Thursday, January 26, 2012

2 bulan yang sangat panjang

Phewwww... *kesat peluh kat dahi*

Kat mana nak mula ni? Banyak sangat nak story mory tapi tak tercapai dek akal nak flashback semula. Baru beberapa minggu tak update rasa macam dah ketinggalan gila, belum lagi cuti setahun tu.

Yang rasa ralat sikit tak update pasal azam tahun 2012 dan ulas mengenai azam 2011. Last year i ada buat but this year, seriously tak mampu sangat.

Today was my second day masuk kerja after cuti panjang selama sebulan (what? gila kau, dah macam bersalin rupanya) Well...biasalah mommy-to-be yang manja gitewww.. hahaha

Since i rasa mual untuk bukak blog, so kena abaikan blog buat sementara waktu tanpa update sebarang news walaupun a few friend yang mintak blog di update apatah lagi wanna know about my pregnancy tapi ya ampunnnnn, seriously tak mampu..

So, today, i just list first a few randoms thing about my pregnancy itewww (hahaha) yang i ingat-ingat lupa:

1) Now kandungan i dah berusia 4 month, baby was ok, dah nampak kepala, kaki and tangan.

2) Entry last i update blog merupakan minggu-minggu yang sangat mencabar sekali. Ingatkan just rasa mual-mual biasa je dan tidak alami alahan yang teruk tapi sekali rasa sangat hazab masa tu.

3) Alahan dimulakan dengan TIDAK BOLEH tengok makanan, TIDAK BOLEH bau makanan and its become worse bila i tak boleh makan anything. Sampai satu tahap, i just boleh makan telur masak separuh SAHAJA. Bayangkan i makan telur masak separuh 6 biji sehari, 2 for breakfast, 2 for lunch and balance for dinner.

4) End of Disember i masuk wad sebab dehydrate. Malam yang last before admitted tu sangatlah mencabar. Everything i makan (2 biji telur masak separuh and air milo) for dinner habis keluar and this time bukan setakat keluar melalui mulut tapi keluar jugak dari hidung. Ya Allah, hanyir telur serta pedih hidung and tekak tak payah cakaplah. Lembik gila badan. Terus call Teman Penyayang yang baharu sampai kat KL kena datang semula ke Kuantan sebab i cakap dah tak tahan sangat. Tak silap pukul 3 pagi Teman Penyayang sampai.

5) So, keesokkan harinya mulai 27 Dis 2011 - 2 Januari 2012 i dimasukkan ke wad selama seminggu. Sebanyak 12 botol air dimasukkan and at the same time i demam teruk sampai suhu badan mencecah 40 darjah celcius, batuk yang teruk and 3 hari berturut-turut bleeding.

6) Ingatkan keluar dari hospital, dah masukkan air segala i dah ok tapi lain pulak ceritanya. Bermulalah sebulan yang panjang i bercuti di rumah gara-gara kepala i pening yang amat sangat. Pantang berdiri or duduk, rasa macam tinggal dalam sampan, asyik nak pitam je. Nasib baiklah pada hari yang sama i keluar hospital, my mum dari kampung datang untuk jaga i. Kalau tak, mau Teman Penyayang kena sambung cuti dia. Kesian sangat, dahlah kena jaga i selama seminggu kat hospital.  Terharu gila.

7) I start rasa pening and kepala bagai nak pecah tu since 3 - 20 Januari 2012. Totally out. Siang malam my mum picitkan kepala. Kena baring je kerjanya. Bila i duduk kat sofa dalam setengah jam, mata mula berpinar-pinar like nak pitam.

8) So, pada 16 Januari 2011 mum make decision supaya pulang ke kampung untuk cuba rawatan tradisional pulak kebetulan Teman Penyayang out station kat Terengganu then bolehlah hantar kami pulang. So, mum took me jumpa bidan kampung. Until now, i dah tak sakit kepala lagi. Thanks god. Kalau tak, mau i tak datang kerja lagi ni agaknya.

That's a few things yang i ingatlah. Rasa macam fobia pun ada kena alahan yang teruk ni. Nak je bersalin cepat-cepat. Hahaha Tapi sebelum tu haruslah nak merasai mengidam macam-macam ala-ala orang pregnant selalu bercerita tu. Mau makan itu ini.

Now i dah berselera makan and masa kat kampung last week, macam-macam request kat mum. Teman Penyayang tengok i makan pun sampai geleng kepala, kalah dia. Hahaha kira balas dendamlah ye tak dapat makan nasi selama 2 bulan. heheh

So far tak adalah mengidam benda pelik-pelik cuma i cakap kat Teman Penyayang nak makan kuih bakul. Rasanya dah lama sangat tak makan. Last makan seingat i masa sekolah menengah dulu, masa tu nenek ada kudrat lagi nak buat kuih bakul, now, nak kerah tenaga nenek memang taklah.

So, nak taknak, Teman Penyayang jugak yang kena cari. Dah kata musim perayaan Cina kan, memang adalah kuih bakulnya tapi nak mencari yang halal tu mencabar sikit.


Bagi yang tak pernah kenal rupa kuih bakul yang menjadi kuih tradisional untuk perayaan Chinese New Year



Rasanya macam dodol tapi dodol lembik yang ni kenyal. Nak makan kena potong. Tapi yang Teman Penyayang beli ni kurang manis, tak dapat kalahkan yang nenek buat. ^_^

Then benda kedua i nak makan, yang hanya ada kat kampung adalah jeruk buah ini..


Anyone know this fruit? hehe


Tapi sekarang tak boleh makan lagi, still in process. Dah kecur liur balik terpandang buah ni terendam dalam bekas. Haish, lambat bebenor boleh makannya. :-p





Meow-meow:
- Bella dah bersalin (ada 2 anak)
- Now tengah kunyah kuih bakul, bekal datang kerja, nikmat gila. :-p
- Otak sedikit lembap, dah lama tak masuk opis.
- Sangat homesick. Tiap pagi datang kerja, mata bengkak. T_T

SEKIAN.




THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...