Friday, March 30, 2012

Enoki Mushroom Tomyam, Sambal Belacan Kuini. Simply delicious.

 Semoga weekend ni tabah di dapur seperti mana weekend yang lepas.

Enoki Mushroom yang buat resepi kali ni special sikit. :-p

RM18.00 untuk 10 ekor. Means RM1.80 seekor. Puar hati. Besar gedabak.

Bersama perencah tomyam dari kampung.

Enoki mushroom & prawn tomyam. Bajet tomyam ala-ala Black Canyon ler tuh. T_T

Fresh salad + Sambal belacan Kuini. Permintaan orang demam.


Delicious Sunday.

After 3 month tak masak, sekali orang demam mengidam tomyam isterinya, terpaksalah jugak gagahkan diri walaupun diri sendiri tak dapat nak makan. Berselera sekali Teman Penyayang makan tomyam, siap bawak kuah kuini lagi dari KL, mintak i buat. Boleh? 

Nasib baik Teman Penyayang bawka buih kuini, at least i bau sambal kuini tu yang membuatkan selera makan i terbukak. Since pregnant, memang tak boleh nak makan masakan sendiri. Bayangkan bau harum buah kuini plus dengan sambal belacan. Pergh~ 

So, i told him, kalau nak i masak lagi, sila bawak buah kuini lagi. Kahkah


Till then.





Meow~meow~:
Tak sempat nak bercerita panjang lebar today. Ada perkara sangat mustahak perlu diuruskan. Tajuk entry pun tak tau nak letak nama apa. Otak digunakan untuk fikirkan perkara "mustahak" itu. =_="






THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, March 28, 2012

Not-so-wordless wednesday : Mix feeling. Mix entry

Alhamdulillah. Dimurahkan rezeki dan dikelilingi dengan hamba-hamba-Mu yang pemurah. Tiap hari ada je makanan yang dipelawa untuk mommy and baby makan. ^_^

TQ Hamba Allah. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmati oleh-NYA.

Semalam makan penggat pisang dan nangka. Pun dah lama teringin nak makan tapi cari kat pasar malam tak ada. Terima kasih hamba Allah (Macam tau-tau je mommy mengidam. =_=")

Hari ni, rajinkan diri bawak bekal pergi office. Nak share bersama insan yang baik hati.

Salad burger. :-p

Dan, semalam entah kenapa tangan pi gatal klik new layout dashboard. 

Layout baharu. Tak serasi bersama dengan Si Buta IT. T_T


Lebih suka dashboard lama. 
Macam mana nak tukar yang lama ye? 


HELP!












Meow~meow~:
Alhamdulillah.. Semalam genap 6 bulan my pregnancy. ^_^











THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, March 27, 2012

Antenatal & Parentcarft Class, PART 2

Last Saturday we went to Antenatal Class also can called Parentcraft Classs. Register last minute but lucky still can joint that class. Teman Penyayang yang excited sangat nak pergi. Maklumlah all his sister joint that class before then dia suruh i datang KL untuk ambil kelas tu but seriously rasa penat je if ulang alik dari Kuantan ke KL in 2 days semata-mata nak ambik kelas tersebut.

We end up our pencarian for joint that class di Kuantan Specialist Hospital. I dah tanya tempat lain kat Kuantan ni but sit yang disediakan hanya untuk mommy je, daddy cannot joint the class. Tak bestlah macam tu kan. *Penting untuk daddy joint sama*

So, what i learn from that class? *sumpah tak pandai nak cerita satu-satu coz so many thing i just learn*

I just share a few thing or can say tips as well for the new parents just like me mengikut session yang disediakan.

1st SESSION : Normal Labour

They show us how the normal labour will be handle, macam mana cara bayi keluar through our birth canal, cara jahitan vagina (sumpah ngeri), tanda-tanda contractions, cara penjagaan vagina lepas bersalin, cara push dalam labour room etc.

Note for mommy:

- Bila berlaku contractions kat rumah dan ada air ketuban keluar, perhatikan sama ada air ketuban tersebut warna hijau atau jernih. If warna hijau, cepat-cepatlah ke hospital yang berdekatan sebab baby dah poo poo dalam perut.

- Jangan push before doktor said to push. Then need to push bila rasa ada contractions. Bila tak ada contractions, tapi kita tetap push, ianya sia-sia sahaja, bayi tidak akan menolak ke birth canal. One more thing if push awal maybe koyakan akan lebih luas. Always cooperate with doctor or midwife.

Note for daddy:

- Urutan di belakang isteri dapat membantu melegakan sakit belakang sewaktu contractions. Sakit belakang merupakan lokasi yang paling kritikal sewaktu contractions.

2nd Sessions : Breastfeeding & EBM (Express Breast Feeding)

Cara penyusuan yang betul, breastfeeding steps (tak adalah kita terkial-kial keseorangan in ward for 1st time nak breastfeed), penjagaan nipples and breast, EBM steps etc.

Note for mommy:

- Smalls step for breastfeeding was : gentle touch our nipple to the centre of our baby's lips. Once he/she open the mouth wide, bring the baby to our breast. Make sure not only nipple yang in baby mouth but also the areola zone (lingkaran hitam) as much as possible in baby's mouth. Jika rasa sakit, dont panic. Slip our finger into the corner of our baby's mouth, then feel the suction break, baru tarik our breast. Then start from begining.

- For the best result, gunakan kedua-dua breast untuk breastfeed. Selang setengah jam tukar penyusuan for another side.

- Setiap 1 jam in ward, kejutkan baby untuk breastfeed.


- Antara tanda baby cukup penyusuan in one day was : pampers akan lembap 6x sehari and baby akan poo poo 4 until 8 times perday.

- Bengkak susu : Ambil tuala yang direndam dengan air suam, tekap kat breast, perah dulu susu di bahagian yang bengkak gently, then baharu bagi baby hisap.

- For EBM (pam susu) : before habis cuti berpantang, dalam masa 2 minggu cuba praktik kat rumah cara penyusuan badan mengikut jadual bekerja supaya baby can learn what time dia akan dapat fresh milk dari mommy and what time dia kena minum susu EBM from babysitter.
Contoh (my work schedule), 6am - breastfeed baby, 8am until 12pm - use bottle, 1pm until 2pm (waktu rehat, depends on tempat nursery) - breastfeed, 2pm until 5pm - use bottle, 5pm until 6am - breasfeed.

- To get the best result masa pam susu kat office adalah letak gambar baby kat depan and tenung gambar baby, imagine baby sangat memerlukan susu tersebut. Because our hormone akan membantu keluarkan susu dengan banyak. Thats why bila kita bagi fresh milk kat rumah, pantang je dengar suara baby menangis, cepat-cepat nak bagi susu kat baby and susu memang automatik akan ada sebab hormon dalam badan akan menghantar impulse pada otak, then ia akan memproses susu kita.

- Luka di bahagian nipples : Perah susu then sapu kat nipples.

- Nipples tenggelam : boleh perhatikan sewaktu kehamilan bagaimana keadaan nipple. In case tenggelam, dapatkan rawatan awal and selalu tarik bagi nipple keluar.

Note for daddy:

- Jangan rasa tersisih bila mommy bagi penyusuan pada baby (breastfeeding), lebih-lebih lagi mommy always kena get ready once baby nak menyusu. The best way untuk daddy merasai perasaan indah tersebut was, even kat rumah, mommy try to teach the baby untuk minum susu EBM. That EBM bottle boleh bagi daddy untuk susukan baby, daddy dapat merasai kenikmatan sama melihat mata baby ketika minum susu, then baby rub his face.

3rd Session : Baby's Massage

Cara urutan dan senaman untuk baby. Penting untuk perkembangan otak dan fizikal baby. Bagi baby more relaks and dapat ajar baby early interaksi.


last session they said use real baby. But this time baby betul-betul tak ada. ^_^
 Note for mommy:

- When? : Urutan dilakukan bila pusat baby dah tanggal.

- Untuk urutan gunakan lotion atau minyak. But for the best result can use minyak coz lotion cepat meresap pada kulit.

- Jangan mengurut selepas baby menyusu.

- Step untuk mengurut : Mula di bahagian kepala, muka, dada, perut, lengan, and last belakang. Jangan urut di bahagian tulang belakang kerana tulang belakang baby sangat lembut. *cara urutan i ada belajar tapi susah nak tunjuk dalam blog, kena buat video mungkin*

Note for daddy:

- Daddy pun boleh buat. *in my case, Teman Penyayang dah cop awal-awal nak massage baby coz he said i dah breasfeed baby. LOL*

4th Session : Neonatal Jaundice

Jaundice or kuning merupakan satu ancaman yang sangat digeruni oleh parents di awal kelahiran baby.

Note for mommy:

- Perhatikan warna kulit and keadaan baby dalam masa 5 hari (in case dah keluar ward bagi yang bersalin normal)

- Kebiasaannya hari ke-3 hingga ke-8 jaundice akan kelihatan

- Antara penyebab utama jaundice was mommy makan jamu terlalu awal selepas bersalin.

- Jaundice dapat dikesan pada bahagian dahi terlebih dahulu. Jika warna di dahi baby berwarna kuning and berbeza dengan warna di bahagian kulit yang lain means baby dah kena jaundice. Once mata baby also kuning, perlu dapatkan rawatan doktor.

- Once kena jaundice, baby akan menjadi malas untuk bangun dari tidur dan tidak bermaya. So, mommy kena kejutkan baby untuk menyusu setiap 2 jam sekali. Susu mommy adalah the best treatment for jaundice.

Note for daddy:

- Selalu monitor keadaan baby di awal kelahiran because this time maybe mommy masih penat and perlukan rehat yang secukupnya. So peranan daddy diperlukan untuk memantau kulit baby. Mommy juga mempunyai penglihatan mata yang terhad, some case kabur sewaktu lepas bersalin, so daddy's helps always needed.

- Always get ready to bring baby for treatment jika da jaundice.

5th Session : Baby bath

Cara mandian yang betul, penjagaan pusat baby, kelengkapan yang perlu ada untuk mandikan baby etc.

Walaupun patung tapi sangat geram bila mandikannya. Ggrrrrr.. :-p

Note for mommy:

- For start to bath, basahkan kepala baby terlebih dahulu tanpa menanggalkan pakaian baby. Once dah basahkan kepala baby, cepat-cepat lap bahagian kepala and keringkan coz suhu badan baby yang panas mula dikesan dari kepala.

- Cara menyukat suhu air untuk mandikan baby adalah dengan cara merendam siku mommy di dalam baby bath tab terlebih dahulu. Siku merupakan anggota badan yang paling peka dengan suhu. So, if siku rasa suam, thats was just nice untuk gunakan air tersebut untuk mandikan baby.

- Make sure pusat baby sentiasa kering and mata baby sentiasa dilap dengan cotton ball supaya mata baby tidak terkena jangkitan kuman.

- Antara kelengkapan yang diperlukan untuk bath time ialah baby bath tab, sabun mandian, tuala, cotton ball, tuala kecil untuk lap badan.

- Make sure masa mandikan baby swith off the fan and air-cond. Also alert dengan cuaca sekeliling juga. IF sejuk sangat jangan mandikan baby sebab badan baby mudah terkena selsema jika terlalu sejuk. Cukup sekadar lap badan baby dengan tuala yang dicelup dengan air suam.

Note for daddy :

- Daddy also boleh mandikan baby. *Teman Penyayang dah cop jugak. He said senang aje once dah tengok midwife tunjukkan cara mandikan baby. LOL*

- While mommy mandikan baby, daddy tolong sediakan baju baby and diapers supaya baby tak naked lama-lama dalam kesejukan.

6th Session : Visit labour room

Saat yang dinanti-nantikan. Mula-mula sangat excited but once dah masuk labour room tengok tempat letak kaki, tempat pegang untuk push, pisau, gunting, alatan sedut colic baby, naik seram bulu roma. hehe Kami juga sempat melawat tempat baby diletakkan once baby dah lahir. Masa tu ada 3 baby yang baharu lahir. Sangat seronok. But at the same time, i terbayang im laying down atas katil tu... Ngeriiiiii.


Apa lagi yang best?
- This class more on Q&A sessions. So, a lot of thing kita boleh tanya. Jangan malu bertanya. If malu, maklumat tak sampai. :-p

- Its an exclusive class which attend by 5 pairs. (event ada 2 pasangan yang already have kids also joint this class, bayangkan kami yang new parents, lagilah perlu joint this class)


:-p Orang demam yang tekun mendengar. Kejap-kejap bisik kat i, "dengar tu yang". Hello, tengoklah note book kat tangan tu, i tekun ok. BAHAH.

- Dapat goodies bag yang sangat berguna. So big. Dah boleh isi barang baby untuk bersalin nanti :-p. Then dalam bag tu already ada diapers bag, sangat useful, and paling i suka got 1 magazine New Parents special edition. All tips about parenthood ada dalam tu.

- RM20/pair. Sangat murahkan? For another part kena bayar lagi RM20.

- Use theori and practical method.

Last but not least,

First time pergi dengar ceramah biasa-biasa je tapi tak hidangkan minum petang mee goreng, bihun goreng, kuih muih. Spaghetti u! Sihat (bajet makanan hospital) tapi sedap. :-p




Meow~meow~:
Rupa-rupanya kelas yang joint last weekend adalah PART 2 punya. hahaha Means i dah langkau PART 1. So, next month Insya Allah i will joint PART 1 which is ada senaman (awal-awal dia orang pesan pakai seluar), cara nak push, pernafasan ketika nak bersalin etc.



THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, March 26, 2012

Burger with love.

Make super duper express BRUNCH (breakfast + lunch. Lol) before attend Antenatal Class. Teman Penyayang tak sihat so, he lose his appetite nak makan kat luar. After solat Subuh just minum segelas milo, sekeping roti, 2 biji panadol. Then tidur semula. I lagilah, kaki tidur sekarang. Suami tidur, bolehlah joint sama. hehe

Then terjaga pukul 12 tengah hari (orang yang demam boleh excuse lagilah bangun lambat sebab makan ubat) tapi i?? sumpah best gila tidur sebab tak ada siapa yang kejutkan. Hahaha

Then tanya husband larat tak nak pergi Antenatal Class, he said ok cuma tekak je sakit and tak berselera makan. I baharu plan nak pi ECM, cari sesuatu yang sedap. Tapi kesian pulak kat Teman Penyayang. So, im willing to cook burger sebab bahan tu je yang ada kat rumah. BAHAH.

Burger with love for my beloved hubby.
Then, atas usaha keras i yang masak (hubby dapat habiskan burger sebijik and give him some energy, =_=") baharulah boleh attend Antenatal Class. Yeay! Happy. Ingat dah kena cancel class. Teheee

But today, i tak sempat nak share info and tips i got from that class sebab ada perkara lagi penting i kena settlekan yang bakal mengubah hidup i. *wink*

Just share what i got in goodies bag from 'em.

Goodies bag. Besar sgt.


Inside the bag. Diapers bag, pamplet, book, milk, note book etc.

 Serius, best gila dapat joint that class and kami sempat melawat labour room. Will be share later.


Till then.
THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, March 23, 2012

Purchase at Myselimutbaby Online Shop

First time shopping online untuk barang baby. Sumpah rambang mata. Semuanya cantik je. Seronok gila. Masa jd B2B tak ada pulak nak shopping online macam ni. Tapi sebelum shopping tu haruslah bincang dengan Teman Penyayang dulu. Kang i booked all baby stuf yang i berkenan, Menteri Kewangan tak luluskan bajet pulak. =_="

Well, macam dijangkalah, Teman Penyayang memang tak suka punya nak shopping online ni. He said lebih suka beli barang yang ada depan mata, nak tengok, nak sentuh, nak pilih, nak pegang, macam-macam naklah. Mengalahkan perempuan pulak. Masa shopping barang kahwin hari tu adalah cerewet macam ni. Huh.

Tapi lepas kawtim dengan dia, baik punya barang yang i jumpa ni, he said ok. Lain-lain baby stuff kena beli dengan dia. hehe Well, tengoklah macam mana. Kalau jumpa barang yang comel lagi, i nak shopping online lagi. hahaha

So, beberapa hari yang lepas, barang yang i order dah sampai.

Comelnya mereka balut barang. Sayang nak bukak.

I purchase this items kat Myselimutbaby Online Shop. Layanannya tip top, cepat je balas sms and e-Mel. Tq Reen Kasim. Then bila barang tu sampai lagi i puas hati. Kerjanya kemas and cantik. I order 2 barang je.

Baby Hooded Blanket, RM29

Actually hooded blanket ni ada je jual kat kedai tapi disebabkan it was cutome made from them which is boleh tulis nama baby, tu yang buat i suka tu. Tapi nama babynya tak ada lagi, so we putlah our own name. BABY ZANHANA. Gabungan nama father and mother of baby. ^_^ 

Material baby hooded blanket ni dibuat daripada interlock cotton which is soft sangat, so sangat tidak sabar nak balut baby nanti. Also boleh jadi receiving blanket nih. Nanti baby keluar labour room, atas dahi baby ada nama kita orang. Kahkah

Second items i order was Tungku Baby.

Tungku Baby. Bau herba & mengandungi Habbatus Saudah. RM12 only.
Dulu i tengok my grandma tungku perut baby makcik dengan batu apa entah yang dibalut dengan kain. So alang-alang dah jumpa tungku special custome made for baby, i terus order.

Antara kegunaan tungku ini ialah :

1) Mampu menghindar batuk dan selesema, kembung semasa bayi dalam pantang.
2) Dapat mengurangkan kesan akibat gigitan serangga dan terjatuh dengan menuam ditempat yang sakit.
3) Penting pada bayi bagi mengelak terkena angin pasang surut.
4) Juga boleh digunakan untuk menenggelamkan pusat bayi.

CARA PENGGUNAAN:
Tuam tungku dipermukaan yang panas (suam-suam kuku) dan kemudian tuam pada bahagian yang diperlukan. Seelok-eloknya selepas mandikan baby untuk mengelak baby kembung perut.
 
(COPY FROM MYSELIMUTBABY WEBSITE)
 
 
Bila dah sekali shopping online rasa nak shopping lagi. Macam gian pun ada. Now nak spot for mitten & Booties, Rompers and Jumpers suit yang kiut-miut pulak. ^_^




Meow~meow~:
Kadang-kadang i tak faham bila ada yang "berbunyi" kita macam terlalulah excited dengan baby like asyik survey shopping online for baby stufflah, tanya pasal kehamilanlah, nape kita rasa macam tu, nape rasa macam ni, doing somethinglah like letak earphone kat baby bump supaya baby dengar ayat-ayat Quran and bla bla bla. I think its normallah kan? First baby semua orang excited. Bagi yang tak pernah merasai nak jadi M2B memang susahlah nak faham sikit tapi yang pelik ni bila yang dah jadi mak-mak pun turut "berbunyi". Kenapa eh? Tak faham.



THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, March 22, 2012

Something weird tapi char kuey teow tetap habis!

I memang tak tau nak buat tajuk entry yang pendek-pendek. If i put only CHAR KUEY TEOW kat tajuk atas tu macam i masak menu tu pulak, if i put SOMETHING WEIRD macam ayat tergantung pulak. See, tak pandai nak letak tajuk. =_='

Back to story, semalam i rasa sesuatu yang sangat aneh. Bukan kisah misteri hantu and polon tapi something weird dengan tahap kelaparan i. Pagi around pukul 8.30am i dah balun nasi minyak, makan cucur 2 bijik, minum susu sedikit, then masa tengah dengar ceramah semalam around 10am, tiba-tiba i rasa lapar and dahaga sangat. Ceramah habis around 12pm. Patutnya kat ceramah tu ada sediakan lunch tapi makanan tak sampai lagi. Malas nak tunggu. I keluar tapau nasi for lunch.

Peliknya, makan nasi sikit tapi tak habis pun. Tadi bukan main lapar. Eh, dalam pukul 2 tu i lapar lagi. Nasib baik cucur pisang ada lagi 2 biji dan pisang goreng yang opismate bagi ada dalam 4 keping. I think its enuf sehingga pukul 5. Tapi tak. Pelik! pukul 4 i still hungry. Nasib baik ada bekal kurma dalam beg. Adalah dalam 10 biji kurma i makan nak tunggu pukul 5 tu.

Dah pukul 5, plan nak pergi pasar malam universiti nak tapau something for dinner. Then opismate ajak joint sama. Tiba-tiba i rasa kenyang. I suruh dia pergi dulu. Bila kenyang mulalah i tak tau nak makan apa. Kan beli sebarangan je, membazir pulak.

Called Teman Penyayang cerita pasal kisah misteri ini, then Teman Penyayang suruh tapau gak, kot-kot malam nanti lapar. (erk.. tu pun nak bagitau hubby ye. hikhik) Opcozlah kena bagitau k. Nanti malam-malam i lapar, mesti mengadu kat dia, kena marah nanti tak beli any food for baby. =_="

So, i pun pergilah pasar malam pukul 5.30pm. Jalan sampai ke gerai last. Nothing interesting. Sambil tangan sms Teman Penyayang, tak tau nak makan apa. Tapikan, sekali tengok kat gerai depan tu ramai je orang. So, i end up pencarian makanan semalam with this!

Penang mali. Brader tu siap gantung lagi keratan akhbar dia terima sijil penghargaan sebab Char Kuey Teow dia best! Motip gantung?? =_="

Memang betul-betul sedap. Dengan cili jeruknya yang just nice, ranggup and tak terlalu pedas. Pergh~ tak cukup sebungkus. Nyesal i mintak yang kecik. Sekali tak cukup. I thoungt kecik tu bekas yang kecik tapi rupanya kuantitinya je yang sedikit. If mintak yang besar dia kasi lebih. Yang kecik RM3, besar RM4. Yang kecik ada 3 ekor udang and besar tak taulah berapa ekor udang.

Pelikkan? Kata dah kenyang, tapi sampai je kat rumah, terus makan, nak salin dalam pinggan pun dah tak sempat. =_=" Then pergi mandi, solat, layan Astro Bella jap, eh, terasa sesuatu lagi. LAPARRRRRRRRRR... Teman Penyayang cakap minum susu segelas, dah pergi tidur! =_="

SATU LAGI YANG PELIK.
Dari semalam, bila baby bergerak je, i rasa ngilu kat vagina. I pernah terbaca an article which is rasa ngilu tu macam tanda-tanda nak bersalin. But, i baru nak masuk 6 bulan. Takkanlah kot. Rasa ngilu tu sangat-sangat dapat dirasai dan dinikmati. Tak selesa. Geli pun ada. Bagitau Teman Penyayang, dia suruh pergi klinik. Tak kuasa! nak pi tanya pasal ngilu je tapi kena tunggu berjam-jam. Malas!

Called mum, then mum cakap baby tu nak membesar so dia menekan-nekan kat bawah tu. Thats why rasa ngilu. Eh?


YE KE??


Sekian.




THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday : SATA.. na na na na na Terengganu kita...



Berlemak, spicy, garing, bau yang sangat harum dan secukup rasa. Heaven gila makan panas-panas.






Meow~meow~:
Terjumpa gambar sata dalam PC. Ni dari Pahang. Sedap. First time i makan sata yang sedap yang ada kat Pahang sama macam sata yang i beli kat sepanjang Jalan Pantai Kelulut, Terengganu.




THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, March 20, 2012

Susu HL ada Folid Acid? I baru tahu.

Speaking about pregnancy....... Ye, pregnancy, kehamilan, baby and sewaktu dengannya menjadi topik blog i sekarang because this blog was my personal blog. So, apa-apa je yang i tulis or share kat sini adalah perkara yang berlaku dalam kehidupan owner blog. So, harap maklum. Teheeee

Ok. Back on topic, now my pregnancy dah 23 weeks means dalam 5 bulan++ dan next week dah nak masuk 6 bulan (Alhamdulillah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.) Sepanjang kehamilan i rasa i kot M2B yang paling liat makan ubat yang doktor bagi dan paling degil meneguk susu.

Kebiasaannya antara multivitamin yang biasa doktor bagi for preggy mum was Folid Acid, Vitamin B Complex, Iron Tablet and Vitamin C kan? Vitamin C tu oklah i boleh makan sebab rasa oren dan perlu dikemam. Tapi yang lain-lain tu susah nau nak telan tambah-tambah Vitamin B Complex. Berbau. Asal lepas makan je mesti sendawa bau ubat tu. Eauuwwww..

So, 3 bulan yang pertama tu memang i tak makanlah sebab satu alahan yang terukkan, asyik muntah je. Masuk 4 bulan tu baru ok sikit. Tapi still makan time rajin je. Takut jugak bila nurse cakap folid acid sangat penting buat baby. Insaf jap. Tapi lama-lama jadi malas balik. Tiap kali pergi check up nasib baik everything ok, ukuran baby ok walaupun masa tu makan ubat macam nak taknak je.

Sama jugak dengan susu. Memang susah nak tenguk. Daripada 1st trimester, i memang tak boleh nak tengok susu apatah lagi nak minum. Asal minum je keluar semula. Ramai yang bagi nasihat kat i supaya cuba psiko diri demi kebaikan baby but how can i do, minum susu setenguk je tapi yang keluar semula lagi banyak dari jumlah yang i minum. Tak berbaloi rasa. Sampai naik pedih tekak and hulu hati. So, i sangat serik nak minum.

Macam-macam cara i buat supaya dapat minum susu like campur susu Anmum dengan milo, i try buat ais susu, cuba Friso mum, Enfamama and macam-macam susulah also tak boleh. Tapi alhamdulillah, nak dijadikan cerita and kekuasaan tuhan, after i balik scan 4D , malam tu Father of my baby buatkan secawan susu Anum with 4 scoop, i cuba minum dengan menutup hidung dan mata, i cuba jugak ni because Teman Penyayang cakap "just imagine how glad our baby bila dia dapat susu dari mommynya. Mesti mulut dia ternganga je macam tadi sebab tak dapat susu." He psiko me. Bila i teringat balik masa scan 4d baby ternganga sebab lapar (U can read it HERE), i rasa sebak sangat.

From that timelah i dah boleh minum susu. Maybe betul orang cakap i kena psikokan diri, then yang kedua i rasa sebab alahan i almost dah tak ada, pregnancy dah masuk 5 bulan, thats why dah boleh minum susu kot.


Today, i dah bawak bekal susu kat office. Siap isi dalam bekas air lagi just like my boss did before. hehe

Ubat pun i dah start boleh makan. Almost 2 weeks dah i tak pernah skip makan multivitamin yang doktor bagi. Then, baru-baru ni on the way back from KL Teman Penyayang belikan susu kotak HL (dia dah tau i dah boleh minum susu, mana dia belikan lagi nescafe lattelah, ali cafelah untuk i, haha) bila singgah kat Shell then i notice something on it.


Can u spot it? HL mengandungi Folid Acid?? Biar betik.

Selama ni i tak perasan pun. Patutlah before this i pernah terbaca kot an article yang mention kalau wanita yang nak hamil digalakkan minum susu HL. No wonderlah.


Daddy cakap baby mesti happy sekarang sebab mommy bagi susu hari-hari. ^_^

Till then.
Sekian.




Meow~meow~:
I suka baca blog Dr.Zubaidi about kehamilan dan kesihatan. Banyak info kat sana.




THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, March 19, 2012

Redha itu nikmat. Kan?

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.(Boleh pakai kot pepatah ni dalam kes i ni). Memang tujuan asal nak KL last weekend adalah attend wedding kawan. Tapi aktiviti sampingan yang lain banyaklah jugak. Antaranya : Cari barang baby, melawat anak makcik, pergi Hot Air Balloon, visit rumah BIL, jumpa kawan etc. Paling teruja dah tentulah nak cari barang baby and pergi Hot Air Balloon.

Dah tamak nak lakukan pelbagai aktiviti dalam masa sehari setengah, maka yang best-best tu tercicir. Padan muka. T_T

Ikut perancangan kami yang super padat, hari Sabtu pukul 12 sampai rumah pengantin kat Kundang, Sungai Buloh, then pukul 1 petang ke rumah BIL yang juga terletak di Kundang. First time visit ni, kang tak singgah BIL kecik hati pulak. Pukul 2.30 pergi Hot Air Balloons (ye, panas terik, tapi sanggup kau), pukul 4 petang ke IKEA/OBW/Anakku/Dll, pukul 10 malam ke rumah makcik di Kajang. SEKIAN.

Maka, cepat-cepat berdandan pagi tu (=_=").


Pakai cotton dress. Selesa nak berjalan.

YANG SEBETULNYA TERJADI.
Bermula hari Sabtu, bergerak seawal 11 pagi mencari lokasi Sri Kundang, Sungai Buloh. Entah i yang tak reti baca GPRS atau GPRS tu yang tak pandai tunjuk jalan (=_="), akibatnya daripada pukul 11 pagi, hingga pukul 2 baharu kami tiba di rumah pengantin. Tak sempat tengok pengantin berarak pukul 12.30 tu. Sedih. Plan dah lari.


Hanya ni yang sempat. Jadilah untuk kenangan.

Pukul 3 sampai rumah BIL. BIL pulak tak ada kat rumah. BIL cakap tunggu dia balik. So, lepak dengan SIL. Dah rasa serba salah, patutnya nak singgah jap je. Tapi BIL pulak dah tunggu kami dari tadi, keluar jap uruskan keretanya. Makin gelisahlah i, kang tak sempat nak shopping. Sungai Buloh bukan dekat. Akibatnya, BIL sampai rumah pukul 5. BIL minta wifenya masak sebelum we all balik. Nak menolak memang tak mampu. Apatah lagi nak menipu sunat, dah tak tau nak bagi alasan apa. SIL masak dengan laju-laju, makan dengan laju-laju, last dah nak dekat manghrib. Alang-alang tu, settle dulu solat Maghrib kat rumah BIL.

Pukul 8 malam bertolak dari rumah BIL. Teman Penyayang cakap Hot Air Balloons atau shopping barang baby? T_T Sebelum sempat bagi kata putus, makcik dah call, tanya kat mana, cakap nak datang tapi tak sampai-sampai. Dah naik sejuk mee yang digoreng. Owh, terlupa dah janji dengan makcik. :-p

Aduh, kesiannya. Lagi rasa bersalah. Tambah gelisah. Teman Penyayang tenangkan keadaan. Katanya Hot Air Balloons sama je macam tahun lepas, kan dah pernah pergi, lagi pun takkan i nak panjat naik belon tu dengan nak bawak baby bump lagi. OK. Esok hari ahad, masih ada waktu untuk shopping barang baby. Lagi pun kesian kat makcik yang dah goreng mee. So, akur. Dari Sungai Buloh terus ke Kajang. Borak-borak kejap, pukul 11 lebih mintak diri.

Hari AHAD. Hubby dah tanya nak keluar pukul berapa tapi i bermalas-malasan selepas solat Subuh. I cakap nak tidur jap. Then tersedar pukul 10 pagi. Sungguh tak malu bangkit lewat kat rumah MIL (=_="). Breakfast makan roti canai je, then kawan Teman Penyayang datang nak hantar raket badminton, tapi borak kemain lama. Teman Penyayang dah bagi hint nak hantar wife balik Kuantan tapi tak faham-faham jugak brader tu. Gggggrrrrrrr...

Maka dekat pukul 1 baharu keluar dari rumah dengan membawa muncung sedepa. GERAM. Teman Penyayang pujuk shopping kat Jusco Pinggiran Putra (paling dekat dengan rumah). Ok. Moh ke situ.

Maka, hari ni, checklist sedikit berubah. Meh nak kongsi.


Yang dibeli ialah Nursing tops, nursing bras and breast pad JEEEEEE. Huwaaaaa

Memanglah SIL cakap ada sale. Tapi yang banyak tu baju longgok untuk kanak-kanak dari umur 1 tahun++. Barang baby tak adalah sangat. Kecewa. Tu pun terbeli juga maternity items sebab murah. Tak ada kenikmatan langsung bershopping! T_T

Kang nak marah berdosa pulak. Kang tittle isteri solehah jatuh terjunam , naik pangkat jadi isteri derhaka. Ish, mintak jauh. Takpelah, mehlah kita pulang ke Pahang dengan membawa kelengkapan untuk Miss B. Atlest datang kerja hari ni dah cukup selesa bila pakai barangan shopping itu. =_="


Perut masih kecik tapi feeling berfoto cenggini. Hahaha

SEKIAN.



Meow~meow~:
Teman Penyayang teruja tengok checklist baby yang i buat. Dia mintak copy, i said NO! Tau sangat, kang dia keluar mana-mana nanti pandai-pandai dia je pi beli barang sorang-sorang. No, no,no. I nak ikut sama. hehe



THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, March 16, 2012

Baby Checklist ^___^ And entah apa-apa women!

Bila dah masuk usia pregnancy 5 month ni and dah dapat rasa baby movement, rasa macam tak sabar nak tunggu kelahiran baby. Tambah-tambah excited bila masuk blog M2B, masing-masing dah ber'shopping' sakan barang baby. I rasa i je yang tak beli apa-apa lagi. If ada dalam senarai yang beli pun thats was my hubby effort. Dia lagi excited dari i. hehe

So, today alang-alang nak ke KL untuk hadiri wedding kawan, i nak sediakan checklist awal-awal tu pun if sempat i nak pi carilah barang keperluan baby sikit-sikit. Bak kata hubby beli awal-awal bagus. Kang baby bump dah too big, kaki dah sembap, susah pulak nak shopping, kang dia pi shopping barang baby sorang-sorang, i pulak merajuk. hehehe He still remember k, i merajuk sebab dia pi shopping baju baby sorang-sorang masa dia out station kat Miri last week. hehe

Ni antara checklist yang i buat, maybe tak lengkap sangat, and i will update dari semasa ke semasa.









See, banyak lagi yang tak beli. Harap-harap esok sempatlah nak survey and shopping apa yang patut. Dengan nak pergi kenduri esoknya, lagi dengar-dengar ada Hot Air Balloons kat Putrajaya. Wah, macam mana ni. Hari ahad dah nak balik. Huh.




Meow~meow~:
Today i wear maternity dress. Glad to see my baby bump, selesa sangat tak perlu pin dengan keronsang lagi. But, someone just told me im not look likes as pregnancy women in my dress. But my baby bump looks like a women who have fat belly in her stomach. T_T I am very sad.




THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, March 15, 2012

Tajuk entry : Nak balik dah. Mau cari chicken chop lagi. BYE!

Hari ni pergi check up pregnancy yang ke berapa entah. Lupa. haha I pergi dengan my boss. Ye, my boss also preggy and sorang lagi di unit kami also preggy. Weeee Macam tiga dara vogue gitu. (bukan dara pinggitan k!) haha Meriah nau pregnant sama-sama. Nasib baik masing-masing punya turn tak sama. hehe But, still kena cari pekerja sambilan untuk cover kerja kita oranglah. Comel kan? hehee

Melalut panjang. Sebab happy. Check up today sangat excellent. Kencing dah tak kotor, and berat badan pun tak naik mendadak. So, i tak perlu minum air gula. Buat masa sekaranglah. hehe Everything just nice semuanya. Baby pun sihat walafiat. Alhamdulillah. ^_^

Tapikan, macam terliur jugaklah tengok kakak kat sebelah tenguk air gula tadi. Katanya sedap perisa oren. =_=" Dasar kan? Orang tak bagi minum air gula, beriya nak cuba tapi once suruh minum muka ketat je. hehe

Yang kelakar tu, tadi jumpa nurse, nurse check perut, then kenalah dedahkan tempat yang sepatutnya, dengar denyutan jantung baby, tengok ukuran perut and everything ok. Bila dah siap check tu, i nak pin semula skirt baju kurung, sekali pin tu tercabut melantun atas meja nurse. Tergelak nurse tu. Malu i. Selama ni ok je pakai baju kurung, walaupun terpaksa pin dengan keronsang sebab penyakut kain tak boleh nak sangkut. hehe

"Baby tendang pin tu, cakap ketat dah nak pakai kain." - Nurse

"hehehe.. perut saya kecik lagilah nurse. Segan nak pakai maternity dress." - I

"Pakai je. Baharu rasa "diriku sedang berisi". Tak adalah nak lasak-lasak sangat." - Nurse

Hahahaha Nurse tu dalam bergurau pun sempat lagi kenakan i. Yang dia cakap TAK ADALAH LASAK-LASAK SANGAT tu sebab masa dia suruh baring, i main baring je dan bangun pun i tak mengiring, bangun ke depan. Dia cakap macam mana tak sakit kat bawah perut, awak menolok budak tu ke bawah. Bangun kena mengiring. Gaya macam orang pregnant yang tak larat nak bangun. Hahaha

Baiklah. Mulai sekarang saya akan berkelakuan seperti itu. hahaha

Owh, tadi jugak pergi jumpa dentist. Kejap je kena menunggu sebab nurse bagi turn pada preggy mom and orang-orang tua dulu. I paling tak suka jumpa doktor gigi. Rasa macam pening je bau ubatan kat klinik gigi. Mula-mula dentist check je, then dia pakaikan i kaca mata hitam. Terkejut i. Rupanya dia nak tampal gigi i. Gila takut. Dahlah i tak bersedia dari segi mental dan fizikal. Takut ok. hehe I terus cakap i lapar dari pagi tak makan. I said nak datang next appointment and dentist pesan datang ni makan siap-siap ye, lepas gigi kena tampal tak boleh makan for a while. Ngerinya.

Tu jelah untuk check up hari ni. Next check up was 12 April. Nurse pesan suruh kekaklkan berat badan ideal like today. :-p Hahaha

Lega i, padahal malam tadi baru makan yong tau foo. Tak tahan tengok yong tau foo kat pasar malam. Memula insaf lepas makan chicken chop lunch semalam, malam bajet nak diet just minum segelas susu je, tapi tak menjadi niat tu. hehe


RM4. Tak gemar sangat tapi disebabkan terliur semalam. Mesti baby ikut selera daddy ni suka nau makan yong tau foo.

Tak pandai nak makan dengan kuah kacang. So, i ambik kuah sup. Pun sedap.
 Now, nak pergi kat cafe student. Cari makanan yang best-best sikit. Kesian baby, today tak lunch pun sebab breakfast aje dah kul 11 tadi. Baby dah geletek-geletek perut, nak makanlah tu. =_="

"Apa? Nak chicken chop lagi?" - Mommy

"hehehe (tak tau nak buat gaya baby geletek perut. =_=")" - Baby

Mentang-mentanglah chicken chop kat sini murah, asyik nak makan chicken chop je baby ni. :-p


Ok. Jom ke cafe.

TATA.
THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, March 14, 2012

Yang berlemak itu sedap. Kan?

Untungnya bila kerja di sebuah universiti atau kolej, bila harga makanan telah ditetapkan dengan purata harga para pelajar. Macam-macam makanan pulak tu ada untuk memenuhi selera pelajar yang tinggal di kolej kediaman. Maka kami yang bekerja ni pun dapatlah menumpang sekali merasa makanan dengan harga yang berpatutan.

Tadi lunch makan chicken chop. Sedap. Dah kata lapar, hadap apa pun sedap. hehe tapi serius, oklah dengan harganya RM5, cukup mengenyangkan. Siap ada delivery service lagi ke office. Kami hanya terconggak je depan PC di waktu rehat. Syok kan? haha


Bukan kerana tangan menggigil sebab kelaparan tapi mutu kamera yang tidak memuaskan. Tapi percayalah saya mampu habiskan semua ini  walaupun pagi tadi membaham sebungkus nasi ulam dan rendang daging. Coleslaw + french fries + chicken chop blackpepper = sedap! . SEKIAN. =_="

Macam manalah berat badan tak naikkan? makan malas nak pi beli, tunggu orang hantar, makanan pulak spesis menyumbang ke arah menjadi penternak lemak yang berjaya, lepas makan agak-agak tak boleh nak solat lagi, haruslah baring jap, terlelap 5 minit, 10 minit ke, baharu solat, then buat kerja duduk je mengadap PC.

Ha, esok, menjawablah kau dengan doktor, berat badan naik lagi minggu ni. Sah-sah kena minum air gula bila pergi check up pregnancy esok. =_="

Nak buat macam mana, tiga bulan tak dapat makan, tak dapat hidu makanan, tak dapat tengok rupa makanan, sekarang baharuuuuuuu boleh makanan dengan berselera sekali. Nak salahkan siapa?


Pasrah jelah esok. Berat badan naik pun naiklah, kena minum air gula pun minumlah, janji baby sihat. AMIN. 

THANK YOU FOR READING THIS!

Not-so-wordless : Buah Emas?

Alahai si kuning emas yang debab..

Sebijik RM1.50. Oh,my harga segram ibarat timbang macam nak beli emas.

Alahai, kau kundang. Nasib baiklah i tengah pregnant, nak makan buah kundang punya pasal, hubby beli 18 biji RM18.90. Gila kan? Kecik-kecik dulu ambik kat belakang rumah je buah ni.



Rasa masam manis, tu yang buat kecur liur nak makan tuh. Alahai buah kundang, awat kat sini mahal nau.



Meow~meow~:
Kat kampung buah ni dipanggil buah star. Kat sini dikenali buah kundang. Lepas i tau harganya mencekik i panggil buah emas. =_="
U all panggil buah apa?



THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, March 13, 2012

Main kira-kira : KIRA WAKTU SUBUR WANITA

Since ramai my girlfriend kahwin kan, i rasa terpanggil nak share cara pengiraan hari kesuburan wanita atau hari ovulasi ATAU dengan bahasa mudahnya hari target nak dapat baby. Kahkah 

My girlfriends selalu nau chat dengan i kat FB, tanya macam-macam. Macam mana nak tau hari subur, bila hari subur, macam mana nak kira hari subur. Macamlah i ni berpengalaman sangatkan. Anak pertama pun dalam proses. hehe

Tapi untuk tidak mengecewakan kawan-kawan i, i sharelah jugak kat sini cara pengiraannya walaupun before this i sangatlah tidak suka dengan kira-kira (boleh dikatakan i ni sindrom matematik! tak suka tengok nombor, boleh?). Ni pun i belajar dari opismate i yang ternyata expert (terbukti anak dah dua, comel lak tu. hehe Jangan mareeee tau Kak Fiza).

Bagi memudahkan pengiraan, i guna data peribadi i ok. ^__^ *blushing*

DATA :

Last period : 11 Oktober 2011

Second last period : 13 September 2011


LANGKAH 1:

Antara tempoh 13 September 2011 hingga 11 Oktober 2011 ada berapa hari?
Jawapan = 29 Hari

LANGKAH 2:

29 hari - 14 hari = 15 hari

*note: 14 hari adalah anggaran proses telur keluar dari sarangnya atau ovulasi mengikut kitaran haid. I pun tak berapa faham kalau nak terang secara detail tapi guna je data ni. hehe


LANGKAH 3:

Untuk dapatkan hari subur kita, kira hari pertama last period (cth : 11 Oktober 2011) sehingga genap 15 hari di dalam bulan tersebut.

Kaedah : 11 Okt., 12 Okt., 13 Okt., ..........22 Okt., 23 Okt., 24 Okt., dan 25 Okt.

So, waktu subur adalah 25 Oktober 2011.

*note : oleh kerana kaum lelaki seorang jutawan (=_=") (banyak sperma dihasilkan), maka sekiranya suami isteri bersama 3 hari atau 2 hari sebelum waktu subur, peluang untuk sperma and telur disenyawakan adalah tinggi. Maka berisiko untuk hamil. Tapi once dah confirm hari subur apa salahnya cuba pada hari tersebut untuk mendapat hasil yang lebih cemerlang dan gemilang. kahkah


Senangkan nak kira? Dah faham semua? Sila beri kredit untuk Kak Fiza. *Clap..clap..clap..* TEHEEEE


Sekarang kira due date bersalin pulak.

DATA :

Last period : 11 Oktober 2011

LANGKAH 1:

Bulan pertama period tolak 3 bulan. Cth : Oktober (sebab period 11 Okt.) - 3 bulan = Julai

Maka, 11 Julai 2011.


LANGKAH 2:

11 Julai 2011 + 1 Tahun 7 Hari = 18 Julai 2012

Maka, due date was 18 JULAI 2012

*note : jangan tanya mana dapat data 1 tahun 7 hari. I ikut apa yang diajar. haha

Ni pun Kak Fiza yang ajar. hikhik

Sama tau pengiraan due date dengan doktor buat. Tapi bila scan saiz baby, due date was 17 Julai 2012. Alah, lebih kurang je tu. Get ready je time tu.


Actually mula-mula tu i tak adalah kira-kira time subur ni tapi kebetulan kot rezeki tuhan nak bagi, kebetulan time tu i cuti then duk rumah MIL. Masa tu Pahang cuti pada hari isnin (Birthday of Sultan Pahang) and Rabunya pulak cuti sempena Deepavali, so i ambillah cuti hari selasa tu. I thought nak pi honeymoon tapi sayang hubby tak dapat cuti on Monday and Tuesday. So, i duduk jelah rumah MIL while Teman Penyayang bekerja.

So, nak dijadikan cerita, patutnya on Thursday i masuk kerja after cuti Deepavali on Wednesday kan, tapi i demamlah pulak. I thought demam sebab kena hujan tau (which is i pernah buat entry ni. HERE) tapi rupa-rupanya baby in progress kot. Kahkah Serius k. I tak tau menahu pun hal ni. Tapi bila kami kat opis share pengalaman masing-masing and some of my friend pun demam di awal kehamilan, baharulah tau demam adalah one of the symptons kehamilan. After lewat period one week, i check upt was + double line.


Alhamdulillah. Syukur. ^_^




Meow~meow~:
So yang B2B or baharu kahwin if nak dapat baby cepat-cepat, silalah kira kesuburan masing-masing ye. Tapi semua tu bergantung jugak pada rezeki and takdir Allah S.W.T. Ada sebab dan hikmahnya kenapa Allah S.W.T. bagi awal dan lambatkan kita nak dapat baby. Segalanya sudah tersurat. Sebagai umatnya kita hanya mampu berusaha dan jangan mengalah. Insya Allah.





THANK YOU FOR READING THIS!

Homesick! Tapi makan tetap berselera.

Semalamkan hujan satu hari. Dari pagi nak datang kerja tu sampailah balik kerja. Perut punyalah lapar je. Nak cari makanan waktu lunch memang taklah. Bukan apa hujan kemain lebat. Nak keluar pergi kat kereta tu boleh basah kuyup baju. Sebab tu malas nak keluar. I thought mampulah bertahan sampai balik, baharu cari makanan.

Tapi, pukul 2 lebih dah menggelupur cari makanan. Setakat makanan ringan like Munchy's Muzik Wafer adalah dalam stok. Lepas kunyah wafer tu pi makan kurma pulak. But still perut rasa pedih. Baby pulak asyik bergerak je. Kesian sangat. Mommy tau, baby lapar.

Then, pergi bancuh air teh kat pantry sambil cicah wafer. Baharu boleh tahan sikit perut. Dah nak dekat balik around pukul 5 tu, sudah, perut lapar lagi. Dahlah kat luar still hujan tapi tak adalah lebat sangat. Dapatlah jugak pi tapau makanan kat cafe student.


Spaghetti Bolognese. Tengok tu bukan main lapar. Sampai je rumah, tak sempat nak tukar dalam pinggan. hehe

Mommy order spaghetti, then baby order mushroom soup with garlic bread. Hahaha Tak cukup dengan sebungkus spaghetti.



Mushroom Soup and garlic bread yang hangit. (Nasib baik kakak tu baik, dia kasi free je garlic bread, kesian kat mak buyung katanya.) hehe

Alhamdulillah. Tidur dengan aman semalam setelah kekenyangan.


Tapi bila lepas makan, boleh pulak nak menyesal bagai takut berat badan naik mendadak. Sebabnya 15hb ni nak kena check. Doctor nak tengok berat badan still naik melambung lagi or tak. If still naik lagi, memang kena minum air gulalah jawabnya, suspek kencing manis. Haish~~






Meow~meow~:
Teman Penyayang dah sampai kat KB malam tadi. He said nak balik tidur rumah mak, lagi syok dari tidur hotel. Jelesnya. Huwaaaaaa tiba-tiba homesick!



THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...