Wednesday, October 3, 2012

UNEXPECTED : cooler bag for Naurah

Dua hari lepas terkejut sangat dapat parcel yang sampai ke rumah. Masa tu tengah BF Naurah dalam bilik. Anak makcik panggil ada kawan datang bagi barang. Padahal posmen yang hantar barang. Kahkah Apalah budak tu, pakai petik cakap kawan aku. hikhik

Pelik sebenarnya sebab seingat aku, sejak deliver Naurah ni, belum pernah lagi shopping online. Masa preggy tu memang ye, aku menggila sangat online shopping baju-baju, mittens & booties untuk Naurah. Tapi after that, dah stop. 

Bukan kedekut, atau duit tak ada tapi barang-barang Naurah dah banyak sangat. Murah rezeki Naurah, dapat hadiah dari saudara mara dan kawan-kawan. Terharu sangat. Yelah, aku ni anak tunggal, so dari pihak aku memang Naurah tak ada makcik and pakciklah nak bagi apa-apa. Sekali tengok, rezeki tu datang dari arah lain. Dapat hubby yang mempunyai adik beradik 13 orang. Ramai makcik and pakcik Naurah belah hubby. Maka banyaklah hadiah Naurah dapat. Pastu dapat pulak kawan-kawan yang baik-baik belaka dan bermurah hati bagi hadiah macam-macam kat Naurah. Betullah orang cakapkan, kalau dah rezeki, dia akan datang dalam macam-macam jenis dan macam-macam cara. Syukur sangat. ^_^

Berbalik pasal parcel yang aku terima tu, betul-betul terkejut. Called hubby, tanya ada pos apa-apa barang ke tapi hubby cakap tak ada. Pelik nih. Takkan posmen silap hantar lak sedangkan kat kotak tu ada nama aku. Takkan si pengirimnya silap bagi pulakkan. So, belasah je bukak kotak tu. Sekali bukak, terkejut dapat EBM stuff. Wahhhhhh... terlopong. *_*


Autumnz stuff


Barang tu dihantar terus dari ATZ care which is Autumnz punya company kot. Dahlah dalam kotak tu tak ada any card atau surat. Terkejut and pelik sangat-sangat. Fikir punya fikir, last-last aku teringat kat seorang silent reader blog ni yang selalu contact aku melalui e-mail dan gelarkan diri dia akak je dan dia panggil aku lak adik je memanjang. 

So, nak dapatkan kepastian, aku bukak semula email, dan memang benar, akak silent reader yang bagi. Terharu sangat. Terima kasih banyak-banyak kak.

Kisahnya, aku start sembang dengan akak ni melalui email sejak aku up entry MAIN KIRA-KIRA : KIRA WAKTU SUBUR WANITA. Akak ni email and say thanks sebab share info kira-kira ni. Dia cakap dia silent reader dah lama sangat, zaman aku anak dara lagi sampailah aku pregnant. Dia cakap dia tumpang gembira bila aku up 1 entry tak silap aku wordless wednesday punya yang aku letak pregnancy test and secara tak langsung secara officialnya aku bagitau semua pembaca blog ni which is aku dah pregnant. Dia tumpang gembira tapi dalam masa yang sama, dia sedih sangat sebab dah 5 tahun kahwin tapi still tak dapat baby. Dahlah dia pun LDR  (long distance relationship) macam aku gak. So, aku faham perasaan dia.

So, bermula dari situlah kami selalu contact each others melalui email. Dia siap cakap lagi, dia suka baca blog aku sebab santai je, lagipun kisah dia and aku lebih kurang kot tang LDR tu, so dia faham situasi aku, aku pun faham situasi dia.

Nak dijadikan cerita lagi, sebelum Naurah lahir tu, dia cakap nak bagi hadiah kat Naurah tapi tak tau nak beli apa, then dia tanya aku nak apa. Tapi tak adalah aku cakap nak apa-apa, lagi-lagi aku tak kenal dia. Just sembang dalam alam maya je. Nama pun tak tau, dia duk mana, keje apa, macam mana rupa punnnnnn aku tak tau. So, aku just cakap thanks and tak payah susah-susah, dia bagi semangat kat aku pun dah cukup besar maknanya dan tu hadiah yang tidak terhingga buat Naurah sebab mommy Naurah kuat semangat masa preggy walaupun tanpa suami di sisi. Semangat yang dia berikan tu pun dah cukup memadai. Aku rasa macam ada jugak kawan alam maya yang aku tak kenal tapi boleh share apa-apa saja dengan aku. Rasa ada kejujuran dan keselesaan berborak dengan akak ni.

Tapi masa aku dah cuti bersalin tu, seminggu sebelum due date, sekali lagi dia tanya aku nak hadiah apa. Aku macam biasa menolak dengan baik. Satu sebab tak kenal dan satu lagi takut aku nak bagi address kat sebarangan orang. Melainkan aku tau rupa dia and so on oklah.

Tapi akak ni, tetap pujuk aku and cakap anggap je hadiah dia bagi ni sebagai sedekah untuk Naurah dan dia mintak aku doakan supaya dia dapat rezeki yang sama macam aku iaitu anak. Serba salah aku, beriya-iya dia mintak. Aku tanya hubby, mula-mula hubby tak kasi terima and sesuka hati bagi address kami. Aku dah tak tau nak balas macam mana, so aku diamkan diri dulu. Dalam duk diam diri tu tiba-tiba terberanak dah. hehe

Then, after deliver Naurah, ada a few entry aku publish cakap saudara mara, kawan-kawan bagi hadiah kat Naurah, rezeki Naurah murah bla bla bla bla.... sekali lagi akak tu email mintak address aku, dia nak kasi hadiah kat Naurah. Yang aku terasa hati dan sayu sangat tu dia cakap "walaupun akak kenal awak melalui blog awak je tapi bukan ke akak ni saudara awak jugak, saudara sesama Islam. Bukan ke akak ni kawan awak walaupun kita hanya sembang dan berkongsi pendapat melalui email je? Akak ikhlas nak bagi hadiah kat Naurah ni, bukan ke awak cakap Naurah tu cahaya? Walaupun akak takde rezeki lagi tapi "cahaya" milik awak ni dah terangi hidup akak. Sejuk hati akak tengok gambar Naurah. Akak tumpang gembira awak dah jumpa "cahaya" terangi hidup awak walaupun masih duk jauh dari suami. Doakan akak ye, dapat "cahaya" macam awak jugak."


Apa korang rasa bila dapat email macam tu. Sedih tau aku baca. Aku dapat rasa keikhlasan hati akak ni. So, aku mintak izin hubby nak bagi address kat akak tu tapi hubby suruh kasi address lain, bukan address rumah aku. hehehe Paranoid sungguh suami aku ni. hehe SO, dengan izin hubby, aku kasi address jiran aku. hahaha kesian jiran aku. Last-last posmen datang rumah dia, dia tunjuk jalan kat posmen, mana satu rumah aku. hikhik


Antara barang yang akak tu bagi ialah :

cooler bag Autumnz


2-in-1. I love this bag!

Banyaknya bottle. Terima kasih kak.

Siap kasi ice pack lagi.


Rezeki Naurah.


Hari yang sama aku dapat barang ni, aku terus email akak ni tanya betul ke dia ada pos something untuk Naurah, then she reply YES and tanya aku suka tak EBM stuff dia bagi tu. OPCOZ LA AKU SUKA!

Lagipun memang aku tak beli pun lagi cooler bag and ice pack tu. Breastmilk bottle tu aku dah ada dah tapi tak banyak dalam 4 botol je, saje test EBM kat rumah. Memang ikut perancangannya aku nak beli all this thing memandangkan dah nak masuk opis next week. So, this weekend ikutkan hubby nak pi beli all this thing kat lunatots Putrajaya, aku dah survey benda aku nak. Tapi since parcel akak ni sampai dulu, so, aku bagitau hubby syukur sangat dengan rezeki Naurah ni, aku cancel je cooler bag yang aku nak beli tu. Lagipun cooler bag akak ni bagi lagi cun dari yang aku mintak hubby beli tu. hikhik Terima kasih sangat kak.

Bila aku cakap kat akak tu, aku suka sangat and very suprised that she give me this thing, terus dia cakap tak rugi dia beli. Sebabnya dia baca blog aku, aku ada cakap pakaian Naurah dah banyak dapat, bottle susu pun aku dah beli banyak, then dia nak belikan mainan, Naurah kecik lagi, lambat lagi nak pakai. Then dia terfikir nak beli stroller, tapi takut aku dah beli. Then dia cakap, dia kasi EBM stuff tu sebab kalau diberi peluang dia pun nak merasa pengalaman BF baby and bagi exclusive BM kat anak sendiri. Dia kasi kat aku supaya aku bersemangat kasi fully BM kat Naurah walaupun dah keje. Cuma breastpump dia tak bagi sebab aku pernah cakap aku lebih suka pump breast guna tangan.

Aku dah tak tau nak cakap apa lagi. Serius terkejut and terharu sangat. Ada gak orang yang sudi baca and enjoy dengan life aku yang aku share kat sini. Padahal aku tulis suka-suka je and merepek je, nanti aku boring-boring, aku akan ulang balik apa aku tulis kat sini. hehe Malu dan segan pulak, penulisan aku ni macam buang masa je orang nak baca. Bukan ada tips-tips pun macam blog orang lain, hanya kisah hidup aku yang biasa je. Blog pun suam-suam kuku je. Kalo rasa nak share, rajinlah aku menaip. Kalau malas, aku diam je. Dahlah penulisan tak berkualiti sangat. Entahlah. Dah nak start merepek lah ni. hehehe

Anyway, terima kasih sangat kak. Tak tau nak cakap apa dah. Terima kasih sudi baca blog saya. Terima kasih sebab selalu ambik berat pasal Naurah. Terima kasih sebab bagi hadiah kat kami. Terima kasih segala-galanya. Saya doakan, akak dapat apa yang akak hajati. AMIN. (YOU KNOW WHO YOU ARE!)

Fikirkan dah nak masuk opis, rasa malas je. Nanti masa untuk Naurah dah terhad, dah tak boleh nak BF Naurah for 24hours dah. Tapi bila dapat EBM stuff plus cooler bag yang super chic itu, terus saya teruja nak masuk opis. Dah tak sabar nak jadi career women plus supermommy kat opis. hehehe 


Till then.
Thank you for reading this!




Love,
NUR NAURAH RAYYANI. 






TATA.





THANK YOU FOR READING THIS!

8 comments:

  1. Murah rezeki naurah.baiknya akak tu.tp kalo sy pun..sy mmg paranoid nak bagi org address ke..akaun fb ke..nak bg emel pun fikir bkali2 sbb sy prnh tkena dgn org yg sy x knl.smoga murah rezeki akak tu.amin..

    ReplyDelete
  2. Rezeki....smoga akak semangat susukan naurah!!!.. Semoga naurah dpt susu wmp umur 2thun. Amin:)

    Good luck akak! Xmau stress2 dh...cium naurah sat utk saya hehee... Nnt besaq jdi kawan adelia ok..hehe

    ReplyDelete
  3. terharunya kita baca.. touched sangat dengan entry ni. Tak sangka orang yang kita tak kenal pun boleh jadi sebaik mcm ni dengan kita kan, dapat rasa keikhlasan dia. Murah rezeki Naurah.

    Semoga akak tu akan dikurniakan rezeki anak secepat mungkin, amin..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..rezeki naurah...
    cyiomkan naurah utk lin yerk..besar da..eii geramm.(sambil cyiom kaki faliq) haha

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. comelnya naurah ! nak buat jadik adik boleh? hehe

    ReplyDelete
  6. Comelnya baby......salam kenal dan follow (^__^)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...