Friday, September 21, 2012

Q&A : Pregnant stuff

Agak free malam ni. Naurah dah tidur dan di bawah pengawasan ayahnya. Dah selesai dinner tadi. Other family members tengah layan cerita Waris, episod akhir kata mereka. So, kesempatan yang i ada ni, i just blogwalking je, dah lama tak jalan aktiviti ni. Tapi bila internet slow sangat-sangat, nak tunggu 1 website loading, jadi mengantuk pulak.

Then teringat sejak beberapa bulan yang lepas, i dah jarang nak reply komen atau pertanyaan kat comment box in each entry. Bukan malas tapi tak ada masa. Walaupun komen yang diberikan just say hello! i rasa perlu balas semua tu sebagai tanda terima kasih sebab ada jugak orang sanggup layan blog i ni dan tinggalkan komen. Apatah lagi ada yang bertanya soalan kat entry yang i tulis, lagilah terharu. Like diaorang nak tahu lagi detail dengan apa yang i kongsikan dalam blog ni. Thanks a lot. 

Soooooo, waktu yang teramat free ni, i nak  for this entry, i rasa nak menjawab 1 soalan yang dah lama sangat diajukan tapi as i said, i tak berkesempatan nak jawab. Sorry sangat-sangat. Plus i rasa segan pulak nak jawab soalan, sebab ilmu di dada ni masih kurang, i tulis dalam blog pun apa yang i rasa dan alami sendiri. 

The question came from Angah Chan. First of all, thanks a lot sudi baca blog i and leave a comment. I try my best to answer the question, hope membantu. ^_^


Sorry, the question not so clear. Maaf, saya yang kurang mahir nak copy this!

The question :

 Hi hana, congrats coz u mom to be. I just nak tanya u a few question. U berapa lama kahwin and then preggy? macam mana u mula-mula boleh detect yang u preggy? Mesti bestkan. Apa early simpton yang u dapat before u memang sah preggy? I kahwin 2 bulan tapi tak ada tanda-tanda lagi. Maybe cooming soon. Walaupun still awal lagi tapi i macam dah berharap sangat dah. Especially bila tengok orang lain preggy. Sorry ek sebab tanya u macam u kaunselor ibu mengandung. hehehehe anyway, hope everything goes well =)



Again, thank you Angah. Sorry lambat bagi respon. Now i dah jadi mommy. ^_^ I try my best share pengalaman i semasa jadi M2B. Actually i dah kahwin selama 7 bulan semasa you tanya i this question. Masa tu i am 40 weeks M2B and i pregnant after 1 bulan lebih kahwin. Mula-mula i dapat tahu i pregnant lepas i buat pregnancy test kat rumah. Tu pun sebab hubby paksa buat after my period lewat 2 weeks. Then untuk dapatkan double confirmation, i pergi klinik untuk scan and doktor sahkan that time i memang pregnant. Perasaan? Gembira and takut. ^_^

While my early simpton (masa belum tau dah pregnant) pulak, i kerap demam. Masa tu tak silap i, i bercuti kat rumah mertua, then tiba-tiba je badan tak sihat. Rasa demam, kepala pening yang amat, selsema. All that simpton datang dengan tiba-tiba, padahal mula-mula tu sihat je. Selain tu i rasa my Miss B sakit berdenyut-denyut, ingatkan nak period but then lain pulak citenya. Then seminggu sebelum i make pregnancy test, waktu tu i dah masuk opis selepas demam yang berpanjangan, i rasa badan lemah sangat. Asal balik dari kerja je, rasa nak baring. Malam-malam je badan rasa sejuk panas. Maybe lain orang lain simptonnya. 

Actually, i pun tak sangka akan pregnant seawal ni, plus this 1st year anniversary dah ada baby. Kami tak merancang pun nak baby cepat or lewat. Cuma pernah terdetik dalam hati i before married, kalau boleh nak kahwin setahun dulu baru nak ada baby but then Allah S.W.T bagi kami rezeki awal. So, i terima dengan hati terbuka.

I know all girl yang berkahwin memang nak dapatkan zuriat. Cuma cepat, lambat, senang atau mudah je menjadi persoalan. Semuanya bergantung kepada usaha dan ketentuan dari Allah S.W.T.  Ada yang dah bertahun kahwin tapi still tak dapat anak lagi. Mungkin bukan waktunya lagi tuhan nak bagi rezeki tersebut. I percaya ada hikmah di sebalik semua tu.

Like my cousin, almost 10 years kahwin tapi tak dikurniakan anak. Tapi tahun lepas dia datang beraya ke rumah dengan membawa seorang baby. Terkejut kami sebab dah lama sangat dia tak balik kampung. Rupa-rupanya baby tu anak kandung mereka. Without buat sebarang prosedur perubatan moden  yang memakan belanja yang besar, just berusaha (mengekalkan hubungan mesra dengan suami) dan bertawakal kepada Allah S.W.T. mereka telah dikurniakan anak. Apa yang dapat i simpulkan, sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. I percaya, kenapa tuhan baru bagi anak kat cousin i after 10 years dia kahwin? sebabnya 10 tahun dahulu hidupnya susah. Mereka hanya bekerja sebagai operator kilang. Hidup di KL sangat mencabar sekali dengan gaji yang tak seberapa itu. If ditakdirkan mereka mempunyai anak masa tu, mampukan mereka menjaga ana tersebut dengan keadaan yang sempurna dan baik? Sedangkan diri mereka sendiri terumbang ambing di kota tersebut. Pelbagai masalah yang dihadapi sehingga hampir-hampir mereka berpisah. Tapi berkat kesabaran dan kesungguhan mereka, lama kelamaan mereka dapat hidup senang lenang selepas menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Dan, selepas beberapa tahun mereka menjalankan perniagaan, ada simpanan peribadi, barulah tuhan bagi mereka rezeki yang tidak terhingga iaitu anak, zuriat mereka. See, aturan Allah S.W.T. itu Maha Hebat! Kini, anak itu hadir tepat pada waktunya, hidup dalam kesenangan dan sihat walafiat. Bayangkan kalau mereka dikurniakan anak pada 10 tahun yang lepas, bagaimana keadaan anak itu? Terjagakah anak itu? Apakah dia tetap hidup bersama ayah dan ibnya selepas ayah dan ibunya sendiri mempunyai seribu macam masalah untuk diselesaikan. Adakah ayah dan ibunya mampu menguruskannya dengan baik? 

Percayalah, setiap yang diatur ada hikmahnya. Lagipun you baru kahwin  tak sampai setahun, masih terlalu awal. Apa yang i boleh katakan, teruskan berusaha dan berdoalah kepada Allah S.W.T. Apa yang i boleh bantu, i pernah share one entry untuk kira hari subur wanita. Maybe it's can help you. CLIK HERE.


Harap i dah menjawab persoalan you. I tak pandai sangat nak bagi pendapat ni. Just share apa yang i tau dan terfikir. And, my biggest hope is, harap impian u dah tercapai. (since i lambat sangat respon your question, maybe you dah preggy pun. AMIN).


Till then for now. 
Now, Naurah need me, she start make sound, maybe nak nenen or kena check diapers dia. ^_^

Little angel.


TATA.





Meow~meow~:
Actually, i have a few question lagi yang belum dijawab. Ada yang bertanya through e-mail and ada jugak melalui formspring. Rasa macam best pulak ada sesi Q&A like this. hehe 
I memang suka if dapat bagi nasihat and menjadi pendengar kepada sebarang permasalahan. Selama ni pun ramai je kawan-kawan yang share their masalah dengan i and wanna get my respon on it. I pun tak pasti why they choose me to share their problems tapi apa yang pasti (Insya Allah) i will keep their problem just for myself and try my best untuk legakan kawan-kawan i dengan memberi sedikit nasihat yang sometimes quite santai dan bernas (my friend told me!).





THANK YOU FOR READING THIS!

5 comments:

  1. Luv ur writing..mmg betul ape yg u ckp.. usaha kan..bile time allah nk bg die akan bagi :-)

    ReplyDelete
  2. i baru thegeh2 nk ucap tahniah hehehhehee...

    btw anak mmg kurniaan tak terhingga..:)

    ReplyDelete
  3. Hana thx for the tips!
    n ika pn ade gak ase xsdap bdn semua ni.tp simptom bese kot.simptom adapting my new life.hehehe
    anyways love to see u n ur happy baby!pelok ciom dia for me ok?hehe.

    ReplyDelete
  4. OK nak tanya, nak tanya ! Hehe eh sebenarnya I nak request.. ke u dah pernah buat ek.. I nak tny pasal mommy & baby preparation before delivery tu.. Tengah buat list nk beli barang apa sebenarnya ni :)

    ReplyDelete
  5. Saya suka blog nie ... info terkini... thanks .. teruskan berkarya.
    . semoga lebih ramai yang mendapat manfaat dari penulisan
    awak.

    my webpage Jawatan Kosong

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...