Monday, April 30, 2012

Finally, buah keranji BUKAN DALAM PERAHU but on my desk!


Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Suruh mengaji dia tak tahu.


 
Wah, pantun u. Ahaha Jarang nak berpantun ni. Special punya pantun i bagi sebabnya sekarang i tengah mengadap BUAH KERANJI tapi bukan dalam perahu. I mengadap buah keranji kat opis. Weeeee~~~ Nikmat sungguh dapat buah yang diidam-idamkan ni. Susah nau nak carinya sekarang ni. Nasib baiklah Ibu Mika ni bagitau kat mana dijual. DAN, lagi bernasib baiklah my boss tolong belikan i. 3 plastik lagi. Hambek kau. Makan puas-puas. hehe


Nilah buah keranji dalam perahu tu.

Rasanya masam manis. Buahnya lembut macam baldu. Imagine je kemam baldu, tulah rasanya. BAHAH.

Sangat nikmat. Tak boleh nak berhenti makan. Rasa nak beli satu tempayan. Haha tapi ampun bila tau regenya. I plastik RM6. Kecik je plastiknya. Kalau kat kampung RM2 je tapi dah tanya my mum, kat kampung tak ada buah ni. Mungkin orang kampung dah tak kuasa nak masuk hutan, mencari buah ni. Nasib baiklah ditempatkan di bumi Kuantan, dapat lagi jumpa buah ni. TQ boss. Sebak.

Nak kata mengidam? Erm..bolehlah. Kecur liur bila tengok buah ni kat blog Ibu Si Mika tu. Sebelum ni memang tercari-cari. Nampaknya benda ke-3 i mengidam nak makan, dah dapat. Lepas ni tak taulah ada mengidam apa-apa lagi ke tak.

Benda pertama yang i mengidam nak makan adalah KUIH BAKUL. Pernah buat entry pasal mengidam kuih bakul tu kat SINI. Nasib baik masa tu musim perayaan Cina kan? Kalau tak, masak suami kena cari. Ahaha Ngada-ngada.

Yang kedua pulak ialah makanan eksotik negeri Kelantan iaitu JERUK CELAGI atau ASAM JAWA. kahkah eksotiklah sangatkan. Ni pun kira bernasib baik jugak dapat makan. Masa balik kampung hari tu, memang tengah musimnya. Kebetulan depan rumah, ada pokok celagi, apa lagi, gara-gara ibu mengandung nak makan, dahlah berbulan-bulan alahan kan, maka daddy of my child and seisi keluarga berusahalah mendapatkan buah tu. Bukan senang k. Dahlah pokok tu tinggi.

Rasanya first time ni Teman Penyayang petik buah guna benda alah tu.. Hahaha yang gugurnya bukan buah tapi daun-daun. Kehkeh


Macam dah biasa lagaknya. Tapi.. ahaha  TQ sayang dah dekat nak Maghrib, sanggup berhempas pulas.

Jatuh sebijik, bukan main excited muka. Hahahaha

Kesian tengok Teman Penyayang terkial-kial nak dapatkan buah tu. Mula-mula dia nak je panjat pokok tu tapi i tak bagi. Sayang woooo kat hubby i. Dahlah pokok tu tinggi, dah tua pulak tu, kang buatnya dahan dia reput ke, patah ke, tak ke menyesal i. Biarlah dapat sikit je, janji i dapat merasa.


Dua budak tengah berbogel tak nak mandi, duk gelak kat Teman Penyayang yang tengah berusaha kopek buah tu.
Gigih tau orang-orang kesayangan i nak sediakan jeruk celagi. Prosesnya kemain lama, tapi bila siap, makannya tak sampai sejam dah habis.


Dah siap kopek and melalui beberapa proses. Like rendam 2 hari 2 malam dalam air garam, toskan.

Kena jeruk sehari semalam, baru boleh makan. Tahap kesabaran kena tinggi bila buat jeruk sendiri. Yang beli kat kedai tak boleh nak makan sebab ada cuka. Yang ni jeruk dengan gula melaka. LAZAT!

Yang tukang ambik buah, kopek buah, jeruk buah tak makan. Dia cakap hanya dapat usahakan sebotol sahaja buah tu, maka bagi mak buyung makan puas-puas. Olololo... baiknya dia. PADAHAL..... tekak tak boleh nak terima. Tapi i kasi kat MIL sikit, MIL suka makan, walaupun first time cuba. Siap suruh belikan if balik kampung nanti. Kalah i yang mengidam. kehkeh

So far, tu jelah benda yang i terasa nak makan. Harap-harap lepas ni tak adalah lagi. Dah masuk 3rd trimester ni, makan dah laju sikit. Cuma kari and taugeh je langsung tak boleh bau, apatah lagi nak makan. Makan pun berselera tapi badan tetap nampak kurus. I pun pelik, patutnya orang pregnant nampak debab, comel, gebu-gebu gitewww kan? hahaha Semua tegur i, kemain slim sejak pregant. APAKAH? Bila cakap dah masuk 7 bulan, lagilah cakap keciknya perut diaaaaaaa.... hukhuk

Tak kisahlah, janji saiz baby mengikut usia kehamilan. I tanya doktor masa check up friday last week, "why my baby bump tak macam orang lain, bila 7 bulan nampak montel je, besau je, best je tengok." Then doctor reply "ok what ur baby bump. Comel je. U kan tinggi, sebab tu baby bump kecik je. Lagipun i ukur saiz baby semua ok, no.problem." Ok. Fine. Rasanya, tiap kali scan, soalan sama yang i tanya. Nasib baik doktor tak naik menyampah dengan i. Hahahaha

Orang cakap, eloklah baby kecik kat dalam, biar besar kat luar, senang nak bersalin. Lagi satu, if perut kecik je, senang nak kurus nanti. Ye ke? Pandai je kamu yang BERKATA BEGITU. Nak ambik hati i lah tu. hikhik

So, here my 7 month baby bump.



Tummy land yang kian subur

Today's working outfit,


My 7 month baby bump and Poppy Dress. ^_^



Till then,
Daaaa...








Meow~meow~:
Esok cutikan?
Happy Labour Day uolls.
Have a nice holiday.
^_^




THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, April 25, 2012

My baby movement. Happy 7th month pregnancy.

Bila berjauhan dengan husband (lap mata), rasanya semua perkara harus diceritakan dengan details, tak cukup dengan itu, harus dikepilkan dengan bukti yang kukuh. Klik!klik! tangkap gambar, walaupun makan biskut chipsmore pun sent mms (over tau! haha). Apatah lagi bila nak share moment indah yang sedang berlaku dalam hidup i sekarang. Teramat indah untuk dirasai seorang diri. Gambar kaku.

Maka, harus dirakam video. Video menunjukkan bukti. Ye, video pergerakan baby dalam perut. Amazing gila. Kerja i kat rumah hari-hari adalah bermain dengan perut sendiri. hehe Dah tau sangat bila masa baby akan diam, bila masa dia akan mengeras, bila masa dia memberontak (read: memberontak. kena kacau dengan mommy). BAHAH.

So, semalam, i rakam my 7th month baby bump dengan keadaan yang sopan dari kebiasaannya. kehkeh Yelah, biasanya rakam perut without alas pakaian, baru jelas sikitkan baby movement nak tunjuk kat Teman Penyayang.

Tapi disebabkan sempena 3rd trimester, i rakam dengan keadaan sopan (=_=") untuk diabadikan kat my online diary ni. ^_^

SITUASI 1: BALIK DARI KERJA


Lebih jelas : Saat ke... 0:01, 0:35, 0:38, 0:40. (Yang turun naik tu nafas mommy. :-p)

Balik dari kerja, after tukar baju, solat, i terus baring kat sofa sambil layan cerita Pobre Diabla (lor). Baby sangat aktif bergerak, maybe dia seronok sangat bila mommy baring, dapat berehat. So, baby ambik peluang bermain-main kat tummy land. hehe saje je tau nak kacau mommy berehat. Rasa nak terkencing tiap kali baby bergerak dengan lasak. Kalau bergerak sopan-sopan tu rasa geli la pulak. Hahaha

I suka kalau baby bergerak waktu i tengah berehat balik dari kerja. Walaupun penat and i cuba nak lelap kejap before maghrib, but still enjoy. Kadang-kadang tu tak boleh nak tidur sebab baby asyik bergerak je. Notty. hehe


SITUASI 2: Selepas makan


Lebih jelas : Saat ke... 0:07, 0:37, 1:20 . (Yang turun naik tu nafas mommy. :-p)

Gara-gara tak boleh nak lelap, padahal mula-mula tu mengantuk, so i bedal nasi goreng kampung yang i tapau kat kedai. Bila dah makan, bukan sahaja mommy tapi baby pun jadi malas. Hahaha Baby dah kurang bergerak. Time ni i suka sangat kacau baby. Tadi dia kacau mommy, now turn mommy kacau dia. hehe Senang je nak kacau dia, bagi dengar surah Yusuf. Kalau main-main usap-usap perut, tak jalannya, but once letak headphone kat perut and pasang surah Yusuf, laju je dia bergerak, kadang-kadang terangkat headphone tu. Hehe I selalu pasang surah Yusuf, Mariam, Luqman but dia lebih aktif bila dengar surah Yusuf. Dont know why. ^_^


SITUASI 3: Lepas mandi and before tidur



Saat ke...0:01, 0:03, 0:10, 0:26 (Abaikan bunyi bising. :-p)


Lepas mandi, baby akan mengeras sedikit. So this time i akan rasa perut i sedikit mengeras and sakit yang light. Maybe baby kesejukan. (LOL). Haha tapi bila nak tidur, baby akan aktif semula. Kadang-kadang i lebih suka tidur terlentang sebab kalau mengiring, baby akan duduk kat sisi perut and kalau dia asyik bergerak je, sangatlah nak terkencing. Haha Tu ok lagilah, tapi kalau dia mula mengeras, sakitnya jangan cakaplah, tambah-tambah dapat rasa siku dia yang tajam. OUchh! memang susah nak tidur. Baby pandai tau, if i tak selesa mengiring sebelah kanan, then cepat-cepat i pusing sebelah kiri (saje nak kenakan dia. hehe), then dia pun cepat-cepat bergerak sama, duduk sebelah kiri perut jugak. Kalau i asyik pusing-pusing je, maybe baby marah kot (=_=") dia akan mengeras. Baru padan muka i, kacau dia nak bermain. hahaha Kadang-kadang bila mengantuk sangat, i tertidur dengan keadaan terlentang. Dia akan main sorang-sorang. hehe

I rasa seronok sangat. Melayan baby dalam perut pun boleh buat i hilang boring. Apatah lagi kalau dia ada depan mata nanti. Kadang-kadang tu topik sms antara i dengan Teman Penyayang pun boleh bercerita pasal baby. Duk kenakan baby. Sampai Teman Penyayang cakap kesian kat anak dia. Hahaha

Well, nak buat macam mana, dah LDR. Topik remeh temeh pun boleh dijadikan bahan bercerita sampai tergelak-gelak. Rasa siku baby pun siap sms Teman Penyayang bagai. Kesian tak? Hahaha

Kiranya ada hikmah jugaklah LDR ni. Cuba bayangkan kalau dah asyik duk serumah je, nak ke dia dengar cerita remeh temeh almost everyday? Bila berjauhan ni, semua perkara dia nak ambik tau. Everytime nak sms. Kalau tak ada cerita best yang nak dilayan kat tv, baharu bergayut lama-lama, siap called 3G bagai tapi bukan nak tengok muka mommy, suruh tunjuk tummy. Nak tengok baby bergerak tapi nak jugak dengar suara mommy. Sabar jelah.









Meow~meow~:
Bila dah masuk 3rd trimester ni, rasa berdebar-debar sikit. Orang cakap anytime boleh bersalinkan? Tapi barang banyak tak beli lagi ni. Kena start shopping secara besar-besaran dengan kadar segera ni. Tapi masalahnya nak shopping barang baby and mommy sama naik je. Perut mommy dah besar, dah tak ada baju nak pakai. Haih~



THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, April 20, 2012

Tips untuk dapatkan kerja bagi fresh graduate

Being the part of this workplace, i must say, i'm glad enough. Masa mula-mula ditempatkan kat sini hati berbelah bahagi. Salah satu sebab kerana akan berjauhan dengan boyfriend (now is my husband :-p) and kehidupan di kota KL yang i cukup suka. Maklumlah 3 tahun berada di UM cukup mengajar i selok belok kehidupan di sana, so many places yang boleh dikunjungi dan sangat-sangat tidak membosankan. Walaupun ramai yang sesak nafas tinggal di kota tersebut.  But, not me! ^_^

But, at the same time, i cukup gembira bila dapat kerja before graduate. Bayangkan kawan-kawan i tengah mencari kerja after get degree, tapi i dapat kerja yang cukup menjamin masa depan (but i want more better job now with the degree in my hand) before konvokesyen. Siapa tak happykan? Masa tu i kena decide antara cinta and kerjaya (kahkah..sila muntah). So i pilih kerjaya. Sanggup berjauhan dengan Teman Penyayang sebab masa tu tak fikir langsung pasal kahwin ni dan Teman Penyayang pun bagi galakan sebab bukan senang nak dapat kerja nowaday tambah-tambah fresh graduate macam i. So, kami redha jelah dengan LDR (long distance relationship) ini.

So, nak dipendekkan cerita masa mula-mula kerja tu sangatlah mencabar sekali sebab mentally i tak kuat. Everyday menangis, rasa macam keseorangan je without any family, boyfriend, and bff. Hanya dengan sekelip mata berubah. Daripada kehidupan yang gila meriah, enjoy and happy gila-gila masa KL bertukar menjadi suram. Bosan sangat. Tak ada kawan nak hang out sama-sama. Kerja pulak taklah membebankan, easy to learn and enjoy (yang penting can access internet. Boleh? hahaha).


Cuma yang i tak gemar tu nak melayan karenah manusia yang pelbagai ragam. Tu yang memenatkan otak. A little bit effect my life here. If anyone yang bekerja in same sector dengan i, taulah macam mana penat nak layan karenah manusia ni. Sumpah, sikap hipokrit and bermuka-muka memang kau kena belajar kalau nak hidup dalam dunia pekerjaan ini. Sampai i pernah terfikir, kalaulah i ada duit berjuta-juta, nak je resign then buat bisnes sendiri. Penat pun berbaloi sebab nak majukan bisnes sendiri daripada penat nak fikir hati dan perasaan orang. Gila! (Sorry, baharu terkena tadi melayan karenah manusia, tu yang terlepas sisa toksik geram kat sini! Ampun blog. =_=").


But then, hari demi hari, bulan demi bulan berlalu, this year dah masuk 3 tahun i kerja kat sini. Dah dapat sesuaikan diri dengan keadaan di sini walaupun keseorangan. Eventhough terpaksa berjauhan dengan suami, i rasa this time i lebih tabah dan bersemangat berbanding mula-mula ditempat kat sini. Macam tak percaya je dah tiga tahun. Rasa cukup selesa dengan kerja sekarang. Tapi walau selesa and suka macam mana pun, one day i kena tinggalkan jugak tempat ni.


Tempat isteri adalah di sisi suami kan? So, i tengah struggle sekarang untuk menempatkan diri di samping suami. Harap-harap usaha i dimakbul dan dipercepatkan oleh Allah s.w.t. AMIN.


So, buat masa sekarang bagi menghibur dan mententeramkan hati sendiri, i banyak bermuhasab dan always think positive, cari keseronokan bekerja di sini. Tak mau fikir negatif walaupun kadang-kadang hati runtum terpaksa berjauhan dengan suami. Walaupun keseronokkan tu takdelah berkaitan dengan kerja i, tapi its still fun and motivated me. 


Antaranya:


1) Bekerja di universiti rasa macam tak juah beza waktu i belajar dulu. I dapat rasa suasana belajar, sangat menyeronokkan.


2) Semua kemudahan untuk pelajar turut boleh dirasai oleh staf. Like anytime dapat pergi klinik kesihatan if sakit or apa-apa, tak perlu susah-susah drive keluar dari workplace. Dapat makan kat cafe student dengan rate harga yang sama macam student, contoh i paling gemar ialah chicken chop, RM5 kau! hehe. Then kemudahan sukan like badminton, basikat etc. If ada event apa-apa je like konvokesyen atau apa-apa je event yang melibatkan student, pastu akan ada bukak gerai atau booth yang menjual pelbagai jenis barangan. Gila seronok kot dapat beli barang murah-murah.


3) Dapat bos yang memahami. I selalu terfikir, kalau i tukar tempat kerja lain, dapat lagi tak bos yang macam ni, yang boleh share all the feeling like friend.  Tapi life must go on kan, nak tak nak kena jugak cari kerja tempat lain.


4) MAKANAN. Heaven ok. Hahaha Murah rezeki duk sini. Ada je makan yang lebih untuk dimakan. Paling i suka bila ada hidangan makanan tradisional negeri ini. Like ikan patin masak tempoyak, opor daging, puding raja etc. Bila kerja kat sini baru kenal jenis makanan tu semua. Dan yang paling penting, makanan tu semua ada je yang lebih, maybe orang besar-besar segan kot nak makan banyak, kami jugak yang untung dapat melahap lepas tu. Kahkahkah


Dan, banyakkkkkkkkkkkkk lagi benda yang seronok. Termasuklah dapat access internet 24 hours tanpa block any website pun. hahahaha


Seriously, jika ditanya, i tak pernah pun menyesal pilih bekerja kat sini. Walaupun i sedar terpaksa berjauhan dari Teman Penyayang waktu tu and maybe dia akan menjadi bakal suami i kelak tapi dia tak pernah menghalang kerjaya i. Sampai sekarang he still support me dan bagi semangat kat i. I rasa beruntung sangat-sangat.


Hope all this are long lasting and we are happy ever after....... (ok. terjiwang sikit. sila muntah) BAHAH.






Meow~meow~:
Dah tu, mana tipsnya? Jiwang je memanjang dari tadi. Menyesal tau orang baca entry kau! Kahkah

Ok. Here the tips. (ni i praktikkan sehingga dapat kerja sekarang)

* Tahun terakhir pengajian, biasanya masa study week (masa i belajar dulu study week around bulan april and mei) i akan bahagikan masa untuk study kat library. Tujuannya mudah access internet. Sambil study, i akan cuba search jawatan kosong yang relate with my degree. So, i akan isi jawatan kosong tersebut.

* Untuk mendapatkan pengesahan which is kita akan dapat degree in future, walaupun kita belum habis belajar lagi, i akan dapatkan surat pengesahan dari dekan fakulti bersama-sama dengan slip peperiksaan yang lepas. Ia amat penting untuk menyokong jawatan kosong yang diisi. Takkan nak mintak kerja dengan SPM kot sedangkan dalam masa sebulan je lagi akan tamat belajarkan.

* Biasanya jawatan kosong dalam kerajaan (kalau berminat nak kerja goverment) akan keluar pada awal tahun iaitu bulan Mac, April or Mei. So masa tu kenalah rajin-rajin search dalam internet. Orang lain sibuk study and buat assigment, i sibuk cari kerja. And ulang alik pos laju borang kerja kosong. Alah, kalau mati-mati bersungguh kuat study pun belum tentukan dapat kerja bila graduate nanti. So, prepare awal.

* Then, bila habis final exam, jangan sesekali malas nak cari part time job sebelum konvo. Kat situ boleh nampak kita sangat rajin bekerja walaupun baru habis belajar. Macam i, habis je final exam bulan Mei, then i terus cari part time job sehinggalah i dipanggil interview pada bulan Julai, then before konvo pertengahan bulan Ogos, i dah dapat surat tawaran tempat i kerja sekarang. One of the best question ever yang i ingat sampai sekarang adalah:
"Sebagai seorang fresh graduate, kenapa u fikir u lebih layak menyandang jawatan ini daripada candidate di luar?"

My answer was:
"Saya suka bekerja. Habis sahaja final exam, saya terus cari pekerjaan. Saya tidak suka goyang kaki di rumah, saya tidak akan memilih pekerjaan hanya berdasarkan ijazah yang saya ada tetapi saya pentingkan pengalaman yang akan saya dapat dalam sesuatu pekerjaan. Seorang fresh graduate seperti saya tidak akan memperoleh pengalaman tersebut sekiranya saya tidak berani menyahut cabaran untuk menceburkan diri dalam apa-apa pekerjaan sekiranya saya terlalu memilih kerja, dan saya sanggup bermula dari peringkat bawah".
(lebih kurang macam tu i jawab)

Masa tu ketua penemuduga was our Registrar, then he reply " i like the way u think" .


So, after two weeks sesi temuduga tu, i dapat surat tawaran kerja and one week after dapat surat tu, i konvo. Then two weeks after konvo i melaporkan diri kat tempat kerja sekarang. So, i tak pernah merasai the so-called-pengganggur di kalangan siswazah-siswazah IPTA. Syukur sangat.

Tapi i percaya, jika bukan dengan izin Allah s.w.t. semua ni takkan menjadi kenyataan. After kita berusaha kenalah berdoa and bertawakal.

^____^






THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, April 6, 2012

Tak takut ke nak bersalin?

Being a mommy-to-be bukan sahaja physically need to be prepare but mentally also. Dari segi fizikal sangat terang dan nyata akan perubahan diri yang berlaku and easy to feel and to see by others person. But mentally, hanya kita je yang hadapi and tahu. 

So, the point is, tak takut ke  nak bersalin? dah bersedia ke? ------> the best question ever which is kawan-kawan i yang single mingle selalu tanya. 

Gila tak takut. hehe Walaupun usia kandungan baru mencecah 6 month and belum pun masuk last phase pregnancy which is 3rd trimester tapi bila dengar or baca cerita orang bersalin, agak meremang bulu romalah.

Macam mana rasa sakit nak menahan contraction, seluk menyeluk section, push and jahit menjahit kat Miss V boleh buat i tertelan air liuq. Ngeri pun ada. Apatah lagi pernah masuk and lihat sendiri lobour room (read HERE).

Tapi i kena kuat semangat. Takkan nak bagitau kawan-kawan i yang single mingle tu "huwaaaaaaaaaaa aku takut sangattttttt". Langsung dia orang tak kahwin nanti. Hahaha

So, the best anwers i can give was "semua perempuan yang nak jadi seorang ibu akan melalui semua ini, nak taknak kena tempuh but at the end of our suffer journey, there is a cute and sweet little angel yang kita nanti-nantikan selama ini berada di depan mata. Two soul become one. Hasil cinta kita and husband. Sweet kan? Excited tak?"

Then my friend will reply, "syoknya. tak sabar nak kahwin." Kahkah Dia orang melawak memang no.1.

But,im sure makin dekat dengan due date nanti, makin kerap kawan-kawan i akan tanya. Tension? Nope. Malah, seronok. Means dia orang caring dengan keadaan kita and im sure bila kita cakap sangat berdebar-debar, mereka akan bagi semangat kat kita. Sweetkan? ^_^


So far, i tak rasa takut, malah macam tak sabar pun ada after what i going through di awal pregnancy dulu. Sangat fobia dengan alahan tu. Mungkin tu salah satu sebab i rasa tak takut bersalin becoz im already undergo a bad situation in trying to be a mother.

Why i said so (means tak takut nak bersalin)

1) Bila sahaja mendirikan rumahtangga, in our mind dah set nak ada baby sooner or later tapi yang pasti memang nak baby. But then bila tengok hubby sangat-sangatlah nak baby cepat-cepat lagilah buat kita tak terfikir the giving birth process yang selalu orang cerita sangat-sangat menyakitkan itu.

2) Bila dah sah pregnant, then in 1st trimester had a bad nausea and vomiting, lagilah rasa cepat-cepatlah hilang semua alahan tu, cepat-cepatlah bersalin. Memang tak fikir pun sakit nak bersalin.

3) Bila dah masuk 2nd trimester (in my case) rasa gerakan baby di akhir bulan ke4 kehamilan. Sangat excited k. Macam tak percaya. Betul ke anak aku ni? Betul ke ni? betul ke? "Biey, baby bergerak!" ----> sambil air mata berjurai-jurai sebab merasai saat tu sorang-sorang. Happy gila, lagilah tak terfikir takut nak bersalinkan.

4) Bila dah masuk last phase in 2nd trimester (6 month), baby bump dah mula  kelihatan. Rasa diri sangat gojes. Kahkah *sila muntah* Sumpah, rasa macam syok gila kot tengok perut yang muncit sekarang. Selalu je nak letak tangan atas perut, rasa nak dekat je dengan baby. Tambah-tambah gerakan baby lagilah kuat terasa, always tersenyum geli hati bila baby bergerak-gerak. 

5) Bila dah start shopping baby stuff, rasa seronok sangat. Siap imagine lagi mesti comel je anak mommy bila pakai baju ni. "Eeeeee...tak sabarnya nak pakaikan baby baju comel ni". hahaha lagilah excitedkan, mana ada fikir takut semua tu.

6) Bila dah mula bercerita pasal baby dengan hubby like nak bagi nama apa, what if baby boy how and baby girl how, nak baby panggil kita apa nanti and bla bla bla............ lagiiiiiiiiiiiiiiiii lah happy semacam. 

7) Bila dah buat scan 4D, dah mula kelihatan rupa baby ikut siapa sikit-sikit, lagilah nak menjerit and excited "eh, muka macam kita, muka kita!" Hahaha Opcoz lah baby akan ikut muka mommy and daddynyakan? Thats time timbul perasan halus "Bukti cinta dan kasih sayang yang kita bina selama 6 tahun" T_T. Tak sabar nak tengok muka ikut mommy or daddy.. Kalau takut-takut nak bersalin macam mana nak tengok muka baby. Kan? hehehe



So far, tulah yang i rasa selama ini. Excited to see our baby and cinta hati kami adalah mengatasi rasa takut itu. 

And, one more thing yang excited sekarang ni ialah.....


Nak buat benda ni esok atau lusa. 

SUPRISE. Mabeles sambal.  Terliuq gila-gila. (GAMBAR DI"KIDNAP" DARI BLOG IBU MIKA. Teheeee)



Harap-harap harapan untuk berbakti di dapur untuk Teman Penyayang menjadi kenyataan. *ingat Hana, jaga perut suami* Hahahaha


Ok. SEMANGAT!




Till then.
Assalamualaikum...






THANK YOU FOR READING THIS!

Hana Soffelia Quote (1)

Today was Friday. Biasa kat office akan ada sesi tazkirah every Friday morning. Tapi hari ni tak ada bcoz our big boss not in the house. Yeaaa!! Opsssss... hahaha

Soooo, start from today i akan share my quote yang tak berapa nak canggih but its personally sangatlah menusuk dalam kalbu dan memberi kekuatan for me bila hadapi some situation. 


Simlpy motivated me.


"Walaupun orang baling tahi kat kita, kita balas je dengan jambangan bunga yang harum"




Means, walaupun orang layan kita dengan buruk, selalu berinteraksi dengan kita bau macam "mulut longkang", buat kita rasa tak dihargai, sekejap endahkan kita sekejap borak and everything yang bad sidelah, kita just ignore je.


Makes all thats bad thing which yang dia lakukan, tak memberi kesan langsung pun pada kita. At the end, dia sendiri akan berfikir, why she just ok after all i done to her. Bajet dia nak tunjuk protes kat kita tapi tak menjadi.






So, who is the winner?


Yes, WE ARE.


Who is the loser?


Fikirlah sendiri. Haha








Tak puas hati sebab kita je kena mengalah?


Hey, remember this :


IKHLAS melakukan sesuatu, REDHA menerima segalanya. KENIKMATAN di hujung perjalanan.






IKHLAS itu REDHA. REDHA itu NIKMAT.








Have a nice day peeps! 
^__^




THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, April 5, 2012

Jawapan kepada kelopak mata kanan berdenyut-denyut.

Konon... dah rasa lega sikitlah bila jumpa beberapa ramalan ahli nujum berkenaan kelopak mata kanan berdenyut-denyut atau bergerak-gerak. Macam-macam andaian. Walaupun tak boleh nak percaya dan boleh menjurus ke arah "khurafat" tapi just to make fun jelah. Like boleh pilih, "which one petanda yang aku nak?" Kahkah lawak pun ada ni.

Dah tanya kakak-kakak office, dah tanya a few friend and siap buat research lagi kat google ni. Gigih tak i? hikhik 

Bukan apa kan, bila kelopak mata berdenyut-denyut ni buat mata kita tak selesa and buat kita tertanya-tanya what happenkan, tak senang duduk pun ada. Dah 3 hari ni berlaku.

So, here a few answer yang i dapat:

1) Nak dapat duit (sumber dari SINI.) : Wah, suka-suka. Ingatkan gatal tangan kanan je nak dapat duit, rupanya kelopak mata berdenyut-denyut pun nak dapat duit jugak. Hehe Nape macam nak percaya je? Sebabkan 2 hari lepas i got some of money from someone. Sebenarnya duit tu untuk disedekahkan kat i masa i masuk ward bulan 12 hari tu. Tapi disebabkan ada masalah-masalah lain, so, duit tu baharu diserahkan 2 hari lepas. Terkejut gila ni. Terus online shopping baju baby. Hikhik So betullah mata berkelip agaknya nak dapat wang kan? hikhik Tapikan semalam pun berkelip lagi. Siapalah nak bagi duit kat i lagi ni? kahkah tunggakan gaji 3 bulanKAH? ^_^

2) Nak tengok atau jumpa seseorang : Ni biasa yang i dengar. Erm.. rindu sangat kat Teman Penyayang kot, so tak sabar nak jumpa weekend ni. Kan? hehe

3) Akan mendapat khabar yang baik : Apakah? berdebar-debarnya. Kahkah ni memang sentiasa ditunggu ni. Surat cinta dari KL. So far dah 10 surat cinta dihantar satu pun tak terbalas. =_="

Tu antara yang i dengarlah. Tapi yang best ni ada penjelasan dari segi saintifik. I jumpa kat blog INI. Pakar perubatan menggelarkan kelopak mata berdenyut-denyut ialah EYELID MYOKYMIA. Which is ia berlaku akibat pergerakan satu atau dua otot sekeliling mata. Ini disebabkan rangsangan berlebihan oleh saraf pada otot tersebut terutamanya otot yang bertanggungjawab untuk menutup mata (orbicularis muscle & superior oblique). Ia berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya:

- Pengambilan kafein yang berlebihan.
- Berdebar-debar atau risau
- Stress atau tekanan
- Keletihan
- Kerja berlebihan
- Tidak cukup tidur
- Penggunaan ubat
- Pemabuk
- Mata yang terlalu gatal akibat terdapat bendasing


Wallahuallam. Hanya Allah S.W.T. je tahu dan hanya dengan izin dari-NYA je sesuatu perkara akan berlaku. ^_^

Duk fikir dan susah hati pun tak berguna kan? Apatah lagi fikir benda buruk akan terjadi, kalau fikir benda elok boleh make fun jugak. Geli hati. hikhik

Macam orang ni, pagi-pagi dah main-mainkan i. He sms me, tanya pakai baju apa hari ni. When i said red colour. Terus excited, sent photo plzzzz.. hahaha Taulah favourite colour dia.


Baju preggy batik tak ada. Bunga Raya adalah. Kira baju kebangsaan jugaklah kan untuk dipakai pada hari Khamis? :-p


Then Teman Penyayang balas sms said, "Hi, bunga raya. Patutlah mata biey berkelip-kelip malam tadi, rupanya nak dpt gambar syg" =_="

Sabar jelah.



Till then.





THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, April 4, 2012

Motif sebenar??

Breakfast : Nasi ulam + Nasi goreng + Ayam masak merah = Kenyang sampai sekarang
 


Tapi still kena pergi pasar malam jugak ni. Kang tak memasal malam karang lapar.


Till then.




Meow~meow~:
Entry yang tak ada motif. Nak kata hari ni busy nau, tak ada pulak. Pelik. Kelopak mata berkelip lagi. Harus google ni. Esok baharu cerita. BYE!




THANK YOU FOR READING THIS!

Not-so-wordless wednesday : Comel tak?

Comel tak?
 
Terjumpa gambar ni kat FB kawan. Budak tu memang comellah kan. Tapi maksud sebenar i ialah comel tak topi yang budak tu pakai?


Siapa pandai mengait topi cenggitu? Agak-agaknya berapa upahnya? Nak tempah ni. Berkenan sungguh. ^_^








THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, April 3, 2012

My 6 month baby bump.

Hari ni semangat lain macam sikit. :-p Biasa datang kerja muka sememeh je. Imej lagilah. Pakai baju kurung, tudung bawal je. I memang pencinta bawal. So, tulah tudung yang i pakai selama ni. Walapun orang lain kemain bergaya dengan shawl, Fareeda la, apa la. Baju pulak dah memang tak pakai kurung moden sebab segan. Badan semakin kembang semangkuk. Maklumlah bahagia, Teman Penyayang bagi makan dengan cukup. Kahkah *sila muntah*

Since pregnant ni, i perasan perubahan imej i berada di paras kritikal. First, LANGSUNG TAK SUKA MEKAP. Pergi kerja just pakai compact powder and eyeliner je. Lipstick entah ke mana, apatah lagi eye shadow, blusher, perfume dll. Second, KUALITI KULIT MEMANG TAK TERJAGA. Kulit i ni spesis sensitif, makan benda bergoreng, seafood atau apa-apa jelah yang tak berkenan oleh kulit, terus timbul pimple. Kalau dulu ada pimple sebijik kalut semacam. Now, dah tak heran. Lantak kaulah. Toner dah habis? pencuci muka dah habis? sun block dah habis? Biarlah. Macam tulah i sekarang. Third, TAK SUKA PAKAI BARANG KEMAS. Semua barang kemas i, i dah tinggalkan kat kampung bagi mum jaga. Kang tak memasal pergi kerja, tinggal barang kemas kat rumah, hilang ke, tak ke melopong i. Even cincin bertunang, rantai kahwin yang Teman Penyayang bagi i kasi my mum pegang. Masa 1st trimester dulu i rasa nak termuntah bila dapat rasa ada rantai kat leher. Jadi sesak nafas. Entah kenapa entah. Ni bukan cerita dogeng ye. 

So, bila dah nak menghampiri 3rd trimester ni, i rasa lain macam pulak. PERTAMA : mula cari barang mekap yang sesuka hati campak dulu. Bila eyeliner dah nak habis, mula kalut, bila compact powder tak ada dalam stok baharu rasa sesak nafas, malu nak keluar rumah kalau tak pakai bedak. Bila cari foundation, tengok-tengok dah kering, tinggal botol kosong je. Angin k, bila masa i pakai semua tu. Rupanya anak makcik yang main masa datang rumah hari tu. My mum cakap i jugak yang senyum masa dia ambik foundation tu pi cat tangan dia and tekap kat majalah. Serious, i macam blur time tu. Tengah pening kepala, tak tau tu pulak tu foundation Revlon i. Grrrrrr.

KEDUA : Rasa nak beli produk kulit yang tengah meletopppp sekarang ni. Dengar cerita kawan i, pergh~~ menjadi, mulus gila kulit kawan i tu. Jeles tau! Rasa nak order sekarang jugak. Dah mula rasa nyampah kat pimple ni. Tapi i ada terbaca satu artikel yang mengatakan, "bahan kimia yang terkandung di dalam barangan kosmetik boleh merisikokan baby. Sebab, bila kita apply bahan tersebut kat muka, dia akan meresap ke kulit dan akan melalui pembuluh darah kita. Then dari darah tu dia akan membawa ke tali pusat yang boleh disalurkan pada baby" Betul ke? Agaknya, patutlah tuhan jadikan mommy2 malas nak mekap, muka sememeh time preggy sebab ada hikmah di sebalik semua tu kan. Wallahuallam. Tunggulah lepas bersalin nanti....... hikhik

KETIGA : Rasa macam diri berbogel tanpa sebentuk barang kemas pun melekat kat tubuh. Hilang seri gila rasanya. Tak sabar nak balik kampung, collect barang kemas dari mum. Then mum cakap, alah, lagi 3 bulan nak bersalin, masuk hospital kena tinggalkan jugak barang-barang kemas tu. Ok. Fine.

Tambahan : rasa nak bergaya semacam. Nak melawa je. Pantang nampak baju cantik, nak grab je. Sama naik dengan nak beli baju baby. Kalau mommy lain tu dah tak kisah pasal diri sendiri, sibuk nak shopping baju baby je tapi i rasa lain macam. hehe Dulu, masa 1st trimester, kemain marahkan Teman Penyayang dia borong baju preggy sebab i rasa macam tak ada nafsu nak pakai. Maklumlah, perut tak besar macam orang lain. Now, siap mintak lagi dengan hubby nak tambah koleksi, then kena marah balik, Teman Penyayang cakap now shopping untuk baby pulak. =_=" BAIKLAH.

"Baju yang biey beli tu pun tak pakai-pakai lagi, lagi nak beli yang lain. Pakai dulu baju tu". -- He said through phone called. (Erk..ada nada marah ke? siap i merajuk bagai. Kahkah) Ok.Insaf. Sensitif sangat i. Tak memasal menangis macam budak-budak. haha Tapi berbaloi, he said this weekend dia belikan dress i nak tu. *wink* Hahaha

So, today, for my dearest hubby, i dah pakai baju yang u beli tu. I rasa i shomel sangat today. Kahkah *bodek lebih. Macamlah Teman Penyayang sempat baca blog i* =_="

Ehem...

Gigih ambik gambar sendiri. Konon nak mms kat Teman Penyayang. Tapi gambar blur. LOL

So.................

Datang opis awal pagi, sambil tunggu someone yang tolong ambik gambar. Hahaha (gila muka tak malu, nak bodek hubby punya pasal) haha

Kembang semangkuk. Jangan jeles. Bos i sporting tolong ambikkan gambar. hikhik

To My darling hubby : Comel tak kita hari ni? ^_^
To My Dearest Housemate :  Smell something new? wakakaka
Last but not least....


Pose wajib. My baby bump. 6 month already lor. ^_^





Till then.





Meow~meow~:
Sejak dari semalam lagi kelopak mata sebelah 
kanan berkelip-kelip. 
Kenapa ek?






THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, April 2, 2012

Next box pleaseeeeee!!

Patutnya hari ni mesti updated blog dengan cerita melawat tempat-tempat menarik di sekitar Kuantan (read : ECM, Teluk Chempedak. Tu je tempat yang i tau. kahkah) tapi malangnya this weekend for the first time Teman Penyayang tak dapat balik jumpa i and baby. T_T 

Dahlah petang semalam kat rumah black-out dari pukul 12 tengah hari sampai pukul 4 petang. Ya Allah, sangatlah mencabar, dengan panas teriknya kat luar. Rasa time tu jugak nak buat bath tub. Syok gila boleh berendam. Tapi angan-angan jelah kan? hehe 

Bila dah ada eletrik, tiba-tiba pulak angin kuat dengan petir and kilatnya. Haruslah i takut nak bukak tv. Sangat bosan k. Nak kemas rumah memang taklah. Teman Penyayang dah pesan, tak payah nak kemas-kemas rumah, tunggu dia datang next week, baju tu pun if tak banyak, tak payah nak basuh-basuh tunggu dia datang jugak. Maka, sebagai calon isteri solehah, haruslah dengar katakan. =_=" kahkah

Dengar katalah sangat. Dah sah-sah i ni memang "rajinlah" sangat orangnya, tak payah Teman Penyayang pesan pun i memang malas nak mengemas. hahaha 

Tapi oleh kerana tahap kebosanan yang melampau semalam, maka i rajinkan diri juga mengemas sikit-sikit. Ni pun termotivasi untuk merajinkan diri mengemas sebab nak mengemas barang baby. hehe

Just a few thing. 

Barang baby masih tak banyak. Di tahap suam-suam kuku. Dalam box tu adalah dalam 3 helai rompers, baju lengan panjang dalam 3 helai, lengan pendek 3 helai, mitten and botties 2 set, hat ada 2, mandian, kapas, diapers, lotion, blanket, towel, baby slig bag dan kasut baby 2 pasang. Hahaha

Rasanya baru sikit barang yang dibeli tapi box dah nak penuh. Gamaknya kena beli box lagi ni untuk angkut balik kampung.


Then, dah siap masukkan barang baby dalam box, dengan rasa bangganya hantar mms kat Teman Penyayang untuk berkongsi pencapaian i dah buat pada petang semalam. Then, Teman Penyayang reply:


"Rajinnya. Nanti minggu depan biey kemas cantik-cantik." sms from Him.


Lor.. tak cantik ke i susun tu? yeah..yeah. yeah.. lupa hobi dia suka mengemas. ^_^


Miss him. T_T Baharu 7 hari tak jumpa. (over tau!)  hahaha




Till then.





Meow~meow~:
Rasa mengantuk sangat. Nak pi beribadah jap. 
Tidur pun beribadahkan? ^_^





THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...