Saturday, October 6, 2012

Tips jaga perut suami : SAMBAL TUMIS UDANG

Hampir setahun tak bergiat aktif di dapur. 9 months pregnant and 3 months berpantang, setahun lah ye. Bergiat aktif cari makanan kat dapur yelah, tapi nak masak tu hazabbbb. Malas sangat-sangat. hehe

So, today berkat hubby balik (teheeeee), dah lama katanya i tak masak untuk dia, teringin makan air tangan isteri, maka dirajinkan diri. Ingatttt, antara resepi kebahagiaan rumahtangga ialah JAGA PERUT SUAMI. ^_*

Tapi yang tak boleh tahannya dia request nak makan SAMBAL TUMIS UDANG special yang selalu my mum masak. Ni bukan sebarangan sambal tumis tau dan bukan jugak udang masak lemak cili api ke, rasanya lain walaupun guna santan macam masak lemak cili apii. Cara masakan dia tu lain sikit. Serius, renyeh nak buat tumis tu, take time. Tapi makannya kejap je, tak sampai 5 minit, licin. hehe

Namun, apakan daya, demi suami terchentaaa, sanggup buat jugak. So, i masak untuk u, u jaga Naurah ye. hehe


Here, RESEPI SAMBAL TUMIS UDANG.


1st of all, opcoz kena ada udang. Tapi untuk resepi ni best bila guna udang jerangau.


Aku panggil udang jerangau. Sekilo banyak sangat. Yang buat belacan tu cenonet je, yang ni besar sikit.

Udang ni kena siang dulu dengan membuang kepala yang ada duri tajam tu and ekornya yang tajam. Kalau tak buang, nanti luka, sape yang susah? hubby i jugak yang kena, siannnn dia. ngeeeeeeeee.

Siang kepala and ekor macam ni.


Then sediakan bawang merah dalam 6 ulas, bawang putih 2 ulas, sedikit kunyit, halia dan 15 biji cili kering.


make sure cili kering tu dah direndam dalam air panas sebelum dikisar untuk pastikan cili kering betul-betul lumat bila dikisar nanti. Satu lagi kebaikan rendam cili kering dengan air panas terlebih dahulu bagi menghilangkan rasa pedas atau pijar cili kering tersebut.


Kesemua bahan di atas dikisar dengan lumat.

Sorry ler, malas nak salin dalam mangkuk, terus tayang bahan dikisar dalam blender. hehe

Kemudian, masukkan setengah kilo santan ke dalam periuk dengan api yang perlahan. Pastikan santan tersebut sentiasa dikacau bagi elakkan ia meruap dan melimpah keluar.


Masak santan dalam periuk without put any water or oil.


Kacau santan sehingga pecah minyak. Kacau dengan penuh kesabaran ye, sebab memang lama sangat nak jadi macam ni.


Macam nilah rupa pecah minyak santan. LOL. Macam lah orang lain tak tau! hehe


Then baharulah masukkan kesemua bahan yang dikisar tadi.


Kacau sekali sekala je sebab bila dah masukkan kesemua bahan kisar tadi, santan tersebut dah tak meruap lagi. Then masukkan garam, sedikit gula, asam keping dan budu. I am Kelantanese, for sure sambal tumis special ini LAGI SEDAP bila taruk sedikit budu. ^_*

Ini OHSEM! Pati ikan bilis (budu). Kalau tak masukkan budu pun dah sedap tapi kalau masukkan lagiiiiiiiiiiiiiiiii SEDAP! Hak memilih di tangan anda. LOL


Then kacau sehingga naik minyak. Proses nak naik minyak pun lama sangat. Kalau berdua je dengan baby ni, memang tak bolehlah nak masak tumis ni gamaknya.



Sementara tunggu  naik minyak, meh pi intai periuk sebelah. Apalah yang mak masak tu untuk menantu dia. hehehe. 

JENG! JENG! JENG! --------> Iklan jap.

SUP TULANG AYAM! Lor.. menantu mak makan ke tulang ayam ni? Kalo tulang lembu memang dah biasa mak! ngeeeeeeee

Sedap hoi sup tulang ayam ini! Kalau sup ayam pun, for sure ramai yang cari bahagian yang ada tulang kan compare dengan isi seketul, baru best makan nasi sambil gigit-gigit tulang ayam. Tambah nasi 2 pinggan. hehe Hubby memang suka ni. Kat kampung memang ada orang jual tulang ayam. 4 ketul tulang ayam baharu rm2 kau! Maka, tak kisahlah kalo sorang makan semangkuk tulang ayam, isinya pun ciput je, tapi yang ciput and susah dapat tulah best kan? kan? ^_*

Kita tengok, hubby pilih SAMBAL TUMIS UDANG atau SUP TULANG AYAM nanti. :-p


OK> SAMBUNG RESEPI.....


Setelah beberapa minit, beginilah rupa naik minyak itu. teheeee



Ni, rupa naik minyak ye puan-puan. LOL Ye, semua orang tau k! hehe


 Dah naik minyak, masukkan udang dan cili hijau.






Kacau dalam 10 minit, dah siap pun. Udang jerangau ni tak boleh masak lama-lama, kang kulitnya jadi keras lak. Dahlah nak makan nanti dengan kulit-kulitnya sekali. Kalau nak kopek kulit, mak ai, jenuh la weh. Kecik nau udangnya!


Lihatlah doniaaaa, rupa SAMBAL TUMIS UDANG ku. Mabeless! First time hubby makan, terus tangkap chentaa sama ini udang. hehe



Siap untuk dihidang! Maaf ler, pun tak sempat nak letak dalam pinggan leklok sebelum dipertontonkan. Perut dah memanggil-manggil lepas tengok udang and bau sup tulang ayam. hehehe


OHSEM! ok. Anak menangis pun hubby boleh buat derkkkk je. hikhik *sorry yunk! i tau u rindu masakan i sebenarnya!*


Semasa kat dapur tadi, sempat sembang dengan my mum. My mum cakap mimpi apalah rajin nak masak sambal tumis udang hari ni. Maklumlah i ni terlebih manja kalau mak ada, nak makan air tangan mak je, tu yang sendiri malas masak. hehehe

"Saje je mak. Nak jaga perut suami, dah lama tak masak"

"Jaga perut suami apa macam ni kalau hari-hari makan lemak je, mau boroi perut"

"Hah, takpelah boroi darii kurus kering. Kang orang cakap tak pandai jaga laki, tak bagi laki makan lak. hahaha"

 

BETUL KAN?  hehehe 


Tapi tak adalah hari-hari masak lemak ye. Kolestrol tak baik untuk kesihatan, dahlah hubby bambam orangnya. Sayang oiii walaupun bambam. Sekali sekali je masak lemak ni. hehehe

Kesimpulannya, hubby makan bertambah dengan lauk sambal tumis udang tapi tetap habis semangkuk sup tulang ayam. Dua2 dia takleh lepas. Dah suka sangat! hehe

Last but not least,

Gigih jaga Naurah tadi sambil menonton tv.

 Kejap je la.


Dah siap sambal tumis udang, dua-dua kesayangan hamba tidur. ngeeee



 HEHEHE.




Till then.
TATA.




THANK YOU FOR READING THIS!

5 comments:

  1. wah nk tryla nt msak gna resepi ra ni..klau sy msak stail lain plop, xpe nk try ltak budu nt...ra nk tnya yg cr siang udang tu, yg kuning kt atas kepala udang tu najis udang ke ape erk...sbb stiap kali sy siang udang msri sy buang da whole cover kepala tu hahaha ke tu otak dia:-)

    ReplyDelete
  2. wahhhh ni mmg lain drp yg lain...blh try ni...i suka try benda2 baru...hehe

    ReplyDelete
  3. sambal udang tu mcm sedakkk jek!
    must try! hehe

    ReplyDelete
  4. ok le tunjuk gambar santan pecah minyak sbb i tatau rupa dia so bila dh ada gambar baru tau, tak semua org tau rupaparas santan pecah minyak ye! Thnks for sharing.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...