Monday, February 27, 2012

Tummy land grow well. ^____^

After 3 month i tak keluar rumah, last weekend i and Teman Penyayang dating habis-habisan. Daripada pagi sampailah ke malam baharu ingat nak balik rumah. Dah lama gila kot tak jalan-jalan sakan. Maklumlah 3 bulan sebelum ini sangatlah mencabar, tak boleh nak berjalan sangat, asal berdiri je rasa nak pitam.

So, kiranya weekend yang lepas kami pulun habis-habisanlah keluar berjalan-jalan. Agak banyak jugaklah aktiviti yang kami lakukan (READ : makan, makan, makan, shopping, shopping). BAHAH

Tapi, today tak sempat nak bercerita aktiviti kami tu. Semacam tak ada mood je, rasa mengantuk sangat hari ini. Tapi update jugak sikit-sikit sebab my friend asyik mintak diupload gambar tummy i je.

Bukan taknak upload awal-awal tau but in my case, walaupun pregnancy i dah 4 month plus-plus dan Insya Allah this Friday mencecah 5 bulan, perut i tidaklah nampak menggalakan seperti others pregnancy women. Macam maintain kurus je. Kehkeh



Quite worry jugaklah but doctor said saiz baby i was ok. Maybe i spesis perut susah nampak kot, ada setengah pregnancy women kan, when they reach 4 or months perut dah memboyotkan (seriously, i tak sabar nak tunggu tummy besar, then pakai baju pregnant. Boleh? haha), tapi i punya tummy slow and steady je membesar. But, when the doctor said it was ok, i tak bimbang sangatlah as long as baby sihat walafiat.

But, suprising is i dah boleh rasa gerakan baby tau. It was happen 2 minggu yang lepas bila i letak headphone atas tummy, then rasa macam something bergerak tau. I thought cacing maybe, kot-kot lapar, tapi difikirkan i baharu je lepas membaham ayam bakar, so i tanggalkan headphone, i usap-usap tummy, again, there is something yang bergerak, like menendang.

Ya Allah, thats time i betul-betul teruja, gembira, sedih and all the feeling bercampur. Sebak gila kot sorang-sorang lalui saat manis tu. Cerita kat Teman Penyayang, dia tak sabar nak jumpa weekend, nak main dengan baby katanya. hahaha


4 Months. Mommy tengok wayang, baby dengar bacaan Quran. ^_^

As i said, tummy i taklah besar sangatkan. Cuma tummy naik sikit sebab selera makan bertambah selepas demam selama 2 minggu hari tu. Adakah i perlu makan lebih banyak supaya tummy cepat besar? hehehe

Thats my tummy n i look likes in my pregnancy period. Walaupun perut tidak berapa mem"boyot" but Teman Penyayang sangatlah excited shopping baju for mommy. So far, i sendiri beli hanya sehelai baju n sehelai seluar je, the rest is Teman Penyayang yang belikan. When i told him, maybe in 6 or 7 months kot baharu boleh pakai. Then he said, makanlah banyak-banyak nanti perut cepat besar. APAKAH??



Meow~meow~:
I think now is better to think about our holiday (read: honeymoon yang dah basi), memandangkan i dah fully sihat. But, tempat yang we all rancang nak pergi tu, sangatlah dibangkang sekeras-kerasnya oleh our family. Sedih. Tapi bila memikirkan keselamatan pregnancy, redha jelah. Maybe next year, pergi dengan baby sekali. T_T




THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, February 22, 2012

Present..... superliciuos KACANG KELO. Weeeeeee

Assalamualaikum w.b.t...


Patutnya kan, today i post entry dengan bermodalkan sekeping gambar je yang diberi tajuk Wordless Wednesday : bla bla bla bla. Ye la, selama ni kan i memang suka benor post WW tapi memandangkan dah lama tak update blog, maka haruslah rajin post entry too-many-word (apakah?), konon nak asah semula skill berblog. kehkeh

Sambungan dari entry semalam..


Dah agak dah ramai yang tak tau apakah benda alah i post semalam. Buah tu namanya buah KACANG KELO atau kat kampung i, kami panggilnya BUAH MUNGAL. Comel tak namanya? hahaha

Masa MC 2 minggu kat KL last week, Teman Penyayang hantar i pergi klinik untuk check up, then on the way balik rumah MIL, i terpandang pokok kacang kelo tu kat tepi jalan di kawasan perumahan area Serdang. Mula-mula tengok tu macam tak percaya je, pokok tu boleh ada kat Serdang. Ingatkan ada kat kampung-kampung je. Macam nak nangis pandang pokok tu. Mati-mati ingat dah tak boleh nak merasa buah tu lagi sebab pokok yang ada kat kampung, my mum dah suruh orang tebang sebab dah tua. Nasib baik jumpa kat sana, kalau tak mau kecur air liuq baby ni. hehe

So, on the spot suruh Teman Penyayang berhenti tepi jalan. Kan i tengah tak sihat tu, muka suci bersih, takkan Teman Penyayang sampai hati tak nak ambik buah tu walau dalam kepanasan kan? (hahaha gila jahat) Maka, dia pun dengan perasaan was-was dan jakun pertama kali melihat buah tersebut, terus mintak izin tuan rumah untuk petik buah tersebut.


Nasib baik pokok tu renek, memudahkan Teman Penyayang. Cuba pokok tu tinggi melangit macam kat kampung i, macam mana la Teman Penyayang nak ambik tu, agaknya kena panjat bumbung kereta kot. hehe

Sementara menunggu Teman Penyayang petik buah tersebut, tugas i hanyalah duduk dalam kereta sambil ambik gambar dan arahkan buah mana yang patut dipetik. Kang tersilap petik ambik yang tua, keras macam kayu pulak nak makannya.

Mula-mulanya Teman Penyayang petik dalam 10 biji je tau. Dia ingat nak potong pendek-pendek macam kacang ke apa kan, i cakap mana cukup. 10 biji tu melekat kat celah gigi i je. hehe

So, dengan gigihnya Teman Penyayang petiklah selagi i cakap tak cukup. hahaha Kesian sangat-sangat. I nak tolong dia tapi dia tak bagi, kan tengah demam. I siap cakap lagi, punyalah excited terpandang buah tu, rasa macam sihat serta merta. Dahsyat tak? hahaha

Tapiiiiiii yang lagi DAHSYAT tu, masa mula-mula bawak balik buah tu kat rumah MIL, semua pakat tanya makan macam mana, tengok muka sorang-sorang macam ngeri lak. Kesian buah kacang kelo dipandang serong. Dia orang siap tanya lagi, tak keracunan ke makan buah tu, manalah tau kot-kot i mengidam benda merepek, kang orang yang tak pregnant makan jadi racun, bila i makan jadi madu. Boleh? Merepek tau. hehehe

Tapi dalam merepek dia orang tu, bila dah siap masak, semua pakat pulun tau and opcoz lah i yang paling lupa diri. Bibir membengkak sakit pun berusaha keras gigit buah tersebut, sampaikan lupa nak ambik gambar step by step cara masak buah tersebut. Pelikkan? Biasa mana lupa ambik gambar time main masak-masak ni. :-p  BAHAH

Gambar eksklusif dari dalam periuk. BAHAH. Semua dah tersadai kekenyangan, baharu i teringat nak ambik gambar. Ni lah rupa buah kacang kelo masak lemak putih. See, periuk yang besar untuk makan 15 orang, tinggal bape kerat je lagi kacang kelo tu. Semua cakap sodap.

Macam mana tak lupa nak ambik gambarnya, yang memasak tu Teman Penyayang. Awak tolong makan je, Hana ooiii. Kahkahkah Satu lagi perangai i bila pregnant ni ialah tak berapa nak berselera kalau makan masakan sendiri.

So, bagi mengelakkan i tak dapat makan buah tersebut, Teman Penyayang dengan sukarelanya menawarkan diri untuk memasak. Dia siap call my mum tanya bahan-bahan apa nak pakai semua. Nasib baiklah menjadi. Sedap. Tapi mana boleh lawan air tangan mak kan?

However terharu gilalah Teman Penyayang willing to do all that. Sanggup petik buah tu dalam kepanasan yang terik, pergi kedai cari bahan-bahan untuk masak, then siap masakkan lagi walaupun SIL nak tolong, he said NO! I hanya goyang kaki depan tv sambil asyik tanya dah siap ke belum? dah tak sabar-sabar nak makan. hehehe  


Sayang dia ketat-ketat. ^_______^




Meow~meow~:
Bila dah tau kacang kelo amatlah sedap, family dia request next time cuba buat kari pulak, confirm lagi sedap. Memang pun. Kalau kat kampung my mum suka buat kari but since i pregnant, i tak boleh nak pandang kari (which is sebelum ni favourite i). So, dia orang berpakat next time nak pi ambik buah tu lagi, then masak kari. Glad to hear mereka suka, tapi pleaseeeeeee masak kari bila i tak ada. Teheeeeee



THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, February 21, 2012

Sayalah "CHIPSMORE" yang penuh chips itu..........

....sekejap ada, sekejap takde. Sekejap update blog, dua tiga menjak blog terabai....


Sumpah, dah hilang skill nak tulis blog ni. Tak tau nak bercerita macam mana. Taip sebaris ayat rasa kekok, taip dua baris ayat macam ada yang tak kena. Maka keluarlah intro seperti ini.

Assalamualaikum w.b.t.

Seorang doktor India pernah berkata begini:

"Kenapa tuhan jadikan proses mendapatkan anak itu sangat panjang? Preggy mom kena hadapi macam-macam cubaan and cabaran selama 9 bulan? why? Setiap yang berlaku ada sebabnya. Tuhan mahu setiap bakal ibu belajar erti kesabaran, ketabahan, kematangan dan memupuk sifat kasih sayang pada bakal anak yang dilahirkan itu. If u can learn all that, im sure u will be a great mother to your child." ---> lebih kurang macam tulah ayat doktor tu cakap.

Tergamam i hokei. Tak sangka ia keluar dari mulut non-muslim. Ni semua gara-gara i pergi klinik last week sebab asma menyerang dengan tiba-tiba. Then i tertanya kenapa bila pregnant, those penyakit datang secara tiba-tiba like :

* kerap demam, suhu badan yang tak menentu
* batuk yang teruk
* asma
* naik ruam kat muka dan leher
* always pening kepala

I bukan merungut sebenarnya, bersyukur sangat Allah s.w.t. bagi rezeki ni tapi i just tertanya-tanyalah kot-kot i ada eat something or do something ke yang menyumbang ke arah penyakit tersebut (yang paling i curious is ASMA yang tiba-tiba menyerang) but he just told me imunisasi preggy mum berada di tahap yang rendah, senang terdedah dengan jangkitan.

I pasrah. Then akur kena makan ubat yang doktor bagi. Bertambah-tambah stok ubat kena makan. But then, terkejut bila bangun keesokan harinya tiba-tiba bibir menjadi super duber seksi, ditambah dengan bintik-bintik merah kat muka dan leher.


Nah, tanpa segan silu! tetap upload jugak cabaran yang terpaksa dilalui demi menjadi seorang ibu. Seksi habis bibir i. Auuww!! haha Kat sekeliling bibir lak, naik bintik-bintik merah dan tompok merah. Wuuuuu, nasib Teman Penyayang sudi meng'kiss' lagi sebelum pi kerja. Wakaka

Maka dipendekkan cerita, daripada demam ---> selsema ---> batuk ---> asma ---> bengkak bibir and tumbuh bintik-bintik merah di muka telah menyebabkan sekali lagi i bercuti panjang selama 2 minggu. Semalam baru masuk kerja semula. Betul-betul mencabar ok.

Now, bibir seksi tu dah kembali seperti normal just tinggal parut sikit je, and tompok merah pun dah hilang, cuma batuk-batuk manja je. Baru boleh kembali makan dengan normal. Kalau tak, selagi bibir tu membengkak, nak bukak mulut pun susah. Asyik makan bubur nasi je.

Tapikan, dalam susah-susah nak makan tu, plus dengan kurang selera makan selama 2 minggu gara-gara demam, i ada terjumpa satu benda yang memang dah lama sangat tak makan dan bila dah ada depan mata, berusaha keras buka mulut demi makan benda alah itu. Masa balik kampung hari tu dah tanya kat mum, tapi sayangnya pokok kat kampung sudah ditebang.


Cer teka apa nama saya? :-p


Rasanya ramai yang tak tau apa nama buah tu. I bagi klu sikit, buah ni digemari oleh orang India, buat kari sedap, masak lemak punnn sodap. Bagi yang dah tau apa spesis buah ni, meh kita *give me 5*.... kahkah


Teman Penyayang pun jakun tau first time tengok buah ni, dia macam was-was nak makan tapiiiiiiiiiii bila dah siap masak, makan nasi bertambah-tambah. Hebat tak penangan buah ni?

Nak tau ni buah ape? macam mana cara memasaknya?





..................to be continue.

Kahkahkah





Meow~meow~:
Mau pulang sudah. Badan sudah penat, tapi tiba-tiba perut rasa lapar, rasa mau makan sizzling yee mee. Huwaaaaaaa mana mau cari kat sini? Nak menapak ke Giant jauhlah sangat. Harus ke masak sendiri?
OK. BYE!




THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...