Thursday, October 18, 2012

Chaotic!!!

Lately kan, Naurah punya peel lain macam sikit. Manja sakan. Asal sikit nak gaduh dengan miss b. Aku kan balik kerja punyalah nak cepat takut dia lapar, tapi bila bagi je miss b dia palingkan muka ke tempat lain. Kalau dipaksa jugak mulalah buat muka kememe dia, nak nangis, pastu tangan siap tolak-tolak miss b lagi. Bila ngadu kat ayah dia, tau cakap ape?

"sayang pegilah mandi dulu, bau busuk kot, tu dia taknak tu. hehehe"

hamboiiiiii. Kerja dalam air-cond je kot, melampau sampai bau busuk. Berpeluh pun tak! Bukan macam u, biey, travel sana sini. huh!

Sentap k! Bukan sentap dengan hubby yang suka mengusik tapi dengan Naurah. hehe Tapi tak sampai hati nak marah tau. Bagi redakan keadaan aku pergi lah solat Asar dulu, then main-main dengan dia. Dah tu main kejap, mulalah tengok dia duk hisap tangan sendiri siap dengan bunyi macam enak sangatlah tangan tu.Again, aku suakan miss b kat mulut dia. Nangisssssssssss.

Bila dia menangis tu macam kesian sangat. Aku tau dia lapar tu tapi saje nak merajuk dengan mak dia. Then my mum pun panaskan EBM isi dalam botol, dia tak nak jugak. Saje lah tu tunjuk protes kat mak dia. Mak aku cakap tadi sebelum aku balik, elok je minum EBM.
 
Pening mak noks! Mak aku cakap ni kes kecik hatilah ni, malam boleh bagi fresh, siang hari bagi yang frozen. kehkeh 

Dah puas memujuk, dah puas dia nangis, agaknya dahaga sangat baru dia nak nenen miss b. Tapi nak tunggu dia minum tu tak sanggup sangat tengok dia menangis.

Lagi best, last week dah keje, then weekend cuti 2 hari, seronoklah dia dapat fully nenen miss b for 2 days. Then isnin kerja semula. Called my mum tanya Naurah buat apa, dengar-dengar dia menangis. My mum cakap dia tak nak minum EBM guna botol. Haish~ agaknya dia konfius kot, dah 2 hari dapat miss b, tetiba hari ni kena guna bottle semula. 

Dah makin cerdik dia. Dah dapat beza dah yang mana asli, yang mana tiruan. (LOL). Macam mana la kalau kena g kursus for 2,3 days mau dia lupa terus nak bf. Sedihnya.

Naurah, Naurah. Janganlah macam ni. Ibu kerja untuk awak tau sayang. Siang-siang awak kena minum susu ibu tinggalkan dengan menggunakan botol. Malam-malam baru boleh bergayut kat miss b, ok? 

Susah hati fikirkan dia. Dah tu kalau susah hati miss b pun slow je nak produce milk. Hari ni baru 10oz dapat. Macam merudum sikit. Dengan aku rasa mood sangat down memikirkan masalah rumah lagi.

Rumah sewa je kot, pening fikir macam rumah sendiri. Err, memanglah kan, rumah sewalah yang selalu pening kepala. kalau rumah sendiri tak adalah jadi macam ni. Tak adalah jumpa dengan tuan rumah yang kes**lan macam ni!! Geram aku! 

So, sebelum tahun 2012 melabuhkan tirai (wah, kemain ayat!) misi kali ni HUNTER A HOUSE! Beli rumah sendiri, yang penting booked dulu, walaupun pemaju tengah bina. Janji boleh duduk tahun depan. Dah tak payah nak jadi nomad kalau tuan rumah buat hal. Daripada bayar bulan-bulan kat tuan rumah, baik bayar kat bank, loan rumah sendiri. Bayar lebih sikit pun apa ada hal, janji rumah sendiri. Kan? Ohohohoho GERAMMMMMMMMMMMMMM!!!!

Tapi yang paling geram sekarang ialah nyamuk. Habis digigitnya Naurah. T_T

Anak Ibu yang comel and cool je walau nyamuk duk atas lengan. Tak rasa gatal ke sayang? T_T





Till then.
^_^ legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. 
Masalah kecik je. Ada lagi masalah besar yang ditanggung sebelum ni, kan?  
will story bila dah bersedia.





TATA.







THANK YOU FOR READING THIS!

11 comments:

  1. same goes to my baby, pandai merajuk. Kelakarkan tgk gelagat diorg time kita nak bagi direct dia palingkan muka. Eksenn..terhibur tgk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe memang pun. Terhibur sgt tp bila dia dah nangis mcm kesian pulak.

      Delete
  2. Itulah baby skrang makin bijak, nak yang cap gantung ibunya jugak walaupun bottle susu tu bukan calang2 brand hehe. Dia belum tau schedule keje ibu dia lagi tu.

    Rugi sewa umah orang lama2... zura pun sentiasa berharap cepat2 dapat rezeki beli umah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulah zura, better cari rumah sendiri. Sama2 berdoa ye semoga dilimpahi rezeki yg halal, leh beli rumah nanti. ^_^

      Delete
  3. erm...sama kes ngan faliq...
    tapie faliq plak...sukaaaaa sgt tidooo...
    bila dia haus dia nangis mintak susu...bila dah bagi,.mamai..pastue tetiber nangis..beria2 takmo..
    dulu masa kecik kalo takmo..pandai cabut sendirie..
    bila dah besar..lain plak..menangis jadi hobiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baby nak beralih bulan, macam ragam. sabar jelah. hehe

      Delete
  4. sian kalo tgk bby kne gigit nyamuk. lambat je nak ilang merah2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah. kesian sangat tp alhamdulillah sy jumpa krim untuk hlgkan merah2 tu dgn cepat.

      Delete
  5. Hehe dah pandai ye Naurah memilih susu ni.. Ee kesian betul tengok merah merah habis tangan dia T_T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...