pergi cari hadiah dengan Teman Penyayang hari Jumaat malam tu after Teman Penyayang jumpa customer dia tapi malangnya hari Jumaat tu i tak sihat, so pasrah jelah. 

Hanya sempat belikan kek je. Plan asal nak bawak makan kat Secret Recipe je hari Sabtu tu, senang beli kek kat sana and makan-makan pun ada je kat sana tapi memandangkan nenek i tak berapa selesa nak makan-makan kat luar, so kami sambut kat rumah je. Tekak ni pulak sangatlah terliur nak merasa rainbow cake, maka tempahlah kek kat Na. 


Order kat Ibu Mika gak. Bukan sahaja cantik tapi sedap jugak.


Tak boleh lupa rasanya. Sangat serasi dengan tekak. 

My mum sangat suka kek ni. Dia cakap sedap, tak mual makan. So, im glad she like this cake so much. Mula-mula tu agak bimbang jugak kot-kot my mum tak berapa suka, yelah kek ni i beli pun sebab i nak rasa, padahal my mum suka kek coklat. Jahatkan i? haha Dahlah tak bagi apa-apa hadiahkan. TAPIIIIIIIIIIIIII my sweet and charming husband dah belikan something kat my mum. Dia tak bagitau i pun. Bukan hanya my mum terkejut, i lagilah. Macam derhaka gila, anak sendiri tak bagi apa-apa tapi menantu leh kasi hadiah. Argh~~tension.



 Lagi tension and jeles, bila i tanya untuk i dia beli apa? tau dia cakap ape?

"Biey bagi kasih sayang yang tidak ternilai harganya untuk sayang and baby."

MELT! Hahahaha 


5) Gambang Resort City

-
-
-
-
-
-







Boleh tak nak buat sambungan entry ni jadi PART 2? Waktu "halal" dah habis.


Sekian. Till then.






THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...