Wednesday, October 31, 2012

Raya Aidiladha 1433H



Dah 5 hari sambut Raya Korban, baru nak bercerita. Tak sempat. Ni pun tak sempat nak cerita semua.


Biar gambar ceritakan segalanya with a little bit caption. ^_*



Malam hari Rabu, sibuk bungkus tapai. Sampai jari terluka kena pisau. Wajib buat setiap kali raya. Tapi ioll tak makan, tolong buatkan jeww.


Dah siap bungkus. Tapi tak boleh makan lagi. Kena peram, 2 hari 2 malam, baru manis yang amat. Tapi ioll tak terliur pun. entah kenapa. darling hubby suka bangat ini tapai! ^_^


Ioll tak pandai nak anyam ketupat daun palas. Tolong tengok je. Nenek yang buat. Kuat lagi nenek kerah kudratnya buat 100 biji ketupat. Sayang nenek!

3 of us! This raya Naurah dah besar sikit, dah boleh bergambar, tak ada dah nak tidur sangat lepas sembahyang raya. But, still bad mood kalau bergambar banyak-banyak. Tu yang dia boo layan kami, asyik pandang ke tanah je. hehe

Daddy's girl. Sampai hati hubby belikan baju merah untuk Naurah je. Ibu pakai baju 2 tahun lepas. T_T Sebenarnya Ibu dah beli kain merah tapi tok ma tak sempat nak jahit. hehe


Iolls perasan kan, bila je orang lain ambik gambar iolls bersama-sama Naurah, mesti Naurah susah nak senyum. Cer iolls tukang ambik gambarnya, cepat je senyum meleret. So, ada 2 kesimpulan. PERTAMA : Naurah suka tengok iolls. KEDUA : Iolls sangat bagus untuk jadi kiddo photographer. kuikuikui

Iolls cuba hiasa kepala Naurah dengan headband tu tapi tak sampai 5 minit dia mengamuk. Tak suka benar agaknya. "sila tanggalkan 3 ketul stroberi atas kepala saya!" Agaknya tu yang Naurah nak bagitau.

Darling hubby tengah uruskan bayaran untuk akikah Naurah.

Hubby tolong tumbangkan lembu. This time also got lembu hitam.

This is second time hubby melapah daging lembu. Kali ni, dia macam berlagak sikit lah. Dah faham dia orang sembang. Hahaha

Menu akikah : Sup tulang and daging goreng. Lepas habis majlis, masih ada saki baki seketul tulang lembu. Iolls belasah makan sup gear box ni. Kalau tak buat akikah pun, still jadi menu wajib tiap kali korba. Sup tulang my mum punya style, mablessssssssssss!


Dulu rajin nak bercerita panjang pasal raya. Sekarang, nak bernafas pun tak cukup.



Kisah dulu.





Kbye!





THANK YOU FOR READING THIS!

14 comments:

  1. Sedapnya sup gear box !!!!! Tapai pun I suka hihi

    ReplyDelete
  2. bestnya sup tulang kat bawah tu, sedut dgn straw lg best....slurrpppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah, btl2. sedut guna straw, best gla. hikhik

      Delete
  3. bapak aku cukup suker sup gear box... sampai ketuk2 atas meja, sampai korek ngan ujung sudu nak dalat lendir dalam tu...

    tapi aku tak suker langsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah, bese golongan warga emas ni suka gla mkn gear box. Eh, yg muda pun leh thn jgak. hehe

      Delete
  4. Comel Naurah. Nmpk gaya mcm muka daddy die je yg lebih? Heee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ramai kata gitewww, muka daddy. ^_^

      Delete
  5. Kannn..best sup tulang tu...nieza baru balik dr rumah mak..makan sup tulang..siap tapaw skali..masakan mak ttap marvelous!♥♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Walau kita try their own recipe. tetap rasa lain kalo air tgn mak. ^_^

      Delete
  6. sampai sekarang ni xsuke mkn tapai....hehhehehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...