Wednesday, December 12, 2012

We share the pillow.

Assalamualaikum kawan-kawan ibu..
 
Ini cerita saya dan ibu saya.
Ibu cakap, sempena dengan tarikh yang cantik hari ini, 12.12.12, ibu mintak saya update blog ini. Sebab, ibu cakap tarikh hari ini nothing special pun. Semenjak saya lahir tiap-tiap hari adalah istemewa. ^_^
 
Untuk pertama kali saya menulis, saya tak tau nak menulis apa. Tapi, saya ada jumpa banyak gambar saya dalam telefon ibu. 
 
Maka, 1st entry dari saya, kita main susun gambar ek? Lepas tu, kita main susun perkataan sikit-sikit. 
 

PERTAMA : Saya suka ibu peluk saya dari belakang bila tidur. Saya dapat rasa kehangatan badan ibu. Biasanya kalau tidur waktu petang lepas mandi pukul 2, mesti saya tidur sekejap je. Tapi kalau hari minggu tidur macam ni dengan ibu, saya akan terjaga bila ibu bangun solat Asar. Kadang-kadang ibu tak sampai hati nak bangun. Kalau ayah ada, ayah akan ganti tempat ibu.
 
 



KEDUA : Ibu saya ni, hantu durian. Ibu cakap, sekarang musim durian. Tiap-tiap hari saya tengok ibu makan durian. Saya tak terliur pun. Ibu salah faham dengan saya. Bila ibu makan depan saya, air liur saya meleleh, ibu salah faham, kata saya terliur. Maka, ibu kasi rasa durian sikit. Rupanya sedap durian tu ye. So, tiap kali saya nampak benda kuning tu, haruslah saya nak. Tapi ibu mencebik, marah, ibu cakap saya tak boleh makan lagi. Tapi tokma sayangkan saya. Tokma marah ibu, suruh ibu kasi kat saya sikit.

 
Salah saya ke terliur nak makan durian bila ibu makan depan saya?
Salah saya ke bila saya suka sangat dengan durian bila ibu dah pernah kasi saya makan durian sebelum ni?
Salah saya ke?
Ayah balik nanti, nak ngadu kat ayah. Ibu makan sorang-sorang.



 
 
 KETIGA : Ibu saya ni angau dengan saya. Telefon dan kamera selalu ada kat tangan. Pantang saya posing sikit, mesti nak ambik gambar. Even, saya tidur pun curi-curi ambik gambar. Ingat saya tak perasan bila ibu ambik gambar time tidur? Flash memancar-mancar lah ibu.
 
 
 Bila dah ambik gambar, mesti nak kena hantar kat ayah. Bila ayah cakap saya comel, ibu mesti jeles. Betul. Saya tau!
 
 
 
 KEEMPAT : Sekarang saya dah pandai meniarap, golek-golekkan badan dengan laju. Capai barang pun dah boleh. Bila terpandang sesuatu, mesti saya laju nak masuk mulut. Sebabnya, saya selalu tengok ibu makan. Saya ingatkan semua benda boleh dimakan.
 
 
 
KELIMA : Saya makin gemar minum susu. Susu ibu sedap. Masa saya baru lahir, susu ibu rasa ikan bakar je. Sekarang macam-macam perisa ada. Perisa durian dan tempoyak yang paling saya suka. Kalau dah sedap tu, mesti saya minum lama-lama. Bila minum lama-lama, kaki dan tangan ibu mula kebas. Bila ibu nak baring sama-sama dengan saya, saya tak suka sebab saya kena donggakkan kepala nak pandang ibu. Saya suka minum susu bila dipangku oleh ibu. Tapi saya kesiankan ibu, maka tiap kali nak minum susu bila ibu pangku, mesti saya menjerit kuat-kuat. Mula-mula ibu tak faham. Lama-lama ibu faham jugak. Ibu capai bantal, letak atas pangku ibu dan saya baring atas bantal. Saya sangat suka! saya rasa makin dekat mata saya bertentang mata dengan ibu. Sambil menyusu, tangan saya boleh belai wajah ibu. Ibu saya pandai kan?
 
 
 
 
 
 KEENAM : Ibu selalu pulang lewat dari kerja. Petang-petang saya selalu tunggu ibu. Suatu hari, saya dengar, ibu bagitau tokma dia pulang lambat sebab ada kerja nak buat. Padahal dia update blog. Ibu rasa saya selamat dengan tokma, tu yang ibu lepas tangan je, selamba dia balik lambat. Tunggulah bila BS jaga saya nanti, mesti ibu menggelupur nak balik cepat. Dahlah ibu balik lambat, tak sempat saya nak main-main, ibu dah suruh mandi, bagi minum susu, lepas tu tidur. Saya bosan sangat, rutin sama je tiap hari. Tapi semalam, ibu bawak saya berjalan-jalan pusing taman dengan menaiki kereta. Saya suka sangat. Hari ini bawak lagi eh, ibu?
 
 
 
 
 
 Itu sahaja saya nak berkongsi kali ini. Saya rasa seronok pulak menulis blog ni. Lain kali, kalau ibu busy atau malas nak update blog, saya nak bagitau ibulah, tolong update blog ibu. Nanti saya bercerita pulak pasal ibu dan ayah eh. Saya sangat sayang ibu dan ayah saya.

Sedikit ucapan untuk ibu saya.

Dear ibu,
Thank you for sharing everything with me.
We share the feeling.
We share the love.
We share the life.
We share the man we love.

Latest,
we share the pillow.




THANK YOU, IBU!

12.12.12. 6 a.m.



 
 
LOTS OF LOVE,
NAURAH.
 
 
 
 

THANK YOU FOR READING THIS!

26 comments:

  1. comei sgt naurah..ooo dah boring bantal sendiri test bantal ibu pulak ye..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? saje nak rapatkan kepala dengan ibu.

      Delete
  2. aduh... geramnya tengok naurah ni... bam!...

    ReplyDelete
  3. hai baby naurah!!
    comel la awk mata bulat :D
    sedap tak bau durian tu bb naurah..notti tau ibuuuu ni ;p

    ReplyDelete
  4. Wah...naurah pon nak berblog juga yer...comel ☺☺

    ReplyDelete
  5. Sweetnya untuk ibu dia...

    Nak note jugak la tuk Naurah :
    Dear Naurah,
    aunty ni kawan blog ibu...
    Seperti Naurah share pillow, kami pula berkongsi cerita sama2... ;)

    Stay cute yer Naurah... jgn noty2...
    Hug 100x kat Naurah!!! ;)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Mama tak kreatif, mama malas. Naurah yg kasi idea nak update blog. :-p

      HAHAHA

      Delete
  7. rase nk nangis lak baca ni.. plg sedih yang keenam... sedihnyeeeeeeeeee.. hari2 boring dia kate... cm ner la Zulaikha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. now, ibu dah tau. Tu ibu bawak jalan2 tiap petang. Kalo x, naurah jalan2 weekend jelah.

      Delete
  8. hehe..cute sgt naurah..tgk pic die, tringat airiel..naurah, mumy airiell mngelupur ni nak blk amek airiell...cptla koi 5..nak blk...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung Airiell mummy dia balik cepat. Ibu Naurah suka balik lambat. tsk

      Delete
  9. Comel sangat !!!!!! Suka sangat ayat we share the man we love. Hihik Naurah update la blog ibu selalu tau, comella Naurah tulis :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. wokey aunty. Nanti suruh baby aunty update blog eh kalau aunty busy mcm ibu. ^_^

      Delete
  10. Tersentuh pulak hati baca entry ni..semalam erna cuma up entry tanpa kata. tapi memberi makna juga sebab iman makin bijak nak memanjat.

    Naurah, semoga membesar jadi anak yang solehah. sayang naurah comel!

    rasa macam baru je baca cite ibu kandungkan naurah..tup tup dah besar dah pun :)

    ReplyDelete
  11. so sweet la naurah :)
    jaga ibu baik2 tau, sbb ibu dah jaga naurah baik2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok Aunty. Naurah ingat pesanan Aunty. ^_^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...