Tuesday, October 30, 2012

Antara sebab lain..

Sekarang musim hujan kan? Nasib baik raya hari tu cuaca elok je. Tapi kalau hujan lebat, banjir sekali pun sanggup aku balik kampung terchenta itu selagi ada laluan balik kampung tak ditenggelam dek banjir.

Ye, memang sebab kampung is the best place in the world. Tambahan pula bila Raya Aidiladha, lagiiiiiiiiiii lah syok sambut raya kat kampung. Meriah sangat-sangat. Bukan Raya Aidilfitri tak meriah tapi aura raya korban ni lain macam sikit. Perut pun meriah jugak, berpesta dengan segala macam bahagian lembu. Ada daging, hati, perut, ekor, lidah, kaki, lemak, limpa bla bla bla semuanya. Syok sesangat. Kira pesta perutlah kalau balik time raya haji. LOL

Satu lagi yang menambahkan kemeriahan pesta perut raya haji baru-baru ini ialah PUTU HALBA. Tell you, PUTU HALBA IS SUCH AMAZING FOOD in Kelantan!



Putu halba ni hanya ada musim hujan je tau atau lebih tepat lagi kalau musim tengkujuh, akhir tahun ni. Sebabnya main ingredient untuk buat putu halba adalah ubi kayu. As you know, kalau dah musim hujan, ubi kayu mana boleh bertahan lama, kan buruk ubi tu ditenggelami air dalam tanah. So, dari elak ubi kayu useless, maka mereka inovasi kan menjadi putu halba. Ting, hebat kan! hahaha

I tak taulah if tempat lain ada ke tak this type of putu halba sebab i belum pernah jumpa lagi. Kalau putu piring, putu buluh tu dah biasa sangat. Mana-mana ada. Rasanya pun tepung beras je.

Tapi this putu halba rasa ubi kayu and rempah halba. Delicious and mabeles k!



Elok je sampai kampung petang rabu tu, tak reti penat, terus keluar pusing pekan cari putu halba. Esok paginya bekpes lagi dengan putu halba, petang tu cari lagi. Hari Jumaat je time raya, peniaga tak meniaga. Hari Sabtu tu cari lagi. Then makcik suruh tempah untuk dia balik KL esok harinya. So, aku pun tempah sama. 50 hengget! Bahagian aku rm20 and makcik rm30. Hambik kau, hadaplah puas-puas 60 keping! hehe

Sebenarnya saje tapau bawak balik Pahang, kot-kot homesick nanti, mengidam putu halba, mana mau cari. Baik tapau awal-awal. Tapi semalam bangun lambat, tak sempat nak kukuskan semula and parut kelapa muda. So, hari ni gigih bangun awal pagi, kukuskan semula putu halba, kasi lembut sikit and parut kelapa muda. 

Heavennya bekpes secawan nescafe and 6 keping putu halba. Mabeles!




Ingat aku sorang je yang over mentedarah putu halba ni, rupanya ramai gila yang booked putu halba untuk bawak balik KL, johor, perak bla bla. Nasib baik aku booked and bagi bekas awal-awal hari Sabtu tu. Masa collect pukul 8 pagi, hari Ahad, ada kakak yang nak balik Penang sempat beli rm7 je sebab dah tak cukup. Dia mintak bahagian aku, tapi tak boleh la kak. RM30 tu untuk makcik and kawan-kawan dia. RM20 pulak untuk aku and darling hubby bawak balik KL. Next year ye kak booked awal-awal. kehkeh


And, one more thing kan, tadi bawak putu halba datang opis, kasilah opismate rasa and one of my opismate cakap after makan putu halba, ebm dia bertambah. And, dia memang cakap halba was good to increase milk. I see, tak tau pun selama ni. Baru tau dari dia pagi tadi. Kalau tau, awal-awal beli putu halba 50 hengget. Hahaha Over! 

Tapi siyes, kalau beli banyak pun boleh lah untuk makan beberapa hati, tak cepat rosak selagi simpan dalam peti ais.  putu halba tu kakak tu buat pagi ahad, then today hari selasa still elok lagi, cuma kena kukuskan semula kasi lembut. kan aku sumbat dalam peti ais, keraslah jadinya. Owh, tiba-tiba terliur putu halba, tiba-tiba keenakan putu halba apabila dikunyah-kunyah. Tapi, dah habis punnn. 

Next year, kita jumpa lagi putu halba. ^_^

Oleh kerana pagi tadi bangun awal untuk sediakan putu halba, maka baju tak sempat nak iron. Kalut dah cari baju nak match dengan tudung. Sekali my mum godek-godek dalam almari (nampak nau rumah bersepah. hehe well, belum dikemas sepenuhnya masa pindah hari tu!) terjumpa baju 2 tahun lepas. Baju ni tak payah iron. So, aku pun semangat nak cuba tadi. Sekali, muat! and bila pakai mengancam dari zaman anak dara. sebabnya bahagian miss b tu sangatlah ketat, bahagian pinggan longgar pulak. maka, hari ni terpaksa pump milk dalam surau, tak dapat nak selak baju kat workplace. 

Kesimpulannya, saya rasa lagi hot dari zaman anak dara. WAKAKAKAKA

My mum lagi best, tengok aku ulang alik kemas beg kerja, beg ebm, plastik putu lagi, cakap cenggini....

"cantiknya ibu hari ni. tak nak bergambar dengan kita ke ibu?" sambil pangku Naurah (konon Naurah yang cakap).

Dah tu, ibunya memang camwhore, capai kamera dalam handbag, kasi kat my mum, terus pergi kerja. Sampai kat opis nak tengok gambar, sekali tengok macam ni rupa gambar tu.









Terima kasih mak, susah payah ambik gambar tadi. T_T

Gegar seribu. hikhik 
Tapi kami rasa kami tetap comel and mak sweet sangat-sangat. hehehe




Kbye.





 

THANK YOU FOR READING THIS!

13 comments:

  1. Haha.klakar part amik gambar tu.x prnah lak makan putu halba ni..

    ReplyDelete
  2. Saya pun suka putu!... tapi tak pernah la makan yang halba punya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. If rina ada kwn from kelantan, patut kirim kat dia orang. sedap sgt! ^_^

      Delete
  3. Sedap nya putu ni. Tahan yea walaupun dah masak lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, memang thn lama. Just kukuskan semula je.

      Delete
  4. hahahaha... bab gambor tu tetiba tergelak gegor2 perut... sian plak gegor.. hahahahhahahahahahha... thn dpn nk order putu halba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe blh je. kadang2 musim hjn awal thn nk sambut raya cina pun ada. if ada ioll belikan ye.

      Delete
  5. membangkitkan kemarahan btul la..!!hahahah...sedapnyer!

    ReplyDelete
  6. My old time fav!!♥♥

    Dah lame tak makan ni..haiyaaarkk nak cari kat mane nih..nak buat tak reti..

    ReplyDelete
  7. putu halba ni nmpk sedap je...mcm putu piring kn?

    hehe..suke gambo last tu !! nice

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...