Tuesday, November 6, 2012

Babysitter issue

Sekarang dah musim hujan. Balik kerja, cuba intai-intai warung pisang goreng panas-panas tapi susah benar nak bukak. Kalau dah hujan lebat, gamaknya jangankan nak jumpa pisang goreng panas, kot terbeli pisang goreng lembap je nanti. Dek tempias hujan yang lebat.

Rezeki kot semalam. Akhirnya khemah biru kat taman semalam bukak walaupun hujan turun segan silu. Beli rm5 karipap panas yang sedap, keledek goreng rm3. Malangnya pisang goreng dah habis. Ah, bukan kau sorang yang mengidam pisang goreng panas di waktu sejuk ni! BAIKLAH.

Kebetulan Mama Naurah nak datang malam tadi, tu yang duk cari kudap petang tu. Tapi dia sampai dah malam, maka karipap tu dah tak "hot" seperti biasa. hehe


Panas-panas. Anyone? hehe

 Sekarang suka cari port jual benda bergoreng kat taman, sangat bermotif. Motif memenuhi nafsu makan waktu petang pun ye. Satu lagi, tanya khabar kot lah jumpa bs untuk Naurah.

Alhamdulillah. Berkat hujan renyai semalam, mengidam makan karipap panas, terberhenti kat khemah biru, terjumpa lagi seorang bakal BS Naurah. Wah, bakal BS. Bunyi macam ramai calon je. hehe

Harus. Calon yang terbaik untuk jaga Naurah. Insyaallah. Terpaksa memilih yang terbaik tidak bermakna cerewet. Tak mintak apa-apa pun atau tak ada syarat tertentu pun untuk jadi BS Naurah. Cuma satu je nak, biarlah dia anggap Naurah macam anak sendiri. Tu je.

Calon pertama, kakak A lah ye kita gelarkan. Belum pernah jumpa. Tapi kenal melalui kawan. Satu taman dengan aku sekarang. Cuma lorong ke belakang sikit. Pernah jaga anak orang sebelum ni. Macam nak hantar kat dia sebab kawan perkenalkan. Lagipun Kakak A duk depan rumah kawan. Bolehlah mintak tolong kawan skodeng tiap hari. HAHAHAHA Kata tak cerewet. T_T

Calon kedua, Kakak B. Kenal daripada kakak yang jual ABC kat taman aku. ABC kakak ni sedap. Boleh katakan time pregnant dulu, tiap hari balik kerja, belasah ABC dia. Baru-baru ni singgah, konon nak tanya pasal BS. Dia cakap ada. Satu taman dengan aku and sebelah rumah kakak ABC. Syukur. Tapi Kakak B ada anak umur setahun lebih. Tak pasti lelaki ke perempuan. Macam taknak je. Entah. Tak pergi tengok lagi.

Calon ketiga, Kakak C. Calon nilah baru jumpa petang semalam kat khemah biru. Yang sukanya dia depan rumah aku. Senang nanti nak hantar and pick up Naurah. Tapi kakak C dah jaga anak orang lain, umur 3 tahun, boy. Tapi consider budak tu dah besar, kiranya ok lah kot eh nak jaga Naurah. Plus kakak ni ada 2 orang anak dara, form 3 and 5. Also anak bujang form 1. Muda lagi, nampak cergas. Tapi.. entahlah.

Dalam semua-semua calon, ada sorang yang tidak tercalon tapi aku nak sangat dia jaga Naurah. Kalau boleh nak merayu-rayu mintak di jaga. My own friend yang suggest Kakak A as BS. Sebelum aku pindah ke rumah sekarang, kawan aku ni duk depan rumah sewa lama aku. Dia pernah jaga anak someone also kawan kita orang. Kira dulu dapatlah aku ber"geng" jap kat kawasan perumahan tu. Sebab we all sebaya. Sorang dah ada anak, aku pregnant time tu, and kawan aku ni dah kahwin tapi tak pregnant lagi. 

Nak dipendekkan cerita, aku dah biasa sangat tengok dia jaga anak kawan kami ni. Penuh kasih sayang. Anak kawan kami tu punyalah badan semangat, sanggup dia usung ke hulu ke hilir bila budak tu tak sihat, merenggek-renggek. Tak penat tengok gaya. Aku suka sangat. Sampaikan aku cakap, nak cop dia jugak untuk jaga baby aku nanti. 

Tapi sekarang, dia dah bukak bisnes. Katanya dah tak sempat nak jaga baby. Anak kawan kami pun dia dah bagi orang lain jaga. Aduh. Kecewa aku. Sebab tu dia cari BS untuk aku. Sedih. T_T

Dan, seorang lagi BS yang terbaik dan tak kan ada tukar gantinya ialah my own mum. Naurah's tok ma. Sekarang Naurah di bawah jagaan tok ma. Kata tok ma, nak balik kampung bulan November. Tapi dah masuk November, dia diam je. Aku lagilah buat-buat diam. Kalau boleh, taknak tok ma dia balik. nak jaga Naurah selama-lamanya. hehe

Aku saja sebut pasal BS semalam, kata dah jumpa yang kat depan rumah tapi dia ada jaga anak orang lain gak. Lajuuuuuuuuuuuuu je dia cakap, carilah orang lain sementara ma ada kat sini.

Alasan. Aku tau, dia berat nak tinggalkan Naurah tu. hehehe


Love both of them and mereka serasi dah bersama. 

Their bonding time!

Tok ma mandikan.
Kemain seronok main air bila tok ma mandikan.


Risaunya bila mandikan Naurah. Dia tak duk diam. Harap bakal bs nanti jaga Naurah macam mana her tok ma jaga bila mandi.


Siapkan Naurah pun tok ma yang buat.


"tengoklah saya, happy je dijaga oleh tok ma." Cantik pulak tu dimekap oleh tok ma, dah macam tepung gomak. hehe

Mandi, siapkan, tukar pampers semua tok ma nak buat. Bagi ebm pun ye bila aku mandi atau solat. Dahlah sepanjang hari jaga, bila aku balik kerja, nak take over mandikan and uruskan naurah semuanya tapi tok ma willing to do. Sibuk suruh aku mandi, solat, iron baju, makan. Aku jadi milk machine je. Tal ada pulak nak berkecik hati, malah bersyukur sangat dapat mak macam ni. Takpe lah, aku kasi lah peluang kat tok ma, nanti lepas ni dah balik kampung tak dapat dah macam ni. Biar tok ma uruskan Naurah sementara ada kat sini. Dia pun macam seronok je layan satu-satunya cucu dia. ^_^

 Sayang ma. 



Tiba-tiba aku sedih bila fikir pasal BS. Huwaaaaaaaaaaaa




K.bye!









THANK YOU FOR READING THIS!

24 comments:

  1. dear, if nk tukar bs
    better cepat sblm budak ni dh betul2 serasi ngn tokma
    xnak dgn org lain,
    susah esok2, huhu
    dh ade pengalaman cmni
    sbb bila family kite sdiri yg jaga
    of course dgn limpahan kasih syg
    budak tu dh erat sgt ngn maktok
    bile tetibe nk tukar kt org lain
    dia asik nangis
    kite yg xsenang duduk lps tu,
    huhu semoga dpt bs yg trbaik dlm ms trdekat ni okeh! gud luck yer mama naurah, hehee

    nway, nk tanye skek
    mama naurah pkai camera ape eh
    gmbar karipap sejuk pun trliur2 nengoknye
    grrrr..ekceli lama dh nk tanye, ahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah na. Thats why tgh mencari ni. Kalo blh end of nov dh jmpa and early of dec dah hntr kat bs. harap2 4 bln tak terlambat lglh. ^_^

      Psst, kita guna camera compact Sony cybershoot je. No DSLR. kehkeh

      Delete
  2. gambar isap jari tu sgt comey okeh! sekian..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe geram tau bla tgk baby isap jari. comel je.

      Delete
  3. hana.. lin pun tak cari2 lagi bs anak. tak kan nak hantar 2-2 rumah mak kan... menyusahkan je. tp sini susah la bs. yang ada cuma taska. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke lin? Hana tak suka sgt if baby nak hntr taska sbb so many kids. Semoga lin jmpa bs utk hafidh.

      Delete
  4. Mesti tok ma x sampai ati nak tinggalkan naurah..

    ReplyDelete
  5. Pujuk la Tok Ma jaga Naurah lagi.. huhuhu sonok kalau mak kita sendiri yang jaga anak kita kan... tapi too bad.. my mum kerja jugak... so masing2 sedih sbb kena hantar baby kat bs! huhu

    ReplyDelete
  6. Mmg susah nak cari bs. Sy dulu pun, ade isu ni. Huhuhuhu....

    ReplyDelete
  7. kalau nak cari BS kena cari yang betul-betul.. kalau takde baby dengan die, lagi ok..takdela terkejar2 die setiap hari...

    p/s: nak yang macam nieza ker? boleh je..inbox kat fan page nieza...kite leh borak panjang ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulh. Hana aim yg xde baby bawah jagaan dia.

      Delete
  8. isu ni la yg selalu menjadi dilema mak2 bekerjaya kan..sy alhamdulillah adik sendiri yg jaga anak2..syukur lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoknya adik yg jaga. Kalolah family sy kat sini, memang tak pandang org lain dh. ^_^

      Delete
  9. hurmmm dilemma sama macam wina dulu & sekarang jugak sbb dalam proses nak tukar BS baru huwaaaaa...

    dalam minggu nie insyallah nak gi inspection & interview bakal BS tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untungnya if Naurah jumpa bs like ex-bs kira and syakil. well wina, hana rasa lg mencabarkan wina nk cari bs baru sbb dia orang dh besar and lg susah nk terima someone yg dia xrapat. good luck wina!

      Delete
  10. Huhu saya ni pun belum mencari BS lagi... risaunya...
    Asik bertangguh je nk bertanya orang huhu...

    Seronoknya ramai BS kat taman umah u, boleh memilih BS mane yang seswai tuk Naurah...

    ReplyDelete
  11. isu BS ler paling susah sekali nak settel kan..
    risou tinggal bby kat org laen kan.
    tapi terpaksa..huhu
    baideway salam kenal^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memangggg..susah hati sgt2. tambah2 mcm2 kes skarang ni. huh.

      Delete
  12. betul kate nanonano tu..
    yg kita dh antar dr kecik pun skrg dh besar dah pandai.nangis sbb tau naper nk antar umah BS.. dah 2 bulan antar pun still sedih..nak nangis....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...