Thursday, December 6, 2012

Early morning story.

Pagi tadi macam mengantuk sangat. Rasa sangat malas nak pergi kerja. Jam bunyi, saje matikan. Sekali dah pukul 6.30, my mum kejutkan. Terlajak sudah tidur. Biasanya tak seliat ni nak bangun pagi.

Ni gara-gara si kecik i, Nur Naurah Rayyani kesayangan sangat-sangat tuuuuuu ajak main pukul 3 PAGI HOKEY!! Puffffffffff
 
Biasanya kalau mandikan dia pukul 6.30 or pukul 7 malam, dia main kejap, bf and tidur around 8 or 8.30 pm, terus tidur sampai esok harinya. Akan bangun pukul 6 pagi.

Tapi sekarang, gaya tidur dia dah berubah. Perasan perubahan ni berlaku start this week. My mum cakap sebab dah masuk 4 bulan, so perangai dia pun dah lain.

Lately, mandikan dia macam biasa. Around 6.30 pm or 7pm. Then dia main kejap je, bf terus tidur. Tapi around 10 or 11 pm mesti akan bangun semula. Mula-mula i thought dia bangun main kejap je, then tidur semula. Tapi tak adanyaaaa. Bila dah terjaga, dia akan tidur semula dalam pukul 12 hingga 1 pagi. *sigh* Dah 2 hari macam tu.

So, tukar plan. Semalam, mandikan dia awal-awal around 5.30pm (her tokma yang mandikan. Ibu balik kerja, tengok dia dah wangi. hehe) supaya dia tidur awal and around 8pm dia terjaga (kononlah!).

Tapiiiiiiiiii, nak dijadikan cerita, bila dah mandikan dia awal semalam, elok je dia tidur. Kami tunggu jugak dia ook ekk ookk eeekk dalam pukul 7. Tapi tak ada ok. Diam je. Tunggu pukul 8 tak sedar-sedar lagi. Pukul 9, dia dah bunyi, tapi mata pejam. So cepat-cepat bf, takut dia terjaga. Pukul 10 dia tidur. Pukul 11 dia tidur. Langsung tak bunyi.

 Legaaaaaaaaa

Suspect, dia memang sah-sah tidur dengan nyenyaknya dah ni. So, ibu pun bukan main tarik bantal slow-slow, sama-sama baring.


Horror-nya, bila tiba pukul 3 pagi! Bunyi baby menangis Ok! Terkejut aku. Dalam mamai and suram cahaya lampu, tengok-tengok si kecik kat sebelah menangis. Ya Allah. Agaknya dah lama kot dia merengek tapi ibu tidur tak sedarkan diri, agaknya naik angin, tu terus high pitch!

Cepat-cepat i bangun and say her name. Terus dia diam. Air mata meleleh kat pipi tapi bibir tersenyum lebar. Boleh??

Sapu air mata, angkat dia untuk bf. Tapi ditolaknya miss B. I bukak mata luas-luas, boleh dia ketawa. Terkekek-kekek ok. Sabar jelah. 

Sah,memang dia bangun nak main ini. Check pampers, tukar pampers, again nak bf, dia tak mau. So, i pun baringkan dia atas tilam. I suruh tidur. Then i pura-pura tidur, pejamkan mata tapi samar-samar nampak muka dia lagi. Dia tidur mengiring sebelah kanan, dongakkan kepala tengok je muka ibu dia yang zalim ni. hahaha 

Almost 15 minute, i biarkan dia layan perasaan awal pagi sorang-sorang. Dia diam je k dalam samar-samar kegelapan malam tu. Kejap dia terlentang. Kejap dia mengiring tengok i. kejap dia masukkan jari dalam mulut. kejap dia buat gimnastik, angkat kaki. 

Hati ibu mana yang tahan tengok anak macam tu kan. Kesian pulak kat dia. Cepat-cepat bangun. Angkatlah dia, konon nak bf kasi dia tidur. Kotlah dah puas mainkan sorang-sorang tadi. Tapi tak nak jugak bf ok.

Dah tu, terpaksalah borak dengan dia. Tanya dia, "tak nak tidur ke?" Boleh bayangkan tak muka ibu dia masa tu? Bercakap macam tak ada perasaan, mata kuyu je tapi boleh budak kecik ni, ketawa besar bila i tanya macam tu? Ya Allah. Memang dia nak main. Padahal tak buat muka lucu pun. Sampaikan tok ma tersedar dengar dia ketawa ok.

Dah tu, tok ma bangun, suruh ibu tidur. So, tok ma lah yang layan borak dengan dia sampai pukul 5.00 pagi. Dia nangis nak susu, tok ma kejutkan ibu. Ibu bf terus dia tidur. 

Pukul 6 pagi, jam dah bunyi. Tapi mata sangat mengantuk. Tutup alarm telefon. Sambung tidur. Tau-tau tok ma kejutkan pukul 6.30. Kalau takkkkkkkkk, memang terlajak tidur, entah tak datang kerja hari ni.

Lepas mandi, solat, bersiap, pukul 7.30 nak pergi kerja, dia nyenyak tidur. Even bukak sliding door, start enjin kereta sekali pun, sedap je dia tidur. Wah-wah, kemain dia. Mengantuk sangat. Tak say goodbye pun kat ibu dia.

Mencabar sungguh! Tapi nikmat sebenarnya.

A few picture for this story.

Pukul 11. Sedap tidur sampai ternganga. :-p


4 pagi. Membutang mata.



7.30 pagi. tak sedar apa dah tidur. Ibu gomol-gomol pipi sebelum pergi kerja, langsung tak gerak. *sigh*



Orang cakap, lain bulan lain perangai baby kan? Makin bijak. What can i say, enjoy the moment jelah. Nanti mesti rindu saat-saat macam ni.


Called tok ma, tanya nak mandikan awal lagi ke?

Tok ma said,

Nak bagi dia sedar pukul 3 pagi atau pukul 11 malam?

Ok,ok. Mandikan je pukul 7.

*Sigh*





Kbye.








THANK YOU FOR READING THIS!

26 comments:

  1. ala comelnye naurah tido..hannah pun tido lesak mcm gmbr last tuh..heheehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin lama makin lasak kan baby tidur. Comel je.

      Delete
  2. ihihhih... budak2 tidur mmg mcm tu... kejap je, pastu bangun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? tapi xpe, ibu suka. leh kurus cepat. ahaha

      Delete
  3. sama laaaa perangai baru Hannah dgn naurah ni.hehe. mak i ckp budak hari2 ade je ragam baru dia.makin panjang akal. maka..bersabar jelah..hehe..samo samo lah kito.. untung naurah nenek yg jaga..huhu

    ReplyDelete
  4. anak2 beralih bulan mmg mcm2 peel. kejap tukar mcm tu, kejap mcm ni.

    qays anak saya nak masuk 6 bulan, dh tak jaga malam, sampai saya kadanga jadi lewat bangun sbb b4 ni dah biasa alarm qays akan bunyi jam 4 pg

    hahaha

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Bulat bila baring, dh bangun mcm sepet pulak. ahaha

      Delete
  6. Kelakar la Naurah ni... bukan main bulat mata dia nak ajak main kol 4 pagi tu hehe...
    Tapi bukan dia kisah pun kol2 bape kannnn..heheh
    Tapi betullah kate u tu, enjoy thiz moment.. nanti mesti rindukan saat2 ni... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengantuk tp mcm seronok plak layan dia.

      Delete
  7. comelnya dia tido..mata pun bulat..

    ReplyDelete
  8. Hehe tu diaaa bulat bijik mataaaa. Waaa nevesnya membayangkan cemane I yang kuat tidur nak jadi mama nanti ni. A few weeks left !!

    ReplyDelete
  9. moment2 camnilah yg kita akan ingat nnti.. anak i dlu, xmo ltak.. tiap2 malam nak dukung sebelum tido.. lenguh satu badan.. sik baik kejap je la - 2 3 bulan.. skrg bila ingat balik it become sweet memory..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe so far, tak adalah sampai tak boleh letak.

      Delete
  10. betol... nnt lama2 kita rindu saat dia kocik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang pun dh rindu waktu dia baby dlu. ehehe

      Delete
  11. Comelnyer mata Naurah...

    Biasala dear baby nak berubah time :D

    ReplyDelete
  12. lepas jadik mak ni, mmg takde makna dah nak tido puas2 kan
    nak bangun lambat pun dah jangan harap
    kita dulu nasib baik Eisya tak buat perangai jaga 3,4 pagi
    dlm pantang je lah... dia nak tido berpangku
    dh macam burung hantu dah tidur tersenguk-senguk pangku anak
    tp iye..smua tu kenangan
    skrg bila dia dah besar..
    rindu sangat masa dia baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? walau mcm mana peel baby ni, lama2 kita akan miss this moment. so enjoy jelah.

      Delete
  13. betul la kan. dah ada anak kecik mmg waktu tido mama tak betul dah. kakak arissa dah 3 thn so ok la mmg x sedar mintak susu dah...tapi adik dia izz yg 6 bulan ni masih lagi bgun susu kul 12, kul 3,kul 6pg..nasib baik izz jaga kul 6pg kot tak mmg tak bangun la mama :D.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa mcm tulah. kalau dh asyik terjaga gara2 anak, lama2 lupa nak kunci alarm. nanti anak xsedar, kita pun terbabas sama. hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...