Monday, November 5, 2012

3 month check up. Too BAD!

Hari ni aku masuk office pukul 11 pagi. Bawak Naurah pergi check up kat KK for her 3m check up.

Planning asal after deliver Naurah, nak bawak je dia pergi check up and cucuk kat private clinic sebab aku dah naik muak menunggu lama kat gov.clinic untuk dapat treatment masa preggy dulu. Tapi disebabkan alasan yang tertentu, aku kena rujuk jugak Naurah kat KK sehinggalah dia 1year kelak. 

Bosan, lama menunggu, naik angin, bla bla bla memang aku sudah sedia persiapkan diri untuk ke KK today. Biasalah KK kan?

Tapi, hari ini punya "kelembapan" memang tahap dewa dan menambahkan benggang yang amat! Kalaulah bukan terpaksa, tak ada aku nak menunggu lama kat KK area tempat aku kerja ni. Benci. Klinik desa kat kampung aku dulu, tak adalah lembap cenggini, walhal orang tak ramai, lagi dia cepatkan urusan. This KK, dah tau orang ramai, lagiiiiiiiiiii nak slow melowwwwwwwwwww. Pui! Geram!

Dahlah aku terconggok depan klinik ibu & anak (K.I&A)  pukul 7.30 pagi, konon nak dapat no.1. Nanti nak masuk opis lagi. Tapi, bila dah pukul 8am, still grill K.I&A tak bukak-bukak lagi. Aku dah agak dia orang meeting. Pukul 8.20 one of the nurse yang ada kat situ, panggil aku, that k.I&A bukan kat bangunan tu lagi, bangunan baru dah bukak.

Good and happy for them, today was the 1st day this "new" K.I&A bukak. Maka bergembiralah mereka and glad ucapkan kat aku which is Naurah was the first patient yang register. Pui! But, it's bad for us!

Pertama, kalau dah menggedik sangat nak bukak klinik baru tu today, kenapalah tak guna kepala otak pi gotong royong klinik tu semalam? Hari ni kau nak patient masuk this bangunan dengan berhabuknya, kotor, bau cat and perabut gila punya kuat. Kau nak patient kau mampos?! Bayangkan, we all menunggu kat seat, para nurse ni kelam kabut duk menyapu sampah, sapu meja, perabot yang berhabuk. Dahlah ada a few baby dalam tu, dengan Naurah batuk and selsema yang teruk lagi. Then kat luar hujan renyai-renyai, ke mana aku nak bawak lari Naurah? Bawah air hujan? 

Kedua, dah tau bangunan baru officially guna today, napelah tak pergi tampal kat pintu klinik lama, yang mengatakan klinik sudah berpindah ke bangunan baru! Buatnya tak ada nurse yang panggil kami, entah jenuh aku menunggu kat sana. Aku pulak memang tak adalah nak tanya orang why pukul 8 lebih pintu tak bukak lagi sebabnya pernah sekali masa preggy aku ada appointment hari Isnin pukul 8 pagi. Tapi mereka tak bukak pintu lagi sebab every Monday morning mereka akan meeting till 8.30am. So, aku tak syak apa-apalah pintu tu terkunci. Betul-betul geram ni.

Then, dah masuk bangunan baru, tunggu mereka berkemas segala, borak-borak, gelak-gelak, GEDIK-GEDIK, pukul 9.15am baru panggil nama Naurah. Padahal nombor Naurah 001, bayangkan baby lain yang dah terpekik menangis, bosan menunggu. Kesian gila aku tengok.



Dah masuk dalam bilik rawatan, nurse buat kerja main-mainlah pulak. Dengan peralatan tak lengkap masih ada separuh lagi barang kat bangunan lama. Satu hal nak terkejar pergi ambik barang. Aku sabar lagi menunggu. Waktu ni Naurah dah bangun dari tidur. Nasib baik mood dia ok. Siap ketawa-ketawa lagi bila nurse borak dengan dia. 

Tapi, aku sangat tak gemar cara meraka, kuat borak, mesra alam terlampau. Aku nak cepat, nak masuk opis lagi. Aku bawak Naurah kat klinik untuk dapatkan rawatan, bukan nak cari BS. Duk layan borak dengan Naurah. Sampaikan satu tahap aku cakap,

"Kak, saya nak time sleep ye. Sebab saya kerja ni, nanti bos saya marah pulak masuk lewat." 

"La, keje ke? Ingatkan cuti lagi" - nurse

What? anak aku dah 3 bulan lebih kot, cuti jadahnya. Dah sah-sah aku pakai baju kurung nak pergi keje, kau ingat aku nak pergi kenduri?

Bila aku mintak time sleep, konon-konon nak bagitau supaya buat kerja dengan cepat, PUNNNNNNNNNNNN buat derk je! Tangan entah menulis apa kat buku Naurah, mulut duk pot-pet pot-pet, berhabuklah, kabel telefon tak adalh, pen hilang, bau taik kucing bla bla bla. Argh! tension.

pumpam pumpam!!! Pukul 10.15 baru nak cucuk. Owh, sebelum masuk bilik rawatan, ada nurse kat luar dah timbang, ukur kepala and panjang Naurah siap-siap. Tempat nak timbang and ambik ukuran pun aku tak berkenan. Kotor, berhabuk! Nasib baik bawak changging mat, aku alas guna benda alah tu masa nak tanggalkan pakaian Naurah. Then tempat nak ukur panjang Naurah tu betul-betul tepi meja. Buatnya Naurah dah pandai meniarap, sikit je boleh jatuh kat lantai. Kata bangunan baru, gaya macam dah tak ada tempat sangat dah nak buat prosedur ambik ukuran baby. Kat meja seciput and di sudut menunggu jugak, kasi orang lain tengok aku bogelkan anak. Sabar jelah.

Masa nak cucuk Naurah tu, nurse tu layan borak dengan Naurah, konon-konon tak nak bagi Naurah takut kan nak kena cucuk and ajar aku cara pegang. Padahal aku dah tau pun. Dah 2 kali kan kena cucuk. Aku diam je. Then bila Naurah ketawa je dengan nurse tu, dia siap cakap lagi,

"olololo, kemain dia ketawa ye. Nanti taulah jap lagi." - macamlah anak aku takut!

Lor, kau apa hal? siapa suruh borak dengan dia bagi dia ketawa. Aku nak cepat ni, tak perlu nak pujuk anak aku. Dia relaks je. Aku ada. Tugas kau, cucuk dia. Lama gila k, dia duk pujuk Naurah sebelum cucuk tu. Aku tau la anak aku kuat ketawa tapi tolonggggggggggggg la cepat sikit buat kerjaa.

 Bila dia dah cucuk jarum kat peha, Naurah pandang muka aku, aku senyum je, then Naurah senyum je pandang aku. Sikit pun tak nangis. Then nurse cabut jarum, siap cakap lagi,

"eh, peliknya, tak nangis. Biasa baby nangis. Peliknya dia".

Gila! Perlu ke semua budak nangis? Dah dia tak rasa sakit, biarlah. Nape, kau suka sangat eh tengok budak nangis? Pastu, siap panggil kawan-kawan dia, cakap Naurah tak nangis. Argh!!!!!!!!!!!!!!!! stress aku! Ok, bagi cool down, aku fikir, dia nak cakap anak aku bagus tu. Sebab tu dia bagitau kawan-kawan dia. TAK PERLU! SAYA NAK CEPAT OK!

Aku pun lemparlah senyum kambing. ^_^ 

Aku ingatkan dah settle semua, nak kena jumpa doktor pulak. Aku memang request pun nak jumpa doktor sebab Naurah batuk and selsema yang agak teruk. Plus ada seorang doktor yang entah mana dapat kelulusan and gila ke apa, sesuka hati bagi ubat batuk kat Naurah, padahal ubat tu not recommeded below 2 years old! Aku pulak yang cetak pengetahuan tentang ubatan ni and sangatlah percaya pada doktor ni, bagi je ubat tu kat Naurah. Kesannya, Naurah terkena alahan. Naik tompok merah kat dada, leher, telinga dia. Aku rasa tompok merah tu gatal, sebab tu kot Naurah asyik menangis je and reject to bf her for 3 days. So, start hari Khamis malam sampai hari Ahad semalam, aku bagi ebm kat Naurah. Lagi tension!

Khamis malam. 1st tompok, berbintak. Ingatkan dia kena gigit dengan apa-apa.


Jumaat its become worse. Kesian sangat.

Aku ingatkan tok ma dia bagi makan apa-apa. (Dah, aku suspek mak aku sendiri. Jahatnya aku!). Sebabnya mak aku sokmo la duk cakap, Naurah lapar ye, bila Naurah asyik hisap tangan sendiri, pastu bila dia tengok orang makan je, mesti air liur dia meleleh, pastu telan air liur. That's why kot mak aku syak Naurah lapar. hehe Tapi mak aku tak bagi dia makan apa-apa pun. Jenuh aku duk fikir kenapalah dia jadi macam tu.

Tiba-tiba teringat kat ubat batuk dia makan. Before this tak ada pulak macam ni. So, aku ambik ubat tu, tilik punya tilik, aku koyakkan sticker kat botol tu, yang klinik tu tampal untuk nyatakan berapa dos sekali makan. Rupa-rupanya..

2 years above! Ya, Allah. Nasib baik tak jadi apa-apa kat dia.

Sorry sayang. I'm a bad mother. T_T

Dah lepas cucuk, kena tunggu kat luar lagi, nak ambik buku rawatan. Tengah tunggu buku, Naurah poo poo. Ingatkan nak cuci kat rumah pulak, tapi macam kesian je, takut nak jumpa doktor nanti take long time, buatnya dia meragam, susah nanti. So, pergi toilet, cuci poo poo, kat ruang menunggu tu ada sofa, alas guna changging mat, tukarkan pampers. Adalah dalam 15 minit. Ingatkan nama aku dah dipanggil, punnnnnnnnnn TIDAK! Sempat basuh and tukar pampers ok! kemain lama nak dapatkan buku rawatan tu. Entah apa yang ditulis pun aku tak tau!

Dah dapat buku tu, terus pergi bangunan lain. Punyalah ramai orang. Today is monday special kes untuk diabetes. Tapi nasib baiklah doktor panggil Naurah dulu after nurse collect buku rawatan yang aku letak dalam bakul. Bagus doktor tu. Aku suka sejak preggy lagi. Cepat jugaklah dia buat kerja. (Tiba-tiba suka, bila nama panggil cepat. HAHAHA). Betullllllll, doktor tu baik, dulu pun aku dah suka dia. Dia perempuan k. hikhik

GOSIP JAP. Masa tunggu jumpa doktor, ada sepasang kembar perempuan. Comel sangat. Yang kakak, ayah pegang, adik lak ibu dia pegang. This couple duk depan aku. Tiba-tiba ayah kembar ni bangun and pass this kakak kat wife dia and said "nak pergi merokok jap, lama sangat tunggu". What? Terlopong jap aku. Atas pangku isteri ada 2 baby kembar. Dalam 5 minit, this kembar dah meragam. Kau bayangkan macam mana kakak ni nak handle anak dia. Aku pass Naurah kat mak aku. Then aku bangun ambik si kembar tu, kakak. Elok je dia atas pangku aku.

Budak ni comel sangat tapi kena sensor gambar kerana ia menjadi bahan gosip aku diatas kesalahan ayahnya itu. Sellfish! ---> Anak makcik aku sibuk ambik gambar bila aku pangku budak ni. Tq Balqis tolong sertakan bukti bergambar untuk jadi bahan gosip Kak Ya. T_T

Wahai, ayah! Kenapalah kau tak tergamak buat begini. tak boleh ke tahan sikit dari merokok. Bulan puasa boleh tahan merokok sepanjang hari, ni kan untuk beberapa minit sahaja. Kesian aku tengok.


 SAMBUNG CERITA KLINIK...

Then doktor bagi rawatan, pergi ambik ubat kat farmasi. 


Legaaaaaaaaaaa. Dah settle. Cepat-cepat pergi parking.

MALANGNYA, ada kereta lain park belakang kereta aku. Gggrrrrrrrrrrr. 

Nasib baik ada kakak cleaner masa tu. Dia nampak aku donggak-donggakkan kepala, konon intai-intailah kot-kot ada somebody kat situ, nak tanya kereta milik siapaKAH itu. Then kakak tu datang, cakap kerete nurse. Then kakak yang baik hati tu, pergi panggil nurse. 5 minit lepas tu, nurse tu datang dengan melenggang, muka kelat. Ceh, dah kau parking belakang kereta aku. WAJARLAH!

"Ni tempat parking staff. Nasib baik saya tak keluar g nursing hari ni, kalau tak, sampai petanglah awak kena tunggu." 

Amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii,

"Owh, yeke? Saya tak nampak pun signage FOR STUFF ONLY? Dalam klinik bukan main saya tengok label sana sini, buat 5S. Kenapa parking tak label eh?"

Ish, serius, aku benggang gila. Aku datang awal tadi, nampak kotak parking kosong 1, then aku parking lah. Manalah aku tau tu untuk staf sebab tak ada satu inci arahan pun untuk STAFF SAHAJA. Then, siapa suruh dia parking belakang kereta orang, dah tau tak ada jalan keluar dah, lagi nak menempak kat bontot kete aku. Akai ada?? 

"Terima kasih nurse. Jangan lupa buat 5s kat parking gak. Nanti ada lagi yang park kereta kat sini. Susah-susah je nak alihkan kereta." sambil lempar senyuman. PUAS HATI AKU!

Tong sampah kat dalam klinik pun dilabel TEMPAT MEMBUANG SAMPAH. Tak label pun tak apa. Budak umur 5 tahun pun tau, kalau dah ada tong sampah kat situ, memang tempat buang sampah lah. Ni parking sebesar tu, kau tak tulis apa-apa, maka semua orang fikir ia HAK SEMUA. Siapa cepat, dia dapat. Tak kan aku datang awal, tengok ada parking kosong, still bengap aku nak g parking kereta kat semak samun jauh sana. Gila ke apa! HUH.


Dah, tu je untuk check up 3month. Oleh sebab terlalu benggang, lupa dah berapa ukur lilit kepala and panjang Naurah. Yang ingat, berat Naurah for 3month is 6.1kg.

Born : 3.35 kg
10 days : 3.6 kg
19 days : 4.1 kg
1 month : 4.7 kg
2 month : 5.6 kg
3 month : 6.1 kg




"Ma, tengok Kak Ya. Marah-marah klinik, ambik gambar dalam klinik gak." - Balqis, anak makcik aku. 

Agaknya dia bosan dengar aku membebel. HAHAHA

Sekali sekali camwhore, apa salahnya. Hilang sikit bosan. Ye dak? hikhik






K.Bye.








THANK YOU FOR READING THIS!

27 comments:

  1. haish.. sabar je la.. gomen mmg cmtu kannn..

    ReplyDelete
  2. ahahahahh sabar jelah..mmb bad day la kan? uhuhuhuuu

    seriously, me pun ade byk pengalaman x baik ttg KK nie..sib baik company start sponsor immunization anak start dari Kira 6 bulan so after that mmg gi private cliniclah sampai skrg

    ReplyDelete
  3. bab ubat ni mmg kena hati2. kalau dapat elak bg ubat lagi bgus.

    last pic tu mulut ternganga... comel je... klu lin mesti nak bau mulut baby.. best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah. Hana tak tau pun tak blh bg ubat. Rasa bersalah sgt2,. T_T

      Delete
  4. Esk i plak gi kk.hehe..klaka plak entri ni.baiknya naurah x nangis ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hana rasa next month check up dah tak mau g kk lg.

      Delete
  5. serius cakap eh..klinik KK ni mcm hampeh je.tak sume la, kebanyakan nye. ciknaa bwk razin mggu lepas. kul8 dtg, kul10.30 bru panggil utk timbang.. time tu la nk bual, nk buat filing, kejadah nye dorang ni.. mkn gaji buta, ape ingat mak mak yg anto anak g check up tu sume suri rumah ke? bongok! haaa.. mmg angen la ciknaa..hahaha..

    ReplyDelete
  6. dear, KK kat mane ni?haru betulll!!
    saya dulu ade jugak buat check up kat KK..mmg sistem dia tunggang langgang..pesi timbang..tunggu..pegi check air kencing..tunggu..KK mmg sinonim tgh menunggu je.
    so bile baby kuar..saya buat check up kat private..huhu..tak kose nak tunggu kat kk lame2..takut anak meragam..lebih2 bile ramai orang..haruu

    Amy Shaklee recently posted on Cara Vitamin boleh turunkan berat badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK area tempat keje ni hah. Nyesal pegi, Memang tak ada dah nk g sana.

      Delete
  7. KK mane ni? Ee lembapnye buat kerja..nieza paling menyampah pegi KK..salah satu sebabnye..gile lambat..datang awal pon sudahnye tgh ari..halfday kat situ..tu skang cucuk private jer..malas nak nunggu

    ReplyDelete
  8. Oh! Yang pasal si ayah tu.. takkan larinye rokok tu...bile sorang-sorang pegila nak hisap rokok pon..kesian wife die...ee ape ke &@^#^#^!

    ReplyDelete
  9. peh,dgr cite pon dah geram hana,nyampahnye!!!

    tang paking pon bertambah geram,drp label tong sampah, baik label tmpat pking kete kan???

    ReplyDelete
  10. iman sejak lahir memang kalau cucuk-cucuk ni erna bawak pegi swsta je. tak sanggup nak tunggu lama kat gomen. tapi memang ada check up untuk masalah sejak lahir ke klinik pakar. itu tak lah lama sangat kena menunggu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far, tak kena rujuk kat pakar lagi, cuma diminta check up kat KK je tapi bila kena menunggu lama macam ni, tak sanggup sgt.

      Delete
  11. salam kenal..jemput jenguk blog saya juga http://konspirasiteori.blogspt.com

    ReplyDelete
  12. salam krnal..jemput jenguk blog saya juga..http://konspirasiteori.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. peh..marah betull..serius..rasa naik hangin skali baca ni..hahaha..nasib naurah baikkkk kannnnn...marah2 pun sempat posing senyum lagi..mcm tu la..=))))

    ReplyDelete
  14. gigih Iols bace uols wlpn dah lama..hihi tp besh! mmg sgt2 teruja.

    1st check bby kat klinik KK, mmg serik and tak pernah check bby zahin kat KK b4 dtg Nz
    sbbnyer lama kemain ler nak menunggu.(derang igt kter takde keje laen kot)

    2nd Ubat batuk for babies?? memang sah doctor tuh giller! banned clinic tuh yea

    3th bapak merokok pulakkk..aduhaiii cian ler kat anak tuh hah!

    lastly parking, amboi kemain ek nurse tuh sound, tol tuh len kali label ler
    baru org xparking. yea dop!

    ps: pjg lak komen nyer kan? hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...