Friday, September 21, 2012

My thought : Baby and Mommy Preparation

Eh, tetiba rajin pulak! Maklumlah ayah Naurah ada ni, terambil kesempatan sikit,ngular depan lappy lama-lama sementara Naurah dijaga ayah. Kasi can lah kat diaorang anak beranak nak bermanja, bukan tiap hari boleh jumpa. Nak kasi can ayah bermanja dengan ibu tak boleh lagi, pantang 100 hari lah katakan. Eh! HARHARHAR

Hari ni kat rumah sunyi je, mak, makcik, anak-anak makcik semuanya pergi rumah jiran. Katanya ada kenduri, sembelih kambing 2 ekor, mak sibuklah tu tolong masak. Malam kang ada aktiviti bbq pulak khabarnya. Wah, kenduri besar. Kita tumpang sekaki, isi perut kasi kenyang. hakhak

While Naurah sedap tidur boleh la ibu lepaking lama-lama. Naurah terjaga, tolong dodoikan lagi ye ayah Naurah. Yabedabeduuuuu!!

Sooooo, di waktu lapang yang sangat bermakna ini, meh la nak menjawab pulak pertanyaan yang diajukan oleh Izzatul Azma lak. Thank you yang mintak pendapat i. Ingatkan nak share question yang i dapat from formspring (pun dah lama bertanya. hehe Sorry!) tapi memandang this question came from M2B, kang dilambatkan jawapan, takut terberanak pulak, dah no point nak menjawab soalan yang diajukan.




Her question:

Ok nak tanya, nak tanya! Hehe eh sebenarnya i nak request.. ke u dah pernah buat ek.. I nak tanya pasal mommy & baby preparation before delivery tu. Tengah buat list nak beli barang apa sebenarnya ni :-)


My thought:

 Actually dear, if you nak tau list apa yang diperlukan, i pernah buat list and up 1 entry for that. CLIK HERE. Simple anwers from me, kan? dah settle your question. LOL.

Hehehe Saje sakat M2B. Dah alang-alang up this entry, i nak kongsi pengalaman i in prepare barang-barang baby and me semasa jadi M2B dulu. AS you feel, jadi M2B ni seronok sangat. Lagi-lagi bila nak shopping barang baby, memang excited. If hubby cakap esok nak g shopping baby stuff, rasanya lepas subuh je nak terpacak depan shopping complex. Pantang dengar ada je baby expo, mulalah kepala ligat fikir nak beli macam-macam. Kan? kan? Memang excited sangat-sangat. Bila dah excited macam tulah, kadang-kadang kita over shopping and bajet. Kadang-kadang bila difikir balik sampai melampau-lampau beli barang baby. Ni kira lesson learn yang i nak share, bukan sahaja untuk u maybe untuk i jugak for 2nd baby nanti. EH! hahaha

Secara random je ni, yang i ingat.

1) BABY OUTFIT

Just beli 5-10 helai baju newborn and the rest baju 6-12 month dalam 10 helai je is enough sebenarnya. In my case, i terbeli (eh, ayah Naurah) yang begitu excited dari i, sakan beli baju untuk Naurah. Sekali shopping, tak sah kalau tak rembat 5 6 pasang baju. Dah tu kalau nak tunggu baby keluar sampai 9 bulan, bayangkan berapa banyak baju Naurah yang ayah dia terbeli? Dahlah dia beli yang cenonet, comel-comel belaka. Ingat anak dia yang bakal lahir kecik comel kot. Sekali dah lahir beratnya 3.45kg. Badan agak semangat. Dah tu dibelinya baju jenis dress yang bawak nak pi jalan. Tak teragak. Tak kan nak pakai kat rumah kan? Then nak tunggu habis pantang baru nak bawak Naurah pi jalan, tengok-tengok bila pakai baju newborn tu dah jadi macam balut nangka lak. Sendat je kat badan Naurah. Sekarang Naurah tak sampai 2 bulan lagi, berat 4.7kg, dah pakai baju saiz 6-12 month dah. 

Then, kenapa i cakap just beli sikit-sikit je? sebabnya, nanti baby u akan dapat present tak kiralah daripada family ke, saudara mara ke and friends also. Rata-rata akan bagi baju. Like Naurah, rasanya baju yang dia dapat masa nak raya hari tu from SIL and BIL cukup sebulan nak raya. Melampau banyak. Bayangkan adik beradik hubby je dah 13 orang, sorang tak adanya bagi sehelai baju, atleast 4 5 pasang. Tu tak termasuk kawan-kawan sekolah i bagi lagi masa datang melawat Naurah kat rumah. Syukur alhamdulillah, murah rezeki Naurah. Tak adalah cakap menyesal beli baju banyak-banyak sebab as her parents memang tanggungjawab we all kan nak belikan pakaian kat Naurah cuma masa di awal kelahiran memang ramai yang bagi hadiah, so baju banyak-banyak yang kami belikan tu rasa macam melampau banyak dan satu pembaziran kot. Pakai sekali dua je, dah tak muat. So, beringatlah lain kali nak beli baju baby. Beli sikit-skit je dulu, then dah tak muat, beli baju lain pulak. 

2) BABY STUFF

Kalau diikutkan memang banyak gila kot baby stuff yang perlu dibeli. Mau melayang hampir 10k if beli sekali harung. Mana taknya baby gear je dah cecah 5k kot. Nursing stuff lagi. Memang pitamlah jap duit kuar mencurah-curah. TU PUN SEKIRANYA BELI SEKALI HARUNG. Macam i, dah buat list baby awal-awal, memang telan air liur gaklah, banyak gila nak kena beli. So, bagi elak pokai esok hari, bila baby dah keluar, we all decide beli apa yang penting dulu. Nak berbelanja ni kena ukur baju di badan sendiri. Tak  boleh nak sama dengan orang. Ada orang cakap nursing items like pump kena beli awal-awal. Same goes with stroller, baby car seat and so on. But for me, ia bukanlah menjadi kepentingan. I ikut cara i. Now, i rasa keputusan yang i buat itu sangat tepat. 

Why i said so? Like pump, nasib baik i tak terjebak beli pump medela, tak silap elektrik punya kot which is kawan i suggestkan masa tu dan harganya makan riban jugak. Sekali bila dah bersalin, i just beli pump murah tapi milk tak keluar banyak pun. So, i salahkan diri sendiri, kedekut sangat nak beli pump yang mahal sebab tu susu tak nak keluar. But then, hampir-hampir nak beli dah ni, bila tengok online shop tapi bernasib baik lagi, my auntie bagi pump medela elektrik punya. So, i pun gunalah. Best memang best, santai je, tak payah penat-penat nak pump guna tangan tapi jumlah susu yang keluar so-so je for me. Susu lagi banyak keluar bila i pump guna tangan. Fuhhh~~ nasib baik tak sempat beli lagi. Now, i rasa tu bukan keperluan buat masa sekarang. Tapi, untuk masa akan datang bila i dah masuk kerja, maybe tak ada masa nak pump susu guna tangan, maybe i akan pertimbangkan semula untuk beli pump tersebut. Kesimpulannya, berbelanja mengikut kepentingan terlebih dahulu. Tak rugi pun.

Then 1 lagi, i agak nyesal adalah excited pilih botol susu. Entah kenapa i macam seronok beli botol for baby. Padahal dalam hati nak BF baby ni. Tiba-tiba bila shopping nampak bottle comel-comel ambik je. Hubby pun diam je tangok i. Agaknya dia pun excited sama kot. Sudahnya, botol yang i beli boleh muat 5oz hingga 12oz susu tersadai macam tu. Baby memanjang BF je. I pun suka je BF Naurah, nanti dah kerja, BF session dah kurangkan. Tapi i tetap ajar jugak Naurah guna teat bottle. Speaking about teat, ni satu lagi lesson learn, semua botol susu i beli jenis round punya, tak ada yang silicon teat like bottle mam. Mula-mula bagi Naurah nips teat biasa tu dia tak suka sangat. Susah nak bagi. So, mulalah pencarian teat untuk Naurah. Macam-macam teat kami beli. Try and error concept is very important for baby. So, beli je satu botol dulu and  2 or 3 types teat untuk pastikan which teat yang baby suka. So, bila i tau Naurah suka teat jenis MAM, after this i akan beli bottle MAM jelah. Macam rugi pulak i dah terbeli 1 set tomme tippe feeding bottle kat Naurah. Dahlah regenya hampir 1k, from oversea lak tu. *Sigh*

Lagi satu kan, like i said beli barang tu just 1 je dulu. Like baby bath, lotion atau apa-apa je produk yang nak dipakaikan kat baby nanti. Sebabnya nantikan dapat hamper, baby bath, lotion, baby wipes etc sangatlah banyak, dah macam stok kedai gayanya bila dilonggokkan. So, no need nak beli dah nanti. Nasib baik jugak items yang pakai buang ni i beli one each items. Cuma lotion je terlebih sudah, sampai 20 botol. HAHAHAHA

3) ANTENATAL CLASS

Owh,man! this is very important for me kot. Ni pun kira persediaan before delivery. I rasa sangat-sangat berbaloi bila dapat join that class. Mana taknya, as a new mommy, i had a lot of experience when joint that class. Paling i suka sangat ni, bila dapat belajar cara pernafasan yang betul masa tengah contraction tu. Cara pernafasan yang betul very useful dan membantu i kurangkan rasa sakit. I dare to pregnant again sebab i rasa seronoklah jugak menahan contraction, CUMA yang i fobia tu alahan di awal pregnancy dan bab jahit menjahit Miss V tu. Pergh~ hehe

4) POSTNATAL CARE

Biasanya, kita tak akan fikir pun pasal tempoh berpantang masa kita tengah preggy. Sebab mindset kita hanya fikir about baby stuff and moment nak bersalin nanti. Tapi menurut pengalaman i, penjagaan lepas bersalin atau dalam tempoh berpantang also important and need to take care. Yang ni, tak perlu u bersusah payah, just told your mum or family about that. What i mean "that" (psotnatal care) was berurut. Trust me, bila sahaja give birth, after our baby safe, mesti in our mind nak BF baby tapi malangnya (almost new mommy kot) Miss B susah nak produce milk. So, bidan mengurut Miss B amat-amat diperlukan. Kalau boleh, 1st day discharge tu, panggil je bidan untuk urut Miss B dulu, then bila baby nips our milk, Insya Allah, baby tak kena jaundice. This is what mommy most afraid of kan bila dah delivery? Macam i dulu, langsung tak terfikir semua ni. Sedih sangat bila Naurah diberi FM and terkena jaundice.


Erm, apa lagi i nak share ye? Rasanya, so far tu je yang i ingat. Nanti if i remember lagi, i tell you through PM, FB jelah eh. hehe Hope pengalaman yang tak seberapa dari i ni dapat membantu u.



Till then.

Naurah picture again. Teheeeee


My dotter with her 3 month dress. Padahal umur baru sebulan lebih, dah pakai baju for 3 month. Tu pun sendat kemain.





TATA.




THANK YOU FOR READING THIS!

2 comments:

  1. thank you for sharing.. sangat berguna untuk mom-to-be mcm saya.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...